Showing posts with label Bosan. Show all posts
Showing posts with label Bosan. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

JOBLESS part 1

Assalamualaikum dan Hi,


A very warm intro that could make me more sad. As you know, itu pun kalau ada yang mengikuti dan berharap aku kembali menaip... it's been such a long break from blogging. Yeah..really... but unfortunately I could not say that my break is something that wonderful. Not at all..


Sorry for bothering all of you with my long sad story that merapu. Well... i bet yes I am. I'm totally live with all these ridiculous issues around. 


No picture that I could upload even the fact is my phone was fulled with pictures that could tells millions of story. 


I guess I will kept myself mumbling about all of this thing that going on in my life. No picture will describe my real feeling. 


As far you can see, this entry totally about my current situation that 'JOBLESS'. Well...well... yeah.. Mungkin korang akan cakap benda yang aku selalu dengar... Usaha lagi.. Mesti ada kerja yang lebih baik.. Cuba je kerja apa-apa pun....


Well... Stop it. I'm tired and really sick with all of this. Really...


It bothering me and make me sad. Aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana dan kalau korang rasa blog aku ini tak sesuai dengan korang, it's okay. Stop wasting your time and stop come here.


I just update this entry as it comes from my bff who seem wondering why I'm kept myself away from Twitter and Blog. Well my dear, this is the main probs here. I'm just sick of it and hoping the time will stop for a while. 


I dunno what else to say. Just let it end here. Selamat BEKERJA buat yang bekerja... 

Tuesday, May 15, 2012

Make Up Tutorial

Assalamualaikum,


Hujung minggu lepas aku saja-saja nak main make-up sebab bosan duduk rumah sorang-sorang. Nak berjalan tapi tak ada siapa yang sudi jadi drebar aku. hehe


Well, aku sendiri tak tahu mula-mula tu nak make-up tema apa. So aku terus make-up ikut alunan tangan. Lagi satu aku nak ingatkan. Aku bukanlah pakar malah cuma rookie aka amatur sahaja dari segi make-up ni ye. So apa yang aku pakai, guna atau aplikasikan adalah menggunakan pengetahuan yang aku tahu. Lagi satu, sorry kalau gamabr tak clear. Pakai handphone cabuk je. Kalau salah atau korang rasa ada yang lebih baik, boleh komen dan kita kongsi bersama. Chill =) 


Stage 1: Muka tanpa make-up 


Ini wajah aku dengan atau tanpa cermin mata. Ye, aku rabun. So korang boleh nampak wajah aku berminyak serta muram. Kesan cela pula bersepah-sepah atas muka aku. Kalau nak elok, sebelum mula make-up sapu/semburkan pelembap muka. Supaya tak kering bila pakai make-up.


Stage 2: Seluruh wajah


Barang yang digunakan adalah Angel Fit Concealer, Naturactor, dan ZA Faoundation. Cara yang aku gunakan senang saja. Mula-mula sapukan Angel Fit Concealer menggunakan span kecil di bawah mata dan kawasan yang korang nak. Aku cuma letak untuk area mata saja. Lepas tu aku pakai Naturactor di seluruh muka aku dengan menggunakan span. Fyi, bila kita guna span kita dapat menjimatkan penggunaan Naturactor tersebut. Dah setel sapu semua, terus sapu foundation ZA tu. Yang ni bergantung pada individu la nak bubuh ke tak. Tapi aku letak sebab nak bagi kesan bekas jerawat dan cela tu cover lebih la.


Stage 3: Pembayang mata / Eye shadow


Barang yang digunakan adalah Miss Rose Eye Shadow, dan Shading. Sapukan sedikit shading pada tulang di bawah kening. Pilih pembayang mata berwarna cerah pilihan korang dan sapukan di kelopak mata. Cara nak sapu bergantung pada effect/tema apa yang korang nak. Ikut suka la senang kata. Then pilih warna yang agak gelap dan sapukan di hujung mata. Sapu 1/3 mata sahaja. Yang ini korang kena selalu practice nak sapu macam mana. Aku pakai berus lain. Bukan berus eye shadow tu ye. Aku pun tak tahu nama berus apa yang aku guna. Hehe. 


