Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum dan Hi,


Hari ini my Rest Day (RD) dan ada banyak benda yang aku nak settlekan hari ini. First thing adalah untuk pergi kenduri my ex-supervisor. Ye... bukan my ex-bf tapi ex-supervisor... Jangan salah paham pulak ye..hehe


Hadiah sudah pack cantek. Siap untuk dibawa. Sekarang tinggal menanti transport sahaja sebab ianya terletak di Shah Alam so aku memang memerlukan transport ye..  ^_^


Then, aku juga telah berjaya membuka web page e-pendahuluan MARA yang telah aku usaha untuk membukanya hampir 2 bulan. Akhirnya berjaya!! Yay... Sila lompat sambil guling-guling...


So sudah settle lagi satu masalah. Tinggal nak pos ke my mom dan bagi beliau cop dan buat pape yang patut nanti.


Another things kat sini, aku dapat invitation by Nuffnang untuk ke Samsung Galaxy Note II dekat Mid Valley petang karang. Unfortunately it is a single invite only. Kalau ikutkan hati memang teman nak pi pun sebab dah lama tak pergi event Nuffnang kan? But itulah. Kalau sempat dan kalau dapat akan teman usahakanlah untuk panjangkan langkah kesana jua. Insyallah...


So, long time no see aku berblog dengan riang kan? Then, you guys should miss me more barulah aku rancak berblog... Yay!!! ^_^

Wednesday, July 4, 2012

Saya Mahu Tiket Nuffnang Blogopolis 2012 dari Eyriqazz.com

Assalamualaikum dan Hi!!!




Maap maap. Terletak tanda seru pulak ye. Patut greet orang sopan sopan macam selalu tu. Kunun boleh cover diri jadi gadis melayu terakhir lettew...kihkih


Well, korang kena paham. Aku super duper excited bila tengok Abang Eyriqazz nak bagi tiket free pergi Nuffnang Blogopolis 2012 weyhh...weyhhh....betul la. Apesal korang relaks je ni. Aku tak tipu lah. Kalau tak percaya boleh tengok dekat sini. *gosok-gosok mata banyak kali sebab tak percaya


Wahh...rezeki dong..rezeki... Nak rezeki itu jadi milik aku? Senang je. Incik Abang Eyriqazz boleh tanda kertas jawapan saya kat bawah ni pesal pe abang boleh beramal dengan memberi tiket itu buat saya...kihkih


1. Saya tahu saya boleh beli sendiri kalau saya rasa event ini penting tapi kan Abang nak bagi free kan kan kan? Apa kata bagi kat saya? Boleh kan kan kan? *senyum macam kera sumbang


2. I'm not a new member of blogger cuma sejak dua tiga empat menjak ni baru  merangkak nak aktif berblog. So masih ada banyak benda yang kurang tahu dan kurang paham. Oleh itu, kalau Abang bagi saya tiket tu, saya terus dengan super automatiknya akan jadikan Abang sifu saya. Suka tak? Suka tak? saya tau Abang suka kan kan kan? Malu-malu pulak... *kenyit-kenyit mata


3. Saya tak rasa saya ini boleh jadi pilihan Abang pun nak menang tiket tu dan saya percaya ada ramai lagi yang layak. Ini jujur dari hati saya lah nak luahkan. Tapi kalau Abang rasa tetiba terbuka hati nurani nak pilih saya, jangan pula ayat saya kat atas ini membuatkan Abang beralih arah tau. Terus lupakan apa yang saya dah cakap awal-awal tu dan berikan tiket itu dekat saya dengan kondifen confident tau. hahaha


4. Ala...kalau nak bagi tuu..bagi jela kat saya. Buat penat Abang je kan nak kena pilih orang. Sesusah je kan kan kan. Meh saya kasi tolong bagi senang. *buat muka seposen dan terus ambik tiket tanpa rasa bersalah


