Tuesday, July 3, 2012

Review Movie : The Amazing Spider-Man

Assalamualaikum dan Hi,




Kali ini malas ler nak tulis review dalam omputih. Ponat nak pikiaq. Hihi. Den nok tolis dalam bahasa yang Mak Jemah dengan Pak Atan paham. Kang kalau tak paham tak pasal-pasal den keno sekeh sembilan kali dua kali. Aish.. Ampun Mak Jemah..Pak Atan... Gurau jek..kehkehkeh *buat mata bolat kunun comels




Pape pun trimas bebanyak kepada incik Nuffnang yang ensem dan pemurah duk sponsor aku pergi sana lah..sini lah...tengok movie la... Nak goda nyahhh lettew.. Amboi, gatal ea. Kau ingat kau sorang je dia sponsor? haha


Berbalik pada incik Spiderman yang ensem ni, aku rasa lagi hebat dan best daripada yang sebelum ini. Opss...sebelum tu nak bahaq mai ye. Aku nak mengaku sebelum ini aku bukanlah peminat citer Spiderman sebab aku tak minat sangat dengan pelakon dia which Tobey Maguire dengan Kristen Dust. So aku sangat mengalukan hero dengan heroin yang baru ini. Andrew McGarfield  dengan Emma Stone. 




Bagi pendapat aku, jalan cerita kali ini tampak berbeza namun masih ada persamaan dengan cerita yang sebelum ini. Contohnya, watak kedua ibu bapa Peter Parker muncul dan kali ini punca labah-labah tu berkuasa tahap kuda diketahui lebih lanjut berbanding cerita sebelum ni. 


Cerita sebelum ni macam tak logik sikit. Tetiba wujud je labah-labah hebat macam tu kan. Kali ini watak dan kewujudan labah-labah ni dapat diketahui asal usulnya yang telah dicipta oleh ayah Peter sendiri iaitu Richards Parker. 




Bagi aku semua okey dengan watak si Peter ni lebih comels dan cute bersama. Nampaklah ada keserasian di situ. Selain itu, kita dapat lihat buat kali pertamanya kebijaksanaan Peter ni menyerlah. Dah lah pandai dalam diam sebab teror menginovasi barang. Mungkin sebab baka parents yang bijak pandai kot..hihi... Yang tak okey taau kureng sikit sebab kalau dulu jaring labah-labah automatik keluar dari tangan Peter kan? Yang ni tak. Nak tahu keluar dari mana? jeng jeng jeng...pi lah tengok sendiri...hihi




Kalau korang nak tengok cerita ni, amatlah aku cadangkan pi tengok ye. Paling best tengok 3D laa... Aku tengok cerita ni pun sampai terkezzuutt kezzuuttt bila Lizard jadian muncul. Lagilah kalau tengok 3D.. Mau terlompat aku atas kerusi..hihi


Walaupun sakit tengok dengan pinggang sebab duduk seat baris ke-3 dari depan sampai bila aku citer kat Mak Jemah pun dia tak percaya tau. Baris C tau.. Kemain dulu nak elak. Tapi dah incik Nuffnang bagi free. Kalau tak amik kang majuk lak die..hihi...


Rating : 4/5
Tempat : TGV, Sunway Pyramids







nota kaki : tunggu citer Ice Age pulak..mesti best kan kan..hihi

No comments: