Showing posts with label Feelings. Show all posts
Showing posts with label Feelings. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Menempuh 2014

Assalamualaikum dan hi,

Banyak dan berjuta kata ingin dikongsi namun aku khuatir disalah erti. Kerana tiap bait kata mungkin mengguris perasaan yang lain. Dimana tidaklah aku berada di dalam kelompok tersebut.

Target baru, biarlah rahsia. Back to basic. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.. Janji jangan tergadai diri.

Semoga diberikan kekuatan dari-Nya untuk menghadapi hari-hari yang bakal membuat aku makan hati dan berdiam diri.

Sujud pada-Mu. Semoga dipermudahkan supaya berjalan lancar... Amin.. 

Tuesday, November 26, 2013

Penghujung November

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Well, rasanya cukup lama singgah sanaku ini terbiar sepi. Terlalu sibuk dan terlalu menyibuk...

Lantaran dengan itu, aku titipkan tiap bait kata, harapan, perasaan dan masa depanku di laman sosial lain. Yang sememangnya terlalu mudah menjadi tatapan umum. Dengan mudah aku dipertikai, diperkatakan.

Sudah. Serik tidak pernah. Semua hanya memburukkan keadaan.

Ternyata kini baru aku sedar kewujudan diari mini aku. Kesian. Maaf. Tiada kata mampu diungkap kini.

Sebelum aku makin tersesat. Terlambat. Terleka. Terluka. Ataupun terseksa, lebih baik aku segerakan.

Sudah hampir penghujung November. December menanti adalah bulan kelahiranku.

Minggu ini aku sudah rancang pelarian individu aku. Lari sebentar. Lama teringin. Lama terfikir. Lama mengidam bagi orang yang mengandung. Bagi orang seperti aku, ianya impian yang aku tak ingin menjadi angan semata.

Aku namakan ianya solo gateway. Tak kisah sudah. Persiapan harus dilaksana. Lebih baik sorang dari berteman.

Tiada hati lagi akan terluka. Terseksa. Merana. Salah. Hati aku lebih penting. Lari jauh. Harapan aku. Jauh sebentar. Lupakan semua. Mereka.

Kadang terfikir bilakah hati aku akan belajar menjadi lagi kuat. Tanpa lelaki yang kian menyakiti aku. Bila aku akan serik...


Sunday, January 20, 2013

Mad + Frustrated

Assalamualaikum and Hi,


A very good evening everyone. Hope all of you doing well because this evening just like a big smash to myself. Yeah, I knew that quite a long time I didn't write here and it just not right to talk about bad things. Bla bla bla.... Please for one second, just read and understand me. 


Sorry peeps. I guess that I'm quite rough in this entry right? Okay, macam ni. Hari ini memang buat aku stress. Just a simple problems tapi buat aku rasa macam aku sorang-sorang je dalam dunia ni. Well, in reality I'm not. 


Family should help each other. Bf pun sama. Should do the same thing kan? Tapi hampeh... Seriously aku kadang-kadang rasa terlalu hampa kenapa dua orang ni wujud dalam hidup aku. Astargfirullah al azim....


Seriouly I'm totally disappointed. Menyesal pun ada. So sekarang my condition totally mad and frustrated. Yes I am!


Bila aku marah dan kecewa terlampau, aku akan automatik sedih. Aku tak tahu kenapa but this is me. The real me. So, just nak cakap hari ini memang aku terasa hampa. Aku marah sampai meremang bulu roma aku. Tahap cipan dah ni.... arggghhhhh


Tu je nak cakap. ~~~~~

Wednesday, September 12, 2012

JOBLESS part 1

Assalamualaikum dan Hi,


A very warm intro that could make me more sad. As you know, itu pun kalau ada yang mengikuti dan berharap aku kembali menaip... it's been such a long break from blogging. Yeah..really... but unfortunately I could not say that my break is something that wonderful. Not at all..


