Friday, July 6, 2012

Kerja Kosong! URGENT!

Assalamualaikum dan Hi,




Siapa ada kawan? Ye ye..aku tahu itu satu soalan yang paling tak masuk akal aku tanya kan. Kali ni aku nak feeling sedih sikit. Pasal kawan




Apa tu kawan? Kawan bukan kalau kau susah baru kau cari. Kawan bukan macam bola yang kau boleh sepak sana sini bila kau nak. Kawan bukan sebuah tong sampah yang bila kosong kau pandang tapi bila kau penuhkan die dengan sampah sarap terus kau lupa sebab berbau. 


Aku bukan seorang kawan yang boleh kau buat sesuka hati kau. Aku diam bukan bermakna aku lemah. Aku bertanya bukan bermakna aku tak boleh buat keputusan. Aku juga bukan seorang kawan yang sering mempergunakan kawan demi kepentingan diri aku. Aku bukan kawan yang kau boleh cari aku bila kau tak ada kawan lain sesuka jiwa raga kau je kan. Aku kecewa dengan kau. 


Aku masih kawan kau???




Aku ikhlas walau aku tahu kau tak nampak keikhlasan aku. Aku tahu aku bukan seorang kawan yang cukup baik. Aku cuba untuk jadi seorang kawan yang baik untuk kau. Tak perlu aku bercerita apa yang aku lakukan untuk kau. Cukup untuk aku nyatakan aku sangat kecewa dengan kau.


Siapa kawan aku? Kau mesti tahu siapa aku yang sebenarnya. Aku cuma ingin seorang rakan yang sentiasa dengan aku walau susah dan senang. Seorang kawan telah berpesan kepada aku: 


 blog ko yg sikit2 da bertukar jd blog beautifullnara tuh

i really cant seems to like it

sorry

im honest

truth hurts

ko pk2 sendirilah

dunia akhir zaman ni fitnah tu ibarat semut hitam atas batu hitam didalam gua 

gelap pada waktu malam kata Ya Rasulullah

sesuatu yg kita tak thu sahih

menyampaikan itu berkategori sebagai bersubahat

yg membaca mempercayai juga bersubahat

takpelah

ko buat je ape yg ko ske


Terima kasih kawan. Oleh demikian aku menulis entri ini untuk aku. Tiada gosip artis ye. Thanks.... Ikhlas dan jujur. 


Yang tak kisah siapa aku. Bagaimana aku. Yang boleh menerima aku. Ye..aku tau Mak Eton dah bising tengok aku emo semacam kan kan. Tak apa lah Mak Eton..kalau tinggal Mak Eton je jadi kawan aku pun tak apaaa laaa... Apa ada hal? hehe


Akhir sekali, siapa nak jadi kawan aku? Korang jenis kawan yang macam mana???


JOB OPPORTUNITY: 


  • LOVELY CHARACTER
  • LOVE TO BE MY TRUE FRIEND
  • NO SECRET AGENDA
  • BEING TOGETHER EVEN IN WORST EVENT
  • WE ARE SAME
  • SALARY : LOVE FROM ALLAH S.W.T

Please write your resume in your latest entry and share your link in the comment below. A blogger friend should be fine tooo. A friend should not be judge from where you come from. As long you are honest and be a good friend of mine. Thank you.


nota kaki : macam ni pun boleh kan? =)

3 comments:

fara said...

join here and get perfume =)

http://rararoo.blogspot.com/2012/07/get-free-cute-header-by-farahafiza.html

1612f said...

what happened? ;~;

Cik Jajika said...

Somewhere over the rainbow... la la la...