5. Okey..okey..fine! Saya tau sebab saya kat atas tu semua tak kukuh kan. Saya ada 1 lagi sebab yang Abang kena pertimbangkan dan perlu beri tiket tu kat saya. Nak tahu? hihi... Abang Eyriqazz, nama penuh saya JazzEYQA. Pasan tak? Pasan tak? Ala...tak kan tak pasan. Nama kita ni ada persamaan. Oleh demikan bak kata Mak Jemah kelmarin, kita confirm ada suratan dan bukan kebetulan. Percayalahhh..... Saya nak tiket...kihkihkih *muka macam ahli sihir memuja


Jeng jeng jeng.. penat den pikiaq sebab tu semua. Korang yang baca jangan cilok idea gua. Kang Abang Eyriqazz curangs pulak dan pilih korang. Nahas korang aku baling dengan rumput layu Mak Jemah kat blog korang. kihkihkih


Anyway, tak kisahlah dapat ke tak. Berusaha sudah. So kita tawakal sahaja. Andai kata jodoh aku dengan Abang Eyriqazz panjang, dapatlah aku tiket tu. Kalau tak.... tak pe..tak pe..aku paham. *berlalu dengan linangan air mata


Ok, papai!







nota kaki: berdoa bebanyak...hehe

Tuesday, July 3, 2012

Review Movie : The Amazing Spider-Man

Assalamualaikum dan Hi,




Kali ini malas ler nak tulis review dalam omputih. Ponat nak pikiaq. Hihi. Den nok tolis dalam bahasa yang Mak Jemah dengan Pak Atan paham. Kang kalau tak paham tak pasal-pasal den keno sekeh sembilan kali dua kali. Aish.. Ampun Mak Jemah..Pak Atan... Gurau jek..kehkehkeh *buat mata bolat kunun comels




Pape pun trimas bebanyak kepada incik Nuffnang yang ensem dan pemurah duk sponsor aku pergi sana lah..sini lah...tengok movie la... Nak goda nyahhh lettew.. Amboi, gatal ea. Kau ingat kau sorang je dia sponsor? haha


Berbalik pada incik Spiderman yang ensem ni, aku rasa lagi hebat dan best daripada yang sebelum ini. Opss...sebelum tu nak bahaq mai ye. Aku nak mengaku sebelum ini aku bukanlah peminat citer Spiderman sebab aku tak minat sangat dengan pelakon dia which Tobey Maguire dengan Kristen Dust. So aku sangat mengalukan hero dengan heroin yang baru ini. Andrew McGarfield  dengan Emma Stone. 




Bagi pendapat aku, jalan cerita kali ini tampak berbeza namun masih ada persamaan dengan cerita yang sebelum ini. Contohnya, watak kedua ibu bapa Peter Parker muncul dan kali ini punca labah-labah tu berkuasa tahap kuda diketahui lebih lanjut berbanding cerita sebelum ni. 


Cerita sebelum ni macam tak logik sikit. Tetiba wujud je labah-labah hebat macam tu kan. Kali ini watak dan kewujudan labah-labah ni dapat diketahui asal usulnya yang telah dicipta oleh ayah Peter sendiri iaitu Richards Parker. 




Bagi aku semua okey dengan watak si Peter ni lebih comels dan cute bersama. Nampaklah ada keserasian di situ. Selain itu, kita dapat lihat buat kali pertamanya kebijaksanaan Peter ni menyerlah. Dah lah pandai dalam diam sebab teror menginovasi barang. Mungkin sebab baka parents yang bijak pandai kot..hihi... Yang tak okey taau kureng sikit sebab kalau dulu jaring labah-labah automatik keluar dari tangan Peter kan? Yang ni tak. Nak tahu keluar dari mana? jeng jeng jeng...pi lah tengok sendiri...hihi




Kalau korang nak tengok cerita ni, amatlah aku cadangkan pi tengok ye. Paling best tengok 3D laa... Aku tengok cerita ni pun sampai terkezzuutt kezzuuttt bila Lizard jadian muncul. Lagilah kalau tengok 3D.. Mau terlompat aku atas kerusi..hihi


Walaupun sakit tengok dengan pinggang sebab duduk seat baris ke-3 dari depan sampai bila aku citer kat Mak Jemah pun dia tak percaya tau. Baris C tau.. Kemain dulu nak elak. Tapi dah incik Nuffnang bagi free. Kalau tak amik kang majuk lak die..hihi...