Sorry for bothering all of you with my long sad story that merapu. Well... i bet yes I am. I'm totally live with all these ridiculous issues around. 


No picture that I could upload even the fact is my phone was fulled with pictures that could tells millions of story. 


I guess I will kept myself mumbling about all of this thing that going on in my life. No picture will describe my real feeling. 


As far you can see, this entry totally about my current situation that 'JOBLESS'. Well...well... yeah.. Mungkin korang akan cakap benda yang aku selalu dengar... Usaha lagi.. Mesti ada kerja yang lebih baik.. Cuba je kerja apa-apa pun....


Well... Stop it. I'm tired and really sick with all of this. Really...


It bothering me and make me sad. Aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana dan kalau korang rasa blog aku ini tak sesuai dengan korang, it's okay. Stop wasting your time and stop come here.


I just update this entry as it comes from my bff who seem wondering why I'm kept myself away from Twitter and Blog. Well my dear, this is the main probs here. I'm just sick of it and hoping the time will stop for a while. 


I dunno what else to say. Just let it end here. Selamat BEKERJA buat yang bekerja... 

Thursday, August 16, 2012

Beraya Bersama The Pop Look

Assalamualaikum dan Hi,


Hari hati ini bercita-cita nak hapdate entri express berlambak bagai konon. Last-last kena buat kerja pulak. Aihhh..Potong mood aku je kan?


Tapi jangan risau sebab hapdate tetap jalan punya kan? keke..


Hah, pernah dengar Poplook? Korang boleh tengok website ThePopLook dan lihat betapa ohsemnya baju-baju mereka. 


Oleh demikian, untuk raya aku telah merembat 2 helai baju raya untuk beraya dan berlagak dengan sepupu sepapat semua..kekekek...Gurau jek. Aku nak tunjuk baju kurung untuk raya tapi tak ada gambar. Baju lain yang ada so kita hentam jela k... @_@


Untuk makluman semua, baju-baju depa ini letak sejam dah sold out kalau hot items. Sorry morry lah ye kalau terlambat nak beli. Semua rakus gila. Tapi servis depa memang hebat. Kalau korang buat pembayaran sebelum pukul 2, esok pun korang dah boleh dapat barang tau. Seyes tak tipu... 


Malang tak berbau sebab baju-baju yang aku beli pun hot items rupanya. So aku amik baju contoh sebab warna yang aku beli sudah sold out! keke... sory dear...jangan marah...


Penny Chiffon Maxi Dress - Fuschia Color - Size L
RM69.00




Meh aku terangkan kenapa ada dua. Macam yang aku cakap, baju yang aku pilih hot item jadi tak ada gambar betul. Baju warna coklat itu adalah contoh bajunya dan baju kat bawah adalah warna Fuschia tersebut. ^_^


Military Blouse - Mustard Color - Size L
RM 56.00



Yang ini pun tak ada warna. Warna mustard macam kuning pekat tu. Ala, kalau makan beger or Subway ada mustard. Warna itulah. Pi kedai tengok. huhu


Size besar sebab aku gemok... Paling best pasal baju ni adalah kain dia yang sejuk je bila pakai. Wahhh... macam iklan air-cond pulak ye... 




                     


nota kaki: tak sabar nak raya!!!

Wednesday, August 8, 2012

I'm Just A Kid

Assalamualaikum dan Hi,




Hari ini ada beberapa perkara yang telah berlaku. Tak semua yang tak elok atau sedih. Tapi sekarang aku rasa agak sedih. Sekarang bulan puasa. Ya, aku tidak seharusnya bersedih. 


Dulu korang pernah tak mak korang cakap yang kalau nanges batal puasa? Aku masih ingat sebab dulu masa kecik aku kuat nanges. Kata orang jawa, 'gembeng' = kuat nanges. Ya, memang itu aku.


