Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Sunday, December 1, 2013

Morib Trip

Assalamualaikum dan hi!!

Wokey, sorry tapi dengan tahap tak sabarnya, aku tak boleh tahan guling-guling nak post. Sebab tu siap bubuh tanda seru lagi :-P

Well, tapi dengan tahap gedik mengada nak kena tampar 50x lelaju, aku upload gambar aku sikit je...

Konon feeling teaser la.. Hahaha.. Hampeh..

Daaaaa!!

KLCC

Assalamualaikum dan hi,

Nothing to say just nak tunjuk gambar KLCC waktu malam.. Hahaha...

Nanti kalau aku ingat, aku update trip aku pergi Pantai Morib.. Huhu

Daaaaaa

Tuesday, November 26, 2013

Panadol Active Fast Weiii!!

Assalamualaikum dan hi,

Well, hari ini keadaan badan mula menunjukkan simptom manja yang gediks nak demam. So sebelum badan cute ini menjadi hulk pink aku pergilah membeli panadol.

Jeng jeng jeng

Agak pelik dan kagum dengan rekaan terbaru panadol active fast ini. Sangat bagus, terbaik dan smart.. Cewahhh..

Adakah kejakunan aku ini disebabkan lama tak demam? Huhu. So dengan semangat jakun, terus aku naik minyak dan rasa nak kena share info yang aku sendiri tak tahu betapa laju or slow info aku ni.. Hahahaa

Naili's Place, Ampang

Assalamualaikum dan hi buat semua.

Hari ini tapau makan di tempat ni. Nampak cantik dan selesa. Try beli sebab pesakit mengidam.

Well, rasanya biasa sahaja. Boleh try kalau nak. Terletak di Ampang,  berdekatan KPJ Ampang Puteri Specialist, Ampang.

Penghujung November

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Well, rasanya cukup lama singgah sanaku ini terbiar sepi. Terlalu sibuk dan terlalu menyibuk...

Lantaran dengan itu, aku titipkan tiap bait kata, harapan, perasaan dan masa depanku di laman sosial lain. Yang sememangnya terlalu mudah menjadi tatapan umum. Dengan mudah aku dipertikai, diperkatakan.

Sudah. Serik tidak pernah. Semua hanya memburukkan keadaan.

Ternyata kini baru aku sedar kewujudan diari mini aku. Kesian. Maaf. Tiada kata mampu diungkap kini.

Sebelum aku makin tersesat. Terlambat. Terleka. Terluka. Ataupun terseksa, lebih baik aku segerakan.

Sudah hampir penghujung November. December menanti adalah bulan kelahiranku.

Minggu ini aku sudah rancang pelarian individu aku. Lari sebentar. Lama teringin. Lama terfikir. Lama mengidam bagi orang yang mengandung. Bagi orang seperti aku, ianya impian yang aku tak ingin menjadi angan semata.

Aku namakan ianya solo gateway. Tak kisah sudah. Persiapan harus dilaksana. Lebih baik sorang dari berteman.

Tiada hati lagi akan terluka. Terseksa. Merana. Salah. Hati aku lebih penting. Lari jauh. Harapan aku. Jauh sebentar. Lupakan semua. Mereka.

Kadang terfikir bilakah hati aku akan belajar menjadi lagi kuat. Tanpa lelaki yang kian menyakiti aku. Bila aku akan serik...


Monday, May 20, 2013

Resepi Nasi Ayam!!


Assalamualaikum dan Hi,


Kali ini nak post resepi. Nyummy. Hari ini aku masih berpuasa ganti.. Ye. ganti tu wajib sebelum sunat.. Hehe..


My Mr. Wangi gemar makan ayam dan paling fave adalah Nasi Ayam. So, aku nak share 1 resepi dari DapurKakJee kita. Nampak sedap dan menyelerakan.


Nanti kita try masak untuk Mr. Wangi kita... =)



NASI AYAM RESIPI BONDA





Kjee jarang masak Nasi Ayam sebab makanan ini mudah diperolehi. Ketika tinggal di Taman Melawati dulu, ada beberapa restoran dan gerai yang jual nasi ayam yang sedap. Jadi tak payahlah sibuk2 nak buat sendiri.

Di Sungai Buloh pun ada satu restoran (dekat Econsave) yang jual Nasi Ayam sedap. Tapi Kjee ni bukan jenis yang suka sangat Nasi Ayam. Ada pun okay, tak ada pun tak kesah.

Tetapi beberapa hari lepas Nadia kata lama dah tak makan Nasi Ayam air tangan Mama. So pagi tadi, masa Unclepali gi Posto, Kjee suruh dia beli dua ekor ayam yang baru sembelih. Kat Sg Buloh memang ada banyak tempat orang sembelih ayam.

Seekor Kjee plan nak panggang dan seekor lagi goreng. Tapi sebelum goreng, Kjee rebus kira-kira 10 minit pastu baru goreng. Cara ini, dapatlah buat sup untuk Nasi Ayam nanti.

Kjee tak tahulah samada cara Kjee buat Nasi Ayam ni, namanaya Nasi Ayam Hainan atau tidak. Ia resipi yang selalu dibuat arwah Bonda dulu.

