Thursday, August 2, 2012

Berbuka Nasi Ambeng, Bazaar Ramadhan Wangsa Maju

Assalamualaikum dan Hi,


Memula sebelum korang baca dan komen pape, aku nak habaq mai yang gambar yang aku upload ini adalah kualiti paling rendah tahap cipanzi punya tau. Sorry sesangat. Moral of the story, sempena Ramadhan ni korang sila jangan taruk harapan tinggi aku akan amik gambar makanan teror tahap Annas Easkay pulak. Nak jadi photographer majlis akikah anak Mak Jemah pun kompem tak lepas. -_-"


Well, sudah puas membaca kata alu-aluan aku? keke... Oleh itu mari kita tuju ke tajuk utama. Siapa yang tahu atau penah dengar pasal Nasi Ambeng. Ala, kalau tak tahu jangan kunun-kunun tau la..ngaku je tak tahu.. <@_@>


Kalau nak sebut sila sebut betul-betul ya. Ianya bukan disebut 'Ambang' tapi 'Ambeng'. I'm a Johorean and as one of Jawaish *sesuka hati je hentam ini makanan wajib dan paling basic aku perlu tahu. 


Asal usul tok nek depa memang cheq tak tau. Yang cheq tau harga dekat Johor jauh lebih murah dari KL punya harga. Dekat kampung aku boleh dapat dalam RM3.50-RM4.00 sahaja malah kuantiti pun sama / lebih kurang.


Disebabkan sekarang tengah puasa oleh demikian korang pun sedia maklum nafsu makan yang datang dari mana memang akan membuak-buak malah makanan entah pape pun boleh craving gila. Oh tidakkk!!


Semalam aku telah berjaya membawa pulang Nasi Ambeng ini yang telah aku beli di Bazaar Ramadhan Wangsa Maju. Fyi, telah beberapa minggu aku meng-ushar nasi ini. Bukan apa, kekadang takut tak sedap. Kat KL ni bukan boleh percaya. Tak semua makanan rasanya masih kekal original. 


Nasi Ambeng RM6.00


Macam telah aku katakan gambar ini memang terukz nyahh. Sila skrol lelaju kalau tengok tak best je.. keke. Dalam Nasi Ambeng ini ada Sayur Goreng (makanan orang Jawaish), Ayam Kicap, Serunding, Ikan Masin, Mihun goreng (sikit je kuantiti dia) dan sebemban nasi putih. Oh, telur asin / masin itu aku sengaja bubuh. 


Dari segi rasa ok jugak cuma kalau dia bubuh kuah kicap banyak sikit kompen sama sebijik dengan yang ori. Ayam pulak sedikit keras. Kalau korang tak berkenan dengan ayam kicap dieorang ada juga sediakan lauk-lauk lain seperti ayam masak merah. 


But as I said before, aku suka lagi original punya. So kita pilihlah ayam masak kicap. omnomnom ..Kalau korang datang dah pukul 7 lebih, peniaga ni tak kedekut nak bagi RM6.00 untuk 2 bungkus tau. Seyes sebab incik abang penah beli. Untunglahhh.... ~~~~


Paling tidak boleh dilupakan adalah tahap kekenyangan aku semalam adalah tahap dewa ke 89..keke.. Seyes nak habiskan pun rasa terseksa jiwa dan raga... tak akan nak buang? Sayang kan? So kita makan makan dan makan..hehe..


Sekarang tengah pikir balik ni nak makan apa pulak? Masak or beli Ayam Berempah Nasi Kukus fave aku sepanjang bulan Ramadhan ni. Mana taknya, ayam dahlah gebu. Sedap pulak tu. Setakat 13 hari puasa hampir 7 kali aku pi beli kat kedai tu tau. Nak tau kedai yang mana? Tunggu up coming entri.. Doa-doa jela aku pi beli jap lagi. Boleh aku update esok..kekeke








nota kaki: perut sudah start jamming...oh noo..... #_#

4 comments:

Kesuma Angsana said...

nasi ambeng, x leh nak abis KA byk sgt benda dalam tu !hehehe

Cik Jajika said...

Tulah...nasib baik perut saya ni besar...kekee...tu pun mengah.. XD

muhammad asyraf said...

Nenek saya selalu buat nasi ni masa kenduri.. Jarang beli dekat luar..makan nenek saya masak sahaja.

Jemput singgah link di bawah ya :) http://www.kisahsigemok.com/2012/08/segmen-pengalaman-menyambut-kemerdekaan.html

Cik Jajika said...

Yeke? Mesti orang jawa.... duduk bujang nak masak banyak2 membazir jela...hehe.. =)