Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, November 12, 2017

REVIEW : Ahmad Lim Black Pancake

Assalamualaikum,

Siapa pernah dengar or makan Ahmad Lim Black Pancake ni? Bagi yang belum cuba boleh try tapi sila jangan komen pasal harga sebab memang mahal sikit sebab kos bahan yang digunakan. 

Korang boleh datang order dulu. Kadang kalau ramai customer amik masa sikit dalam sejam dua sebab diaorang masak bila order masuk. Bukan ready made. 

Rasa dia macam apam balik tapi besar dan ada banyak flavour. Korang boleh pilih. Best kalau makan panas-panas. Nutelaa dia sebemban dia bagi hoi. Berbaloi dengan hargalah..hahaha






Korang boleh tengok gak Facebook page Ahmad Lim Black Pancake untuk tengok lokasi cawangan diaorang. This one aku beli dekat cawangan Wangsa Maju. Dekat dengan Balai Polis depan AEON, Wangsa Maju ye.




BYE!









Thursday, June 11, 2015

Vegetarian Food di Medifood, Subang Jaya

Assalamualaikum semua,


Ehem ehem.. This time tak mahu cerita betapa berhabuknya aku punya laman sesawang ni ye. haha. Well, kali ini simple post on our lunch menu.


Disebabkan tak ada idea lagi nak makan kat mana, so one of hakak opis ni mencadangkan nearby dengan opis ni saja. Ada satu kedai Vegetarian.


Hah, mula la tu mencebik, tarik muka bila cerita pasal vege food kan kan? Sabar dik non. Hakak tak abis cerita lagi ni. Kang bebel banyak, kau orang lari terus tak mai blog hakak ni pula. hahah


Okey, setakat ni, alhamdulillah makanan dia memang sedap okey. Serius. Tak muak langsung. Disebabkan lapar, hakak order set lunch, Set lunch dia 1 nasi, 4 lauk.


Taraaaaaa





Mau menangis gua cakap lu. Nampak macam biasa je kan. Tapi silalah percaya tahap kesedapan dia. Tak macam vege food langsung yang macam korang cuba masak dekat rumah tu yeeee. Berharga RM 9. 40 (termasuk tax).




 Ini pula air epal juice yang hakak opis aku order. Cantik dan sangat style tapi sorry to say yang ini agak kurang sikit. Bukan kurang apa, kurang air dia la.. hahahahaha.. Tak puas tekak hakak ni panas-panas minum air cenonet je kot.. hahaha.. Nasib baik aku tak order air. Just plain water yang free je. Hah, lupa pula. Untuk makluman korang, air ini berharga RM 8.++ okey.. Agak mahal bagi aku.. 


Sekian berita makan-makan hari ni,





Friday, November 29, 2013

Cornery Gourment Popcorns!!!

Assalamualaikum dan hi,

Just nak promote popcorn ni. Seyes sedap dan ohsem. Ada beberapa perisa yang korang boleh pilih

Nyummm..

Motif tulis post pendek sebab teruja gila nak share tapi malas nak taip panjang-panjang... Hahahaha

Nanti kalau aku free, aku update... Hahaha.. Boleh je komen, bila free aku balas...hahaha

Daaaa

Tuesday, November 26, 2013

Naili's Place, Ampang

Assalamualaikum dan hi buat semua.

Hari ini tapau makan di tempat ni. Nampak cantik dan selesa. Try beli sebab pesakit mengidam.

Well, rasanya biasa sahaja. Boleh try kalau nak. Terletak di Ampang,  berdekatan KPJ Ampang Puteri Specialist, Ampang.

Monday, May 20, 2013

Resepi Nasi Ayam!!


Assalamualaikum dan Hi,


Kali ini nak post resepi. Nyummy. Hari ini aku masih berpuasa ganti.. Ye. ganti tu wajib sebelum sunat.. Hehe..