Rating : 4/5
Tempat : TGV, Sunway Pyramids







nota kaki : tunggu citer Ice Age pulak..mesti best kan kan..hihi

Tayangan Perdana The Amazing Spider-Man

Assalamualaikum dan Hi,




Minggu ini agak sibuk so masa nak mengupdate blog agak kurang. maap maap. hihi. Semalam pergi tengok pratonton citer Spiderman yang aku duk habaq minggu lepas. Eh, la...tak ingat. Yang entri Invitation of Nuffnang Premier Screening of The Amazing Spider-Man tuu la... 




Perghh...aku nak bagitau yang memang best lah... Siapa lagi yang pergi semalam. Tayangan perdana di TGV Sunway Pyramid. Memang ramai. Aku pun duk dekat seat baris C kott...sakit pingggang dan leher. Naik teleng kepala Nyahhh..hihi *geleng kepala kunun comels


Five Film Facts the amazing Spider man


Nak aku review tak movie nie? Belum kuar lagi kat panggung wayang. jeng jeng jeng... Nanti kalau aku ada masa sikit, aku buat review k... Daa.... *cepat cepat kuarkan tangan dan jaring sambil melekat dekat dinding ala Spider-man







Nota kaki : citer spider-man paling best!

Wednesday, June 27, 2012

Invitation of Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man

Assalamualaikum and Hi,




Long time no see I guess right? I know. Nowadays my mind keep full with something that make I felt butterfly inside my stomach which I can't tell you what it is..hihi.. Secret meyh...ssyyyhhhhh...


Anyway, today a good good news greet me and it make me smile all day long. Thanks a lot to Nuffnang Xie Xie...ehehe... who give me this opportunity to attend the Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man. Yeah Yeah... *jumping all around thinking myself so cute doing it


Before this, I have wrote an entry that bring me this good news. Ala...that entry la... Can't remember? Aigooo.. I wrote an entry about my superpower laa... Like I told you, I want to be a superpower by SCORPION!!! hihi.. Awesome right? what..no?? ermmm


Tadaaaa....




This email arrived this morning until I feel, the superpower that I created will be my own. Cewahh... Please stop day-dreaming Jazz. Hahaha


So, anyone else who will join us next week hopefully we will beat each other to know who is the best! Hahahahaa *slapping my face again and again and again LOL








foot note : searching my costume for my real identity-scorpion..hihi

Tuesday, June 19, 2012

Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man

Assalamualaikum and Hi,




"Phewiiitttt.... This is my fave time to rocks the world!! Yeah...!!!" 


Okay, please keep silent Jazz! You are disturbing me to winning this crazy superb and fabulous tournament. Don't you know that lil Parker always make my place so mess with his web spun all around! 


Wow, okay Jazz.. Please back to the reality and stop dreaming about 'Lil Parker' again and again and again and again and so many againnnnn....... fuhh... *sweating a lot to write this!




Thanks for Nuffnang for this opportunity on Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man! The screening is such awesome things ever that I never keep tired with. So, please do read my poor english with disaster vocabulary as I am sooo super excited to get the tickets and hopefully I could win any prizes...kehkehkeh *face palm


Mr Nuffnang said to me when we are dated together at Australia *dreaming again with floppy face of mine that I need to write something about If you were given a chance, what animal/living being superpowers would you want to get?' 


I really love to answer this type of question as I'm pretty good enough to keep on day-dreaming -.-*


Okay...okay...relax Jazz.. *think so hard 


If I get chance to be superpowers, I wanna be a SCORPION! Yes. I know what you are thinking but hear me first!





I'm so scared with scorpion and I admit that early I wanna be a snake but when I think about it carefully it's better a scorpion as snake ermm...quite yucks...haha *running away with 23132 km/h


Scorpion is such a powerful animal with its sting so dangerous. I want to bring that image when I'm facing Parker. Haha. I'm might be small but with the black color I'm also so hot to handle. kehkehkeh


Of course it will beat the Hot n Spicy Chicken at KFC either Mc Donald *slapping my face again and again


"Once you hurt me, there's no way you will see the world again!" *take a mood with my powerful motto..haha














foot note : please give me a chance to win this..... hehe

Awana International Bird Race (Part 2)

Assalamualaikum dan Hi,


"Burung apa?" "Burung Murai" "Burung apa?"..... *sunyi tanpa bunyi "Ini burung lagi tak ada suara".. Cewah..sesuka hati je nak perli-perli orang kan.


