Showing posts with label Jenjalan. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Kembara Havoc Bersama Faten | Entri Bergambar

Assalamualaikum dan Hi,


Fuhh...rasa sekejap je kan bulan Ramadhan kali ni? Banyak benda yang aku duk buat sejak akhir-akhir ini cuma tak berkesempatan untuk berkongsi dekat blog cumilllss ni. kekeke


Rasanya hari ini tak ada Wordless Wednesday pun. Sebab akan datang berlambak entri akan dihapdate macam jualan mega sale dekat pasar Chow Kit tu hah rupanya. Terlalu banyak benda nak share dan nampaknya hampir bersarang di otak aku ni. Rasa sempit dah sebab belum tersalur keluar. @_@


Well...well...nak bercerita tentang kembara aku dengan si comel manja sorang ni, cik Faten. Kami telah membuat kembara ini agak mencabar sebab semuanya ala-ala backpack tau. Perghhh.. Nasib baik belum puasa lagi time ni tau.. Meh ler skodeng mana kami telah jelajah..



Kembara ini bermula dari Masjid Jamek - Jalan TAR - KLCC - Pavillion ... Seyes memang macam kembara. Penat sesangat. Nasib baik time ni belum kena puasa lagi. So kita shopping pape yang patut dekat heaven shopping, Jalan TAR. Ala, pi beli kasut je..Yang tak malunya sebab lepas beli terus pakai tau... tak malu kan kan kan? kekee .. Hah, susunan gambar kat bawah ni terabur so pepandailah korang nak teka kat mana satu... XD








































Ok..foinnee...aku memang malas nak taip jadi ini adalah entri bergambar yang secara tak langsung aku sendiri malas nak bubuh copyright... Kompem anak Mak Jemah tengah mengintai nak cilok gambar sepam dua kami yang comel lagi gorgeous kan? kekekeke...


Anyway, jangan lupa nantikan kembara kami yang akan datang. Insyallah lagi 2 minggu macam tu. Mesti seksa nak berjalan di bulan Ramadhan. Hujung minggu lepas pun ada jugak jenjalan.. Tunggu next entri k... papai!








nota kaki: kawan yang sejati tak akan mudah melupakan kawannya =))

Monday, April 9, 2012

Go Cameron!!!

Assalamualaikum,


Trip ke Cameron ini sudah hampir seminggu berlalu tetapi aku baru je nak upload dan kongsi story mory pengalaman aku. Trip ringkas 2 hari 1 malam ke Cameron Highland memang best. First trip dengan rakan-rakan sekerja. Rasa macam tak puas je..hehe


Aku rasa lebih baik you all tengok gambar je ye sebab kalau nak cerita memang tak habis la..hehe...


Pon..pon...bas sekolah untuk ke Boh Tea Farm



Bergaya la tuu..sibuk dok kacau budak-budak amik gambar..ahhaa



Aku kaya..!!!!! *perasan!!haha


Tetiba rasa cute je..hahaa


Besar giler..!!! *rasa macam kurus pulak aku ni..ehhe



Kasi cantum semua...


Gambar di'penyek'kan dan di'gemuk'kan...ahhaa


Banyak kenangan yang aku perolehi sepanjang trip ini. Dapat kenal dengan lebih rapat rakan sekerja yang lain dan juga having fun together. Aku jugak perasan kebanyakan gambar aku nampak kurus je. Pandai pilih baju memang la kan...hahaha....


Aku juga turut membawa rakan serumahku ke sana. Yang lenlain next time aku ajak ye. Gilir-gilir sebab tak mampu nak bawak semua orang sekaligus... hehe..=)




nota kaki: planning for next trip...

Wednesday, March 21, 2012

Matta Fair 2012 PWTC

Assalamualaikum,


Seperti entry yang lepas, kali ini nak story event yang berlangsung pada hari ahad lepas. Matta Fair yang memang best sebab excited kan. hehe


Aku pergi dengan BFF aku, Cik Faridah Hanim. Kami jenjalan sesama dari Star PWTC. Dah lama tak jumpa sejak form 5. Rasanya dah lebih 3 tahun kot. Lama giler. Kiteorang selalu berborak dalam alam maya je. Rindu! Hehe


Sampai sana pukul 10 macam tu. Aku yang lambat sebab ada hal kat rumah yang membuatkan aku terlambat. Baik, sila lupakan saja ye.


