Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Menempuh 2014

Assalamualaikum dan hi,

Banyak dan berjuta kata ingin dikongsi namun aku khuatir disalah erti. Kerana tiap bait kata mungkin mengguris perasaan yang lain. Dimana tidaklah aku berada di dalam kelompok tersebut.

Target baru, biarlah rahsia. Back to basic. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.. Janji jangan tergadai diri.

Semoga diberikan kekuatan dari-Nya untuk menghadapi hari-hari yang bakal membuat aku makan hati dan berdiam diri.

Sujud pada-Mu. Semoga dipermudahkan supaya berjalan lancar... Amin.. 

Sunday, December 1, 2013

Morib Trip

Assalamualaikum dan hi!!

Wokey, sorry tapi dengan tahap tak sabarnya, aku tak boleh tahan guling-guling nak post. Sebab tu siap bubuh tanda seru lagi :-P

Well, tapi dengan tahap gedik mengada nak kena tampar 50x lelaju, aku upload gambar aku sikit je...

Konon feeling teaser la.. Hahaha.. Hampeh..

Daaaaa!!

KLCC

Assalamualaikum dan hi,

Nothing to say just nak tunjuk gambar KLCC waktu malam.. Hahaha...

Nanti kalau aku ingat, aku update trip aku pergi Pantai Morib.. Huhu

Daaaaaa

Friday, November 29, 2013

Cornery Gourment Popcorns!!!

Assalamualaikum dan hi,

Just nak promote popcorn ni. Seyes sedap dan ohsem. Ada beberapa perisa yang korang boleh pilih

Nyummm..

Motif tulis post pendek sebab teruja gila nak share tapi malas nak taip panjang-panjang... Hahahaha

Nanti kalau aku free, aku update... Hahaha.. Boleh je komen, bila free aku balas...hahaha

Daaaa

Tuesday, November 26, 2013

Panadol Active Fast Weiii!!

Assalamualaikum dan hi,

Well, hari ini keadaan badan mula menunjukkan simptom manja yang gediks nak demam. So sebelum badan cute ini menjadi hulk pink aku pergilah membeli panadol.

Jeng jeng jeng

Agak pelik dan kagum dengan rekaan terbaru panadol active fast ini. Sangat bagus, terbaik dan smart.. Cewahhh..

Adakah kejakunan aku ini disebabkan lama tak demam? Huhu. So dengan semangat jakun, terus aku naik minyak dan rasa nak kena share info yang aku sendiri tak tahu betapa laju or slow info aku ni.. Hahahaa

Emosi PMS

Assalamualaikum dan hi.

Siapa tahu PMS tu apa? Well, kalau korang dah tahu memang baguslah. Tapi tak semua tahu. So kalau korang rasa super nak tahu, boleh gogle la.. Aku malas nak share.. Hahahaha

Super pelik bila aku rasa beremosi sungguh. Siapa follow facebook aku, mesti dapat rasa aku ni meroyan.. Hahaha

Bagi kaum Adam, korang pun perlu tahu benda macam ni sebab boleh mengganggu hubungan kalau tak tahu. Bahaya woo... Hahahaha

Tapi sekarang emosi aku pun dah stabil. No more meroyan... Hahahaha

Wednesday, September 12, 2012

JOBLESS part 1

Assalamualaikum dan Hi,


A very warm intro that could make me more sad. As you know, itu pun kalau ada yang mengikuti dan berharap aku kembali menaip... it's been such a long break from blogging. Yeah..really... but unfortunately I could not say that my break is something that wonderful. Not at all..


Sorry for bothering all of you with my long sad story that merapu. Well... i bet yes I am. I'm totally live with all these ridiculous issues around. 


No picture that I could upload even the fact is my phone was fulled with pictures that could tells millions of story. 


I guess I will kept myself mumbling about all of this thing that going on in my life. No picture will describe my real feeling. 


As far you can see, this entry totally about my current situation that 'JOBLESS'. Well...well... yeah.. Mungkin korang akan cakap benda yang aku selalu dengar... Usaha lagi.. Mesti ada kerja yang lebih baik.. Cuba je kerja apa-apa pun....


Well... Stop it. I'm tired and really sick with all of this. Really...


It bothering me and make me sad. Aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana dan kalau korang rasa blog aku ini tak sesuai dengan korang, it's okay. Stop wasting your time and stop come here.


