Thursday, December 22, 2011

Mereka

Assalamualaikum,


Agak lama rasanya ruangan bercanda ini dibiar sepi tanpa sebarang pembaharuan. Maaf ye. Rasa kesian pula. =)


Ya, kali ini aku ingin berkongsi cerita mengenai mereka. Setelah entry khas aku untuk join segmen Abang Ben Ashaari tak mendapat perhatian, tak mengapa kerana aku memperolehi dua follower baru. Thanks korang. (tak ada kena mengena pun)


Mereka. Mereka berborak. Berkongsi luahan hati. Seorang cuba menidakkan kebenarannya. Seorang pula menghasilkan riak dan pergerakan badan dengan penuh gaya sambil cuba menyakinkan. Oh, rasa sungguh kaget memerhatikan semua itu. Rasa terpencil seketika.


Mereka dengan aku tidak jauh berbeza. Masih manusia, bernyawa dan berhak melakukan apa saja. Cuma aku saja kelihatan keseorangan dan kesepian. Mata masih layu dan tidak mampu menghasilkan sebarang riak yang ceria.


Mereka dan aku masih menunggu. Ya, sambil aku memerhatikan gelagat Mereka itu. Ramai. Menunggu sesuatu yang seharusnya tiba. Tapi tidak juga kunjung tiba. Lambat dari waktu biasa. Kesabaran masih menebal. Kala kesejukan mula menyengat jauh ke dalam tulang comel ku ini. *perasan je..haha


Akhirnya. Mereka dan aku melihat ia datang menghampiri. Redha dan bersyukur. Ya, akhirnya. Tidak lagi aku perhatikan Mereka. Pandanganku hanya pada yang satu. Ia. Sambil tersenyum dan tidak sabar bersaing dengan Mereka untuk ia. Akhirnya....


*

*

*

*

*

*

*

*


tadaaaa






nota kaki: saja bosan time tunggu bas nak pergi keje..=)

2 comments:

fhmk-- said...

ini kl sentral eh? familiar betul wanita bawak anak die tu hahaahhaha

Princess^of^Hemp said...

sekadar gambar la..ish...ngade2 lak kata kenal..hahaa