Showing posts with label JPAM. Show all posts
Showing posts with label JPAM. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Aku

Assalamualaikum,

Semalam memang penuh dugaan betul. Semua buat aku rasa tension je. Macam-macam hal yang berlaku. Dengan si Aiman nye lagi, itu lagi, ini lagi. Sekarang aku isytihar merajuk dengan dia sebab semalam die yang beria-ia mencabar aku. So, kena lah rasa kan. Dulu memang aku sabar je tapi sekarang memang aku tak tahan sangat. So aku decide memang aku buat je.

Aku nak tolak ke tepi dulu pasal kes merajuk laki bini tuu. Aku nak cerita pasal diri aku. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu tapi aku rasa benda nie memang penting.

Aiman tak bagi aku aktif dalam JPAM nie even dari mula-mula aku dah bagitahu die awal-awal yang aku memang nak aktif. Alasan die tak bagi aku aktif sebab die takut aku dengan laki lain la...lupa die la... Apa yang die tak paham, apa yang aku minat. Aku paham die minat apa. Tapi kenapa die tak nak paham apa yang aku minat?

Serius bila dah 2 kali pergi kem, aku rasa inilah diri aku. Benda yang mencabar nie memang aku minat. Dari sekolah dulu. Cuma time skola dulu tak berpeluang nak join sebab aku dulu jenis pemalu dan segan giler.

Kem hari tu buat aku rasa lebih yakin. Inilah diri aku yang sebenar. Aku join bukan sebab laki ke, ada peluang nak menggatal ke...Tak ada keje aku nak buat semua tuu. Makin aku geli tengok sesiapa yang menggedik tuu ada la. Bile kat sana, aku memang fokus dengan misi kem tuu.

Bila kena panjat bukit, aku panjat. Bila kena turun bukit, aku turun. Bile kena seberang sungai, aku seberang. Penat memang penat tapi aku dapat rasa ini yang aku mahukan. Aku yang mintak dan ini yang buat aku rasa puas bila at the end aku sampai gak ke garisan penamat.

Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi supaya dia paham. Aku memang dah lama tak rasa macam nie. Tapi 1 je yang aku nak cakap. Sepanjang kem tuu aku tak pernah lupa kat Aiman. Bila aku rasa penat or tak larat sangat-sangat nak panjat bukit yang serious curam giler, aku pegang beg Aiman tuu and rasakan semangat dia. Umpama dia sentiasa ada dengan aku. Bagi aku kata-kata semangat.

Walaupun penat macam mana sekali pun, aku teruskan jugak even ketua aku kata nak tinggalkan aku sebab aku dah penat. Memang aku penat. Sape tak penat? Tapi aku bukan sakit. Cuma penat je. Bila aku tak larat nak panjat and beberapa kali tergelincir, memang aku takut. Tapi aku pegang semangat Aiman and aku teruskan memanjat. Aku cuma fikir yang aku kena selamat sebab aku kena balik jumpa family aku and Aiman. Tu je yang aku fikir.

Tapi kenapa die tak nak paham? Kenapa die susah nak percayakan aku? Aku tak tipu die. Kat sana semua aku anggap kawan. Aiman seorang yang paling aku sayang. Tiap masa aku ingat die. Aku jaga tingkah laku aku. Setiap apa yang aku buat, aku tahu batas pergaulan aku. Siapa aku. Tapi kenapa die tak paham? Aku akan teruskan usaha aku. Jangan halang aku sebab aku memang suka dengan apa yang aku buat sekarang. Kalau boleh, aku tak nak sambung kerja dengan tempat aku sekarang nie. Aku tak rasa ini tempat aku. Doakanlah aku...

Monday, June 27, 2011

Seriously!!

Assalamualaikum,

Firstly, aku memang perlu banyak-banyak isytifar(xsure ejaan). Aku perlu banyak bersabar harinie. Really. Aku rasa fed-up je.

Harini start kerja balik lepas Jumaat bercuti dan join kem di Teratak Naly's yang memang best. Nanti aku grab pic and buat review sikit.