I just update this entry as it comes from my bff who seem wondering why I'm kept myself away from Twitter and Blog. Well my dear, this is the main probs here. I'm just sick of it and hoping the time will stop for a while. 


I dunno what else to say. Just let it end here. Selamat BEKERJA buat yang bekerja... 

Thursday, July 26, 2012

Pilihan Kerjaya : Executive Vs Blogger

Assalamualaikum dan Hi,


om nom nom *mengunyah sesuatu


Opss....kantoi tak pose ea... ala, kan aku tulis 'sesuatu' tak semestinya makanan kan? tak baik tau tuduh bebukan. Aku sedang mengunyah perkataan yang aku nak tulis ni hah.


Tersangat maap ikhlas dari hati sebab jarang update blog sekarang. Buat korang yang join Giveaway Ramadhan Cik Jajika jangan risau. Senarai peserta memang up to date punya. kompom tau..kikiki.. Kalau ada yang nak join pun boleh. Tarikh tutup minggu depan je tau. 


Hari ini nak tulis sesuatu. Pasal future aku. Well well well...kekadang aku sendiri masih bingung. Sorry je sebab entri kali ini adalah bersifat peribadi dan juga nak minta pendapat korang.


ce cite ce cite..


Macam ni, aku sekarang bekerja dalam bidang yang aku belajar dedulu. Bila dah keje aku dapati minat aku tidaklah datang 100% daripada pekerjaan aku sekarang. Malah mungkin 60% sahaja? also myself can't ensure about that.




Sekarang dalam diri aku ada lagi juga minat yang agak samar samar kelabu asap..


jeng jeng jeng


Aku bercita-cita nak jadi blogger yang berjaya. eh, kira cecita ker tu? kikiki. Mesti korang rasa entah pape je kan cita-cita aku?




Meh aku terangkan. Blogger tak semestinya seorang yang menulis kerana hobi dan masa lapang. no no no. Ada juga freelance blogger yang buat review. Review atau kata nama nak mudah lagi senang adalah Ulasan. Dia dibayar untuk pergi ke tempat / majlis atau pape yang dipanggil. Setiap ulasan mahupun undangan tersebut akan diberi bayaran tertentu. Kira macam tu...


Atau pun aku nak buat online shop. perghh... disebabkan aku amat suka shopping sampai aku sendiri tak sedar duit tak cukup. kronik gila kan tahap keghairahan aku terhadap minat tu? kekeke... Dedulo *dulu time study ada buat online shop juga. Tapi biasa-biasa jela. Aku buat pun sebab suka dan nak cari income. Cuma tak adalah seyes sangat kan? Biasa je.. income dia pula boleh tahan juga sebenarnya walau aku buat pun sesuka kan. 


Selain itu, darah bisnes memang ada dalam darah aku sebab arwah ayah aku dulu pun buat bisnes juga. Macam-macam jenis lah dia buat even dia masa tu ada kerja tetap.Yela, nak menyara anak-anak dia yang kalau tiba bab makan macam dinasour kebuluran 100 tahun..kekeke


So sekarang peluang hampir tiba. Apa aku nak buat ye? stay dalam bidang aku sekarang sebab masa depan or ikut apa yang aku minat? masa depan tak pasti tapi kita boleh merancang. Yang pasti 1 sahaja. Aku kerja bukan kerana wang. Aku bekerja kerana aku mahu dan aku ikhlas. Wang hanya sebab kedua mahupun ketiga. eh, boleh percaya ker? kekeke






nota kaki: tolong den yo... =))

Thursday, July 19, 2012

Sebelum Puasa Mari.....

Assalamualaikum dan Hi,


Alhamdulillah ke hadrat Ilahi sehingga saat ini aku masih dapat bernafas dengan sempurnanya. Aku tersangat bersyukur ye. 


Bebanyak alhamdulillah. Dua tiga hari ini aku memang tak berkesempatan untuk mengemaskini blog buruk aku ni sebab kerja yang tetiba berlambak macam jualan hebat sale dekat Sogo hari tu. Eh, apa kaitan? kekekeke


IMG_6160


Alhamdulillah juga semalam berlangsungnya satu majlis yang besar bagi kami sebagai penganjur. Yes, aku juga salah seorang committee. Semuanya okay cuma ada beberapa perkara sahaja yang aku nak cakap iaitu pasal diri aku.


Sebelum pose nak emo sikit ler. Jangan pulak korang cakap bebukan tau tau. Setakat ini aku masih lagi bekerja sebagai trainee. Macam latihan lagilah. Lepas raya ni kontrak aku akan habis.


