Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Beraya Bersama The Pop Look

Assalamualaikum dan Hi,


Hari hati ini bercita-cita nak hapdate entri express berlambak bagai konon. Last-last kena buat kerja pulak. Aihhh..Potong mood aku je kan?


Tapi jangan risau sebab hapdate tetap jalan punya kan? keke..


Hah, pernah dengar Poplook? Korang boleh tengok website ThePopLook dan lihat betapa ohsemnya baju-baju mereka. 


Oleh demikian, untuk raya aku telah merembat 2 helai baju raya untuk beraya dan berlagak dengan sepupu sepapat semua..kekekek...Gurau jek. Aku nak tunjuk baju kurung untuk raya tapi tak ada gambar. Baju lain yang ada so kita hentam jela k... @_@


Untuk makluman semua, baju-baju depa ini letak sejam dah sold out kalau hot items. Sorry morry lah ye kalau terlambat nak beli. Semua rakus gila. Tapi servis depa memang hebat. Kalau korang buat pembayaran sebelum pukul 2, esok pun korang dah boleh dapat barang tau. Seyes tak tipu... 


Malang tak berbau sebab baju-baju yang aku beli pun hot items rupanya. So aku amik baju contoh sebab warna yang aku beli sudah sold out! keke... sory dear...jangan marah...


Penny Chiffon Maxi Dress - Fuschia Color - Size L
RM69.00




Meh aku terangkan kenapa ada dua. Macam yang aku cakap, baju yang aku pilih hot item jadi tak ada gambar betul. Baju warna coklat itu adalah contoh bajunya dan baju kat bawah adalah warna Fuschia tersebut. ^_^


Military Blouse - Mustard Color - Size L
RM 56.00



Yang ini pun tak ada warna. Warna mustard macam kuning pekat tu. Ala, kalau makan beger or Subway ada mustard. Warna itulah. Pi kedai tengok. huhu


Size besar sebab aku gemok... Paling best pasal baju ni adalah kain dia yang sejuk je bila pakai. Wahhh... macam iklan air-cond pulak ye... 




                     


nota kaki: tak sabar nak raya!!!

Ketupat Bawang Handmade

Assalamualaikum dan Hi,


Eh, korang jangan rasa muak pulak. Yela, kot-kot ada yang follow blog kite bosan pulak tengok kita update entri dalam masa setengah jam sampai 3 entri berderet-deret. Kalah itik pulang petang. hehehe


Tak sabar nak raya kan? Banyak benda aku nak share ni. Baju raya, tudung raya dan paling best nak citer pasal kasut raya... Wahhh.... Hebat kan? Semua benda nak citer @_@


Well, kali ini aku nak citer pasal ketupat raya. Eh, korang tau tak nak buat ketupat bawang? Tak ramai orang zaman sekarang yang pandai buat. Semua tahu pi beli yang dah siap je atau makan nasi impit je kan kan? Tau yang mana satu ketupat bawang tak? Ketupat yang besar sikit tu. Kalau yang kecik tu ketupat sate. Tapi ianya bukan ketupat palas ye. Amboi...semua jenis ketupat aku nak cakap kan?


Ni nak citer, dulu aku penah belajar dengan akak aku cara nak buat ketupat bawang tapi aku tak pandai lalu jadilah ia ketupat sate.


Kali ini aku telah belajar buat. Tengok apa jadi...




Terabur memula...Nak buat banyak... Tengok hasilnya.... jeng jeng jeng....




Taraaaa...hebat kan? Aku berjaya buat semuanya. Sekarang walau terbelit macam mana pun alhamdulillah aku boleh buat. Happy nyahhh... ekkeke..


Mesti korang cakap 'Ala, ketupat mainan je'... Amboi-amboi..tau tak kalau ketupat ini boleh buat kompem ketupat betul boleh. Apaa daaa.... Mari aku kongsi dengan korang keburukan dan kebaikan buat ketupat guna reben dengan daun kelapa..


Reben - Memudahkan pembuat sebab senang nak tengok warna. Lagi senang nak tau mana satu nak di tarik. Keburukannya adalah ianya terlalu lembek dan sukar dibentuk. Seyes rasa geram sebab reben tu tak dengar kata.. Lepas tak berjaya cepat je lunyai...kekeke


Daun Kelapa- Paling bagus sebab lepas buat boleh makan kan? keke.. Bukanlah. Ketupat ini daun dia kasar sikit dan senang nak bentuk. Pendek kata tak degil macam reben. Bagi yang tak berapa teror sebab mahir buat guna reben, sukar korang nak bezakan mana 1 nak ditarik sebab semuanya lebih kurang sama warna. 


