Thursday, August 16, 2012

Ketupat Bawang Handmade

Assalamualaikum dan Hi,


Eh, korang jangan rasa muak pulak. Yela, kot-kot ada yang follow blog kite bosan pulak tengok kita update entri dalam masa setengah jam sampai 3 entri berderet-deret. Kalah itik pulang petang. hehehe


Tak sabar nak raya kan? Banyak benda aku nak share ni. Baju raya, tudung raya dan paling best nak citer pasal kasut raya... Wahhh.... Hebat kan? Semua benda nak citer @_@


Well, kali ini aku nak citer pasal ketupat raya. Eh, korang tau tak nak buat ketupat bawang? Tak ramai orang zaman sekarang yang pandai buat. Semua tahu pi beli yang dah siap je atau makan nasi impit je kan kan? Tau yang mana satu ketupat bawang tak? Ketupat yang besar sikit tu. Kalau yang kecik tu ketupat sate. Tapi ianya bukan ketupat palas ye. Amboi...semua jenis ketupat aku nak cakap kan?


Ni nak citer, dulu aku penah belajar dengan akak aku cara nak buat ketupat bawang tapi aku tak pandai lalu jadilah ia ketupat sate.


Kali ini aku telah belajar buat. Tengok apa jadi...




Terabur memula...Nak buat banyak... Tengok hasilnya.... jeng jeng jeng....




Taraaaa...hebat kan? Aku berjaya buat semuanya. Sekarang walau terbelit macam mana pun alhamdulillah aku boleh buat. Happy nyahhh... ekkeke..


Mesti korang cakap 'Ala, ketupat mainan je'... Amboi-amboi..tau tak kalau ketupat ini boleh buat kompem ketupat betul boleh. Apaa daaa.... Mari aku kongsi dengan korang keburukan dan kebaikan buat ketupat guna reben dengan daun kelapa..


Reben - Memudahkan pembuat sebab senang nak tengok warna. Lagi senang nak tau mana satu nak di tarik. Keburukannya adalah ianya terlalu lembek dan sukar dibentuk. Seyes rasa geram sebab reben tu tak dengar kata.. Lepas tak berjaya cepat je lunyai...kekeke


Daun Kelapa- Paling bagus sebab lepas buat boleh makan kan? keke.. Bukanlah. Ketupat ini daun dia kasar sikit dan senang nak bentuk. Pendek kata tak degil macam reben. Bagi yang tak berapa teror sebab mahir buat guna reben, sukar korang nak bezakan mana 1 nak ditarik sebab semuanya lebih kurang sama warna. 


Okey, itu je nak citer. Balik ni mak aku dah order nak ketupat. Aihhh... kena pi buat jugak lah kan. Kita tengok skill aku macam mana... Eh, tadi time blog walking nampak gambar bawah ni...Kelakar pulak..keke




So, aku tahap mana agak-agak?? kekeke... Haruslah HEBAT...hahaha... Gurau jek...  ^_^ ... Next year nak belajar buat ketupat palas pulak!...hehe


Selamat Hari Raya!!!





                       


nota kaki : nak balik umah makan rendang..omnomnom

6 comments:

Nur Faten Hanieza said...

wah , teror awak menganyam ketupat itu :D

Cik Jajika said...

Alhamdulillah Allah bagi ilmu di bulan Ramadhan... ehhehe.. =)

Nur Faten Hanieza said...

hihi, bleh lah kite buat ketupat nanti. ngeh2

Cik Jajika said...

Boleh je..no hal tapi awak kena bertapa dengan saya. Kalau tangan keras memang lambat..hehe

JaZz RainS said...

ye le tu...kesudahannye aku juga yg menganyam byk dari ko. haihs~

Cik Jajika said...

kata chief...haruslah buat banyak2..hahaha