Apa yang aku rasa? Lebih setahun aku dekat sini. Aku sangat happy dan suka dengan environment. Tak pening sangat. Kekadang jela. Stress pun kurang. 


Tapi.... ermmm...bukan tak bersyukur cuma kekadang aku ni banyak buat kerja di sebalik tabir. Sampai orang yang sememangnya agak berperangaruh dengan kerja aku pun macam pandang tak pandang je dekat aku. I dunno. Itu apa yang aku rasa. 


Tadi pergi tengok gambar-gambar semalam. Gambar event. Well, tak ada sekeping pun gambar aku. Mana taknya? Pape hal, aku kena pergi setel. Keje yang aku dapat pun kebanyakannya adalah keja disebalik tabir. Yang kena setel dengan kehadiran aku jugak.


Aku bukan nak mengungkit tapi aku cuma nak cakap. Aku TERASA. paham tak. Dan sebenarnya agak jeles tengok trainee lagi sorang. Beza aku dengan dia, dia department lain dan dia baru je masuk dalam 2 bulan ni. Aku pulak dah tinggal tak sampai 2 bulan lagiii. 


Dia memang peramah tapi ada certain part dia buat aku geram juga. Tapi aku sendiri selalu buat salah. Pesal pe aku nak marah dia pulak kan?


Kalau mereka lebih suka orang macam dia, tak apa. Aku pun tengah pikir apa yang aku nak buat sementara ni kan. Lepas ni aku masih berfikir nak stay or apa. 


Fyi, aku bukan minta dieorang amik pic aku bebanyak dan letak dalam laman web company punn. Aku cuma minta dihargai. Tu saja. Aku tak mungkin jadi dia dan dia tak mungkin ganti aku. Itu sudah pasti.


Please appreciate me and never take advantage on me! I will never let it happen!


Itu je nak ngomel. Sorry sebab membebel panjang. Anyway, aku sangat happy dengan keja aku semalam. Alhamdulillah sebab apa yang ditugaskan untuk aku, telah aku laksanakan dengan jayanya *aku rasalah. Tambahan pulak, aku pun duk tolong apa yang bukan tugas aku. So ianya juga dengan jayanya. yay yay


Lepas ni nak buat entri bulan ramadhan pulak.. papai






Friday, July 6, 2012

Kerja Kosong! URGENT!

Assalamualaikum dan Hi,




Siapa ada kawan? Ye ye..aku tahu itu satu soalan yang paling tak masuk akal aku tanya kan. Kali ni aku nak feeling sedih sikit. Pasal kawan




Apa tu kawan? Kawan bukan kalau kau susah baru kau cari. Kawan bukan macam bola yang kau boleh sepak sana sini bila kau nak. Kawan bukan sebuah tong sampah yang bila kosong kau pandang tapi bila kau penuhkan die dengan sampah sarap terus kau lupa sebab berbau. 


Aku bukan seorang kawan yang boleh kau buat sesuka hati kau. Aku diam bukan bermakna aku lemah. Aku bertanya bukan bermakna aku tak boleh buat keputusan. Aku juga bukan seorang kawan yang sering mempergunakan kawan demi kepentingan diri aku. Aku bukan kawan yang kau boleh cari aku bila kau tak ada kawan lain sesuka jiwa raga kau je kan. Aku kecewa dengan kau. 


Aku masih kawan kau???




Aku ikhlas walau aku tahu kau tak nampak keikhlasan aku. Aku tahu aku bukan seorang kawan yang cukup baik. Aku cuba untuk jadi seorang kawan yang baik untuk kau. Tak perlu aku bercerita apa yang aku lakukan untuk kau. Cukup untuk aku nyatakan aku sangat kecewa dengan kau.


Siapa kawan aku? Kau mesti tahu siapa aku yang sebenarnya. Aku cuma ingin seorang rakan yang sentiasa dengan aku walau susah dan senang. Seorang kawan telah berpesan kepada aku: 


 blog ko yg sikit2 da bertukar jd blog beautifullnara tuh

i really cant seems to like it

sorry

im honest

truth hurts

ko pk2 sendirilah

dunia akhir zaman ni fitnah tu ibarat semut hitam atas batu hitam didalam gua 

gelap pada waktu malam kata Ya Rasulullah

sesuatu yg kita tak thu sahih

menyampaikan itu berkategori sebagai bersubahat

yg membaca mempercayai juga bersubahat

takpelah

ko buat je ape yg ko ske


Terima kasih kawan. Oleh demikian aku menulis entri ini untuk aku. Tiada gosip artis ye. Thanks.... Ikhlas dan jujur. 