Bila besar aku kadang harap aku tidak selemah dulu. Tapi kita kena sedar akan hakikat yang terang lagi nyata kan? Aku tak mahu tapi kenyataan tetap kenyataan. Perasaan aku masih sama. Walau luaran sahaja berubah. 


Jangan salah paham dengan keadaan aku. Aku cuma sedih. Sedih memikirkan aku perlu meninggalkan sesuatu yang tidak harus bersama denganku lagi. Bukan sedikit tapi banyak bilangannya.


Sedih...


Apa pun yang berlaku tapi tadi ternyata aku telah berjaya mengawal emosiku. Aku berjaya menjadi hipokrit sebentar di hadapan semua orang. Aku berjaya berlakon menjadi seorang yang riang menerima segala yang akan berlaku. Aku terpaksa. Sebab aku sedar akan semua ini tak lama dahulu.


Cuma.... Sedih. Itu saja aku nak cakapkan. Tiada apa yang aku kesalkan.


Dulu masa aku nanges aku selalu pikir aku masih kecik jadi aku memang layak menangis. I'm Just A Kid. Itu dulu. Kini, apa wajarkah tangisan aku diambil kira sekadar tangisan seorang budak perempuan?


Jadi.....aku berharap aku masih boleh berkata 'I'm just a kid' lagi.....





                       

nota kaki : tak elok menangis tapi aku tak terdaya. Air mata cuma boleh bergenang tanpa dilepaskan ='(

Thursday, August 2, 2012

Berbuka Nasi Ambeng, Bazaar Ramadhan Wangsa Maju

Assalamualaikum dan Hi,


Memula sebelum korang baca dan komen pape, aku nak habaq mai yang gambar yang aku upload ini adalah kualiti paling rendah tahap cipanzi punya tau. Sorry sesangat. Moral of the story, sempena Ramadhan ni korang sila jangan taruk harapan tinggi aku akan amik gambar makanan teror tahap Annas Easkay pulak. Nak jadi photographer majlis akikah anak Mak Jemah pun kompem tak lepas. -_-"


Well, sudah puas membaca kata alu-aluan aku? keke... Oleh itu mari kita tuju ke tajuk utama. Siapa yang tahu atau penah dengar pasal Nasi Ambeng. Ala, kalau tak tahu jangan kunun-kunun tau la..ngaku je tak tahu.. <@_@>


Kalau nak sebut sila sebut betul-betul ya. Ianya bukan disebut 'Ambang' tapi 'Ambeng'. I'm a Johorean and as one of Jawaish *sesuka hati je hentam ini makanan wajib dan paling basic aku perlu tahu. 


Asal usul tok nek depa memang cheq tak tau. Yang cheq tau harga dekat Johor jauh lebih murah dari KL punya harga. Dekat kampung aku boleh dapat dalam RM3.50-RM4.00 sahaja malah kuantiti pun sama / lebih kurang.


Disebabkan sekarang tengah puasa oleh demikian korang pun sedia maklum nafsu makan yang datang dari mana memang akan membuak-buak malah makanan entah pape pun boleh craving gila. Oh tidakkk!!


Semalam aku telah berjaya membawa pulang Nasi Ambeng ini yang telah aku beli di Bazaar Ramadhan Wangsa Maju. Fyi, telah beberapa minggu aku meng-ushar nasi ini. Bukan apa, kekadang takut tak sedap. Kat KL ni bukan boleh percaya. Tak semua makanan rasanya masih kekal original. 


Nasi Ambeng RM6.00


Macam telah aku katakan gambar ini memang terukz nyahh. Sila skrol lelaju kalau tengok tak best je.. keke. Dalam Nasi Ambeng ini ada Sayur Goreng (makanan orang Jawaish), Ayam Kicap, Serunding, Ikan Masin, Mihun goreng (sikit je kuantiti dia) dan sebemban nasi putih. Oh, telur asin / masin itu aku sengaja bubuh. 


