Wednesday, August 8, 2012

I'm Just A Kid

Assalamualaikum dan Hi,




Hari ini ada beberapa perkara yang telah berlaku. Tak semua yang tak elok atau sedih. Tapi sekarang aku rasa agak sedih. Sekarang bulan puasa. Ya, aku tidak seharusnya bersedih. 


Dulu korang pernah tak mak korang cakap yang kalau nanges batal puasa? Aku masih ingat sebab dulu masa kecik aku kuat nanges. Kata orang jawa, 'gembeng' = kuat nanges. Ya, memang itu aku.


Bila besar aku kadang harap aku tidak selemah dulu. Tapi kita kena sedar akan hakikat yang terang lagi nyata kan? Aku tak mahu tapi kenyataan tetap kenyataan. Perasaan aku masih sama. Walau luaran sahaja berubah. 


Jangan salah paham dengan keadaan aku. Aku cuma sedih. Sedih memikirkan aku perlu meninggalkan sesuatu yang tidak harus bersama denganku lagi. Bukan sedikit tapi banyak bilangannya.


Sedih...


Apa pun yang berlaku tapi tadi ternyata aku telah berjaya mengawal emosiku. Aku berjaya menjadi hipokrit sebentar di hadapan semua orang. Aku berjaya berlakon menjadi seorang yang riang menerima segala yang akan berlaku. Aku terpaksa. Sebab aku sedar akan semua ini tak lama dahulu.


Cuma.... Sedih. Itu saja aku nak cakapkan. Tiada apa yang aku kesalkan.


Dulu masa aku nanges aku selalu pikir aku masih kecik jadi aku memang layak menangis. I'm Just A Kid. Itu dulu. Kini, apa wajarkah tangisan aku diambil kira sekadar tangisan seorang budak perempuan?


Jadi.....aku berharap aku masih boleh berkata 'I'm just a kid' lagi.....





                       

nota kaki : tak elok menangis tapi aku tak terdaya. Air mata cuma boleh bergenang tanpa dilepaskan ='(

2 comments:

Unknown said...

kecik2 klu nk nangis teringat pesan mak .. "nnt batal pose" setiap dugaan allah bg ada hikmahnya .. sbr lh okies :)

mfadhlan.com said...

La Tahzan...

Bersedih takpe, cuma jangan melarat je...menangis kerana Allah dapat pahala..


Check out my latest post on mfadhlan.com