Stage 4: Eyeliner / Celak


Aku pakai eyeliner pensil je. Malas nak pakai liquid. Ada 2 jenis warna eyeliner yang aku guna iaitu hitam dan putih. Cara aku, aku pakai yang putih dulu. Ikut sukalah nak corak eyeliner hitam dan nak letak warna putih tu terang macam mana. Bergantung. Kenapa pakai? Bagi aku, sebab nak bagi mata macam dihighlightkan. Macam ala-ala suci macam tu. Hehe.


Stage 4: Eyebrow / Kening


Yang ni aku guna berus dan sebatang celak coklat. Ye, aku tak ada pencil kening dan sebab tu pakai eyeliner punyer pencil. Boleh je. Janji pandai lukis. So korang lukis la ikut korang suka macam mana. Fyi, aku tak pernah cukur kening aku. Sebab tu aku lukis dan bentuk dia. So bagi aku ok la. Kalau suka kening halus, lukislah halus. Pandai-pandailah ye. Dalam gambar boleh nampak beza before and after kening dilukis. Tak lupa juga korang boleh sapu shading atas dan bawah kening bagi lebih highlight. 


Stage 5: Blusher / Pemerah pipi & Lipstick / Gincu


Aku gunakan pemerah Pipi Miss Rose, shimmer, lipgloss dan gincu. Sapukan pemerah pipi pilihan korang. Aku sapu dari dalam ke luar. Pastikan sampai luar ye. Tak nak warna tu tergantung macam tu je. Nampak pelik. Lepas tu sapukan shimmer di atas blusher tu. Nak bagi muka nampak flawless. Sapukan blusher dan shimmer tu di dahi, dagu dan tak lupa juga hujung hidung ye. Supaya muka tak pucat sangat. Kalau nak buat hidung mancung sikit, highlightkan tulang hidung dengan amik bedak compact atau shading cream compact tu, sapu dengan span dari atas ke bawah. Sehala dan terus. Jangan teragak-agak. Bahagian dahi boleh korang sebatikan warna dia supaya tak la nampak pelik tiba-tiba putih pulak kan. Lepas tu aku pakai gincu dan sapukan lipgloss sedikit. Hah, lupa nak bagitahu yang sekarang ni ada juga blusher yang sedia ada shimmer. So rasanya tak payah pakai lagi yang lain. Nanti berkilau semacam pulak. =P


Stage 6: Siap dan touch up


Okay, time ni korang kalau nak touch up apa-apa boleh la. Bibir aku warna ala-ala nude sedikit sebab aku nak attention lebih pada mata. Kita kena pilih bahagian mana yang kita nak lebihkan. Jangan buat semua lebih. Nanti terlebih macam badut pulak. Hehe


Stage 7: Posing Time



Tadaaa... Okey tak? First time buat tutorial make-up ni. Hari tu buat Tutorial tudung je. Bagi aku, banyak lagi aku kena belajar dan juga barang yang aku perlu ada. Yela, tak pernah nak bermake-up sakan. Time ni baru nak belajar. So barang pun limited je. Hehe. Nanti aku nak kumpul dan beli yang bagus-bagus la...




Akhirnya siap juga entry aku ni. Penat jugalah nak menaip panjang-panjang. Tapi ilmu rasanya tak salah kita kongsikan? Hah, aku terfikir Hadiah GA nak bagi pilihan barang-barang make-up la. Mungkin tak mahal tapi aku ikhlas. Nanti boleh belajar make-up sama-sama. =)













nota kaki: Penatnya menaip. hahaha




more info on:

Help Yuna
BMW 320i Sport Sedan
Train Concert Live in KL
RM500,000 Untuk Dimenangi!