Sorry korang. Jazz bukan marah koranglah. Jangan salah paham dekat Jazz yang baik hati, cute dan paling penting ohsem *hidung kembang kempis 398 k/m sejam


Kali ini Jazz nak sambung story mory bagi event yang telah berlangsung pada hujung minggu yang lepas. Well, bagi sesiapa yang tak baca lagi entri Awana International Bird Race (Part 1) diwajibkan membaca dahulu sebab Jazz tak mau korang blur blur buat muka cute korang sepanjang Jazz membebel sensorang kat entri ni. Baca tau tau...hihi




Tengok tu... Malunya..muka berminyak-minyak lepas sepam dua puloh lapan kali berlari keriangan bagai anak kecik tak hengat dunia. Ini perjalanan kiteorang ke Awana Hotel ye. Seyes. Tak tipu punyer...




Ce tengok tuu... Ada tempat untuk Team Building lah korang. Sesiapa yang rasa nak membina jati diri menjadi anak bangsa yang berwibawa haruslah datang dan menjalani latihan korang kat sini. Lai..lai... *sambil baling pamphlet 




Wah..nebes nyer Jazz bila tengok dah nak sampai. Selepas mengharungi sekumpulan anjing belaan yang mengganas walaupun cute di sebalik kecomelan mereka itu. Oh, sila lari lelaju dan jangan sesekali menoleh. Rupa sahaja tidak menggambarkan perilaku mereka yang membolehkan mereka di buang dari Sekolah Anjing-Anjing Awana. Cewahh... wujud pulak..hihi *baling batu 8767 kali




Apakah ini? Inilah jejaka idaman Malaya yang datang menyelamatkan kami dari gangguan anjing-anjing comels + garang tuuu... Maap dan sila nyorok belakang bantal sebab terlalu over berangan. hihi


Ala, tak kan korang tak kenal? Inilah kenderaan yang selalu kalau main golf, kita akan naik untuk ke setiap pit. Bukan bukan. Jazz tak main golf pun lah time ni. Kenderaan ini digunakan untuk menjemput kami yang ohsem pemalas nak jalan ke Awana Hotel. Kelass kau Jahh...ada yang jemput dan hantar.. -.-*




Nombor bilik Jazz. Siapa mau ikut? Jom-jom. Jazz stay sensorang je dalam bilik yang havoc tu. Apa? Korang cakap Jazz citer je lebih? Iskh... tolonglah percaya.... 




Tengoklah bilik ni. Besar dan cukup untuk 4 orang ye tapi Jazz stay sensorang. Adakah anda sedar apabila kita duduk sensorang, sebarang bunyi merupakan bunyi hantu. Yela... takotnyer....hehe




Okey kan tempat ni? Best..hihi.. Nape? Tak percaya lagi ker? Nak gambar lagi jelas?? Boleh-boleh. Kalau Jazz tunjuk, korang kena belanja Jazz cekelat Daim sebungkus dua ye. Nak pek besar punyer..hehe




Jeng jeng jeng.... Jazz yang comel huduh ni tak tipu. Tetiba feeling macam tengah honeymood la pulak. Apa ke hal?? Gatal.. kehkehkeh




Jom posing sedetik dua depan cermin sebelum pergi dinner. Yang paling ohsem bila dapat pakai baju Resort World Genting bila anda berada di Awana Hotel. Okey, tak ada masalah sebab baju itu dapat masa event Genting's Charity Movie Screening hari tu.. Wah...feeling habis... *muka kepuasan sambil ketawa mengilai




Sorry sesangat dari hati Jazz yang cute miut ni sebab gambar tak jelas. Dinner di Restoran Rajawali dan korang ce teka apa yang paling best? Ala..teka lah... Tettt..masa dah tamat.. hihi...