My Mr. Wangi gemar makan ayam dan paling fave adalah Nasi Ayam. So, aku nak share 1 resepi dari DapurKakJee kita. Nampak sedap dan menyelerakan.


Nanti kita try masak untuk Mr. Wangi kita... =)



NASI AYAM RESIPI BONDA





Kjee jarang masak Nasi Ayam sebab makanan ini mudah diperolehi. Ketika tinggal di Taman Melawati dulu, ada beberapa restoran dan gerai yang jual nasi ayam yang sedap. Jadi tak payahlah sibuk2 nak buat sendiri.

Di Sungai Buloh pun ada satu restoran (dekat Econsave) yang jual Nasi Ayam sedap. Tapi Kjee ni bukan jenis yang suka sangat Nasi Ayam. Ada pun okay, tak ada pun tak kesah.

Tetapi beberapa hari lepas Nadia kata lama dah tak makan Nasi Ayam air tangan Mama. So pagi tadi, masa Unclepali gi Posto, Kjee suruh dia beli dua ekor ayam yang baru sembelih. Kat Sg Buloh memang ada banyak tempat orang sembelih ayam.

Seekor Kjee plan nak panggang dan seekor lagi goreng. Tapi sebelum goreng, Kjee rebus kira-kira 10 minit pastu baru goreng. Cara ini, dapatlah buat sup untuk Nasi Ayam nanti.

Kjee tak tahulah samada cara Kjee buat Nasi Ayam ni, namanaya Nasi Ayam Hainan atau tidak. Ia resipi yang selalu dibuat arwah Bonda dulu.

NASI AYAM

3 mug beras (mug standard tinggi 4 inci. Kjee guna beras wangi)
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin (Kjee guna Daisy)
3 ketul chicken cube
2 helai daun pandan (kalau suka)

CARA

Masak air sebanyak 4½ mug bersama 3 cube ayam. Beras dibasuh dan tos hingga kering. Panaskan periuk dan cairkan majerin. Masukkan bawang putih dan halia. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam rice cooker. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk rice cooker. Masukkan daun pandan dan biar ia tanak hingga masak. Lerai2 dengan garfu setelah nasi masak.

SAMBAL

5 biji cili hidup (dibuang biji)
5 cili padi (kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit cuka kalau guna

CARA

Kjee blend semua bahan diatas kecuali sos cili, bersama sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sos cili serta garam (dan cuka kalau guna). Didihkan sampai pekat. Padam api.



KICAP

4 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
beberapa titis minyak bijan
1 senduk air rebusan ayam (untuk sup)
1 sudu besar sos tiram

Campurkan semua bahan2.

AYAM



Ayam panggang

1 ekor ayam
1 biji lemon atau limau nipis
1 biji bawang besar
1 sudu besar rempah rosemary (optional)
butter
garam
lada hitam

Bersihkan ayam luar dan dalam. Potong dua limau nipis atau lemon. Potong dua bawang besar. Kemudian sumbatkan rempah rosemary (kalau guna), bawang dan lemon ke dalam badan ayam menerusi bawahnya (cara ini Kjee tengok dia orang buat di tv).
Kemudian sapu sedikit garam dan lada hitam di keseluruhan badan ayam. Selepas itu, lumurkan pulak dengan butter. Butter akan membuat ayam crispy.
Bakar guna suhu 200 darjah selama lebih kurang 1½ jam.




AYAM GORENG

1 ekor ayam potong dua.
½ periuk air
daun ketumbar (akarnya sahaja)
1 biji bawang besar
garam
serbuk perasa kalau guna

CARA

Didihkan air. Masukkan bawang yang telah dibelah 4, garam, serbuk perasa serta akar daun ketumbar. Akar ini ikut suka letak banyak mana. Aroma dari akar ini akan membuatkan sup sedap. Apabila air mendidih, masukkan ayam ke dalam periuk dan didihkan guna api perlahan kira-kira 10 minit. Kemudian keluarkan ayam, lumurkan dengan sedikit garam dan kicap manis. Kemudian goreng ayam. 
Air rebusan ayam tadi boleh dijadikan sup. Kjee turut campakkan kaki ayam serta tulang2 ayam ke dalam stok rebusan ayam ini. Tulang2 dari lebihan yang disimpan untuk tujuan buat sup.