Yang tak kisah siapa aku. Bagaimana aku. Yang boleh menerima aku. Ye..aku tau Mak Eton dah bising tengok aku emo semacam kan kan. Tak apa lah Mak Eton..kalau tinggal Mak Eton je jadi kawan aku pun tak apaaa laaa... Apa ada hal? hehe


Akhir sekali, siapa nak jadi kawan aku? Korang jenis kawan yang macam mana???


JOB OPPORTUNITY: 


  • LOVELY CHARACTER
  • LOVE TO BE MY TRUE FRIEND
  • NO SECRET AGENDA
  • BEING TOGETHER EVEN IN WORST EVENT
  • WE ARE SAME
  • SALARY : LOVE FROM ALLAH S.W.T

Please write your resume in your latest entry and share your link in the comment below. A blogger friend should be fine tooo. A friend should not be judge from where you come from. As long you are honest and be a good friend of mine. Thank you.


nota kaki : macam ni pun boleh kan? =)

Friday, May 25, 2012

Berpuasa Di Bulan Rejab

Assalamualaikum,


Beberapa hari ni aku sudah mula berpuasa di bulan Rejab. Yo, aku tahu ramai yang ambil kesempatan ini untuk mula ganti puasa kan? Aku pun sama juga.


Puasa yang pertama aku puasa sunat. Bila difikir-fikir balik, tak akan la nak puasa sunat walhal puasa ganti yang wajib pun tak terganti? Then aku buat keputusan bahawa yang wajib haruslah dilaksana dan diutamakan dahulu. Setuju tak? =)


Bila bekerja sambil berpuasa, tak ada lah rasa bosan dan semacam je sebab sibuk dengan hal pejabat. Kalau nak suruh aku puasa hari Sabtu dan Ahad memang 'condifent' yang puasa aku tak jalan! haha




Ada beberapa hari lagi untuk aku habiskan puasa ganti aku. Untung bila orang lain dapat rezeki, kita juga dapat tempias. Thanks le buat si dia yang telah belanja aku berbuka puasa di McDonald. Sungguh enak rasanya bila dapat rasa rezeki dari kocek orang lain. Hahaha



Pesta sos! haha


murah je..hehe


Dinner nyum nyum


Next week kita sambung puasa lagi sebab hari ini busy dan hari Jumaat hari kita raya! Yeah! Haha..... Sukanye lah aku ni. Well, jangan lupa join 'GA Cik Jajika Senang Je' tau!! Dah nak tamat tempoh!! hehe













nota kaki: mengidam nak makan dekat HR Steak House Kg. Baru! haha






Wednesday, July 6, 2011

Pregnant ke tak?? Nak bagi ker??

Assalamualaikum,

Jangan korang terkejut lak tengok tajuk entry aku nie. Ini bukan entry nak buat statement tau. Hehehe. Ini entry yang aku rasa isu sensitif bagi seorang perempuan ye. Aku nak mintak maap kalau ada sesiapa tak setuju or tak suka entry aku nie. Maap. Bukan aku sengaja nak malukan orang perempuan or nak menunjukkan aku ni kurang ajar ye... Jauh sekali. Cuma entry nie aku buat sebab banyak persoalan yang bersarang dalam minda aku berkaitan dengan isu nie. Hehe..

Penah tak korang naik LRT, monorail, or pape public transport yang kena naik ramai-ramai? Kalau ada, aku harap korang paham ler ape yang sering aku pikirkan nie. Bukan nak bagi malu tau. Just benda nie aku selalu pikir. Tak boleh tak pikir.

Bile naik public transport tuu penah tak korang jumpa orang yang pregnant or seakan-akan pregnant? Mesti ada kan? Aku bila naik public transport nie, aku kadang-kadang tak suke and malas nak duduk. Sebab pe, bukan sebab nak duduk kena bayar or pe.. Tapi sebab bila duduk, datang la pula perempuan yang seakan-akan mengandung or memang betul-betul mengandung.

Kalau perut die besar, senanglah nak detect kan? Kalau yang perut ala-ala buncit tuu macam mana? Serius kalau dalam tuu, aku akan tengok perut orang betul-betul sebab aku tak nak lah dilabel sebagai perempuan tak berperikemanusiaan. Rasa tak best lak kan?

