Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts

Friday, August 21, 2015

Lunch Treat + High Tea

Assalamualaikum,

Today just a simple entry about my lunch. We decided to eat at Aeon Big, Subang Jaya as we are looking for some item too.


Special Bee Hoon RM7.90 + Tea Tarik Ice RM1.80



Bun by Aeon Big. So delicious and cheap too. Overall price is RM11 for this 5 pcs of bun.. Nyummmyyy



Okay baiiii

Thursday, June 11, 2015

Wedding Liza & Suami, Plat PKNS Keramat

Assaamualaikum,


Meriah betul hujung minggu ni kan. Sempena cuti sekolah, ramai member yang amik kesempata untuk membina masjid.


Alhamdulillah selamat sudah seorang rakan yang pernah bekerja dengan aku di Watson, KLCC dulu. Ye dik non semua. Hakak ni ex staff sana. Kerja kejap je sebab masa tu mengganggur.


Congrats ye Liza dan suami. Semoga perkahwinan korang bahagia ke akhir nyawa. heeeee




Ini time pengantin tukar persalinan, kiteorang pun apa lagi..hahaha



Barakallah Liza



Ini antara rakan yang rapat time kerja Watson. Rindu Minah!!!



Papai!!!!

Vegetarian Food di Medifood, Subang Jaya

Assalamualaikum semua,


Ehem ehem.. This time tak mahu cerita betapa berhabuknya aku punya laman sesawang ni ye. haha. Well, kali ini simple post on our lunch menu.


Disebabkan tak ada idea lagi nak makan kat mana, so one of hakak opis ni mencadangkan nearby dengan opis ni saja. Ada satu kedai Vegetarian.


Hah, mula la tu mencebik, tarik muka bila cerita pasal vege food kan kan? Sabar dik non. Hakak tak abis cerita lagi ni. Kang bebel banyak, kau orang lari terus tak mai blog hakak ni pula. hahah


Okey, setakat ni, alhamdulillah makanan dia memang sedap okey. Serius. Tak muak langsung. Disebabkan lapar, hakak order set lunch, Set lunch dia 1 nasi, 4 lauk.


Taraaaaaa





Mau menangis gua cakap lu. Nampak macam biasa je kan. Tapi silalah percaya tahap kesedapan dia. Tak macam vege food langsung yang macam korang cuba masak dekat rumah tu yeeee. Berharga RM 9. 40 (termasuk tax).




 Ini pula air epal juice yang hakak opis aku order. Cantik dan sangat style tapi sorry to say yang ini agak kurang sikit. Bukan kurang apa, kurang air dia la.. hahahahaha.. Tak puas tekak hakak ni panas-panas minum air cenonet je kot.. hahaha.. Nasib baik aku tak order air. Just plain water yang free je. Hah, lupa pula. Untuk makluman korang, air ini berharga RM 8.++ okey.. Agak mahal bagi aku.. 


Sekian berita makan-makan hari ni,





Monday, March 2, 2015

Pemanasan Global

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah sudah masuk bulan baru, tahun baru. Well, cuma aku je yang tak perbaharui post blog aku ni. haha. Sorry, sejak kerja pakai laptop ni memang aku malas sikit nak menaip. Walhal orang lain kalau pakai laptop lagi rajin kan. Tapi den ni terbalik pula.. kehkehkeh


Okey, murid-murid. Kali ini ada topik serius nak post sebab lama tak update punya pasal. So nak jadi cikgu GARANG!! hahaha.. (poyo jek.. kekekek)


Actually, aku sendiri pun tak berapa mahir. Tapi aku baru je google info dan beberapa gambarajah yang boleh membantu pemahaman kita bersama. Disebabkan aku perlu menyediakan satu info untuk bulan Mac ini, maka marilah kita bersama-sama memahami topik ini.






Okey, biar aku berterus terang. Actually aku cuba besarkan gambarajah kat atas tapi tak dapat tengok details tulisan tu. hahaha.. So kita boleh rujuk gambarajah terakhir jela ye murid-murid...huhu..


Akhir kata, kita kenalah menjaga bumi kita ini dari menjadi mangsa kepada segala keburukan yang kita lakukan. Lagi manusia, robot dan haiwan boleh sakit dan rosak, lagi la pula bumi dan alam sekitar.


Papai!!