Showing posts with label Bucuk. Show all posts
Showing posts with label Bucuk. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Mad + Frustrated

Assalamualaikum and Hi,


A very good evening everyone. Hope all of you doing well because this evening just like a big smash to myself. Yeah, I knew that quite a long time I didn't write here and it just not right to talk about bad things. Bla bla bla.... Please for one second, just read and understand me. 


Sorry peeps. I guess that I'm quite rough in this entry right? Okay, macam ni. Hari ini memang buat aku stress. Just a simple problems tapi buat aku rasa macam aku sorang-sorang je dalam dunia ni. Well, in reality I'm not. 


Family should help each other. Bf pun sama. Should do the same thing kan? Tapi hampeh... Seriously aku kadang-kadang rasa terlalu hampa kenapa dua orang ni wujud dalam hidup aku. Astargfirullah al azim....


Seriouly I'm totally disappointed. Menyesal pun ada. So sekarang my condition totally mad and frustrated. Yes I am!


Bila aku marah dan kecewa terlampau, aku akan automatik sedih. Aku tak tahu kenapa but this is me. The real me. So, just nak cakap hari ini memang aku terasa hampa. Aku marah sampai meremang bulu roma aku. Tahap cipan dah ni.... arggghhhhh


Tu je nak cakap. ~~~~~

Wednesday, August 1, 2012

Berbuka Di Restoran Rosdet Tomyam, Kampung Baru / Chow Kit | Entri Bergambar

Assalamualaikum dan Hi,


Omnomnom....


Sekarang kompen ramai duk tengok blog makan-makan kan? keke..sabar ye. Bulan puasa ni haruslah bersabar nafsu semua. 


Semalam aku dengan incik abang telah berbuka puasa di Restoran Rosdet Tomyam terletak di Kampung Baru ataupun Chow Kit. Dua-dua pun berdekatan. Tak sempat nak amik gambar kedai so aku google sahaja. Ini gambar lama ya sebab sekarang kedai ini telah dibesarkan. Dah maju... Kedai Johan Seafood tu dah tak ada dekat sebelah. Oleh demikian restoran ini agak besar dan boleh menempatkan lebih ramai pelanggan.




Hah, lupa nak habaq mai. Kedai yang warna merah belah kanan tu pun aku penah makan tahun lepas. Gila cekik darah mahal. Makan 4 orang harga dekat RM100 kott... Aku order lebih kurang macam yang aku order untuk berbuka semalam tapi tak semahal itu bayarannya...fuhhh...


Muka orang tak sabar nak makan..kekeke 


Sambal belacan for free 


Our food for two...ye... berdua tapi makan...oh tidak!!hahaha


 Omnomnom


Ikan Siakap 3 Rasa


Ikan ini amatlah sedap. Seyes. Cuma agak manis bagi aku. Cukup garing, cukup...cukup... Paham tak? Semua cukup tau. Delicious. Harga tak pasti pulak..keke


 Sayur Campur RM5-RM6


Incik abang order sayur campur dan hasilnya amatlah menerujakan kami. eh, ayat apa tu? keke... Sayur campur ni siap ada udang dan sotong lagi. Sayuran yang ada seperti brokoli, kubis, lobak, jagung mini, cendawan dan macam-macam lagi. Sumpah heaven je rasa... Harga dia tu cuma anggaran aku je tau.. @_@


Sotong Goreng Tepung RM5-RM6


Masih tidak pasti akan harga sebenar sebab time order ikut nafsu..ehhee.. Sedap dan sangat gebu. Tak menyesal pilih. Tapi lebih baik order udang sebab udang lagi banyak isi dari sotong.. hehe




Ini tomyam. Aku sendiri tak hengat aku order tomyam apa. Campur ke, seafood? konpius..keke.. Well, incik abang sangat suka tau... Eh, macam kosong je? boleh tengok pic bawah... 




Tadaaaa...isi yang tersangat banyak. Ini order untuk sorang makan je tau. Ternyata tak kedekut restoran ini. Isi pun segar-segar je rasa. Time ni tak sempat nak amik gambar telur dadar. Ada order tapi lambat sampai.


Untuk pengetahuan korang, semalam aku book meja dalam pukul 5.30 petang dan bukan awal pun sebab hampir 1/4 meja sudah dibook. Sebab tu tahun lepas kami kempunan nak makan dekat sini. So, harus datang awal-awal dan book tempat anda.


Service pun ok. Lepas cakap telur lambat sampai je, tak sampai 5 minit terus dia hantar. Kalau nak tambah order pun laju je sampai. Kecuali kau orang order yang susah nak masak memang lambatlah. Dahlah full house time berbuka. 


Ini senarai lengkap apa yang ada di atas meja kiteorang.

