Saturday, February 23, 2019

Viral Dr Huda Anti Vaksin dan Doula Puan Hayati

Assalamualaikum,


I know its been a long time until I wrote this post out. Recently aku ada baca dengan issue viral mengenai Dr Huda Anti Vaksin dan Issue Doula di Malaysia. Aku memang tak tengok live sebab aku jarang follow sangat local show dekat tv. 


Apa yang buat aku rasa nak tengok ulangan sebab rentetan dari live show, banyak komen dan issue diperkatakan. Aku juga tengok ulangan kedua episod itu back to back dalam 2 jam tu.


Yes, aku admit as normal netizen yang tak mahir istilah perubatan, banyak terms dan situation bila diolah dan dihujah, aku hanya mendengar agar dipahami sepenuhnya tanpa soalan. Semua ini berlaku jika penghujah mampu menyakinkan kita dengan kata-kata mereka.


Apa yang aku nak cakap tak ada kaitan dengan isi kandung perbualan atau cara Dr Huda dan Puan Hayati ini berhujah. Namun, aku rasa pelik dengan netizen ini semua. Bagaimana sesuatu topik atau issue itu bila seseorang menghurai dan cuba putarkan sesuatu, mereka terus percaya dan tiada kajian terperinci dilakukan dahulu.


Yes aku tahu orang selalu mentioned, dunia dihujung jari. Semua boleh google. Tapi tahu kan, benda yang korang google tu pun ditulis oleh mereka yang merupakan manusia juga. Penulisan dan semua info boleh diolah, ditokok tambah. Mungkin juga tidak lengkap. Bagaimana mudahnya mereka terus berkata berlandaskan agama, semua harus dipertikaikan? Apa bukti yang korang sudah melakukan kajian bertahun-tahun? Meneroka seluruh negara? Melakukan statistik dengan teliti di setiap pelosok tempat? Paham tak maksud aku? Means, korang tak boleh semudahnya lepas dengar orang cerita sana sini, baca benda yang tak disahkan kebenarannya, tiada kajian menyeluruh tapi terus percaya bila orang baca sikit ayat al-Quran. 


Ayat Al-Quran juga perlukan cara yang betul untuk memahaminya. Dikuatkan dengan hadis dan sunnah. Main point aku dekat sini, korang tak boleh fikir, korang dah belajar sikit, maksudnya korang tau lebih baik dari mereka yang sekarang. Dapatkan fakta tu dulu sebelum berhujah. Tak perlu cakap, dia ni ckp, dia tu beritahu. You know, kind of things yang buat nampak sebenarnya korang tak ada fact langsung. Mudah terikut.


For me, its simple. Benda ni jadi issue bila korang over thinking. Semua benda nak diragui dan apa yang korang baca, mudah untuk korang terus tergugat dan menjadi extreme. Even case Doula pun aku tak faham kenapa mudah ikut orang yang korang tak tahu dia tu okay or psycho ke tak?? Sebab korang bukan kenal dia pun. Even doktor yang ada pengikhtirafan pun korang meragui, macam mana mudahnya boleh percaya dengan Doula yang cakap pun tak meyakinkan. Aku tak sure dia boleh jawab ke tak kalau ko tanya dia, bila dia last makan ubat??? 


Aku pun tak suruh semua orang fikir mudah cuma kadang-kadang bila korang over thinking pun tak bagus juga. Just kena be balance. Refer dengan ilmuwan yang sesuai, berdiskusi dan buat kajian terperinci which mungkin boleh ambil masa 10-50 tahun atau lebih. Wallahualam. Bukan ko kaji 2 bulan dekat google, ko boleh declare sesuka hati ko je. Tu pasal la, lecturer marah jangan copy paste jeeee. Baca dan kaji semua tu. Pergi library, check sejarah semua. Tak akan aku nak ajar pula kan??


Minta dijauhkan semua ni dari keluarga dan diri aku. Semoga yang baik-baik saja akan datang. Ini semua apa yang aku rasa. If korang rasa tak setuju, tiada apa aku boleh buat. Sebab semua orang punya pendapat berlainan. Cuma jika korang nak merisikokan nyawa korang dan semua orang sekeliling tu, fikir-fikirkanlah. Jangan pentingkan diri sendiri dan ikut kemahuan sendiri saja. Fikirkan mereka yang lain juga. Semua mempunyai hak masing-masing.



-THE END-

Wednesday, July 25, 2018

VOLUMIZING LIP BALM BY CATRICE



Assalamualaikum,

First of all, I'm not yet trying this lip balm. Perhaps I'm just looking at it because it is so attractive. Warna dan wording yang sangat menarik. Ada sesiapa pernah cuba this product atau yang seangkatan dengannya?

Jujur aku cakap yang aku rasa aku tak memerlukannya sebab aku punyai bibir yang sudah cukup ketebalan. haha

For those yang tertanya, this lip balm selalunya untuk menghasilkan bibir yang montok dan tebal. Bak kata orang, mengiurkan gitu. Ada je yang ambil alternatif lain seperti mencucuk vitamin, botox dan pembedahan plastik. Sorry girls, semua tu memang aku tak sokong. 

So lip balm begini tujuannya untuk menggantikan semua itu tapi lebih selamat dan tak perlu meragukan para penguuna. Maklumlah kita stay dekat Malaysia dan semua islamic matters mestilah kita concern. 

Jika sesiapa nak share pengalaman korang menggunakan lip balm sebegini, boleh share di ruangan komen. Also, aku kalau nk bibir mungil, sebelum tido sapu Vaselin petroleum gel tu je. hahaha

Tuesday, November 14, 2017

Trip ke Langkawi

Assalamualaikum,


Trip ke Langkawi ni aku dan suami pergi pada bulan September 2017. Kami pergi 2 pasangan dengan kawan suami aku. Flight dah book 6 bulan awal dan kami dapat harga promo dalam RM20 seorang kalau tak silap (tak termasuk luggage).

Hotel pula kami memilih sekitar kawasan Chenang 3 bulan selepas itu. Mostly yang penting adalah kawasan parking kereta dan harga bilik yang berpatutan. 

Mulanya nak book kereta awal tetapi memandangkan kami pergi hari weekdays, kawan-kawan lain cadangkan kami sewa bila sampai ariport sahaja.

First plan bila landed pukul 8 pagi, terus carik breakfast dan menuju ke Cable Car. Malangnya masa kitaorang datang tu, tak boleh naik. Cable car in maintenance and only open at 12pm. 

So, we all masuk dulu dalam tempat museum 3D dan dinasor adventure 3D. Which nothing much yang menarik untuk kami yang dewasa ni. hahaha.. tapi sejak pakej kereta kable ni sekali masuk tempat-tempat ni, kitaorang layan jela. 

Pakej dia pun ada banyak. Boleh jungle trekking naik atas atau pakej ke jambatan gelas/kaca. Semua harga berlainan.





Kedai makan sebelah hotel. Sedap juga. Harga set RM39.00


Balkoni dalam bilik



Wajib bawak balik coklat ye jika ke Langkawi


Pulau Dayang Bunting





Basically Langkawi memang best tapi perlukan bajet yang besar juga. Jika tak termasuk flight dan hotel, kami spend dekat RM1800 untuk 2 orang. Ini termasuk shopping, makan dan belanja lain.

Aku tak tulis full story sebab kadang aku lupa dan rasanya terlalu banyak pula nak diceritakan. Tapi korang boleh komen jika nak tau nama hotel, cara nak book or apa-apa saja tips yang berkaitan. In Shaa Allah aku akan reply :)




BYE!