Tapi sekarang memang aku sedih sangat. Aku rasa macam nak give up je. Betul-betul penat. Air mata nie asyik bergenang je. Aku tahan supaya ia tak jatuh. Sedih sangat-sangat. Macam-macam dugaan yang aku terima. Stress sangat.

Boleh takk aku nak pergi jauh? Aku nak pergi ke tempat yang sunyi. Hanya ada tempat untuk aku mengadu dan lupakan semua nie. Penat sangat.

Bila stress macam nie, aku pun tak ada selera. Makan roti je untuk sehari nie. Badan lak masih lenguh-lenguh and penat sebab kem hari tu. Tak ada mood. Nak nanges macam budak kecik boleh tak? Tapi nak nanges sorang-sorang. Tak nak ada orang dengar or nampak. ........ ... ...

Tuesday, June 7, 2011

!!!Salah Dia!!!!!

Assalamualaikum,

Tah tahu kenapa harini aku rasa geram giler. Geram sebab semuanya. Sobsob... Study pun ada cabarannya. Aku tak tahu nak cakap apa lagi.

I need money to pay my fees.. Tapi duit takk cukup. Aku boleh berusaha dapatkan duit tuu tapi ada seorang je sekarang yang mengahalang aku dari dapatkan jumlah tuu.

Seorang yang aku amat hargai dan banyak membantu aku tapi takk pernah paham bila aku disaat terdesak. Keadaan yang die letak aku makin terhimpit dan lemas.

Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Aku nak pergi kem tu tapi tak kasi. Aku nak cari keje part time lah. Aku tak nak sampai aku tak boleh present HIRARC aku. Aku tak nak. Tapi die tak paham. Kalau die boleh tolong bayar tak pe gakk. Kalau setakat NAk bayar bek tak payah. Lom tentu dapat bayar.

Sedih dan kecewa sangat-sangat sebab terikat dalam usia yang sepatutnya aku boleh berusaha lebih. Tapi terkongkong sehingga aku perlu bergantung pada die. Bila dah terlalu bergantung tahu pula die cakap aku nie manjalah..papelah.. Padahal die yang buat begitu. Cara die untuk aku hidup senang tanpa berusaha.

Bukan salah aku kalau aku terlalu bergantung sebab dia yang ajar aku untuk bergantung pada die. Penat sebab aku rasa diriku ini umpama boneka. Aku tak boleh berbuat apa-apa. Dia telah mengawalku.

Aku sedih dan kalau aku tak dapat present HIRARC bila tiba masanya, aku akan salahkan die. Semua salah die. Yela, kan dia juga suruh aku bergantung pada die kan. So semua salah die!!!

Confius sebentar dong!

Assalamualaikum,

Firstly I want to highlight that this entry in rojak style okay. To improve my English and sorry if anyone felt that I'm so poyoss to write in English so whatever kan... Hehehe.. Nevermind. We can't stop others to stop condemn us right?

Okay, right now I'm totally confuse. What should I do? I meant, about next plan. My sister already said that I should go next program on upcoming month and not this month. But I totally mess. This program only twice a year and on next time, the program will have a lot of competitor to register.

Sob sob...what should I do? I really want to go...Really.....sobsobsob ;(

*thinkingagainandagain

Monday, June 6, 2011

Latihan Asas Anggota JPAM Siri 2/2011 di Teratak Naly's

Assalamualaikum,

Bertempat di Consist College, kiteorang seramai 46 orang telah bertolak ke Teratak Naly's Batang Kali untuk menghadiri kem latihan asas anggota siri 2/2011.

Tapi sebelum tuu, aku telah pergi ke exhibition OGA kat KLCC dulu untuk skodeng pape yang agak-agak best lah kan. Hehehe.. Skodeng punyer skodeng masa dah makin dekat nak berciap ke kursus tuu. Disebabkan naik kereta member aku hari Jumaat tu, keadaan trafik kureng sket so agak lambat lah. Sampai umah pun dah dekat pukul 4 suku. Bersiap lah aku sepantas yang boleh. Hahahhaa.