Order:
Ikan Siakap 3 Rasa *2 orang makan
Tomyam Campur / Seafood * 1 orang makan
Telur Dadar *2 orang makan
Sayur Campur *2 orang makan
Sotong Goreng Tepung *1 orang makan
Nasi Putih *2 orang makan
Air Limau Ais
Ais Teh O Ais
Ais Kosong

Free:
Sambal belacan
Kurma 3 biji


Jumlah keseluruhan : RM48.50
Service : 8.5/10
Suasana : 7/10
Rasa : 8.5/10


So apa tunggu lagi..jom serang!!!!!








Nota kaki: rasa macam nak makan lagi..oh tidakk!!!

Tuesday, June 12, 2012

Mickey Mouse Mengganas Di Midvalley!

Assalamualaikum dan Hi,


Hari ini banyak kerja tertangguh dan tak cukup masa nak buat semua kerja. Entri semalam yang aku perap pun meronta-ronta nak dikeluarkan hari ini. Walaupun seharian aku sibuk dengan kerja aku tapi blog kesayangan aku ni pun perlu di ambil berat. Kang kalau touching apa mau bikin??? hehe


Sebelum ini aku ada baca beberapa entri mengenai pameran Mickey ini. Rasa macam tak percaya tau tak sebab gambar yang dieorang ambil menampakkan sudut berbeza incik Mickey. Pameran ini berlangsung agak lama sempena 'Mickey Mouse Through The Years Since 1928' dari 24 May - 17 September 2012! Dah tua pun incik Mickey ni. So siapa yang rasa nak jumpa incik Mickey, masih ada banyak masa lagi tau..


Yela, kan selalu kita nampak Mickey dalam tv warna hitam putih je dengan seluar merah bintik putih kan? Kali ini korang tengoklah apa perbezaannya.... Aku tak nak tulis panjang-panjang ye. Korang tengok sendiri betapa kreatifnya design incik Mickey ni.. hehe




























Korang tengok betapa ramainya yang datang nak buat photoshoot dengan incik Mickey. Femes tau incik Mickey ni..hehe










Lepas jenjalan jumpa pula 1 lagi booth di bahagian sebelah lain. Road To London. Agak best sebab ada screen besar yang detect image kita tau. Hebat. Dan korang boleh tandatangan kat wall yang disediakan. Rasa bangga sekejap. hehe





Bila haus terus pergi mencari Chatime yang jauh ke bawah sana. Serius super tired tau. haha. Tengok-tengok line up dah panjang. Beratur dan order. Tengok no giliran. Oh, 6487.






Oh, kat screen baru 6469. Alamak. Lama lagilah...sabar jela menanti airku...kehkehkeh




Disebabkan kehausan, minum dan buat-buat lupa nak tangkap gambar. Aku beli Strawberry Puding Au-Liat dan tambah pearl ye, harga pula RM8.90. Nyummy. But incik bf tak suka pulak. hehe... yang penting aku suka sudahlah..hahaha =)








nota kaki : tetiba rasa nak minum lagi...nyumnyum

Friday, May 25, 2012

Berpuasa Di Bulan Rejab

Assalamualaikum,


Beberapa hari ni aku sudah mula berpuasa di bulan Rejab. Yo, aku tahu ramai yang ambil kesempatan ini untuk mula ganti puasa kan? Aku pun sama juga.


Puasa yang pertama aku puasa sunat. Bila difikir-fikir balik, tak akan la nak puasa sunat walhal puasa ganti yang wajib pun tak terganti? Then aku buat keputusan bahawa yang wajib haruslah dilaksana dan diutamakan dahulu. Setuju tak? =)


Bila bekerja sambil berpuasa, tak ada lah rasa bosan dan semacam je sebab sibuk dengan hal pejabat. Kalau nak suruh aku puasa hari Sabtu dan Ahad memang 'condifent' yang puasa aku tak jalan! haha




Ada beberapa hari lagi untuk aku habiskan puasa ganti aku. Untung bila orang lain dapat rezeki, kita juga dapat tempias. Thanks le buat si dia yang telah belanja aku berbuka puasa di McDonald. Sungguh enak rasanya bila dapat rasa rezeki dari kocek orang lain. Hahaha



Pesta sos! haha


murah je..hehe


Dinner nyum nyum


Next week kita sambung puasa lagi sebab hari ini busy dan hari Jumaat hari kita raya! Yeah! Haha..... Sukanye lah aku ni. Well, jangan lupa join 'GA Cik Jajika Senang Je' tau!! Dah nak tamat tempoh!! hehe













nota kaki: mengidam nak makan dekat HR Steak House Kg. Baru! haha






Wednesday, May 9, 2012

Big Beef Grilled Burger

Assalamualaikum,


Well...well...well... Sejak akhir-akhir ni makanan memang menjadi sumber utama menjana perut aku. Hehe. Yela, kalau tak makan macam mana nak gemuk kan? Betul tak?