Okey, itu je nak citer. Balik ni mak aku dah order nak ketupat. Aihhh... kena pi buat jugak lah kan. Kita tengok skill aku macam mana... Eh, tadi time blog walking nampak gambar bawah ni...Kelakar pulak..keke




So, aku tahap mana agak-agak?? kekeke... Haruslah HEBAT...hahaha... Gurau jek...  ^_^ ... Next year nak belajar buat ketupat palas pulak!...hehe


Selamat Hari Raya!!!





                       


nota kaki : nak balik umah makan rendang..omnomnom

Pantun Ikut Negeri

Assalamualaikum dan Hi,


Rasa berhabuk je kan blog ni sejak kita semakin hampir dengan penutup Ramadhan. Fuhh.... puasa sudah, ibadah pun sudah. Tapi rasa macam tak cukup je kan? Rasa sedih pulak nak meninggalkan bulan Ramadhan ni. Sayu jek... @_@


Ada banyak entri akan menyusul sebelum itu, aku nak bagi korang high sikit sebelum raya... Mari baca pantun ikut negeri. Kalau pandai, boleh guna loghat negeri tersebut. ^_^




nota kaki: nak balik kampung... 

Tuesday, August 7, 2012

Gambar Kad Raya Cik Jajika Sempena Giveaway

Assalamualaikum dan Hi,


Aku tengah sibuk membuat kad raya untuk korang yang sudi nak join. Hah, tak tahu join apa? Iskh... Aku ada buat Giveaway Kad Raya Cik Jajika la... Korang boleh pi tengok entri tu cepat.... 


Cantik kan kan kan? huhu


Khas buat korang, aku dengan senang hati dan gembira mak nenek telah mereka cipta dan mengopy satu kad raya spesel untuk korang semua. Fuhh...penat tau takk... Bukan penat mereka. Paling penat nak buat ucapan dalam kad tu. 


Ya, memula sebelum korang dapat kad tu, aku nak bagitau yang tulisan aku dalam itu amatlah buruk. Sekian harap maklum. Tangan seyes nak tertanggal bila tulis bebanyak. @_@


Siapa belum join, meh ler join... Kacang je nak join. Macam ais kacang depan kedai Mamak tu je..kekeke







Nota kaki: menyanyi lagu raya...lalalalala

Giveaway Kad Raya Cik Jajika (Speeding)

Assalamualaikum dan Hi,




Yay...dah nak raya... Korang dah baca tajuk dekat atas. Speeding yang dimaksudkan bukanlah speeding main lari lelaju pusing satu kampung. Oh..bukan bukan. Sila fokus apa yang ingin disampaikan ini. 


Ini giveaway yang agak pantas tau. Sila beri perhatian seribuempatpoluh peratus tau tau...


Lagi 2 minggu nak raya so aku nak bagi kad raya spesel dengan sedikit sumbangan.. Tak banyak maybe duapoluhsen atau limapoluhsen... ekkeke... gurau je. 


Senang saja kalau korang nak.


Maximum 15 orang yang terpantas akan dapat. Minimun tak kisah. Maksudnya minimum sorang jela kot..kekee... Ikhlas dari hati sebab kad raya ini dibuat khas tau. Seyes tak tipu. Sila percaya. Ini tengah bikin bagi comels dan cantik serta ensem untuk korang.


Apa tunggu lagi? Komen dekat bawah dan sila tinggalkan cara untuk hubungi korang dengan pantas. Sebab nak inform dan nak mintak details semua. Bagi no hp bahaya pulak kan? So bagi email ker? Janji nak cepat. Tajuk pun speeding k. Tak ada blog pun tak apa. Janji boleh contact korang sepantas kilat..ekekke


Sila jangan terkejut baca tarikh tutup tau. Tarikh tutup Giveaway Kad Raya Cik Jajika adalah ESOK, 8hb OGOS 2012!!! Ye... eh, tarikh tutup sama dengan para pemenang giveaway ramadhan la pulak kan? Hah, sebab itu nak cepat. nak pos kat korang cecepat... hehe... Minggu ni boleh pos. next week dah boleh dapat.. yay..


Jom join.. =)






nota kaki : ada ke yang nak join... ???

Thursday, August 2, 2012

Kuih Bangkit & Rose Tradisional Murah 2012

Assalamualaikum dan Hi,


Aku tau ramai yang tak sabar nak raya kan? keke... So apa kata untuk hari raya kali ini korang rasa keenakan kuih-kuih traditional pilihan aku? Aku suka dan aku nak share. 