Tapi confius betul bile tak tahu orang tuu hamil ke x. Sebab dieorang pun tak pakai name tag kan. So aku memang tak tahu nak bagi tempat duduk ke takk. Tak bagi rasa bersalah. Bagi lak rasa macam kena tipu. Kalau die betul-betul hamil tak pe lah.. Tak de hal... kalau yang berpura-pura or memang tak sengaja tuu macam mana?

Rasa kelakar kan? So sebab tuu bila naik je public transport lagi-lagi time tak ramai orang, memang aku nak duduklah kan. Kalau tak. memang aku malas nak duduk. Takut terjadinya isu begini. Hehe...

Tuu je yang aku nak cakap. Kekeliruan yang boleh menyebabkan rasa bersalah. Huhu... Daaa

Monday, July 4, 2011

Wordless for future

Assalamualaikum,

Lama tak berkunjung di dunia ku ini. Dunia yang sentiasa buat aku terbuai bila aku singgah di sini. Banyak yang berlaku dan akan berlaku. Perkara yang buat aku rasa tak selesa dan tak sabar menanti.

Apa yang aku perlu lakukan sekarang? Jauh di sudut hati aku, aku rasa sedih sangat-sangat. Kenapa aku perlu terikat dengan tempat yang aku tak suka ni. Aku penat dan betul-betul terseksa. Aku tak suka. Aku nak pergi jauh. Aku harap aku tak perlu sambung kat tempat ni lagi. Serius aku tak suka.

Banyak benda yang buat aku tak suka dengan tempat nie walau berjuta kali aku memaksa hati dan diriku supaya kekal ceria dan terima semuanya. Tapi aku tak boleh. Ini bukan tempat aku. Aku terpaksa hipokrit bila berada kat sini. Aku tak boleh terima dan aku tak rela memberi. Aku jadi orang lain kat sini. Aku benci. Semua aku pendam. Aku tak nak sambung kat sini lagi.

Aku perlu buat keputusan. Keputusan yang aku sendiri tak tahu penghujungnya. Aku kelu dan kaku menghadapi hari tu. Aku perlu pergi jauh dari sini. Aku tak suka. Aku betul-betul tak suka. Jangan sape-sape paksa aku lagi. Cukuplah. Aku nak cari tempat aku. Tempat yang betul-betul buat aku gembira. Aku tahu tak ada sape kisah mana tempat yang aku suka and gembira. Tapi aku kisah dan aku akan cari tempat tu juga.

Aku tak kisah even aku terpaksa lari dari bidang aku sekarang sebab aku betul-betul rasa tak suka dengan tempat sekarang nie. Tak siapa tahu yang aku sentiasa menangis dalam hati sebab aku benci tempat ni. Tak ada perkataan yang mampu menggambarkan kenapa and apa yang terjadi sampai aku tak suka tempat nie. Tak ada. Hati dan perasaan aku dapat rasa ini bukan tempat aku. Aku akan pergi juga. Kalau bukan sekarang, nanti bila tiba masanya aku akan pergi.

Aku sentiasa berdoa agar aku dapat kekal menghadapi dugaan aku sekarang. Lindungilah aku. Sebelum aku melangkah pergi. Aku perlu kekal utuh dengan keputusan aku nanti. Aku nekad.

Tuesday, June 28, 2011

Aku

Assalamualaikum,

Semalam memang penuh dugaan betul. Semua buat aku rasa tension je. Macam-macam hal yang berlaku. Dengan si Aiman nye lagi, itu lagi, ini lagi. Sekarang aku isytihar merajuk dengan dia sebab semalam die yang beria-ia mencabar aku. So, kena lah rasa kan. Dulu memang aku sabar je tapi sekarang memang aku tak tahan sangat. So aku decide memang aku buat je.

Aku nak tolak ke tepi dulu pasal kes merajuk laki bini tuu. Aku nak cerita pasal diri aku. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu tapi aku rasa benda nie memang penting.

Aiman tak bagi aku aktif dalam JPAM nie even dari mula-mula aku dah bagitahu die awal-awal yang aku memang nak aktif. Alasan die tak bagi aku aktif sebab die takut aku dengan laki lain la...lupa die la... Apa yang die tak paham, apa yang aku minat. Aku paham die minat apa. Tapi kenapa die tak nak paham apa yang aku minat?