CARA MENGHIDANG

Timun
Salad
daun ketumbar































Ok..papai....!!!

Ayam Panggang Dengan Pemanggang Ajaib!!

Assalamualaikum dan Hi,


Bila baca tajuk di atas sila baca sambil bayangkan deruman drum.... huhu.. Confirm suspen je kan? Well, memang lama aku tak menulis info terkini. Selalu hanya akan update dalam Instagram or Fb jek. @_@


Kali ini aku nak share dengan korang mengenai pemanggang ajaib. Wahh.. Sungguh ajaib kan bunyinya. Nak tengok rupanya? Jeng jeng jeng.....




Ajaib tak??? Ermm.. i know. Takk kan..??? Hehe.. Tak apa. Jangan korang tanya aku asal usul nama or detail sebab aku pun tak tahu. Budak rumah aku yang beli dan aku tolong pakai.


Do you know that it is super ohsem? Seyes la... Masak ayam panggang cepat je masak. Nyummy...


Ini hasilnya....jeng jeng jeng..




Hehe.. Super ohsem tau... next project will be Ayam Panggang Madu.... Nyummmyyyy!!! hehehe =)




Ok papai!!!







Sunday, September 16, 2012

Pork The Only Non-Halal Food or Ingredient?

Assalamualaikum dan Hi,




After a few weeks fulled with my bad swing mood, hari ini aku nak cuba kembali normal jap. Boleh kan? Biasalah, hidup ini kalau tiada masalah tak sah. Bila ada masalah barulah kita ada pengalaman untuk menghadapi dan juga mempelajari lebih banyak tentang diri kita ni. 


Dalam entri kali ini aku nak bercerita tentang Halal Haram. Oppss...bukan nak mengajar. Aku lebih suka berkongsi pendapat dengan korang. Jika ada ilmu kita kongsilah bersama. Tak mau kedekut. Bila berkongsi pendapat dan berdiskusi barulah ilmu itu berkembang.


Well, back to the topics. Bukan nak cerita pasal pakwe makwe, bos pekerja or yang sewaktu dengannya. Mari baca statement di bawah dan korang kenal pasti benar, tipu, kenyataan or macam mana.

"We do sell alcohol in this end high bistro. But we do not sell pork and non-halal food. No problem with tudung as being a cashier you just need to handle cash!"

Okay, apa yang korang paham tentang kenyataan di atas? Mana aku dapat kenyataan ni? Macam ni. Kalau korang selalu follow blog aku kompem korang tahu yang aku sekarang jobless. So sementara mencari keje yang sesuai dengan certificate aku, aku mencarilah keje pape yang ada dulu. 


Bila aku tanya dia ada jual alcohol and non-halal food ke dan aku tanya okay ke kalau aku pakai hijab keje kat sana? So itulah yang dia balas.


Kat sini aku nak berkongsi dengan korang bahawa kebanyakan non-muslim fikir bila non-halal mesti pork. Kenapa? kenapa? Kesian dia pork disalahkan korang tau.. hihi... =)


Actually, for your info bukan hanya pork. Kita menilai halal haram sesuatu daripada puncanya. Tak semestinya pork tu mesti dalam bentuk  ketulan daging. Kita tengok juga sumbernya. Untuk pengetahuan korang yang tak tahu, air alcohol ataupun dalam bahasa melayu, ARAK pun haram. Non-halal lah tu. It's not must be a pork only. There is a lot of source that must be clearly determine before you declare it's halal or not. Jadi bila ada sumber jualan dari arak, kompem tak halal ye... =))


