Monday, April 9, 2012

Stupid Guys With Their Slander!!

Assalamualaikum,


Dah lama tak menconteng ke blog buruk aku ni. Well, agak busy dengan beberapa perkara yang mendatang secara langsung dan juga tidak langsung. Sebab tu tak berkesempatan untuk update blog aku ni.


Entry kali ini memang aku tulis sebab aku dah berada di tahap kesabaran minima. It's about the guys that really hopeless! Ye, kadang-kadang aku tahu yang mereka cuma bergurau. Tapi pernahkan mereka berfikir kesan dan juga akibat gurauan mereka yang agak keterlaluan?


Kadang-kala aku rasa macam difitnah. Cuba bayangkan jika kau difitnah.. Bagaimanakah rasanya? Masalahnya bukan sekali tetapi banyak kali. Apa lagi yang dieorang tak puas hati? Jeles sebab aku dengan bf aku gembira bersama?


Aku sangat memahami perangai dan sifat bf aku yang sangat kuat cemburu dan panas baran. Bila keadaan mencengkam memang kami boleh bergaduh teruk. Semuanya kerana GURAUAN aka FITNAH. Ye, bagi aku mereka sedang menfitnah aku.


Kebanyakkanya rakan-rakan bf aku akan report kat bf aku yang aku keluar dengan laki lain la, dating dengan laki lain la dan bla bla bla. Semua ini memang mengarut.


Walaupun sebelum aku keluar aku dah sent report mana aku nak pergi, dengan siapa dan naik apa.. Semua details aku bagi tapi bila aku dah selalu difitnah dengan cerita bodoh macam ni, macam mana aku nak okay?????!! Yes...aku sedang bengang!!


Wahai kaum Adam di luar sana. Sila beri PERHATIAN! Aku tahu korang semua kaum yang suka bergurau tapi sila beragak sikit nak bergurau pasal pe. Tak semua kaum Adam itu sendiri boleh terima gurauan melampau macam tu. Ye, aku tahu nak relax tapi bila orang berpecah belah, bergaduh sesama sendiri disebabkan GURAUAN BODOH aka FITNAH kau tuu...kau rasa siapa boleh relax dan sabar?


Lain kali sila bergurau mengenai hal lain. Dah selalu sangat hal macam ni berlaku. Kadang-kadang aku rasa kau orang memang sengaja nak memecah-belahkan kami. Cemburu ker sebab kami selalu bersama? Kalau cemburu, sila cari awek yang boleh buat kau TENANG dan AMAN. Jangan nak kacau orang lain. Kalau tak, aku tak teragak-agak nak suruh bf aku jauh dari orang macam kau yang boleh memporak-perandakan hidup orang!


Tak lupa juga buat bf aku ye. Silalah percaya dekat aku lebih sikit. Makin lama aku rasa macam aku ni rendah tarafnya. Kalau tak percaya sangat dengan aku dah, pergi cari gf lain. Aku tak kisah. Harap maklum. TQ!





nota kaki:marah nih!!

2 comments:

JaZz RainS said...

erm.. lebey kurang la mcm aku kena. aku kena lagi teruk kot. ko sendiri tau kan.

JQ said...

biasa la....dugaan....