Harap maklum bahawa aku tak buat ye kuih ini. Tolong promote dan jualkan sahaja. Mari skoll ke bawah tengok kuih..lai lai


Bangkit Kelapa Tradisional

Harga RM18.00, 60 pcs


Bangkit kelapa ini memang fave aku sejak kecik lagi. Bila datang raya umah orang wajib aku makan kalau nampak. Kalau sedap memang habislah aku balun. Korang ce tengok color dia. Cantik keperangan. Rasa dijamin mengikut citarasa. Kalau nak boleh order. Stok tak banyak tinggal. Siapa cepat dia dapat. @_@


Kuih Rose Tradisional

Harga RM16, 50 pcs


Kalau korang peminat kuih tradisional bolehlah merasa kuih buatan tangan Kuih Rose ini. Siap dapat tupperware besar lagi tu. Harga memang murah. Jangan risau sebab aku sendiri dah rasa dan memang fave aku. Aku pun order banyak jugak ni. Meh lai lai...


Fyi, semua kuih ini akan dihantar COD ataupun by hand sahaja. Kalau pos sian kuih ni hancuzzz berderai gamaknya. Dah rugi korang beli kalau dapat makan habuk je kan? So apa tunggu lagi??? ^_^







nota kaki : lai lai..kuih mulah manyak mulahh... 

Thursday, August 25, 2011

Papa

Assalamualaikum,


Tak lama lagi nak raya which tinggal lagi 5 hari. Persiapan yang mungkin banyak lagi kena buat but ala kadar sudah memadai. Agak excited tahun ni untuk pulang berhari raya mungkin sebab dah practical so rasa stress bekerja..Maybe? Hehe


Aku nak share story about my lovely dad/papa. Ini mungkin kali kedua aku bercerita kat blog aku pasal papa. Tapi kalau lebih, sorrylah sebab aku pun tak ingat.


Raya menjelma so banyaklah dengar lagu-lagu raya. Tahun ni raya sebak jugak (time tulis nie) bila teringat papa. Arwah papa yang tak banyak memori aku ingat pasal dia.




Sad..=(



Banyak yang mengajar aku supaya menjadi cekal dan tabah dalam semua yang aku lalui. Sepanjang pemergian arwah, aku cuba berdikari. Sesusah mane pun aku perlu laluinya. Coming soon memang ada dugaan yang aku cuba hadapi dengan penuh cabaran.



Usaha memang tak pernah lekang dari diri aku. Aku berusaha sedaya mampu untuk menyelesaikan masalah. Papa banyak memberi sumber inspirasi untuk aku hadapi semuanya.


Aku tahu papa bukan sorang yang sempurna malah bukan seorang yang orang lain akan kagumi tetapi bagi aku arwah papa aku seorang yang sanggup melakukan apa saja untuk kejayaan masa depan anak-anaknya.


Rindu sangat dengan arwah. Seriously! Aku cuba jadi anak yang berjaya suatu hari nanti tanpa bantuan sesiapa. Aku cuba berdikari. Masalah aku tidak perlu orang lain tahu sebab bagi aku ianya tidak penting buat orang lain.



Aku adalah aku which aku tetap manusia yang akan berasa sedih even selalunya aku akan berlakon menjadi cool and relax. So memang sedih sebab ini tahun ke-8 papa aku tiada. Miss him so badly!!!



Aku tahu aku kena kuat. Aku kena tabah sebab kalau tak semua orang akan jadi lemah. Aku perlu tunjukkan kepada semua yang aku boleh buat. Walaupun tanpa bantuan orang lain. Aku tahu aku boleh.



Pada sesiapa yang baca entry ni, aku cuma nak cakap yang korang tak perlu kesiankan aku tapi kalau nak sedekahkan surah al-fatihan buat arwah is my pleasure. Thank you so much. Aku tak suka buka cerita bout my dad sebab aku tak suka orang kesiankan aku. Aku okey dan aku boleh berdikari. Itu yang penting k.



Aku hanya boleh mendoakan kesejahteraan arwah di sana. Papa sentiasa dalam ingatanku. Love u papa!!!


Miss u, Papa



*al-fatihah to my lovely papa, Ahamad Jailani bin A. Hamid









*picture ihsan dari atok google.Tq




Thursday, August 18, 2011

Hari ini hari Khamis

Assalamualaikum,


Hari khamis menjelang tiba. Baru aku pasan aku tak ada buat entry pasal Ramadhan yang mulia ni. Alhamdulillah dah 18 hari kita berpuasa termasuk hari ini. Rasa tak sabar nak habis kerja dan pulang berhari raya minggu depan.