Ada sekali tu juga aku tengok citer korea. Sana makanan pemes amos dia pork dan daging tau. So bila g sana makan kena hati-hati. Dalam citer tu ada orang muslim sebagai guest dia. So bila tiba time makan diaorang masak sayur-sayuran sebab takut kita tak makan *sebab takut diragui cara sembelih dia tu. Kalau diikutkan nak makan yang lain pun takut juga. Dia masak pakai minyak apa? Sayur-sayuran dia ada pakai racun or baja apa? Barangan atau peralatan memasak pula pernah guna untuk masak pork tak? Semua tu kena pikir tau. Lagi-lagi duduk luar negara. Susah nak tahu. Kalau negara Islam macam Arab ke, tak apalah. Walhal dalam Malaysia pun bukan semua benda yang kita makan kita tahu halal-haramnya. Betul takk?


Hah, korang boleh rujuk gambarajah dibawah ni. Good for add-value untuk kita semua.. =))




Yeah, clearly memang ramai yang non-muslim tak tahu benda ini dan sila jangan terkejut jika ada antara sahabat sesama agama kita pun tak tahu benda ni. Just for your info sebab ramai yang cakap kenyataan macam dekat atas tu. Bila kita yang tahu ni dengar terus macam...hah??? *blurr


Last but not least, sekarang aku pun tak amik keje tu. Tempat tu pun aku nak mintak dielakkan. Semoga yang baik-baik akan hadir dengan perlahan. Insyallah. Korang macam mana? Pernah alami dilema sebegini takk? =)


Thursday, August 2, 2012

Berbuka Nasi Ambeng, Bazaar Ramadhan Wangsa Maju

Assalamualaikum dan Hi,


Memula sebelum korang baca dan komen pape, aku nak habaq mai yang gambar yang aku upload ini adalah kualiti paling rendah tahap cipanzi punya tau. Sorry sesangat. Moral of the story, sempena Ramadhan ni korang sila jangan taruk harapan tinggi aku akan amik gambar makanan teror tahap Annas Easkay pulak. Nak jadi photographer majlis akikah anak Mak Jemah pun kompem tak lepas. -_-"


Well, sudah puas membaca kata alu-aluan aku? keke... Oleh itu mari kita tuju ke tajuk utama. Siapa yang tahu atau penah dengar pasal Nasi Ambeng. Ala, kalau tak tahu jangan kunun-kunun tau la..ngaku je tak tahu.. <@_@>


Kalau nak sebut sila sebut betul-betul ya. Ianya bukan disebut 'Ambang' tapi 'Ambeng'. I'm a Johorean and as one of Jawaish *sesuka hati je hentam ini makanan wajib dan paling basic aku perlu tahu. 


Asal usul tok nek depa memang cheq tak tau. Yang cheq tau harga dekat Johor jauh lebih murah dari KL punya harga. Dekat kampung aku boleh dapat dalam RM3.50-RM4.00 sahaja malah kuantiti pun sama / lebih kurang.


Disebabkan sekarang tengah puasa oleh demikian korang pun sedia maklum nafsu makan yang datang dari mana memang akan membuak-buak malah makanan entah pape pun boleh craving gila. Oh tidakkk!!


Semalam aku telah berjaya membawa pulang Nasi Ambeng ini yang telah aku beli di Bazaar Ramadhan Wangsa Maju. Fyi, telah beberapa minggu aku meng-ushar nasi ini. Bukan apa, kekadang takut tak sedap. Kat KL ni bukan boleh percaya. Tak semua makanan rasanya masih kekal original. 


Nasi Ambeng RM6.00


Macam telah aku katakan gambar ini memang terukz nyahh. Sila skrol lelaju kalau tengok tak best je.. keke. Dalam Nasi Ambeng ini ada Sayur Goreng (makanan orang Jawaish), Ayam Kicap, Serunding, Ikan Masin, Mihun goreng (sikit je kuantiti dia) dan sebemban nasi putih. Oh, telur asin / masin itu aku sengaja bubuh. 