Serius bila dah 2 kali pergi kem, aku rasa inilah diri aku. Benda yang mencabar nie memang aku minat. Dari sekolah dulu. Cuma time skola dulu tak berpeluang nak join sebab aku dulu jenis pemalu dan segan giler.

Kem hari tu buat aku rasa lebih yakin. Inilah diri aku yang sebenar. Aku join bukan sebab laki ke, ada peluang nak menggatal ke...Tak ada keje aku nak buat semua tuu. Makin aku geli tengok sesiapa yang menggedik tuu ada la. Bile kat sana, aku memang fokus dengan misi kem tuu.

Bila kena panjat bukit, aku panjat. Bila kena turun bukit, aku turun. Bile kena seberang sungai, aku seberang. Penat memang penat tapi aku dapat rasa ini yang aku mahukan. Aku yang mintak dan ini yang buat aku rasa puas bila at the end aku sampai gak ke garisan penamat.

Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi supaya dia paham. Aku memang dah lama tak rasa macam nie. Tapi 1 je yang aku nak cakap. Sepanjang kem tuu aku tak pernah lupa kat Aiman. Bila aku rasa penat or tak larat sangat-sangat nak panjat bukit yang serious curam giler, aku pegang beg Aiman tuu and rasakan semangat dia. Umpama dia sentiasa ada dengan aku. Bagi aku kata-kata semangat.

Walaupun penat macam mana sekali pun, aku teruskan jugak even ketua aku kata nak tinggalkan aku sebab aku dah penat. Memang aku penat. Sape tak penat? Tapi aku bukan sakit. Cuma penat je. Bila aku tak larat nak panjat and beberapa kali tergelincir, memang aku takut. Tapi aku pegang semangat Aiman and aku teruskan memanjat. Aku cuma fikir yang aku kena selamat sebab aku kena balik jumpa family aku and Aiman. Tu je yang aku fikir.

Tapi kenapa die tak nak paham? Kenapa die susah nak percayakan aku? Aku tak tipu die. Kat sana semua aku anggap kawan. Aiman seorang yang paling aku sayang. Tiap masa aku ingat die. Aku jaga tingkah laku aku. Setiap apa yang aku buat, aku tahu batas pergaulan aku. Siapa aku. Tapi kenapa die tak paham? Aku akan teruskan usaha aku. Jangan halang aku sebab aku memang suka dengan apa yang aku buat sekarang. Kalau boleh, aku tak nak sambung kerja dengan tempat aku sekarang nie. Aku tak rasa ini tempat aku. Doakanlah aku...

Friday, May 20, 2011

Wahhhh!!!!!hahahhahahaa

Korean

내 이름
Jazzeyqa입니다
학생이있어 실용적이에요
어떤 악기 재생할 수 없습니다하지만 노래 사랑
노래 쓰고 싶어요

노래 사랑
항상 새로운 음악을 만들고
중지


Romanization / Phonetically

nae ileum eun Jazzeyqa ibnida
nan hagsaeng-i iss-eo sil-yongjeog ieyo
nan eotteon aggi leul jaesaenghal su eobs-seubnida hajiman nan nolae leul salang
nan sae nolae leul sseugo sip-eoyo

nan nolae leul salang
nan hangsang saeloun eum-ag-eul mandeulgo
bi jungji

Thursday, May 19, 2011

Tips Kawal Marah/Geram/etc

Assalamualaikum,

Hari ni hari Khamis. Aku tahu semua orang pun tahu hari ni hari pe kan. hahaha..Jangan marah wei... Relax..CHill...huhu.. Entry kali ni nak cakap pasal tips macam mana nak kawan perasaan marah/geram/or papelah yang bersangkutan dengannya. Aku pun bukanlah mahir sangat bab-bab bagi nasihat ni. Ini adalah salah satu cara aku nak kawal perasaan tuuu semua okay. Nak baca boleh. Tak nak dengar pun boleh sebab blog aku nie aku tak ade buat recorder suara aku yang sumbang nie punn...So tak matii k..hahahaa

Mesti korang nak tahu kenapa aku tetiba buat entry nie kan kan kan... Sebab kalau korang jenis suka baca blog aku (walau tak ada lah femes mana punn), mesti korang tahu aku nie jarang bagi tips-tips nie semua. Bukan nyer aku kedekutlah mekk...aku takut lah kalau bagi tips salah, berdosa lakk...hahaha... Tapi macam yang aku cakap, ini tips yang berguna untuk diri aku (setelah buat experimen 100 bulan, 37minggu & 29hari) dan tak tentu berjaya or sesuai dengan korang lah...