Dari segi rasa ok jugak cuma kalau dia bubuh kuah kicap banyak sikit kompen sama sebijik dengan yang ori. Ayam pulak sedikit keras. Kalau korang tak berkenan dengan ayam kicap dieorang ada juga sediakan lauk-lauk lain seperti ayam masak merah. 


But as I said before, aku suka lagi original punya. So kita pilihlah ayam masak kicap. omnomnom ..Kalau korang datang dah pukul 7 lebih, peniaga ni tak kedekut nak bagi RM6.00 untuk 2 bungkus tau. Seyes sebab incik abang penah beli. Untunglahhh.... ~~~~


Paling tidak boleh dilupakan adalah tahap kekenyangan aku semalam adalah tahap dewa ke 89..keke.. Seyes nak habiskan pun rasa terseksa jiwa dan raga... tak akan nak buang? Sayang kan? So kita makan makan dan makan..hehe..


Sekarang tengah pikir balik ni nak makan apa pulak? Masak or beli Ayam Berempah Nasi Kukus fave aku sepanjang bulan Ramadhan ni. Mana taknya, ayam dahlah gebu. Sedap pulak tu. Setakat 13 hari puasa hampir 7 kali aku pi beli kat kedai tu tau. Nak tau kedai yang mana? Tunggu up coming entri.. Doa-doa jela aku pi beli jap lagi. Boleh aku update esok..kekeke








nota kaki: perut sudah start jamming...oh noo..... #_#

Wednesday, August 1, 2012

Berbuka Di Restoran Rosdet Tomyam, Kampung Baru / Chow Kit | Entri Bergambar

Assalamualaikum dan Hi,


Omnomnom....


Sekarang kompen ramai duk tengok blog makan-makan kan? keke..sabar ye. Bulan puasa ni haruslah bersabar nafsu semua. 


Semalam aku dengan incik abang telah berbuka puasa di Restoran Rosdet Tomyam terletak di Kampung Baru ataupun Chow Kit. Dua-dua pun berdekatan. Tak sempat nak amik gambar kedai so aku google sahaja. Ini gambar lama ya sebab sekarang kedai ini telah dibesarkan. Dah maju... Kedai Johan Seafood tu dah tak ada dekat sebelah. Oleh demikian restoran ini agak besar dan boleh menempatkan lebih ramai pelanggan.




Hah, lupa nak habaq mai. Kedai yang warna merah belah kanan tu pun aku penah makan tahun lepas. Gila cekik darah mahal. Makan 4 orang harga dekat RM100 kott... Aku order lebih kurang macam yang aku order untuk berbuka semalam tapi tak semahal itu bayarannya...fuhhh...


Muka orang tak sabar nak makan..kekeke 


Sambal belacan for free 


Our food for two...ye... berdua tapi makan...oh tidak!!hahaha


 Omnomnom


Ikan Siakap 3 Rasa


Ikan ini amatlah sedap. Seyes. Cuma agak manis bagi aku. Cukup garing, cukup...cukup... Paham tak? Semua cukup tau. Delicious. Harga tak pasti pulak..keke


 Sayur Campur RM5-RM6


Incik abang order sayur campur dan hasilnya amatlah menerujakan kami. eh, ayat apa tu? keke... Sayur campur ni siap ada udang dan sotong lagi. Sayuran yang ada seperti brokoli, kubis, lobak, jagung mini, cendawan dan macam-macam lagi. Sumpah heaven je rasa... Harga dia tu cuma anggaran aku je tau.. @_@


Sotong Goreng Tepung RM5-RM6


Masih tidak pasti akan harga sebenar sebab time order ikut nafsu..ehhee.. Sedap dan sangat gebu. Tak menyesal pilih. Tapi lebih baik order udang sebab udang lagi banyak isi dari sotong.. hehe




Ini tomyam. Aku sendiri tak hengat aku order tomyam apa. Campur ke, seafood? konpius..keke.. Well, incik abang sangat suka tau... Eh, macam kosong je? boleh tengok pic bawah... 