Dari segi rasa ok jugak cuma kalau dia bubuh kuah kicap banyak sikit kompen sama sebijik dengan yang ori. Ayam pulak sedikit keras. Kalau korang tak berkenan dengan ayam kicap dieorang ada juga sediakan lauk-lauk lain seperti ayam masak merah. 


But as I said before, aku suka lagi original punya. So kita pilihlah ayam masak kicap. omnomnom ..Kalau korang datang dah pukul 7 lebih, peniaga ni tak kedekut nak bagi RM6.00 untuk 2 bungkus tau. Seyes sebab incik abang penah beli. Untunglahhh.... ~~~~


Paling tidak boleh dilupakan adalah tahap kekenyangan aku semalam adalah tahap dewa ke 89..keke.. Seyes nak habiskan pun rasa terseksa jiwa dan raga... tak akan nak buang? Sayang kan? So kita makan makan dan makan..hehe..


Sekarang tengah pikir balik ni nak makan apa pulak? Masak or beli Ayam Berempah Nasi Kukus fave aku sepanjang bulan Ramadhan ni. Mana taknya, ayam dahlah gebu. Sedap pulak tu. Setakat 13 hari puasa hampir 7 kali aku pi beli kat kedai tu tau. Nak tau kedai yang mana? Tunggu up coming entri.. Doa-doa jela aku pi beli jap lagi. Boleh aku update esok..kekeke








nota kaki: perut sudah start jamming...oh noo..... #_#

Wednesday, August 1, 2012

Berbuka Di Restoran Rosdet Tomyam, Kampung Baru / Chow Kit | Entri Bergambar

Assalamualaikum dan Hi,


Omnomnom....


Sekarang kompen ramai duk tengok blog makan-makan kan? keke..sabar ye. Bulan puasa ni haruslah bersabar nafsu semua. 


Semalam aku dengan incik abang telah berbuka puasa di Restoran Rosdet Tomyam terletak di Kampung Baru ataupun Chow Kit. Dua-dua pun berdekatan. Tak sempat nak amik gambar kedai so aku google sahaja. Ini gambar lama ya sebab sekarang kedai ini telah dibesarkan. Dah maju... Kedai Johan Seafood tu dah tak ada dekat sebelah. Oleh demikian restoran ini agak besar dan boleh menempatkan lebih ramai pelanggan.




Hah, lupa nak habaq mai. Kedai yang warna merah belah kanan tu pun aku penah makan tahun lepas. Gila cekik darah mahal. Makan 4 orang harga dekat RM100 kott... Aku order lebih kurang macam yang aku order untuk berbuka semalam tapi tak semahal itu bayarannya...fuhhh...


Muka orang tak sabar nak makan..kekeke 


Sambal belacan for free 


Our food for two...ye... berdua tapi makan...oh tidak!!hahaha


 Omnomnom


Ikan Siakap 3 Rasa


Ikan ini amatlah sedap. Seyes. Cuma agak manis bagi aku. Cukup garing, cukup...cukup... Paham tak? Semua cukup tau. Delicious. Harga tak pasti pulak..keke


 Sayur Campur RM5-RM6


Incik abang order sayur campur dan hasilnya amatlah menerujakan kami. eh, ayat apa tu? keke... Sayur campur ni siap ada udang dan sotong lagi. Sayuran yang ada seperti brokoli, kubis, lobak, jagung mini, cendawan dan macam-macam lagi. Sumpah heaven je rasa... Harga dia tu cuma anggaran aku je tau.. @_@


Sotong Goreng Tepung RM5-RM6


Masih tidak pasti akan harga sebenar sebab time order ikut nafsu..ehhee.. Sedap dan sangat gebu. Tak menyesal pilih. Tapi lebih baik order udang sebab udang lagi banyak isi dari sotong.. hehe




Ini tomyam. Aku sendiri tak hengat aku order tomyam apa. Campur ke, seafood? konpius..keke.. Well, incik abang sangat suka tau... Eh, macam kosong je? boleh tengok pic bawah... 