Aku buat entry nie sebab aku rasa FEEL babe...hahaha... Saja jadi gila lak..Opsss... maapmaap.. Dah-dah banyak lak membebel. Jom zoom in..hahahahaha

1. Relax


Hah...menatang nie paling best kott... Sape yang tak tahu pe jadah nie, memang nak kena sekeh. Relax nie aka tenangkan diri & pemikiran. Kalau tak relax pikiran punn tak leh pikir pe yang kita patut buat. Aku akan merelexkan diri kalau marah dengan cara MAKAN.. OMG!!!Hahhaaa... Memang tak baguskan. So sape-sape yang rasa tak suka aku boleh buat aku marah sebab aku akan makan dan membesar...Hahaha.. Selain tuu, boleh gak kita buat aktiviti pe yang kita suka. Macam aku lah tadi. Aku suka makan so aku makan. So korang buatlah pe yang korang suka tapi jangan lakk korang buat aktiviti yang tak elokk...Noooo goooddd la kalau macam tu.

2. Sabar

Fuh....perkataan paling susah semua orang nak buat. Sabar nie kan separuh daripada iman. Kalau kita sabar, kita takk rugi pun. Bagus pe untuk kesihatan kita. Yela, bila sabar tak ada lah kess darah tinggi tuu semua. Kurang kes kat negara kita nie dari penyakit hypertension. Huhu.
Banyak-banyakkan lah bertakafur dan berdoa kepada Tuhan masing-masing k. Tak salah kita mintak banyak-banyak kat Tuhan kita sebab Dia suka kita mengadu kat Dia. Dia tak akan marah ye. Dia marah pun kalau kita tak sabar dan buat sesuatu tanpa pikiran yang waras.

3. Think positiveMaksud aku bukan korang kena pikir pe tuu positif pe tuu negatif yang kat bateri tuu. Yang ni maksud aku korang kena pandang kehadapan dengan pemikiran yang bersih. Jangan pikir yang buruk-buruk tapi pikir yang baik-baik. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnyer kan kan kan.. So lepas kita relax dan bersabar, kita pikir pe yang berlaku nie mesti ada sebabnya. Jangan mudah melenting tiba-tiba. Orang sekeliling kita nak gosip pe pun lantak pii lah. Hahaha.. Time macam nie memang kita akan mudah terpengaruh dengan hasutan NatEs! Bahaya woo...Kena hati-hati.. Kadang-kadang kawan pun boleh jadi batu api. Sebab tuu kena pikir pe yang penting dulu ye...

4. Cari punca + jalan penyelesaian

Setiap apa yang berlaku mesti ada puncanya kan kan kan. Kata orang, 'Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin' (walaupun maybe ada orang yang goyangkan pokok tuu kan...hahaa). So cari punca kenapa semua ni berlaku dan kita buat treatment die. Serumit mana pun masalah tuu mesti ada jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang memang kita tak tahan semua dugaan yang mendatang. Rasa macam tak leh go on je kan. Sabar ye.. Allah tak kan turunkan dugaan tu buat kita kalau Allah tahu kita tak bolah hadapinya. Setiap dugaan yang kita hadapi tuu adalah hadiah dari Allah buat kita. Allah akan beri umat yang Dia sayang dengan dugaan dan cabaran supaya umat-Nya akan hargai setiap pengalaman, titik usaha, pengorbanan dan semua yang dialaminya dan tak akan sia-siakan semua itu. Dengan itu, cariklah jalan penyelesaian yang molek ye. Jangan gopoh dan gelojoh ye. hehehe.

5. Buat pencegahanIni bukan nak cegah denggi tuu. Kita kenalah cegah masalah tuu dari berlaku lagi, lagi dan lagi tah bpe banyak lagi daa.. Kalau rawatan dah dibuat tapi still berlaku sebab tak buat pencegahan, korang jangan nak bebel banyak k. Sebab korang yang tak buat pencegahan tuu. So, paham-paham sendiri ye. Huhu. Cegahlah dengan cara yang elok supaya tak akan mendatangkan mudarat kepada kita buat masa akan datang. Riso gak kalau tibe-tibe ada side effect kan kan kan. Hahhahaa

6. Doa & tawakalIni step lastlah. Sebab pe last? La...takkan cikguu korang tak bagitahu? Mesti ada yang tahu kan. Doa dan tawakal last sebab Allah nak kita berusaha, berpikir dan lakukan semua yang terdaya dahulu sebelum berdoa. Allah tak nak kita jadi seorang manusia yang tak berguna tak nak berusaha, tak nak buat apa, tak nak pikir dan tak nak papelah. Kita berusaha sedaya upaya dulu dan barulah berdoa kepada Allah semoga apa yang kita usahakan itu ada hasilnya. Bertawakal dan redha dengan apa yang akan berlaku ye..