Situasi Dunia

Selangkah aku menapak
Semakin kabur pandanganku
Semakin aku mencuba
Semakin kuat tepisannya

Wangi semerbak harumnya
Tiada gambaran pernah wujud diminda
Seakan terciptanya satu imaginasi yang baru
Menari-nari tanpa dapat aku capai

Tercipta satu fantasi
Akhir bersama menari
Tiada kata untuk mengakhiri
Hanya kata semoga menjadi realiti














nota kaki: selitan di saat feeling maut. haha

Thursday, December 22, 2011

Mereka

Assalamualaikum,


Agak lama rasanya ruangan bercanda ini dibiar sepi tanpa sebarang pembaharuan. Maaf ye. Rasa kesian pula. =)


Ya, kali ini aku ingin berkongsi cerita mengenai mereka. Setelah entry khas aku untuk join segmen Abang Ben Ashaari tak mendapat perhatian, tak mengapa kerana aku memperolehi dua follower baru. Thanks korang. (tak ada kena mengena pun)


Mereka. Mereka berborak. Berkongsi luahan hati. Seorang cuba menidakkan kebenarannya. Seorang pula menghasilkan riak dan pergerakan badan dengan penuh gaya sambil cuba menyakinkan. Oh, rasa sungguh kaget memerhatikan semua itu. Rasa terpencil seketika.


Mereka dengan aku tidak jauh berbeza. Masih manusia, bernyawa dan berhak melakukan apa saja. Cuma aku saja kelihatan keseorangan dan kesepian. Mata masih layu dan tidak mampu menghasilkan sebarang riak yang ceria.


Mereka dan aku masih menunggu. Ya, sambil aku memerhatikan gelagat Mereka itu. Ramai. Menunggu sesuatu yang seharusnya tiba. Tapi tidak juga kunjung tiba. Lambat dari waktu biasa. Kesabaran masih menebal. Kala kesejukan mula menyengat jauh ke dalam tulang comel ku ini. *perasan je..haha


Akhirnya. Mereka dan aku melihat ia datang menghampiri. Redha dan bersyukur. Ya, akhirnya. Tidak lagi aku perhatikan Mereka. Pandanganku hanya pada yang satu. Ia. Sambil tersenyum dan tidak sabar bersaing dengan Mereka untuk ia. Akhirnya....


*

*

*

*

*

*

*

*


tadaaaa






nota kaki: saja bosan time tunggu bas nak pergi keje..=)

Monday, December 19, 2011

Owl

Assalamualaikum,


Not much word for this entry. Just a spontaneous sketch and suddenly I realize that it is looked like an OWL. Okay, it also surprise me too. Just an abstract sketch. Hope you like it..=)


*sorry for the ugly sketch..




As written:


SEASON COME AND GO
WEATHER CHANGES
DRY, COLD AND WARM
STILL STANDING
YESTERDAY, TODAY, TOMORROW
DO YOU REALISE ME HERE?
PLEASE...
ALONE DOES NOT MAKE ME HAPPY
I KNOW I'M JUST AN OWL
WILL DIE WITHOUT ANYONE
PLEASE...




Nota kaki : Done the sketch in less than 1 hour and sorry because the image quite blur...

Friday, December 16, 2011

Just a Sketch!

Assalamualaikum,


This is just my ugly sketch while bored. Nothing much about my feeling okay. Just a sketch!






As written:


Sekadar lakaran ukiran spontan
Sejuta harapan kian menghilang
Coretan tangan sering dipermainkan
Bergelora perasaan menahan cemuhan
Semakin hari semakin membara
Dendam kesumat menggebu di dada
Fikiran melayang mencari kata-kata
Idea yang bakal meredakan jiwa
Masih mampukah aku?
Terus membina disebalik kepayahan...



nota kaki: sekadar coretan di saat kebosanan..

Tuesday, August 9, 2011

Okay, fine!

Assalamualaikum,

Okey, semua salah aku.
Salah aku sebab aku yang tidur kan.
Salah aku jugak sebab aku yang tak prepare awal-awal.
Aku faham kalau semua ni memang salah aku sebab aku yang exam.

Geram? Mungkin.
Kau susah nak berdikari.
Tolong?
Aku memang tolong kau tapi kau yang tak nak tolong diri sendiri.

Aku memang penatlah kalau macam ni.
Susah kalau dah tua bangka nanti.
Menyesal?
Tahla. Kan aku jugak yang pilih benda ni semua.

Okay, Fine!



*entry ini mempunyai maksud tersirat.

Monday, July 11, 2011

Why?

Assalamualaikum,

Sekarang nie memang aku jarang update blog aku nie. Update bila perlu sahaja. Ermm... Masalah dalam hidup memang tak pernah habis dan tak akan berhenti walau sekalipun. Aku masih cuba untuk menghadapi setiap masalah dengan sewajarnya.