Tadaaaa...isi yang tersangat banyak. Ini order untuk sorang makan je tau. Ternyata tak kedekut restoran ini. Isi pun segar-segar je rasa. Time ni tak sempat nak amik gambar telur dadar. Ada order tapi lambat sampai.


Untuk pengetahuan korang, semalam aku book meja dalam pukul 5.30 petang dan bukan awal pun sebab hampir 1/4 meja sudah dibook. Sebab tu tahun lepas kami kempunan nak makan dekat sini. So, harus datang awal-awal dan book tempat anda.


Service pun ok. Lepas cakap telur lambat sampai je, tak sampai 5 minit terus dia hantar. Kalau nak tambah order pun laju je sampai. Kecuali kau orang order yang susah nak masak memang lambatlah. Dahlah full house time berbuka. 


Ini senarai lengkap apa yang ada di atas meja kiteorang.

Order:
Ikan Siakap 3 Rasa *2 orang makan
Tomyam Campur / Seafood * 1 orang makan
Telur Dadar *2 orang makan
Sayur Campur *2 orang makan
Sotong Goreng Tepung *1 orang makan
Nasi Putih *2 orang makan
Air Limau Ais
Ais Teh O Ais
Ais Kosong

Free:
Sambal belacan
Kurma 3 biji


Jumlah keseluruhan : RM48.50
Service : 8.5/10
Suasana : 7/10
Rasa : 8.5/10


So apa tunggu lagi..jom serang!!!!!








Nota kaki: rasa macam nak makan lagi..oh tidakk!!!

Bazaar Ramadhan Wangsa Maju

Assalamualaikum dan Hi,


Memang entri back to back dan rasanya lepas ni mesti kering idea nak hapdate apa pulak. Well, untuk pengetahuan korang sepanjang Ramadhan ini kebanyakannya memang aku beli makanan kat luar jela. Biasalah. Orang bujang katakan.. 


Disebabkan keghairahan mencari makanan atau mengusha makanan sumpah aku memang lupa dan tak hengat langsung nak amik gambar makanan malah gambar bazaar pun. -_-"


So, aku telah mencilok rupa Bazaar Ramadhan Wangsa Maju...hehe




Last weekend pergi shopping baju raya dan macam-macam with my housemate. Seyes penat walaupun sedang 'bercuti' waktu itu tapi dah kalau time puasa mana boleh sesuka hati minum air kat tempat awam kan. So, kira macam puasa jugak lah.


Then pi Bazaar Ramadhan lepas tak larat nak beli barang lagi. Lagipun barang yang penting sudah berjaya menjadi hak milik..kekeke...


Terus serang kedai jual air. Hasil tangkapan hari itu berupa air sebanyak 3 jenis untuk 2 orang. Hahaha.. Sumpah time beli ni ikut nafsu.


Sirap bandung cincau. RM2


Jus tembikai *pure RM3


 
 Air blackcurrent *anggur je sebenarnya RM1


Tadaaaa.....

Murtabak daging from Bazaar Taman Melawati. RM2.50


Nasi Tomato dari Bazaar Wangsa Maju. RM4


Jangan pelik pula tetiba ada murtabak dari bazaar lain. Sebabnya incik abang tetiba ajak pi sana. Tu yang tangkap murtabak 1..hehe.. omnomnom *mengunyah








nota kaki: nantikan next entri....menu berbuka...omnomnom

Monday, June 25, 2012

Pancake Durian

Assalamualaikum dan Hi,


Hujung minggu korang macam mana? Best tak? Aku pula?? Eh...mestilah... dah berjimba tengok wayang dekat Mid Valley. First time tengok tempat grand. Nak tahu apa cer? Nanti aku citer k...