So, bersambung part grill kali ini berbeza menu sahaja. Dari chicken aku memilih untuk makan daging lembu aka beef. Korang tahu apa rasa dia? Super duper delicious tau. Tak percaya? Cuba tengok gambar.




Mula-mula time datang dah ramai orang. Tapi lepas tu lagi ramai orang datang. Berpusu-pusu nak order. Nasib baik aku datang cepat sikit.


Bakar jangan tak bakar





cheese meleleh



Cuba korang tengok cheese dia. Serius aku meleleh air liur time tengok. Yela, aku beli tapau makan kat rumah je. Yang makan kat situ bf aku jela. Aku memang tak akan makan kat situ. Malu siot nak ternganga mulut besar-besar kat tempat awam. Dah la cheese and sauce dia meleleh-leleh. hehe


Pendapat aku, beger ni memang tersangat la sedap. Aku tambah cheese harga dia RM7.50. Mahal 50 sen dari ayam. Tapi memang berbaloi. Pe lagi? Cuba la rasa. Rugi. tunggu pun tak ada la lama sangat. Okay la. =)









nota kaki: makan makan dan makan 

Monday, April 9, 2012

Stupid Guys With Their Slander!!

Assalamualaikum,


Dah lama tak menconteng ke blog buruk aku ni. Well, agak busy dengan beberapa perkara yang mendatang secara langsung dan juga tidak langsung. Sebab tu tak berkesempatan untuk update blog aku ni.


Entry kali ini memang aku tulis sebab aku dah berada di tahap kesabaran minima. It's about the guys that really hopeless! Ye, kadang-kadang aku tahu yang mereka cuma bergurau. Tapi pernahkan mereka berfikir kesan dan juga akibat gurauan mereka yang agak keterlaluan?


Kadang-kala aku rasa macam difitnah. Cuba bayangkan jika kau difitnah.. Bagaimanakah rasanya? Masalahnya bukan sekali tetapi banyak kali. Apa lagi yang dieorang tak puas hati? Jeles sebab aku dengan bf aku gembira bersama?


Aku sangat memahami perangai dan sifat bf aku yang sangat kuat cemburu dan panas baran. Bila keadaan mencengkam memang kami boleh bergaduh teruk. Semuanya kerana GURAUAN aka FITNAH. Ye, bagi aku mereka sedang menfitnah aku.


Kebanyakkanya rakan-rakan bf aku akan report kat bf aku yang aku keluar dengan laki lain la, dating dengan laki lain la dan bla bla bla. Semua ini memang mengarut.


Walaupun sebelum aku keluar aku dah sent report mana aku nak pergi, dengan siapa dan naik apa.. Semua details aku bagi tapi bila aku dah selalu difitnah dengan cerita bodoh macam ni, macam mana aku nak okay?????!! Yes...aku sedang bengang!!


Wahai kaum Adam di luar sana. Sila beri PERHATIAN! Aku tahu korang semua kaum yang suka bergurau tapi sila beragak sikit nak bergurau pasal pe. Tak semua kaum Adam itu sendiri boleh terima gurauan melampau macam tu. Ye, aku tahu nak relax tapi bila orang berpecah belah, bergaduh sesama sendiri disebabkan GURAUAN BODOH aka FITNAH kau tuu...kau rasa siapa boleh relax dan sabar?


Lain kali sila bergurau mengenai hal lain. Dah selalu sangat hal macam ni berlaku. Kadang-kadang aku rasa kau orang memang sengaja nak memecah-belahkan kami. Cemburu ker sebab kami selalu bersama? Kalau cemburu, sila cari awek yang boleh buat kau TENANG dan AMAN. Jangan nak kacau orang lain. Kalau tak, aku tak teragak-agak nak suruh bf aku jauh dari orang macam kau yang boleh memporak-perandakan hidup orang!


Tak lupa juga buat bf aku ye. Silalah percaya dekat aku lebih sikit. Makin lama aku rasa macam aku ni rendah tarafnya. Kalau tak percaya sangat dengan aku dah, pergi cari gf lain. Aku tak kisah. Harap maklum. TQ!





nota kaki:marah nih!!

Thursday, February 2, 2012

Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


p/s : Ada ke ? Ada... Nabi Muhammad S.A.W je...


sumber : sini

Masyallah

SMS SERAM NI DARI AGEN SYAITAN



Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....