Kawan aku tuu tak pergi sebab die ada keje part time hujung minggu tuu. So die boleh tolong antar aku jela kat Consist. Tuu pun kiteorang lambat gak sampai kolej walaupun yang sebenarnyer tak de lah jauh dengan umah sewa aku tuu.. Tapi sebab sibuk last minute baru nk beli barang itu ini, memang lambat lah kan nak sampai. Tapi bebanyak terima kasih ler kat Leha ye...hehehe

So bile dah singgah sana sini carik barang, aku pun sampai gak kat kolej. Ala, rupanya budak-budak nie semua baru nak berkumpul. JPAM pun tak sampai lagi. So rasa lega sikit lah kan. hehehe. Then, lepas daftar and borak-borak sikit dengan yang lain 2 buah trak JPAM pun sampai. Lepas dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab nak naik trak, so berangkatlah kami semua ke Teratak Naly's melalui jalan Duke. Terasa lama gak lah perjalanan nyer..

Dekat pukul 7 baru sampai kat kem tuu. Datang-datang disambut dengan staff Putri. Pergilah beratur/berkumpul di kandang kuda. Teratak Naly's nie sebenarnye tempat rekreasi or tempat untuk berehat. Ada homestay la, equestrian, kayak, jungle tracking, kem motivasi dan bagai lah. Kalau nak skodeng boleh click sini. Sepanjang latihan kiteorang nie, padang equestrian / tempat menunggang kuda nie dijadikan tempat berkawad or berkumpul kiteorang. Time sampai ada 1 kumpulan dari mana tah. Lupa nak tanya. Dieorang dah siap register semua.

So daftar lah kami ye sambil dibekalkan dengan file berisi pen, jadual sepanjang kursus, lirik lagu JPAM dan beberapa kertas A4 untuk tulis pape note. Hah, kalau aku tak silap kumpulan yang datang sebelum kiteorang tuu bukan dari Sentul sebab aku baru teringat minah Yvonne nie ada kat belakang aku time nak daftar sebab kumpulan Sentul datang selepas kiteorang sampai. Hehehe. So kumpulan yang dah datang tu dari Putrajaya or dari Dang Wangi or dua2 tuu. Sorilah ye sebab aku pun lupa nak tanya time dieorang datang tuu. Hehhehe.

Siap je daftar semua kiteorang diberi dorm untuk mandi semua and makan kat kawasan padang belah atas. Korang jangan ingat boleh relax macam tuu je tau. Lepas makan je terus start dengan ucapan dan pape yang patut. Pergh..agak penat lah kan malam tuu. Sampai-sampai terus kena macam tuu. Kawad sampai pukul bape tah. Nasihat semua. Dibagi kumpulan kepada 10 kumpulan. Aku time nie masuk group 2 yang tak boleh blah nyer, aku dengan Aiman masuk group yang sama. hahaha. Budak-budak nie smue tak puas hati. hehehe.

Bile dah sampai pukul 1 lebih macm tuu, semua dibagi fasilitator masing-masing sebab nak bawak jalan malam. Program nie lak dinamakan Simulasi. Time nie macam-macam lah. Kena dendalah, itulah inilah. aishh..sabo jela.Huhuhu.. Balik semula ke tempat berkumpul kena beratur dulu sebelum tido. Balik-balik pun dah pukul 4 lebih. Mana nak tido. Tak sempat weyh sebab dieorang dah bagi tugasan untuk buat logo semua untuk bendera kumpulan. Tapi bahagi tugas supaya tak semua yang kena buat (time nie ada part yang tak bestnyer. tapi aku taknak citer k).

Pukul 5.30 semua kena ciap untuk jemaah solat Subuh. Tapi memang malang sikit sebab kunci lokar aku hilang time jalan malam tuu. So ada beberapa barang aku kena pinjam dengan kawan aku. Ermm.. Tak pe lah..terpaksa kan. huhu

Tapi bagi aku serius best dowh kem nie. Cuma ada yang aku rasa kena belajar lagi banyak sikit. Sebab kebanyakannya terpaksa skip sebab nak kejar masa. Aku rasa bersemangat nak join aktiviti JPAM nie untuk masa depan. Insyallah. Korang boleh skodeng kat >>Tengok nie untuk maklumat tambah mengenai aktiviti kiteorang...Aku nak bebel banyak pun serius penat dowh. hehehe..