Tadaaaa...isi yang tersangat banyak. Ini order untuk sorang makan je tau. Ternyata tak kedekut restoran ini. Isi pun segar-segar je rasa. Time ni tak sempat nak amik gambar telur dadar. Ada order tapi lambat sampai.


Untuk pengetahuan korang, semalam aku book meja dalam pukul 5.30 petang dan bukan awal pun sebab hampir 1/4 meja sudah dibook. Sebab tu tahun lepas kami kempunan nak makan dekat sini. So, harus datang awal-awal dan book tempat anda.


Service pun ok. Lepas cakap telur lambat sampai je, tak sampai 5 minit terus dia hantar. Kalau nak tambah order pun laju je sampai. Kecuali kau orang order yang susah nak masak memang lambatlah. Dahlah full house time berbuka. 


Ini senarai lengkap apa yang ada di atas meja kiteorang.

Order:
Ikan Siakap 3 Rasa *2 orang makan
Tomyam Campur / Seafood * 1 orang makan
Telur Dadar *2 orang makan
Sayur Campur *2 orang makan
Sotong Goreng Tepung *1 orang makan
Nasi Putih *2 orang makan
Air Limau Ais
Ais Teh O Ais
Ais Kosong

Free:
Sambal belacan
Kurma 3 biji


Jumlah keseluruhan : RM48.50
Service : 8.5/10
Suasana : 7/10
Rasa : 8.5/10


So apa tunggu lagi..jom serang!!!!!








Nota kaki: rasa macam nak makan lagi..oh tidakk!!!

Bazaar Ramadhan Wangsa Maju

Assalamualaikum dan Hi,


Memang entri back to back dan rasanya lepas ni mesti kering idea nak hapdate apa pulak. Well, untuk pengetahuan korang sepanjang Ramadhan ini kebanyakannya memang aku beli makanan kat luar jela. Biasalah. Orang bujang katakan.. 


Disebabkan keghairahan mencari makanan atau mengusha makanan sumpah aku memang lupa dan tak hengat langsung nak amik gambar makanan malah gambar bazaar pun. -_-"


So, aku telah mencilok rupa Bazaar Ramadhan Wangsa Maju...hehe




Last weekend pergi shopping baju raya dan macam-macam with my housemate. Seyes penat walaupun sedang 'bercuti' waktu itu tapi dah kalau time puasa mana boleh sesuka hati minum air kat tempat awam kan. So, kira macam puasa jugak lah.


Then pi Bazaar Ramadhan lepas tak larat nak beli barang lagi. Lagipun barang yang penting sudah berjaya menjadi hak milik..kekeke...


Terus serang kedai jual air. Hasil tangkapan hari itu berupa air sebanyak 3 jenis untuk 2 orang. Hahaha.. Sumpah time beli ni ikut nafsu.


Sirap bandung cincau. RM2


Jus tembikai *pure RM3


 
 Air blackcurrent *anggur je sebenarnya RM1


Tadaaaa.....

Murtabak daging from Bazaar Taman Melawati. RM2.50


Nasi Tomato dari Bazaar Wangsa Maju. RM4


Jangan pelik pula tetiba ada murtabak dari bazaar lain. Sebabnya incik abang tetiba ajak pi sana. Tu yang tangkap murtabak 1..hehe.. omnomnom *mengunyah








nota kaki: nantikan next entri....menu berbuka...omnomnom

Khasiat Foot Detox & Gold Slimming Patch

Assalamualaikum dan Hi,


Penat..penat.... dalam masa setengah jam ni sudah 3 entri aku hapdate. Jari jemari yang cumilss gemok sudah letih. Kering idea pun ada jugak tapi kena hapdate. Kang kalau lewatkan memang tak hapdatelah gamaknya. 