*****************************************************************

1.salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4.awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate
cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6.Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan
je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8.Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10.Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12.Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuhxpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14.Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa
pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16.Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak watwallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24.sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempakdgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulaukau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI... masyaallah~harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....


p/s : Bila difikirkan balik wanita adalah mangsa cinta. Lelaki jongos mengumpan wanita dengan kelemahan wanita yang paling besar iaitu CINTA. Orang cakap WANITA MENGGUNAKAN SEKS UNTUK MENDAPATKAN CINTA , LELAKI MENGGUNAKAN CINTA UNTUK MENDAPATKAN SEKS. Seks dalam nikah sah adalah wajib kerana itulah sebab tuhan suruh nikah dan seks dalam nikah juga melindungi hak dan maruah wanita. Jadi wahai wanita sekalian janganlah terpengaruh dengan pujukan agen-agen syaitan. Jagalah diri kita kerana kita sangat berharga...

sumber : sini

Monday, December 12, 2011

Sunday Walks

Assalamualaikum,


Rasa dah lama tak update blog ni kan. Since ulang tahun kelahiranku minggu lepas, ramai wish di Facebook. Terima kasih la ye..hehehe


Semalam sebenarnya bercita-cita nak join my sista dan her husband's family pergi jalan-jalan ke Zoo Negara. Tetapi akibat kelewatan so saya tidak dapat join sekaki even dah nak sampai ke sana (jangan tanya kenapa tak terus masuk ye..). So setelah penat lelah + penat berjalan laju + sedih kena tinggal = ambil keputusan nak mengular sensorang. Serius aku pergi sorang-sorang je.


Mula-mula memang rasa tak confident dan macam tak best nak pergi kan. Akibat perasaan yang bergelora then aku teruskan juga hasratku itu. First planning konon-konon nak pergi Midvalley. Kan ada MPH punya sale tuu. Hahah.. Tapi setelah mengenangkan pengalaman aku naik KTM, terus aku cancel. Naik LRT Kelana Jaya dan still belum tahu nak pergi mana.


Ingatkan nak pergi ke Masjid Jamek tapi pikir-pikir buat apa. Bukan aku nak shopping pape. Lagi pun masa tuu awal lagi. So, aku terus melangkah ke KLCC di mana aku tukar train sebab dah sampai Dang Wangi. Hehe..


Habis penat pusing 1 KLCC then aku terus teringat kedai buku Kinokuniya. Disebabkan dah berkurun aku tak menyinggah ke sana, aku carik papan directory. Dah tahu kat mana apa lagi..Laju jela kaki melangkah..haha


Aku lepak kat sana hampir 3 jam lebih. Dari pukul 10 lebih sampai pukul 3. Boleh caya tak? Rasa macam heaven tau time tu. hehe.. Semua section aku pergi kecuali section bahasa cina. Tak faham, macam mana nak baca. huhuhu


Bila belek-belek buku tuu ada juga TER-tidur...ahaha... Yela, lagu dalam tuu bukan main mendayu-dayu lagi. Memang aku pun apa lagi..hahaha


Mesti korang tanya kenapa aku pergi sorang-sorang kan? Yela, aku tengok dalam handphone aku semua pun tak ada yang macam available. Lagi pun aku jarang buat kerja tak betul ni. Dah lama tinggal. So, bila buat balik rasa best juga jalan sorang-sorang. Tak payah pikir apa orang lain nak. Janji kita selesa sudah.. hhee


Sambil-sambil tuu, aku juga tunggu Aiman balik dari Johor. Lepas habis pusing-pusing tengok pokok Krismas, aku pun terus beli roti dan menyusur ke Masjid Jamek dulu. Perghh...cair aku tengok barang-barang kat sana. Serius woo.. hahaa..


Next week or month aku nak beli beg. Cantik-cantik. So kalau aku rajin, aku update dan jual kat orang lain dengan harga murah. Tak sampai pun RM30.. Percaya tak?? ehhee... Ye, aku nak buat kerja-kerja amal sikit. Aku beli murah dan aku jual murah. Aku amik untung sikit je.. Tak baik amik banyak-banyak..hehe


Semua itu perancangan kemudian harila..hehe... Kalau tak ada orang nak beli, memang aku yang pakaila kan. Aku peduli apa. hahaa.. =D


After that, terus aku pergi ambil Aiman sampai tertidur-tidur aku kat TBS tuu.. Peduli apa aku. Dah aku penat. Hahaha.. Lepas jumpa dan terus balik lepak. hahahaa


So, kita tunggulah bila lagi nak buat kerja gila tuu kan. Insyallah sapa-sapa nak join dipersilakan. Sekali sekala kita berjalan mengikut kaki. Cuma jangan selalu ye..ehhe


nota kaki: best juga jalan sorang-sorang. cuma sedih tak dapat pergi zoo..=(

Wednesday, December 7, 2011