Gaduh yang tak melibatkan sebarang serangan fizikal memang selalu pun. Cuma sejak kebelakangan ni aku rasa kitaorang dah selalu sangat bergaduh. Semuanya kadang-kadang atas alasan yang aku rasa tak munasabah langsung. It should be a small matter but for him it such a big deal until can be a sin just like you are cheating. What the ****!

Apa yang berlaku nie memang buat aku marah. Aku akui aku memang tertekan. Dia memang banyak membantu aku tapi pada masa yang sama dia nak aku balas semua yang dia pernah buat tuu. Dia selalu cakap dengan aku yang dia nak berubah. Tak nak marah-marah. Tapi macam mana nak buang benda tuu kalau dia tak nak cuba sendiri dan mengharapkan aku untuk meredakan marahnya?

Aku tahu yang aku sendiri banyak buat salah dulu. Tapi dia kena paham yang itu dulu. Bukan sekarang. Aku tak curang. Aku tak tipu. Aku tak buat salah macam dulu. Tolonglah paham. Nasib baik aku belum kahwin dengan dia lagi. Kalau tak, aku rasa aku boleh menyesal dikemudian hari. Aku tulis benda nie bukan sebab yang mengarut-ngarut. Cuma aku rasa tertekan. Tertekan sebab aku ada BF macam tuu.

Bukan aku tak bersyukur. Aku sentiasa berdoa semoga Allah bukakan pintu hati dia dan panjangkan jodoh kami. Tapi kalau dah tiada jodoh apa nak buat kan? Redha je la. Aku hampir penat. Penat untuk sentiasa sabar dan menjadi mangsa amarahnya. Itu belum kira nafsunya. haha.

Setiap yang aku lakukan aku sentiasa ingatkan dia. Cuma kadang-kadang jela aku terlupa. Nak buat macam mana kan, Melayu mudah lupa. Hehe. Tapi aku tak suka and pantang bila dia duk mengungkit apa yang dia pernah buat dulu kat aku. Kadang-kadang memang aku yang minta tapi bukan selalu. Kadang-kadang dia gak yang bagi. Tapi biasalah. Nama pun laki. Sama je. Aku pun dah mula nak bosan dengan karenah lelaki. Penat.

Dia kata aku dah kedekut. Kedekut? Dari dulu lagi aku dah penah cakap. Kalau tak ingat mari aku tolong ingatkan. Siapa yang dulu time mula-mula couple minat kat aku? Siapa yang mula-mula langgar janji yang aku pernah syaratkan dulu? Sebenarnya start dari hari tuu aku dah tahu dia laki macam mana. Sama je dengan yang lain. Janji pun tinggal janji. So jangan nak cakap aku yang lupa dengan janji kalau dia sendiri yang mulakan dulu.

Aku sering duduk sendirian dan rasa rendah diri teramat. Aku selalu mohon diampunkan segala dosa aku. Aku nak jadi seorang muslimah yang diredhai Allah. Susah ke dia nak faham? Kenapa macam nie? Aku tahu seorang perempuan jahat akan ditemukan dengan pasangan yang setaraf dengan nya. Tapi kalau macam nie, aku rasa tak ada jodoh pun tak apa. Aku lebih rela tak kahwin sampai tua. Aku sentiasa pegang pada prinsip, Perempuan boleh hidup tanpa lelaki tapi Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan!

To Aiman-

Saya sayang awak even kadang-kadang saya akui rasa cinta tu makin pudar. Tapi kadang-kadang ia juga bersemai menjadi semakin kuat. Awak sentiasa cakap yang awak paham saya. Adakah awak pasti awak betul-betul paham dengan diri saya? Kalau betullah yang awak paham saya kenapa awak masih tak paham apa yang saya mahukan?

Ye, saya memang jahat dulu. Tapi itu dulu. Bila awak nak berubah saya boleh tolong tapi kenapa bila saya nak berubah awak nak halang? Berubah ke jalan Allah sepatutnya disokong dan dibimbing. Bukannya dirosakkan dan disesatkan.

Saya tahu saya tak cukup baik sekarang. So? Bukannya saya yang tergila-gilakan awak dulu. Saya memang tak kisah siapa BF saya tapi saya nak dia bimbing saya dan bukannya rosakkan saya. Awak memang baik tapi mungkin awak bukan untuk saya. Saya tak layak untuk awak. Saya tak layak untuk jadi menantu Umi.

