Tuesday, May 15, 2012

Make Up Tutorial

Assalamualaikum,


Hujung minggu lepas aku saja-saja nak main make-up sebab bosan duduk rumah sorang-sorang. Nak berjalan tapi tak ada siapa yang sudi jadi drebar aku. hehe


Well, aku sendiri tak tahu mula-mula tu nak make-up tema apa. So aku terus make-up ikut alunan tangan. Lagi satu aku nak ingatkan. Aku bukanlah pakar malah cuma rookie aka amatur sahaja dari segi make-up ni ye. So apa yang aku pakai, guna atau aplikasikan adalah menggunakan pengetahuan yang aku tahu. Lagi satu, sorry kalau gamabr tak clear. Pakai handphone cabuk je. Kalau salah atau korang rasa ada yang lebih baik, boleh komen dan kita kongsi bersama. Chill =) 


Stage 1: Muka tanpa make-up 


Ini wajah aku dengan atau tanpa cermin mata. Ye, aku rabun. So korang boleh nampak wajah aku berminyak serta muram. Kesan cela pula bersepah-sepah atas muka aku. Kalau nak elok, sebelum mula make-up sapu/semburkan pelembap muka. Supaya tak kering bila pakai make-up.


Stage 2: Seluruh wajah


Barang yang digunakan adalah Angel Fit Concealer, Naturactor, dan ZA Faoundation. Cara yang aku gunakan senang saja. Mula-mula sapukan Angel Fit Concealer menggunakan span kecil di bawah mata dan kawasan yang korang nak. Aku cuma letak untuk area mata saja. Lepas tu aku pakai Naturactor di seluruh muka aku dengan menggunakan span. Fyi, bila kita guna span kita dapat menjimatkan penggunaan Naturactor tersebut. Dah setel sapu semua, terus sapu foundation ZA tu. Yang ni bergantung pada individu la nak bubuh ke tak. Tapi aku letak sebab nak bagi kesan bekas jerawat dan cela tu cover lebih la.


Stage 3: Pembayang mata / Eye shadow


Barang yang digunakan adalah Miss Rose Eye Shadow, dan Shading. Sapukan sedikit shading pada tulang di bawah kening. Pilih pembayang mata berwarna cerah pilihan korang dan sapukan di kelopak mata. Cara nak sapu bergantung pada effect/tema apa yang korang nak. Ikut suka la senang kata. Then pilih warna yang agak gelap dan sapukan di hujung mata. Sapu 1/3 mata sahaja. Yang ini korang kena selalu practice nak sapu macam mana. Aku pakai berus lain. Bukan berus eye shadow tu ye. Aku pun tak tahu nama berus apa yang aku guna. Hehe. 


Stage 4: Eyeliner / Celak


Aku pakai eyeliner pensil je. Malas nak pakai liquid. Ada 2 jenis warna eyeliner yang aku guna iaitu hitam dan putih. Cara aku, aku pakai yang putih dulu. Ikut sukalah nak corak eyeliner hitam dan nak letak warna putih tu terang macam mana. Bergantung. Kenapa pakai? Bagi aku, sebab nak bagi mata macam dihighlightkan. Macam ala-ala suci macam tu. Hehe.


Stage 4: Eyebrow / Kening


Yang ni aku guna berus dan sebatang celak coklat. Ye, aku tak ada pencil kening dan sebab tu pakai eyeliner punyer pencil. Boleh je. Janji pandai lukis. So korang lukis la ikut korang suka macam mana. Fyi, aku tak pernah cukur kening aku. Sebab tu aku lukis dan bentuk dia. So bagi aku ok la. Kalau suka kening halus, lukislah halus. Pandai-pandailah ye. Dalam gambar boleh nampak beza before and after kening dilukis. Tak lupa juga korang boleh sapu shading atas dan bawah kening bagi lebih highlight. 


Stage 5: Blusher / Pemerah pipi & Lipstick / Gincu


Aku gunakan pemerah Pipi Miss Rose, shimmer, lipgloss dan gincu. Sapukan pemerah pipi pilihan korang. Aku sapu dari dalam ke luar. Pastikan sampai luar ye. Tak nak warna tu tergantung macam tu je. Nampak pelik. Lepas tu sapukan shimmer di atas blusher tu. Nak bagi muka nampak flawless. Sapukan blusher dan shimmer tu di dahi, dagu dan tak lupa juga hujung hidung ye. Supaya muka tak pucat sangat. Kalau nak buat hidung mancung sikit, highlightkan tulang hidung dengan amik bedak compact atau shading cream compact tu, sapu dengan span dari atas ke bawah. Sehala dan terus. Jangan teragak-agak. Bahagian dahi boleh korang sebatikan warna dia supaya tak la nampak pelik tiba-tiba putih pulak kan. Lepas tu aku pakai gincu dan sapukan lipgloss sedikit. Hah, lupa nak bagitahu yang sekarang ni ada juga blusher yang sedia ada shimmer. So rasanya tak payah pakai lagi yang lain. Nanti berkilau semacam pulak. =P


Stage 6: Siap dan touch up


Okay, time ni korang kalau nak touch up apa-apa boleh la. Bibir aku warna ala-ala nude sedikit sebab aku nak attention lebih pada mata. Kita kena pilih bahagian mana yang kita nak lebihkan. Jangan buat semua lebih. Nanti terlebih macam badut pulak. Hehe


Stage 7: Posing Time



Tadaaa... Okey tak? First time buat tutorial make-up ni. Hari tu buat Tutorial tudung je. Bagi aku, banyak lagi aku kena belajar dan juga barang yang aku perlu ada. Yela, tak pernah nak bermake-up sakan. Time ni baru nak belajar. So barang pun limited je. Hehe. Nanti aku nak kumpul dan beli yang bagus-bagus la...




Akhirnya siap juga entry aku ni. Penat jugalah nak menaip panjang-panjang. Tapi ilmu rasanya tak salah kita kongsikan? Hah, aku terfikir Hadiah GA nak bagi pilihan barang-barang make-up la. Mungkin tak mahal tapi aku ikhlas. Nanti boleh belajar make-up sama-sama. =)













nota kaki: Penatnya menaip. hahaha




more info on:

Help Yuna
BMW 320i Sport Sedan
Train Concert Live in KL
RM500,000 Untuk Dimenangi!

No comments: