Assalamualaikum dan Hi,
Korang pernah dengar tak pasal Konsert Music Festival? Sejak dua menjak menjadi duta Watson. memang banyak benda dan info aku nak share.
Sekarang Watson ada promosi dalam kedai bagi Music Festival ni tau. Senang gila nak dapatkan tiket FREE ni. Antara syaratnya adalah:
1) Beli RM60 ke atas dengan barangan terpilih
2) Wajib mempunyai Watson VIP Member Card
Senang je kan? Boleh dapat 2 tiket ke Music Festival tersebut yang berharga RM999 setiap keping tiket ataupun jumlah keseluruhan bagi dua keping tiket adalah RM1998!!! Wow...mahal tu...
Hah, korang jangan salah paham pulak ye sebab Watson bukan nak suh korang beli. Macam yang aku cakap dekat atas tadi, janji korang dah memenuhi syarat kat atas tadi, korang secara automatiknya boleh dapat 2 keping tiket ke Music Festival tu.
Kalau kad korang tu sudah active kan secara online dan korang pun sudah membeli melebihi RM120, korang layak untuk dapat 4 tiket tau!! Wah wah wah...ohsem gila kan? Rasa nak golek keriangan sepanjang tasik Titiwangsa je pagi ni..kekeke
Senang dan mudah. Tak susah malah menambah keriangan dihati semua. Bagi korang yang tak ada lagi VIP Watson Member Card, boleh segera dapatkan. Kad ini adalah untuk seumur hidup, tak perlu diperbaharui dan hanya perlu membayar RM12 untuk permulaan. Itu saja! Cukup senang ye.
Tiket FREE ini pula hanya dikenakan charge 100 points bagi VIP Watson Member Card ataupun bersamaan RM0.50 sahaja. Murah kan? CUba bandingkan RM 0.50 dengan RM1998. Perghhh... sangat berbaloi.
So apa lagi? Aku dah dapat 4 keping tiket. Korang apa lagi? @_@