Hidangan Buffet tau takk?? Sila jeles lagi sekali. Mata ni macam nak berpinar pilih makanan. Semua harus di rasa tau. Rugi kalau diet. Hah, itulah awek yang diheret naik atas Awana ni oleh Yuyu si cumil tuu.. hihi




Mushroom soup, Ayam, Daging Kambing dan Coleslaw. Okey, sila beri perhatian bahawa hidangan ini paling marvelous tau tak. Sedap sesangat sampai perut meronta nak lagi lagi dan lagi. Nasib baik pergi dengan kaum hawa so wajiblah control nafsu makan yang mengganas bagai nak rak tu. kihkih




Cantik sangat tempat ni. Setaraf 5 star hotel Mak Jemah belakang flat Jazz *sengal je. Rasa bersyukur sesangat sebab dapat lepaks dan habiskan masa Jazz yang cuma berharga 50 posen tuu dekat tempat dan event yang gempaks macam ni.


Next time Jazz akan cuba lagi lagi lagi sampai incik Nuffnang kenal giler dengan Jazz sebab Jazz nak pergi join jadi geng main congkak dieorang. Opss... -.-'


Well, thanks buat semua penaja yang hebat dan ohsem! Incik Nuffnang, Awana Genting, Tourism Pahang dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Wahhh..ayat macam bagi speech la pula *buat muka comel. 







nota kaki : next target nak join si ganas spider!!!wahhh....

Perubahan Oleh Nuffnang

Assalamualaikum dan Hi,


"Kabare?", "Waras"... Ceh, saja je Jazz nak speaking omputih jawa sikit..ceh.... Bukan nak menunjuk. Jazz pun tak pandailah ngomong Jawa kalau slang sesikit ala-ala manja comels bolehlah. kehkehkeh


Semalam ingatkan Jazz punya lappy tenonet tu yang rosak, rupanya memang betullah. Incik Nuffnang sudah mula berubah hati! Takkk..bukan bukan. Sila betulkan sangkaan buruk korang. Incik ensem tu cuma berubah menjadi lagi ensem lorr.... Tak percaya?? Ce tengok rupa incik Nuffnang yang telah menjadi lagi ensem...



Sorrylah korang semua sebab Jazz tak adalah simpan gambar incik Nuffnang sebelum ni. Dulu kiteorang memang dah janji tak nak simpan gambar masing-masing sebab takut kecewa... cewahhh... *tampar muka lelaju


Kali ini incik Nuffnang hantar burung merpati putih yang cute nak inform Jazz bahawa dia tak rela lagi nak tunjukkan berapa kali dia sayang Jazz.. haha. So, incik ini cuma tunjukkan jumlah unik kasih sayang dia je. Paham tak korang? kehkehkeh


Selain itu, ada juga beberapa bahagian yang incik Nuffnang sudah bagi kilat sama itu pencuci seba boleh Boom *ada ke pencuci jenama ni? kehkehkeh




Anyway, incik Nuffnang kini bertambah ensem kuasa 978787623x la.. Seyes ni. *blinking mata gaya comels







Monday, June 18, 2012

Awana International Bird Race 2012 (Part 1)

Assalamualaikum dan Hi,


Nak tulis entri best macam ni kena ambil mood tau. Sambil nyenyanyi *kununcomellasebutmacamtu manja, kuatkan radio, kuatkan radio anda...la la la... Okey-okey, nyanyi sampai lupa nak tulis apa..kehkehkeh


Kali ni aku nak jadi comels kejap boleh tak? Bolehlah...ye ye ye *kelipmatalelaju. Haha.  Seyes tak comels la Cik Jajika oi... Tak apalah. Bagi comel kejap pun jadilah...