Taraf saya sangat rendah di mata awak. Saya nie memang tak layak untuk dijadikan seorang isteri malah seorang ibu. Saya redha dengan apa yang berlaku. Andai ini takdir hidup saya. Saya tak kisah untuk kesorangan bersama DIA yang satu. DIA yang mendamaikan saya dan membuatkan hidup saya lebih tenang. Saya percaya dan saya pegang dengan janji-NYA.

Sekarang saya akan slow dan ikut apa yang awak nak tapi bergantung pada apa yang awak nak. Andai ia melampaui batas yang ada, saya mintak maap jika saya menentang. Sayang saya pada awak tapi sayang saya lagi dengan DIA. Maap sayang. Perasaan saja tak mampu membawa kita ke syurga.

Saya bukannya nak putuskan hubungan dengan awak tapi macam biasa, saya ingin menyedarkan awak dan meluahkan perasaan saya. Untuk pengetahuan awak, sayang saya pada awak bukan sekadar 16sen tuu ye. Ia lebih dari itu. Jangan nak menilai sayang yang saya beri kepada awak.

Saya penat dan betul-betul penat. Andai satu hari nanti tiada jodoh antara kita, saya doakan agar awak berbahagia bersama jodoh awak. Saya sentiasa di sini dan akan sentiasa merestui awak. So, sekarang saya akan slow dan relax. Kalau kita ada jodoh suatu hari nanti, ada lah.




Yang ikhlas,
Kasihmu.

Friday, June 17, 2011

Aku Bukan Boneka

Assalamualaikum,

Hari nie totally tak de mood. Kepada si dia, memang aku akan update blog nie dengan meluahkan apa yang aku rasa. Lagipun itulah sebabnya aku buat blog. Untuk tulis apa yang aku rasa semua. Bukan sekadar perhiasan je.

Saya nak mintak maap la kalau saya komen pape yang buat awak marah. Tapi saya tak pernah nak main-mainkan awak. Awak ada tanya kenapa saya buat macam tuu kan(komen2 tuu semua)? Bukan saya sengaja nak sakitkan hati awak dengan komen yang macam tu. Tak pernah terlintas pun.

Awak pun ada tanya kenapa bila dengan awak, saya msg pun kurang. Saya bukan tak pernah bagitahu. Pernah kan. Tapi awak selalu tak amik endah apa yang saya cakap. Apa yang saya bagitahu awak selalu lupa.

Saya tahu saya salah bab komen-komen tu walaupun saya sendiri tak dapat kawal apa yang orang lain pikir and tulis. Tapi bila sampai bab kenapa saya tak selalu msg awak, awk kena ingat balik apa yang saya pernah bagitahu awak.

Antara cinta kepada kekasih dengan agama kita. Awak tahu apa yang saya cakapkan k. Sebab tu saya tak selesa nak msg dengan awak banyak-banyak. Saya rasa macam semua yang saya buat nie tak betul. Awak tak rasa apa-apa ker? Saya tahu awak selalu guna alasan yang awak memang panas baran semua. So? Lagi dunia boleh berubah takkan awak tak boleh? Dari seorang budak kecik awak pun dah berubah kepada seorang yang dah boleh kawen dah pun. So bile masa awak tak boleh berubah?

Saya cuma harap awak paham apa yang saya rasa. Memang saya ada salahnya. Banyak yang saya buat silap. Cuma jangan awak buat saya rasa menyesal dengan hubungan kita nie. Saya tak sempurna. Setiap orang pernah buat salah. Awak pun sama. Parents kita, kawan-kawan, semua orang pernah buat salah.

Yang paling saya sedih sebab bila saya terangkan pe saya rasa, awak perli dan tak nak paham. Awak akan kaitkan dengan kesilapan saya yang dulu. Okey, FINE. Saya memang jahat dulu. MACAM AWAK. Cuma bezanya kita buat silap yang berlainan k.

Awak nak sangat jadi macam 'KAWAN' awak tuu kan? Buat awek die macam tu. Kawan-kawan yang lain semua tak suka awak, pinggirkan awak, benci tengok awak, parents lak tak suka tengok kita. Macam tu???