Itu jela yang aku nak bagi tips. Aku pun malas nak taip banyak-banyak nie.hahaha.. Giler jahat takk??? Hahaha. Aku tulis entry nie pun kiranya sebagai salah satu cara untuk aku mengingati diri aku sendiri jugakk. Itu yang penting. Korang nak dengar ke tak, uptoU tapi tak ada paksaan ye.. Ok lah... Daa....


*Lepastulisentrynieakurasabaik+sucijek...hahhahaa...

Monday, May 9, 2011

Monday Comes!!!

Good morning Monday. Happy to work again and smile in wonderful day today. A lot of story happen to me during this weekend. From bad to good. First thing that I made worst to my old schoolmate when I'm directly scratch her feeling. I should not say that. I knew it already before I do it but unfortunately I made it!! Damn..Opss...hehehe... What should I do. She remove me from her friend list and the most worst thing is she block me. I can't say my apologize to her at all. Luckily Syafiqa (my old schoolmate aka my neighbor) commented on my post. She said that girl really mad on me. Totally make me felt guilty. Really. I'm so sorry about my bad mouth. Soooo sorryyy.... Please anyone say my regrets to her.. Please... I can't communicate to her, talk or even do anything right now. I need someone that have a kindness heart to be our mediator. Please.... =(

My sad face.. =(


Let put aside my first problem. Second occurrence happened was Futsal Tournament okay. Quite awkward to attend with less of people I known. Hahaha. Just sit at the spectator's place and talk a lil bit with some people that say 'hi' to me. Others, just see and smile only. No word at all..hahaha.. Congrats to batch 9A again after winning the championship for straight 3 years (for 3 times its being organize). You all really talented, young and have passion on what you do. This is your last tournament right? All of you (Insyallah) will be go for On Job Training (OJT) soon. Good luck and well done.. =)

After hangout with them at upper NZ (NZ atas, Wangsa Maju), I go back home but the other boys gone for swimming at Jeram Kemensah while I'm taking a nap..Hahhaa... I think it has been long time that I'm not taking a nap on the evening. Hehhe...It felt so good...Hehhee

Happy 21st Birthday Jaja!!!! =)

Today ( a moment ago) Jaja, my BFF called and said its her Birthday today!! OMG, how could I forgot bout that? Hehehe... I wish her to be always happy and hope she will stay away from any bad guy that always make she sad. I luv u dear. May Allah bless you wherever you are. Amin..=)

Lastly, a lot of things I need to pay. All my allowances will be gone as soon I get it..=( ...How suppose I save my money?? Ermm...Never mind, all my fault okay. So I should face it with full of regret... hahhahaa...... =P Next time I should not planning or use the money. But can I?? Hhahahhaa









Saturday, January 22, 2011

Fahamokha90

Maybe all of you wondering who is Fahamokha90 right? She is one of may besties from the kindergarten until right now. Even it has been quite a long time im not see and hangout with her, i still think she is my besties forever. Right now, i never talk my personal things details to any of my besties. My love is the only one know everything.

Why suddenly i wrote about her? It is because a few seconds ago, i read her blog. What happen to her and some of the word really emotional to me. About her mum, dad and even herself. It is a part of her that i never knew and i dont even know in my entire life. But i really know her feeling and herself. Sometimes it is hard to write or listen about the others part of their life that really emotion and personal. I understand and i know why i dont know about that.

She is the one that i will express my feeling, sadness or happiness whilst the school. I love her and i love to be with her. She will listening and think positively. What she will do just laughing and will not support my negative thinking..Hahhaa....Missed so much the moment.

She is really put evrything about herself secretly and will not tell anyone if she in trouble moreover in her personal life. She will never tell anyone. For me, she is my idol and one of my best friend i ever had in my life. One more thing that i like is she born in 16 December 1990 and it is the same month with my birthday.

Dear Fahamokha90,
I miss u so much. Be strong and keep strong, I know u can do it better and bet all of the expectation that all of them put on u. U can do it. U such a clever and intelligent person. Wait and we will meet soon...=)