Serius aku nak duduk hangout kat rumah dan jumpa kawan-kawan aku. Even malu sebab sedar diri ini sudah membesar. Hehe


Tak mengapalah. Okeylah tuu sebab aku pun kira sedar diri kan..huhu.. Well, sabar jela kan.


Harini sudah plan nak berbuka puasa dengan Aiman dan bershopping barangan raya untuk dia. Kemana arah tujuan kami itu, memang tak dapat nak bagitahu sebab tak tahu lagi kemana kah langkah kaki ini. Ceh, poyo lah. hehe..


Selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada semua. Lepas raya insyallah saya mau buat GA (giveaway) untuk follower blog saya... Hadiahnyer biasa-biasa je.. Ferrari sebjik cukop takk?? hehe.. Hadiah akan di reveal kemudian... Hebah-hebahkanlah kepada orang ramai k..=)

Wednesday, August 3, 2011

Puasa tu apa? Kentut boleh?

Assalamualaikum,

Selamat berpuasalah kepada sesiapa yang rasa-rasanya boleh berpuasa tuu kan. Poor me lah kan sebab semalam tibe-tibe 'Doc' bagi cuti. Tak pe lah...kita ikut jela which membuatkan aku rasa nak makan je..Hahaha..sabar~~~*tapi perut lak berbunyi dengan kuatnya. Malu woi..hahaa

Okey, back to the topic kan. Dulu mase kocik-kocik sapo yang penah tanya soalan ni sampai dia beso? Ada tak? Kalau tak de maksudnyer aku jela kot yang lampi sampai umur 10 tahun. Haha. Aku selalu pikir even sampai sekarang dah tua bangka pun aku masih berpikir kenapa kita kena puasa.

Jangan salah paham bro, aku just berpikir which aku memang aku selalu pikir tentang sesuatu benda kenapa kena buat semua. Okey, sometimes aku rasa pelik gak kan. Kenapa nak kena puasa nie semua tapi at the same time kena buat banyak amal ibadah. Tapi bila dah beso sikit, ilmu pun dah bertambah baru aku clear dengan semua tuu cuma macma biasa, masih berpikir. Hehe.

Well, kita sendiri sedia maklum ada benda yang boleh menyebabkan kita batal puasa kan. So bila ada yang menimbulkan soalan pelik lagi tak munasabah time tua bangka nie, rasa macam mana? Soalan macam mana? Ala, ada satu soalan yang aku pun rasa pe-pe tah. Haha. Kenapa bila kentut tak batal puasa?

Haha...Gilerlah. Cuba tahan buang air kecik and beso. Boleh tak? Sama la tuu. Fungsi kentut sendiri untuk buang gas yang agak-agak hazardous dalam badan tau. Hehe. Tak caya? Cubalah tahan kentut sehari. Perghhh...Rasa macam tak boleh blah la...seksa dia masyallah...Hebat sungguh...=D

So, bila bulan puasa ni kita patut mengambil peluang untuk kerapkan beribadah. Aku tak sempurna dan tidak sekali-kali hebat dalam agama tapi aku muslimin yang sekurang-kurangnya cuba menyampaikan apa yang aku tahu. Kita perlu saling membantu barulah Islam dipandang mulia. Aku tak hebat tapi aku tahu apa yang aku perlu buat(kadang-kadang tak tahu gak..hehe) dalam hidup aku. Hehe

Have fun boleh tapi jangan over. Over tuu maksudnya melebihi paras nada selamat Islam. Yela, aku tahu aku pun dah macam berletiaq je kan? Mana taknyer, en. Nuffnang bagi aku duit raya 50 sen je. Memang la. Cik Epal lak dapat Rm5k.. Frust tau...hahaha... Saja je... Ok pape pun, Renung-renungkanlah dan selamat beramal...=)

Friday, July 29, 2011

Shawl Satin Batch 01

Assalamualaikum,

Siapa yang suka shawl satin? Jaz nak bagi harga murah dekat korang ni. Tak nak jual mahal-mahal la kan sebab Jaz pun suka barang yang cantik but murah. So ini just teaser. Jaz tunjuk 1 jenis warna je dulu. Siapa suka??? =)



Cantik tak perempuan ni? Jangan marah bagi sesiapa yang kenal beliau ni k sebab Jaz bukan cilok or saja-saja nak guna pic ni k. Jaz dah inform and dah mendapat kebenaran pun ye. Hehe.. Harga yang Jaz akan open mungkin jauh dari murah dari kebanyakan harga di pasaran. Limited ni tau. Siapa rasa-rasa dah berminat dengan warna ni (Baby blue) boleh cepat-cepat inform dekat Jaz k...=)