Oh, puasa akan tiba tak lama lagi. Bulan Islam pun sudah bertukar masuk Syaaban ni. Tak lama lagi Ramadhan.. Fuhh... hari ini puasa ganti.


Sekarang dekat KL ni dahlah musim panas. Tetiba berlambak pulak durian dekat tepi jalan macam Mak Jemah bukak kedai Sale Gucci tepi Highway... kihkihkih


So, tetiba terasa nak makan ni... 




Nyum....sedapnyer alahai... Mak Jemah nolong buatkan mek 10 set..hehe.. Ini yang aku tahu nama dia Durian Pancake. Tapi tak tahu betul ke tak. Aku pernah makan lepas my sis hasut aku rasa benda alah ni dekat Mid Valley. 


Perghh..macam kena rasuk meronta-ronta budak kecik mintak jajan. Eh, korang tahu jajan tu apa tak?? Jajan tu cekedis atau makanan ringan yang sungguh berkhasiat tak berkhasiat tau.. kihkih


Rasa dia bukan main delicious tau nyah. Mak rasa kalau dapat ni memang berlari satu kampung tergolek-golek manja. Bukan bukan. Gurau je. hehe. Rasa durian dia memang sebijik macam ori dan lembut je bila sedut masa makan. Tak payah kunyah...nyum.....*amik feeling berangan tengah makan 


Sekarang macam craving for this pulak. Apa mau bikin?? Ehem..ehem...







nota kaki: makan sampai buncit cit cit..hehe

Wednesday, June 13, 2012

Tips Kurus : Apakah Jenis Makanan Seimbang?

Assalamualaikum dan Hi, 


Lepas aku post entri Tips Kurus: Jangan Salahkan Nasi dan Tips Membunuh Lipas, ramai juga yang view tau. Apa yang mengkagumkan aku, entri membunuh lipas itu dilihat oleh pengunjung online hampir 4++ kali dalam masa sehari.  So impressive kan tahap ingin tahu korang. Thanks la ye. So kali ini nak share pasal makan berkhasiat ataupun seimbang.


Korang tau tak bahawa makanan yang sihat adalah tubuh badan kita menerima khasiat lebih dari kalori yang ada di dalam makanan tersebut.  



Untuk memastikan korang mengetahui khasiat tubuh badan yang diterima, pastikan pengambilan makanan sihat diambil dengan kuantiti yang mencukupi setiap hari agar ada keseimbangan di dalam badan. Jangan pilih kasih antara makanan tak elok. hehe


Baca artikel ini untuk mengetahui jenis-jenis makanan berkhasiat bagus untuk badan kita! 




Bijirin
Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras putih yang telah diproses. Bijiran yang telah diproses menghapus vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi. Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan nestum. 

Sayur-sayuran
Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah, brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan pertama bayi.Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6. 

Buah-buahan
Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system penghadaman kita. 

Produk tenusu
Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik. 

Daging dan kekacang
Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium. 

Ikan Salmon
Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini.



sumber : sini







nota kaki : kurangkan atau kekalkan berat badan secara sihat


Monday, June 11, 2012

Rezeki Isnin : Pulut Kuning

Assalamualaikum dan Hi,




Alhamdulillah rezeki hari ini. Pulut. Tapi hari ini puasa. Kuatkanlah semangat puasa aku hari ini walaupun perut duk jamming dari tadi. Mata pula duk main pandang-pandang jeling-jeling je dengan pulut 'Bersih' ni.. Opss...hahaa.. Sabarla cik perut.... =)








nota kaki : menu berbuka???

Tuesday, June 5, 2012

Sarapan Hari Ini

Assalamualaikum dan Hi,


Saja nak tunjuk makan apa pagi ni. hehe..