Okay, tangan hitam. Paham! Hehe


Time tu dah ramai orang. Tiket per adult RM3 ye, dapat goodies bag dan newspaper free. Masuk terus masuk Hall 3 kot. Tah la tak sure pulak.


Fida yang dah macam pokok Krismas. Hehe


Punya pening pusing. Semua overseas. Okay, kami kena carik yang dalam Malaysia punya ye. Keluar-keluar terus masuk balik macam baru first time masuk (berpura-pura). hehe.


Jumpa jugak! Rupanya belah dalam. Kat Hall 1. Apa la. Sengal. Haha.. Terus survey dalam sejam lebih. Lepas pilihan dibuat, kami membuat bayaran! Yeah. Harga pun okay, semua okay. Semoga ini adalah pilihan yang bijak.


Ingatkan nak pergi Fotokem punya fair tapi hampa sebab tak best langsung. Sikit je booth yang ada. Terus keluar pergi The Mall untuk lunch. Bila dah kenyang, kami berdua beransur pulang.


So, insyallah next our date will be the end of the year. Maybe? Hope so. Can't wait for our first backpack! =)




nota kaki:travel mood

Thursday, June 9, 2011

(review movie) DIARY OF A WIMPY KID 2..Klakar giler cerita nie..ahahaah

Assalamualaikum,

Siapa yang dah tengok cerita nie? Actually semalam dengan tak sengajanya aku, my sis and abang aku TERtengok ye cerita nie sebab semua cerita lain dah habis or tempat duduk tak best.

Takpe-takpe, next time boleh tengok Kungfu Panda or Insidious lak. Hehhe.. Ini pun wayang FREE kan.. Pe lagi, memang aku sukalah kan..

Cerita ni berkisar mengenai sebuah family yang mempunyai 3 orang anak lelaki. Adik-beradik yang selalunya tak akan aman bila berjumpa. Ada je yang tak kena.

Si abang sulong aka Rodrick yang liar tapi walau macam mana pun still hormat parents die. Ada band rock n roll and bercita-cita nak jadi artis fofuler.. Suka sangat kenakan si Greg.

Si angah pula aka watak utama bernama Greg. Budak yang rasa diri die macam best jek sebab die nie selalu sangat Day Dreaming. Die suka dekat sorang budak perempuan baru nie, Holly pe tahh...Tak ingat. Die rasa die nie selalu kena buli dengan Rodrick and adik die yang kecik, Manny.

Adik kecik, Manny. Cute sangat-sangat sebab die pandai cakap 1 ayat je sebab mak die selalu guna ayat tuu kat si Greg... "I'm only 3".. Ayat yang tak boleh blah aka alasan untuk die buat ape je kat abang die. Hahhaa

Ini cover depan Greg dengan si abang die yang sengal..Hahahahaha


Time nie memang kelakar sebab mak dieorang nie aka penulis 1 ruangan nasihat untuk semua. Mak dieorang nie selalu cerita pasal family bahagialah, cara nak dapatkan kejujuran, kisah adik-beradik mesra and banyak lagi yang membuatkan si Greg nie rasa bersalah.

Yang tak boleh blah bila die cakap pasal kejujuran yang mak die suruh tanamkan dalam diri die. Rasa kelakar giler...

Keadaan adik-beradik yang bermusuhan nie makin teruk bile dieorang bergaduh kat gereja. So, mak dengan ayah dieorang denda dieorang nie supaya fahami diri masing-masing dan berhenti bermusuhan.

Serius cerita nie kelakar. Tapi bila masuk wayang macam lawak pun ada sebab majoriti yang tengok cerita nie mak dengan anak-anak. Tapi takpe...nak tengok dengan atok, nenek, awek, etc semua boleh.

Bagi aku cerita nie amat best bile tengok dengan adik-beradik sendiri sebab aku dapat rasa cerita tuu dengan reality hidup aku even tak de lah sama betul kan..Hahaha.. Cerita yang betul dan nyata bagi aku. Ada FEEL lah orang cakap. Hehehe

Oleh dengan itu...jeng jeng jeng..aku bagi 4.5/5 bintang. Hehe.. Okay r tuu kan. Tapi yang paling aku tunggu untuk tengok cerita Transformer and Harry Potter. Tuu jelah yang aku tunggu sesangat sekarang nie. Tiket untuk transformer aku dah sediakan time shopping kat Mydeal untuk diskaun harga tiket and popcorn. Hehe... Excited giler nie!!!Hahahaha... Daaaa