Hari Jumaat lepas Jaji *namapanggilanakuyangcomels buat senaman jari dengan taip lelaju dekat incik Nuffnang untuk join event dieorang kat Awana Genting Highlands. Ye, first time ever Jaji rasakan inilah masa yang sesuai sebab event tersebut berlangsung pada hari Sabtu and Ahad. Dapatlah tinggalkan dua tiga keping peta buatan air liur berharga Jaji kan..hehe


Sesampai je dekat Wisma Genting, ada bas yang menanti. Naik bas jumpa blogger cute yang seyes comels tau tak? Jaji rasa nak cubit-cubit pipi dia *matakeliplelajusambilsenyumkecomelan. hehe.. Siapa dia? Tunggulah...nanti korang pun macam tak caye je Jaji dapat jumpa blogger hot and spicy ni..hehe..nyum nyum *kunyahgulagetah




Apa korang tau pasal Awana International Bird Race 2012? Jaji tau mesti ramai yang tak pernah dengar kan? Ini adalah buat julung kalinya dilangsungkan di Awana Genting Highlands oleh Tourism Pahang bersempena Pahang International Bird Race Circuit 2012. Sebelum ini hanya berlangsung di Fraser Hills sahaja. So, bila rasa macam hebatnya dapat join... *tepuktangansensoranglelaju


Bird Race? Biar betik. Yela korang ni. Jangan lurus sangat. Bukan suh burung tu lumba jalan kaki tengah awan la. Race yang dimaksudkan adalah pertandingan mengenalpasti jenis burung. Listkan dalam buku dan dapatkan cop. Jaji pun join je bebudak sekolah yang ada. 


Wakil Blogger ada 3 orang termasuk Jaji. So bila dapat join sama malah layanan dari staff Awana dan semua secretariat pun ala VIP, memang best tau tau tau. hehe. Jeles tak?? Sila jeles okey.. =P




Kiteorang datang dan terus di sambut oleh staff Awana Genting. Lepas di terangkan sepatah tiga lapan puloh kata dan agak-agak paham-paham lupa terus angguk kepala lelaju. hehe. 


Kami bukan Media ye. Kami Blogger. Seyes penat sebab kena bagi ucapan.. ucapan?? Poyo je Jaji nak bagi ucapan kan? Cakap depan-depan pun menggigil lutut.. -.- . Ramai duk interbiu kiteorang. Apa itu Blogger? Sama macam Media ker? Tapi kenapa layanan berbeza? Macam mana, dimana, berapa, siapa....wahhh... seyes otak ting tong nak jawab semua soalan tu... *mataberpinar-pinarnakpitam


Okey, skip...next..... *mukawatslumberbiarkanperenggantergantung




Ketibaan Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Wakil Kedutaan dan mereka-mereka yang terlibat. Ramai sangat sampai Jaji pun blur-blur..kehkehkeh




Majlis perasmian dimulakan dengan Tarian Sewang dari SK Sg. Dua. Semua bebudak kecik yang cute je nyanyi dan joget macam tu. Kalau Jaji yang atas pentas tu mesti semua lari kan?... *sambiljoget-joget.




Ini kira macam Flag Off atau boleh je panggil kalau korang nak, Pelepasan Para Peserta. Wah.. bunyi macam best kan? Memey la...


Time ni ada pula photographer majalah mana tah, siap suh kiteorang posing tau. Konon-konon bajet cun je walhal muka semua blur-blur..




Press conference dengan media semua. Apa-apa soklan boleh diajukan time ni. Cuma korang janganlah tanya soklan bila burung tu nak membiak or boleh bawak balik burung ke tak pula. Nanti Jaji bagi sekeh pale sedas dua kang. 



Ini antara media yang hadir. Ada NST, Libur, Santai dan banyak lagi la.. Jaji pula wakil dari Nuffnang tau. Jangan korang tanya lagi. Lotih nak menjawab soklan yang ke dua ratus lapan puloh tiga. hehe




Kini, masa yang ditunggu telah pun tiba. Perut comels ku meminta dilayani. Wah, kau perut. Patut makin kelangit sekarang...