Nasi lemak ini memang fave den. Sodap dan murah. RM1.20 sahaja tau. Berdekatan LRT Jelatek. Mana nak dapat kat KL harga dan rasa macam ni? *adajecumasajanakpromo..ehhe 



Hari ni den raso haus gila. So cik tekak yang cute ni mintak air susu yang sodap tu. So rembat 1 kotak HL kat 7E. Minum bukan segelas tapi dah banyak gelas dah ni. Jam baru pukul 9. Breakfast tadi pukul 7.35 pagi. Sekarang dah tinggal kurang dari separuh. Gila banyak aku minum. Haha. Haussssssssssss...........sllurpp...









nota kaki : tengah hari diet. tak makan..bajet boleh kurus..kehkehkeh

Monday, June 4, 2012

Genting's Charity Movie Screening (Part 2)

Assalamualaikum dan Hi,


Bersambung dari entri yang lepas >sini<, aku nak kongsi beberapa gambar terakhir semasa program ini berlangsung. Selepas makan-makan, kiteorang terus pergi ke agenda seterusnya iaitu.... Taman Tema!! Yeah yeah!!! Haha *sukasangat



Lepas makan adalah time bergambar pula. Saja nak tunjuk diriku yang pendek ini. Haha. Well, perasan tak aku dah kurus? *facepalm. Nak tunjuk dapat goodies juga..hehe



*sila abaikan muka yang penuh dengan cela sebab excited nak masuk taman tema! hahaha


Jenjalan masuk dan terus ke belakang dan nampak chocolate land macam tu. Serius excited weyh!! haha.. Tapi bila masuk hampeh sebab tempat macam budak-budak lak. Haha. So next...




Jumpa permainan ni sebelah Chocolate Land tadi. Tak tahu nama. Spinner 180 darjah kot nama dia. Tah ler. Terus beratur panjang sebab excited! Kebanyakan tempat permainan kat sini tak bukak. Banyak tempat mainan budak-budak jela. Haha. Suka bebenor aku tengok diorang main. Bila naik, serius best!! Even pening lalat sikit. hehe. Tak rugi tau. Ada orang laki tu kan, muka gangter tapi bila suruh naik takut..hahaa.. Siap muka suspen je dari awal sampai abis game. Aku lak, bantai gelak gila-gila atas tu. Best tau!!!hahahahahaa *mukamenggila



Lepas je naik Spinner gila tadi, terus niat nak cari roller coaster. Tapi tak ada! Geram. Masa diberikan 3 jam *bunyi macam lama, tapi tak sempat. Sebabnya ikut mamat sengal tu. Sibuk nak naik rusa la, kereta api F1 la, monorail la..macam mainan budak-budak. Naik bosan den. hahaha..

Last-last aku dapat jugak pujuk dia naik Spiderman! yeah!!! Inilah mainan paling hebat tau takkk???!! Aku rasa nak main banyak kali. Sekali dia pusing 360 darjah tau. Hampir maut rasanya. Tapi sesangatlah puas. Ingatkan lepas main Spiderman nak main Colerro tapi tak sempat sebab beratur lama sangat kat beberapa tempat. Yela, tengah cuti so ramai orang lah kan..



Dah puas main apa lagi. Perut rasa macam kosong semacam. Kenapa ye? hehe. Jom lepak Starbuck sambil-sambil tunggu yang lain. Sebab lepas main, semua kena kumpul dekat sini dalam pukul 6.30 petang. Aku dengan mamat sengal dah sampai sana pukul 5.50 petang lagi. Kiteorang cari tempat tu cepat sebab kiteorang takut sesat. Haha.


Sambil tu, apa lagi. Balun Frappucino Cookies yang baru dikeluarkan oleh Starbuck. Harga pun tengah Happy Hours. Hari Jumaat, dapat separuh harga tau! Murah gila. Aku terus order yang large punya. Dari RM18 harga asal terus dapat RM9 je tau.... Murah gila!!hahaha... dan terus amik Chic n Cheese yang gebu dan enak. Nyummy....hehehe


Anyway, thanks a lot to Nuffnang or should I say to Darren and Anne. Thanks for both of you! =)






nota kaki: really enjoyed it!!