NASI AYAM

3 mug beras (mug standard tinggi 4 inci. Kjee guna beras wangi)
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin (Kjee guna Daisy)
3 ketul chicken cube
2 helai daun pandan (kalau suka)

CARA

Masak air sebanyak 4½ mug bersama 3 cube ayam. Beras dibasuh dan tos hingga kering. Panaskan periuk dan cairkan majerin. Masukkan bawang putih dan halia. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam rice cooker. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk rice cooker. Masukkan daun pandan dan biar ia tanak hingga masak. Lerai2 dengan garfu setelah nasi masak.

SAMBAL

5 biji cili hidup (dibuang biji)
5 cili padi (kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit cuka kalau guna

CARA

Kjee blend semua bahan diatas kecuali sos cili, bersama sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sos cili serta garam (dan cuka kalau guna). Didihkan sampai pekat. Padam api.



KICAP

4 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
beberapa titis minyak bijan
1 senduk air rebusan ayam (untuk sup)
1 sudu besar sos tiram

Campurkan semua bahan2.

AYAM



Ayam panggang

1 ekor ayam
1 biji lemon atau limau nipis
1 biji bawang besar
1 sudu besar rempah rosemary (optional)
butter
garam
lada hitam

Bersihkan ayam luar dan dalam. Potong dua limau nipis atau lemon. Potong dua bawang besar. Kemudian sumbatkan rempah rosemary (kalau guna), bawang dan lemon ke dalam badan ayam menerusi bawahnya (cara ini Kjee tengok dia orang buat di tv).
Kemudian sapu sedikit garam dan lada hitam di keseluruhan badan ayam. Selepas itu, lumurkan pulak dengan butter. Butter akan membuat ayam crispy.
Bakar guna suhu 200 darjah selama lebih kurang 1½ jam.




AYAM GORENG

1 ekor ayam potong dua.
½ periuk air
daun ketumbar (akarnya sahaja)
1 biji bawang besar
garam
serbuk perasa kalau guna

CARA

Didihkan air. Masukkan bawang yang telah dibelah 4, garam, serbuk perasa serta akar daun ketumbar. Akar ini ikut suka letak banyak mana. Aroma dari akar ini akan membuatkan sup sedap. Apabila air mendidih, masukkan ayam ke dalam periuk dan didihkan guna api perlahan kira-kira 10 minit. Kemudian keluarkan ayam, lumurkan dengan sedikit garam dan kicap manis. Kemudian goreng ayam. 
Air rebusan ayam tadi boleh dijadikan sup. Kjee turut campakkan kaki ayam serta tulang2 ayam ke dalam stok rebusan ayam ini. Tulang2 dari lebihan yang disimpan untuk tujuan buat sup.

CARA MENGHIDANG

Timun
Salad
daun ketumbar































Ok..papai....!!!

Ayam Panggang Dengan Pemanggang Ajaib!!

Assalamualaikum dan Hi,


Bila baca tajuk di atas sila baca sambil bayangkan deruman drum.... huhu.. Confirm suspen je kan? Well, memang lama aku tak menulis info terkini. Selalu hanya akan update dalam Instagram or Fb jek. @_@


Kali ini aku nak share dengan korang mengenai pemanggang ajaib. Wahh.. Sungguh ajaib kan bunyinya. Nak tengok rupanya? Jeng jeng jeng.....




Ajaib tak??? Ermm.. i know. Takk kan..??? Hehe.. Tak apa. Jangan korang tanya aku asal usul nama or detail sebab aku pun tak tahu. Budak rumah aku yang beli dan aku tolong pakai.


Do you know that it is super ohsem? Seyes la... Masak ayam panggang cepat je masak. Nyummy...


Ini hasilnya....jeng jeng jeng..




Hehe.. Super ohsem tau... next project will be Ayam Panggang Madu.... Nyummmyyyy!!! hehehe =)




Ok papai!!!







Sunday, January 20, 2013

Mad + Frustrated

Assalamualaikum and Hi,


A very good evening everyone. Hope all of you doing well because this evening just like a big smash to myself. Yeah, I knew that quite a long time I didn't write here and it just not right to talk about bad things. Bla bla bla.... Please for one second, just read and understand me. 


Sorry peeps. I guess that I'm quite rough in this entry right? Okay, macam ni. Hari ini memang buat aku stress. Just a simple problems tapi buat aku rasa macam aku sorang-sorang je dalam dunia ni. Well, in reality I'm not. 


Family should help each other. Bf pun sama. Should do the same thing kan? Tapi hampeh... Seriously aku kadang-kadang rasa terlalu hampa kenapa dua orang ni wujud dalam hidup aku. Astargfirullah al azim....


Seriouly I'm totally disappointed. Menyesal pun ada. So sekarang my condition totally mad and frustrated. Yes I am!


Bila aku marah dan kecewa terlampau, aku akan automatik sedih. Aku tak tahu kenapa but this is me. The real me. So, just nak cakap hari ini memang aku terasa hampa. Aku marah sampai meremang bulu roma aku. Tahap cipan dah ni.... arggghhhhh


Tu je nak cakap. ~~~~~