Benti main Twitter sat dan teruskan menaip...fuhh... *amik nafas sat


Kali ini aku nak share pasal natang ni. Foot Detox. Aku dedulo *dulu penah beli juga. So aku memang tau kebaikannya dan effect dekat badan aku. Well, hari tu balik kampung aku tengok adik aku pi beli banyak-banyak ala tokey kedai nak buat sale gitu. Terkezutt nyahh...kekee


So aku rembat sepam dua. Ini hasilnya...



eeeeeee.....sila geli ye...wekkkk XD


Ini baru sekali. Ada banyak kali lagi aku try pakai dan ternyata memang bagus. Badan rasa ringan dan nak tidur pun senang. Rasa nyaman.....fuuhhhhhh.....


Ada dua jenis yang adik aku beli. Slimming gold dan yang biasa je. Sekarang tinggal Gold Slimming dalam tangan aku. Ada 2 set je lagi. Nak pi tampat kat perut boncet aku ni la..kekee


Kalau korang nak tau, boleh baca info dekat bawah ni. Penat aku pi cilok tadi tau... @_@





KHASIAT PRODUK INI :

1. Membantu dan menyerapkan toksin didalam badan yang menjadi punca bagi segala penyakit.
2. Membantu mengurangkan serta mencegah risiko penyakit berbahaya.
3. Meransang titik akupunktur dan refleksologi.
4. Melancarkan peredaran darah.
5. Membantu menguatkan sistem imunisasi badan.
6. Membantu mendapatkan tidur nyenyak.
7. Menjadikan badan terasa lebih ringan dan selesa.
8. Dan mendorong menjalani hidup yang lebih sihat.








GOLD Detox Foot Patch. 100% Original
Gold Slimming Foot Patch ini adalah dihasilkan berdasarkan pada produk Detox Foot Patch, tetapi ditambah dengan kandungan tambahan yang memberikan kesan tambahan iaitu slimming function. Dengan patch ini, pengguna bukan sahaja akan dapat membuang toksin di dalam badan, tetapi dapat menjadikan badan pemakai lebih anggun dengan adanya fungsi pelangsingan. Ini bermakna toksin dan lemak berlebihan akan dikeluarkan melalui penggunaan Gold Slimming Foot Patch ini.



BAHAN-BAHAN UTAMA GOLD SLIMMING PATCH:

1. BLACK HAW – help to digest
2. FOLIUM SENNAE – help healing constipation
3. RHEUM OFFICINALE BAILL – cooling blood, help removing internal moisture,help to digest
4. MANGNOLIA OFFICINALIS – help to digest, help healing constipation
5. SODIUM SULFATE, ANHYDROUS – help healing constipation
6. COPTIS CHINENSIS – help to digest, help healing constipation and detoxing

FUNGSI UTAMA :
1,Detoksifikasiuntukkecantikan,,meningkatkanmetabolisme,meningkatkanfungsikekebalantubuh.

2. Mengurangkan keletihan, menyembuhkan sembelit, bau mulut,dan fenomena distensiperut.

3. Menghilangkan kotoran dalaman badan, 
membersihkan darah, meningkatkanpigmentasi, menghilangkan jerawat,bau badan, bau kaki;
4. Mengurangkan tekanan pada sendi

5, sel diaktifkan untuk menyalinkan kulit yang sihat, anti-penuaan;

6, Menyeimbangkan , tekanan darah, gula darah dan secara berperingkat untukkembali normal.









nota kaki : demi kesihatan kekurusan badan

Dugaan Ramadhan | Entri Bergambar

Assalamualaikum dan Hi,


Korang ingat tak hari itu aku ada cerita aku balik kampung dalam entri Feeling Indah Bulan Ramadhan .. So aku nak sambung sikitlah sebab bila tengok dalam tepon cabuk aku, masih ada lagi gambar berkaitan yang tak dihapdate... Kira dah berkepam dalam tepon baru nak masukkan.. boleh ke? kekeke