Makanan dia, okey la. Boleh tahan. Ingatkan makan dekat Medan Ikan Bakar *namamainhentamje tuu.. Rupanya tidak.. Kecewa sikitla cik perut ni tapi terhibur dengan menu yang disediakan. Cuma style meja agak kureng sikit. Jaji tau dieorang nak buat ala Inggeris. Ada meja saja tanpa kerusi. So semua makan berdiri. Apa feel? Ye dakk?? Kami bertiga apa lagi, dengan muka slumber derknya terus duk dekat rumput ala piknik! Seyes feeling Kuch Kuch Hota Hai.. Haha




Ada booth juga lah...best best best *lompatkeriangan. Ada jualan binocular teropong mak Jemah , buku tentang burung, frame dan banyak lagi. Yang penting semua hasil jualan akan pergi ke badan kebajikan terpilih. Baguslah tu. Dapat manfaat berguna juga kan.


Nampak awek cute dalam tu tak? Boleh teka siapa Blogger tue?? Tau? Tak tau? jeng jeng jeng *matakelipkelip




Korang semua, sila beri perhatian.. Jaji tetiba ada dekat rumah panjang la. La..bukan dekat Sarawak tu. Bila pulak Jaji terbang ke sana? Ce tengok bebetul. Ini rumah panjang di Awana Genting. Tak ada apa yang spesel cuma rumah ini memang ala-ala yang ori. Ada 5 bilik keseluruhan. Yang penting, kalau berborak semua orang boleh dengar. So, dilarang mengumpat! kehkehkeh




Comels gila awek sorang ni. Phewiittt... Nak sign boleh? hehe. Kenal tak siapa ni? Hah, tak kenal? Apa la... Kalau yang kenal tu baguslah. Senang sikit keje Jaji.


Inilah Yuyu Zulaikha. Wah, Jaji dapat spend masa dengan Yuyu si Kupu-kupu kecik la.... Untunglah.. Sambil tengok burung dapat sekali kupu-kupu. Kehkehkeh. Alhamdulillah. Kami berdua sahaja Blogger yang hadir tapi Cik Yuyu ni bawak awek sorang tau. Comels juga. Nanti Jaji tunjuk... =)




Ini antara bebudak yang ada. Mereka diberikan binocular teropong mak Jemah setiap 1 kumpulan. 1 kumpulan mempunyai 3 orang ahli kumpulan dan penerangan diberikan oleh mereka yang bertanggungjawab. Kiteorang bertiga pun berpecah.




"Wei, ada awek la kat sana". "Mana?". "Tu hah, yang berbulu-bulu". "Wah..cunnya". Okey, sila abaikan skrip paling huduh Jaji reka ye. Hehe. Masing-masing duk skodeng burung tau. Tau apa burung tu cakap? "Auw..auw..malunya ada orang usha kitew". Hahaha




This is my team!!! Yeah..yeah.. Dieorang seyes cute dan baik. Tak sombong tau. Yang penting Jaji rasa Jaji dah tua sangatlah!! Nak feeling comels jadi budak skolah boleh? Boleh jela..hehe.


Jaji tak ingatlah nama dieorang dan skolah mana. Tapi yang Jaji ingat ada Dayat, Mira dan Syira kot.. sorry dik, akak dah nyanyuk -_-* ... kalau tak silap dieorang dari skolah Kuala Kubu, Selangor. Mereka fully sponsored by Selangor Tourism untuk event ini.




Eee....cutenyer..... Time jenjalan jumpa ni. Rasa macam nak bawak balik laks...Hehe.. Sian adik-adik Jaji, semua terkezut tau nampak natang ni bersiar-siar makan angin. hehe




Ini my geng dengan bebudak MRSM. Ini checkpoint 1. Terus masuk ke hutan dan tempat ini tersangatlah nyaman dalam dan best tau masuk sini penat giler... Bila nak keluar tu, masyallah! Tangga dia setiap satu tinggi dalam 1 kaki. Pergh...memang best mati !! -_-


Penat gila tau tak.... Jaji sendiri blur nak cari burung tu. Mata dahlah rabun kuasa 239348732. Rama-rama pun macam burung. Daun kering nampak haiwan. Adeh.. Probs betul Jaji ni. Hehe. Tapi adik-adik ni memang teror! Dari jauh dah nampak kaler apa, jenis apa dan bunyi pun dah tau burung apa siot. Awesome! Akak sungguh kagum wahai adik sekalian. Nak pergi beli kuasa lebih bagi mata macam X-Men. hehe


Thanks buat yang baca semua. Entri ini akan bersambung.... 









nota kaki : tidur berdengkur sambil posing muka comels..haha

Friday, June 15, 2012

Jason Mraz's Tour Is A Four Letter Word Concert


Assalamualaikum dan Hi,




Siapa yang tak mengenali penyanyi berkaliber ini? Jason Mraz adalah one of my feve artist tau. Jangan main-main dengan kebolehan dan bakat semulajadi yang ada dalam diri beliau.