Kalau korang nak jadi macam aku, call mana-mana cawangan JPAM yang berhampiran dan daftar untuk siri 3 pula. Tak rugi kalau korang dapatkan ilmu lebih. Tapi jangan join kalau niat korang lain dengan yang sepatutnya.

Bila Tuan Khamarul tanya ramai-ramai kenapa nak join JPAM, aku angkat tangan untuk mengiyakan kedua-dua jawapan pilihan beliau. Ini sebab aku nak tolong orang lain dan aku juga nak berbakti kepada negara. Aku tak main-main. Itu memang citer-citer aku start kecik-kecik.

Yela, dulu nak jadi atlet tak menjadi. Nak jadi orang terpintar pun jangan harap lah kan. Macam-macam lah. Bukan untuk jadi femes, jauh sekali. Tapi ini semua sebab aku nak berbakti kepada negara. Aku nak jadi seseorang yang meninggalkan sesuatu kepada orang lain. Aku nak Malaysia berbangga dengan adanya aku sebagai rakyat Malaysia. Itulah sebab utama aku join JPAM. Lagipun bile aku join JPAM nie, at least dapat gak ia bantu aku lebih fokus dan berkeyakinan dengan bidang aku belajar nie. Insyallah.

Ada banyak lagi yang best untuk aku cerita tapi lagi best kalau korang join sendiri. Rasai lebih baik dari mendengar saja. Tiada paksaan bergantung pada niat dihati sendiri k. Papehal enjoy je beb. Hah sebelum tu, yang paling best bile Koperal Yazid puji kiteorang punyer kawad time penyampaian sijil/kawad penutupan tuu paling baik die penah tengok.Ehehehe.. Best kott. Terasa dihargai. Sekarang pun aku rindu dah dengan dieorang semua... =)

Kat bawah nie aturcara kursus tuu. Kredit untuk Consist College k..huhu

KEM ASAS SIRI 2/ 2011, PisPA CONSIST

6JUN 2011- Kem asas siri 1/2011 dengan kekuatan anggota seramai 46 orang telah berjaya melalu ujian untuk menjadi staff sukarelawan di Jabatan Pertahan Awan Malaysia. Peryertaan yang mengalakkan dari semua pelajar menunjukkan respon yang baik untuk meneruskan lagi legasi keselamatan dari semua aspek selaku sebagai pelajar kolej keselamatan dan kesihatan.
Kem yang bermula dari 4-6 JUN menunjukkan bahawa semua anggota yang terlibat untuk asas adalah bersedia dari segi mental dan fizikal.Perkara paling utama yang cuba ditanamkan adalah semangat kerjasama didalam satu pasukkan untuk meneruskan sesuatu misi menyelamat.

Bermula pada hari pertama:
1500- semua anggota berkumpul di consist kolej sebelum bergerak ke kem teratak Naly's
1830- selamat sampai di kem dan pendaftaran bermula
1900- makan beradap dan solat magbrib
2100- mendengar taklimat kem dari kem komander , Tuan Kamarul
2300- pengenalan mengenai lagu Jabatan dan panggilan pangkat
0100- simulasi ( jalan lasak )
0530- simulasi berakhir

hari kedua :
0630- berkumpul dipadang kuda dan senaman
0730- sarapan pagi
0800- latihan kawad kaki
1000- latihan bermodul bermula ( melawan kebakaran)
1300- rehat dan makan tengah hari
1400- latihan sambung ( pertolongan cemas)
1600- latihan bersambung (menyelamat)
1900- makan beradap dan bersiap untuk persembahan kumpulan
2000- acara bermula "persembahan kumpulan"
0000- persembahan tamat dan diteruskan dengan majlis kareoke
0100- menangkap gambar untuk kad perlantikan
0300- tidur

hari ketiga :
0630 berkumpul di padang kuda
0700- terima arahan dari koperal suriani dan sarapan pagi
0800-latihan ringkas kawad kaki dan raptai penutup
1100- majlis raptai berakhir
1110- majlis penutupan bermula
1130- penyerahan sijil penyertaan oleh Tuan Zainal
1000- majlis bergambar
1300- makan beradap dan bersiap untuk balik
1400- balik ke consist