Saya sedih dan saya memang malas nak cakap pape lg sebab saya BERIBU kali cakap benda yang sama. Saya memang penat. Penat sebab awak selalu buat saya rasa bersalah. Tiap kali jumpa awak, saya cuba elakkan rasa tuu tapi awak lak? Tak pernah nak berhenti.

Awak boleh jaja cerita dan kemarahan awak tuu kat semua orang. Malukan saya semua. Tapi Allah tahu apa yang berlaku sebenarnya. Saya tak takut pun sebab kalau dah takdir hidup macam nie, saya redha wak. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Saya seriusss penat sebab berbelah bagi. Bila awak baca apa yang saya tulis nie, saya bukannya cakap saya tak buat salah. Salah saya memang banyak. Saya komen dengan orang lain, saya tak berterus terang dengan awak sejak awal-awal lagi. Tapi saya rasa saya dah banyak kali cakap dengan awak. Benda yang sama. Berulang kali. Sampai saya kadang-kadang fed-up. Fed-up menjadi diri saya yang malang nie.

Macam yang saya cakap, kalau awak berani nak malukan saya...Saya tak teragak-agak jatuhkan awak sama. Sebab kita sama-sama buat silap. Cuma masalahnya saya sedar silap saya. Tapi awak tak. Saya bukan ugut awak tapi saya cuma ingatkan awak je. Ingat Umi, Abah, Adik-adik awak, dan 'adik-beradik' awak tuu. Lagi-lagi abang awak.

Sekarang saya memang dah tak kisah. Deal ke pe ke.. Saya rasa hidup saya nie memang tak de maknanya langsung. Saya pun memang malas nak hidup lagi kalau kena jadi hamba orang. Boneka? Maybe. Macam pinocchio. Kayu semata.

Lepas nie awak mesti datang mengamuk kat saya lagi. As usual.... Dah dapat agak dah. Kalau nak kata tak sayang, saya memang sayang awak. Tapi kalau sayang masti macam nie ker? Kena ikut apa yang laki tuu cakap. Nikah pun belum, tunang jauh sekali tapi kena jadi hamba je?

Awak tak jahat. Saya memang sayang awak. Awak banyak tolong bila saya susah. Tapi macam nie ker cara nak balas jasa orang tuu? Kena ikut je apa die cakap. Terima kasih atas semua yang awak bagi kat saya. Saya tak tahu nak buat macam ne lagi. Perasaan saya pun dah sama macam pinocchio. Tak penting untuk awak amik tahu lagi. Tak guna dah. Saya macam dah mati pun. Mati dalam hipokrit yang awak bina untuk saya. Terima kasih banyak-banyak.

Bila awak cakap saya bajet good-good je, pernah awak pikir tak sape je yang selalu cakap macam tu?? Awak je k. Saya rasa saya nie tak pandai pun. Saya mengaku kelemahan saya. Apa yang saya dapat tuu bukan saya curik? Rezeki saya. Saya dapat apa yang saya patut dapat. Saya tak pernah menjaja cerita result saya. Bagi saya tuu cuma atas sekeping kertas je. Saya tak bangga pun. Kalau awak masih pikir saya macam tuu, awak sememangnya tak pernah kenal siapa saya!

Monday, May 23, 2011

Oh Monday

Assalamualaikum,

Hari Isnin yang kureng best sebab kena kerja lepas cuti hujung minggu. Oh Tidak!! memang rasa tak nak bangun jek pagi tadi. Nasib baik aku ada kekuatan tuu.. Kalau tak, tak datang ler opis arini..Hahhaa...noooo goooddd...

Aku memang nak update blog tadi tapi harini busy sket. So aku just update simple and fast entry (lagi skali kerrr???hahhaa). Memang aku suke update fast enrty sebab die fast. Aku tak ada masa dan perlu cepat Harap korang paham situasi aku huhu -_-

Banyak sket kerja kena buat berbanding minggu-minggu lepas (agak buhsan okey). Aku pun ada banyak story mory mau share. Nanti aku update lagi yek...hahaha...daa

*akuupdatesebabakunakkorangtahuakumasihingatblogcuteakuniek...hehehe