Macam aku, dulu memang aku suka lagu dia cuma aku tak tahu tajuk dia. Korang pernah dengar tak lagu yang MV dia nak bank in duit guna tabung pink vavi dia? Haha. Lagu itu aku suka sebab aku tengok dia kelakar dengan patung tu. Kalau tak silap tajuk lagu tu You and I Both kot. tah ler...hehe


Kali ini berita baik buat para peminat beliau ye. paling di tunggu-tunggu. Tour incik Jason Mraz yang dinamakan "Tour Is A Four Letter Word" Concert yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 19 Jun 2012! Weyh...dah nak tiba masanya.


Korang suka tiket free tak?? Kalau aku cakap itu tiket VVIP, korang suka tak? Confirm melompat bagai nak runtuh bangunan 20 tingkat kan? hehe... Cuba korang baca statement di bawah ni untuk korang lebih faham apa yang korang kena buat.


Here’s a Four Letter Word you’ll love.

The man who brought you hit songs like “I’m Yours” and “I Won’t Give Up” is coming to town!


Simply download your favourite Call Me Tones from now till 14th June 2012 and you could win 2 VVIP tickets worth RM345 each to Jason Mraz’s Tour is a Four Letter Word concert in Stadium Merdeka on 19th June.



If the concert is not enough to satiate your thirst for Jason Mraz, purchase your favourite Call Me Tones via Kolony and stand a chance to grab limited edition merchandise autographed by the man himself!




atau tekan sini...!!


Best kan?  So, apa lagi??? Rebutlah peluang yang ada didepan mata ni weyh...!!!






Thursday, June 14, 2012

PTPTN Menyediakan Pendidikan PERCUMA!


Adakah anda sekarang masih belajar atau merancang untuk melanjutkan pengajian? Sekarang anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan perbelanjaan hidup kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa depan serta kejayaan anda terjamin.
Sejak penubuhan PTPTN pada tahun 1997, PTPTN telah berjaya membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan kewangan daripada kerajaan melalui PTPTN, segala masalah kewangan yang anda mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali.
Apa yang anda perlu tahu tentang PTPTN? Antaranya adalah :
Pada tahun 2011 sahaja, PTPTN telah membantu seramai 227, 209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap Menara Gading.
Tahukah anda, jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dengan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Kelas Pertama, anda akan dikecualikan untuk membayar balik pinjaman PTPTN? Ini bererti bahawa segala pembiayaan pendidikan anda adalah PERCUMA!
Apabila anda memohon pinjaman PTPTN, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di IPT. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya.

Untuk makluman semua, pinjaman PTPTN hanya mengenakan kadar upah sebanyak  1% sahaja.
Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah pihak PTPTN hanya mampu kutip 10% sahaja adalah tidak benar.
Kerajaan Malaysia juga memberi subsidi yuran pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran yang dibayar hanyalah 9.2% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh kerajaan!
Pendidikan Percuma yang dikatakan di Finland adalah melalui kadar cukai pendapatan yang tinggi. Mereka terpaksa membayar cukai sehingga 53%.
Sebenarnya Turki tidak menawarkan pendidikan percuma sehingga tahap tertiari. Apa yang ditawarkan secara percuma di Turki hanyalah pendidikan sehingga gred 12. Oleh itu, warga Nuffnang, sila menggunakan peluang yang sedia ada ini untuk memastikan kejayaan anda terjamin. Sila kunjungi laman web rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/ untuk keterangan yang lebih lanjut atau tekan sini

sumber : sini