Sepanjang kursus nie aku dapat gak berkenalah dengan lebih rapat dengan Kak Shila dan Ain. Dieorang nie budak-budak Consist gak cuma aku tak delah rapat sangat cuma selalu komen kat FB jek. Hehehe. So bila dah kenal even kejap aku dapat rasa dieorang nie memang best kott.. Huhu... =)

Okay lah..tuu je kott nak citer...hehehe...Daaaa

*bestgilerJPAM.Ualldabestlah.
*Sorrytakdepicturesebabakutakbawakkamera.Hppungunahpcabukkjekan..ahhaa

Monday, May 30, 2011

Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya Bersama JPAM

Assalamualaikum,

Maap ler sebab lambat update entry nie. Agak terbatas sebab penat + busy jalan-jalan. hahha. Untuk pengetahuan korang yang sedia tahu yang hujung minggu lepas telah berlangsungnya Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya (yang aku rasa berlandaskan politik semata..huhu).

Tunggu ler kami semua di CONSIST College pada pukul 11 tapi tup tup pergi pun dekat pukul 12 lebih. Pe ar...Penat tau tunggu lama-lama. Kiteorang semua pergi di bawah JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) ye. Sebab pe bawah JPAM? Sebab kiteorang punyer suke ler. Kami spesel yo. Hahhaa...

Entry ini sememangnyer wajib banyak gambar tapi malangnyer aku nie begitu malas nak bubuh banyak-banyak. Biar sape yang tak g tu rasa rugi teramat. Hahhahaa (giler kejam!!hahaha). Tapi aku cakap serius nie. Memang best sebab banyak giler event and booth tau. Tak terkata beb. Sampai Super Junior pun ada. Hahhaa. Memang giler kentang punyer kerajaan la.hahaha

Gambar kat atas nie time kiteorang tunggu bas JPAM semua. Sabar ye nyah...huhu.. Aku saja bubuh bunga tu sebagai tanda salah antara ahli GBS kami ye. hahaha. Kenapa GBS?? Sebab bukan naik bas JPAM or bas kolej tapi naik bas sekolah. Giler kentang kan kan kan. Lagi 1 bas lak, bas MAHSA kolej. tak boleh blahh....yang naik bas tu budak-budak laki lak tuu..hahahhaa


Banyak gambar yang serius kena upload tapi aku tak upload kat sini sebab banyak giler kott... upload kat Facebook sudeh..huhu. Boleh tak aku nak cakap yang memang best ler pergi sana.

Yang nie antara gambar yang aku rasa takk boleh blahhh...Bile tengok je rasa nak ketawa. Hahaha. Gambar mimi dan fieza kat baju ala-ala angkasawan..hahhahaha... Serius cute dowh... Gambar Aiman pun sama macam budak-budak jumpa mainan. Macam tu la..Hahhahahaha.. *gelaksambilguling-guling. Tapi ada 1 benda yang buat aku excited ari tuuu...

Hah, mesti korang nak tahu kan. Aku memang datang nak jumpa retiss okay.. Tapi laki la. Perempuan aku tak kisah sangat pun.Hahhahaa. Ajak amik gambar pun tak mahu (punyer jual mahal). Yang first sebab masa balik tuu sempat gak lambai-lambai gedik dengan Peserta Imam Muda!!! Imam Muda tu!!Hhahahaa*maapaimanteroverexcitedlak..hahahaaa*. Okay-okay, cool balik. Then sebelum balik tuu, kiteorang nampak Jehan Miskin wooo... Walaupun die jauh kat sana tapi excited tuu. Time tu die tengah duk kat atas platform kat Menara Sasuke. Best. Terus aku zoom in tuuu..hahahaa..

Nampak tak Jehan Miskin tuu. Baju putih tuu..hehee


*sapeyangtakpergiharusnangisguli-gulingye..ahahhaa