Disebabkan kelaparan walaupun si singa *akulah singa tu ini sudah membaham makanan hampir 4 kali sehari, waktu sampai ke TBS masih lagi kelaparan. Amboi.. Patut perut makin ke depan... -_-"


So kita dapat membaham Tutti Frutti jela. Diet sikit. Memula pergi Subway tapi roti dia sold out. Perghh... nak mengamuk tau rasa. Walhal ramai lagi yang beratur time tu kan.. hehe





Incik Tutti Frutti yang lazat ini memang dapat buat aku relax. Ada 3 perisa aku pilih. Vanilla, Chocolate dan latest flavor adalah Red Velvet. Color memang cantik tapi Red Velvet tu masam. Seyes rasa menyesal amik kau. Nak pulang balik tak boleh sebab dah bayar. -_-"


Harga RM7-RM8 macam tu. Tak hengat. Yela, mana nak hengat dah berkurun makan baru nak hapdate kan. hehe... Next time boleh try campuran yang sebegini rupa sebab aku suka makan dengan marshmallow. Selalunya memang aku menci nak letak natang tu. Kali ini best pulak rasanya. Boleh pi beli lagi la.. Yay!


Hah, jangan korang terkezut tengok gambar kat bawah ini. Sila perhatikan betul-betul. Ianya bukanlah tempat mengesat kaki tau. Walaupun bulu-bulunya lembut dan enak sekali namun ianya adalah seekor kucing yang terdampar selepas waktu berbuka konon feeling penat puasa walhal makan 5x sehari. @_@








Itu saja aku nak share. Kalau nak amik pic kucing gemok ni amiklah. Tak kisah. Malas nak buat copyright. Janji jangan buat mandrem sudah...kekeke... Papai!








nota kaki: comel si gemok. tunggu raya baru dapat jumpa lagi...

Kembara Havoc Bersama Faten | Entri Bergambar

Assalamualaikum dan Hi,


Fuhh...rasa sekejap je kan bulan Ramadhan kali ni? Banyak benda yang aku duk buat sejak akhir-akhir ini cuma tak berkesempatan untuk berkongsi dekat blog cumilllss ni. kekeke


Rasanya hari ini tak ada Wordless Wednesday pun. Sebab akan datang berlambak entri akan dihapdate macam jualan mega sale dekat pasar Chow Kit tu hah rupanya. Terlalu banyak benda nak share dan nampaknya hampir bersarang di otak aku ni. Rasa sempit dah sebab belum tersalur keluar. @_@


Well...well...nak bercerita tentang kembara aku dengan si comel manja sorang ni, cik Faten. Kami telah membuat kembara ini agak mencabar sebab semuanya ala-ala backpack tau. Perghhh.. Nasib baik belum puasa lagi time ni tau.. Meh ler skodeng mana kami telah jelajah..



Kembara ini bermula dari Masjid Jamek - Jalan TAR - KLCC - Pavillion ... Seyes memang macam kembara. Penat sesangat. Nasib baik time ni belum kena puasa lagi. So kita shopping pape yang patut dekat heaven shopping, Jalan TAR. Ala, pi beli kasut je..Yang tak malunya sebab lepas beli terus pakai tau... tak malu kan kan kan? kekee .. Hah, susunan gambar kat bawah ni terabur so pepandailah korang nak teka kat mana satu... XD








































Ok..foinnee...aku memang malas nak taip jadi ini adalah entri bergambar yang secara tak langsung aku sendiri malas nak bubuh copyright... Kompem anak Mak Jemah tengah mengintai nak cilok gambar sepam dua kami yang comel lagi gorgeous kan? kekekeke...


Anyway, jangan lupa nantikan kembara kami yang akan datang. Insyallah lagi 2 minggu macam tu. Mesti seksa nak berjalan di bulan Ramadhan. Hujung minggu lepas pun ada jugak jenjalan.. Tunggu next entri k... papai!








nota kaki: kawan yang sejati tak akan mudah melupakan kawannya =))