Thursday, July 19, 2012

Sebelum Puasa Mari.....

Assalamualaikum dan Hi,


Alhamdulillah ke hadrat Ilahi sehingga saat ini aku masih dapat bernafas dengan sempurnanya. Aku tersangat bersyukur ye. 


Bebanyak alhamdulillah. Dua tiga hari ini aku memang tak berkesempatan untuk mengemaskini blog buruk aku ni sebab kerja yang tetiba berlambak macam jualan hebat sale dekat Sogo hari tu. Eh, apa kaitan? kekekeke


IMG_6160


Alhamdulillah juga semalam berlangsungnya satu majlis yang besar bagi kami sebagai penganjur. Yes, aku juga salah seorang committee. Semuanya okay cuma ada beberapa perkara sahaja yang aku nak cakap iaitu pasal diri aku.


Sebelum pose nak emo sikit ler. Jangan pulak korang cakap bebukan tau tau. Setakat ini aku masih lagi bekerja sebagai trainee. Macam latihan lagilah. Lepas raya ni kontrak aku akan habis.


Apa yang aku rasa? Lebih setahun aku dekat sini. Aku sangat happy dan suka dengan environment. Tak pening sangat. Kekadang jela. Stress pun kurang. 


Tapi.... ermmm...bukan tak bersyukur cuma kekadang aku ni banyak buat kerja di sebalik tabir. Sampai orang yang sememangnya agak berperangaruh dengan kerja aku pun macam pandang tak pandang je dekat aku. I dunno. Itu apa yang aku rasa. 


Tadi pergi tengok gambar-gambar semalam. Gambar event. Well, tak ada sekeping pun gambar aku. Mana taknya? Pape hal, aku kena pergi setel. Keje yang aku dapat pun kebanyakannya adalah keja disebalik tabir. Yang kena setel dengan kehadiran aku jugak.


Aku bukan nak mengungkit tapi aku cuma nak cakap. Aku TERASA. paham tak. Dan sebenarnya agak jeles tengok trainee lagi sorang. Beza aku dengan dia, dia department lain dan dia baru je masuk dalam 2 bulan ni. Aku pulak dah tinggal tak sampai 2 bulan lagiii. 


Dia memang peramah tapi ada certain part dia buat aku geram juga. Tapi aku sendiri selalu buat salah. Pesal pe aku nak marah dia pulak kan?


Kalau mereka lebih suka orang macam dia, tak apa. Aku pun tengah pikir apa yang aku nak buat sementara ni kan. Lepas ni aku masih berfikir nak stay or apa. 


Fyi, aku bukan minta dieorang amik pic aku bebanyak dan letak dalam laman web company punn. Aku cuma minta dihargai. Tu saja. Aku tak mungkin jadi dia dan dia tak mungkin ganti aku. Itu sudah pasti.


Please appreciate me and never take advantage on me! I will never let it happen!


Itu je nak ngomel. Sorry sebab membebel panjang. Anyway, aku sangat happy dengan keja aku semalam. Alhamdulillah sebab apa yang ditugaskan untuk aku, telah aku laksanakan dengan jayanya *aku rasalah. Tambahan pulak, aku pun duk tolong apa yang bukan tugas aku. So ianya juga dengan jayanya. yay yay


Lepas ni nak buat entri bulan ramadhan pulak.. papai






3 comments:

Kesuma Angsana said...

sempat juga tu! hehe

Leeza dayasari [santai leeza] said...

cute header!!!!
salam ramadhan..

Cik Jajika said...

kak kesuma, hehehe..lepaskan stress kejap...kekeke


leeza, cute ke? biasa je....malu pulak..hehehe