Tuesday, June 19, 2012

Awana International Bird Race (Part 2)

Assalamualaikum dan Hi,


"Burung apa?" "Burung Murai" "Burung apa?"..... *sunyi tanpa bunyi "Ini burung lagi tak ada suara".. Cewah..sesuka hati je nak perli-perli orang kan.


Sorry korang. Jazz bukan marah koranglah. Jangan salah paham dekat Jazz yang baik hati, cute dan paling penting ohsem *hidung kembang kempis 398 k/m sejam


Kali ini Jazz nak sambung story mory bagi event yang telah berlangsung pada hujung minggu yang lepas. Well, bagi sesiapa yang tak baca lagi entri Awana International Bird Race (Part 1) diwajibkan membaca dahulu sebab Jazz tak mau korang blur blur buat muka cute korang sepanjang Jazz membebel sensorang kat entri ni. Baca tau tau...hihi




Tengok tu... Malunya..muka berminyak-minyak lepas sepam dua puloh lapan kali berlari keriangan bagai anak kecik tak hengat dunia. Ini perjalanan kiteorang ke Awana Hotel ye. Seyes. Tak tipu punyer...




Ce tengok tuu... Ada tempat untuk Team Building lah korang. Sesiapa yang rasa nak membina jati diri menjadi anak bangsa yang berwibawa haruslah datang dan menjalani latihan korang kat sini. Lai..lai... *sambil baling pamphlet 




Wah..nebes nyer Jazz bila tengok dah nak sampai. Selepas mengharungi sekumpulan anjing belaan yang mengganas walaupun cute di sebalik kecomelan mereka itu. Oh, sila lari lelaju dan jangan sesekali menoleh. Rupa sahaja tidak menggambarkan perilaku mereka yang membolehkan mereka di buang dari Sekolah Anjing-Anjing Awana. Cewahh... wujud pulak..hihi *baling batu 8767 kali




Apakah ini? Inilah jejaka idaman Malaya yang datang menyelamatkan kami dari gangguan anjing-anjing comels + garang tuuu... Maap dan sila nyorok belakang bantal sebab terlalu over berangan. hihi


Ala, tak kan korang tak kenal? Inilah kenderaan yang selalu kalau main golf, kita akan naik untuk ke setiap pit. Bukan bukan. Jazz tak main golf pun lah time ni. Kenderaan ini digunakan untuk menjemput kami yang ohsem pemalas nak jalan ke Awana Hotel. Kelass kau Jahh...ada yang jemput dan hantar.. -.-*




Nombor bilik Jazz. Siapa mau ikut? Jom-jom. Jazz stay sensorang je dalam bilik yang havoc tu. Apa? Korang cakap Jazz citer je lebih? Iskh... tolonglah percaya.... 




Tengoklah bilik ni. Besar dan cukup untuk 4 orang ye tapi Jazz stay sensorang. Adakah anda sedar apabila kita duduk sensorang, sebarang bunyi merupakan bunyi hantu. Yela... takotnyer....hehe




Okey kan tempat ni? Best..hihi.. Nape? Tak percaya lagi ker? Nak gambar lagi jelas?? Boleh-boleh. Kalau Jazz tunjuk, korang kena belanja Jazz cekelat Daim sebungkus dua ye. Nak pek besar punyer..hehe




Jeng jeng jeng.... Jazz yang comel huduh ni tak tipu. Tetiba feeling macam tengah honeymood la pulak. Apa ke hal?? Gatal.. kehkehkeh




Jom posing sedetik dua depan cermin sebelum pergi dinner. Yang paling ohsem bila dapat pakai baju Resort World Genting bila anda berada di Awana Hotel. Okey, tak ada masalah sebab baju itu dapat masa event Genting's Charity Movie Screening hari tu.. Wah...feeling habis... *muka kepuasan sambil ketawa mengilai




Sorry sesangat dari hati Jazz yang cute miut ni sebab gambar tak jelas. Dinner di Restoran Rajawali dan korang ce teka apa yang paling best? Ala..teka lah... Tettt..masa dah tamat.. hihi...




Hidangan Buffet tau takk?? Sila jeles lagi sekali. Mata ni macam nak berpinar pilih makanan. Semua harus di rasa tau. Rugi kalau diet. Hah, itulah awek yang diheret naik atas Awana ni oleh Yuyu si cumil tuu.. hihi




Mushroom soup, Ayam, Daging Kambing dan Coleslaw. Okey, sila beri perhatian bahawa hidangan ini paling marvelous tau tak. Sedap sesangat sampai perut meronta nak lagi lagi dan lagi. Nasib baik pergi dengan kaum hawa so wajiblah control nafsu makan yang mengganas bagai nak rak tu. kihkih




Cantik sangat tempat ni. Setaraf 5 star hotel Mak Jemah belakang flat Jazz *sengal je. Rasa bersyukur sesangat sebab dapat lepaks dan habiskan masa Jazz yang cuma berharga 50 posen tuu dekat tempat dan event yang gempaks macam ni.


Next time Jazz akan cuba lagi lagi lagi sampai incik Nuffnang kenal giler dengan Jazz sebab Jazz nak pergi join jadi geng main congkak dieorang. Opss... -.-'


Well, thanks buat semua penaja yang hebat dan ohsem! Incik Nuffnang, Awana Genting, Tourism Pahang dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Wahhh..ayat macam bagi speech la pula *buat muka comel. 







nota kaki : next target nak join si ganas spider!!!wahhh....

2 comments:

1612f said...

best eh bilik sensorang, camne tido nyenyak x? haha

JQ said...

Bestlah jugak...cuma bila sensorang rasa tak bape best...yg best bila nak mandi or wat pape pun tak segan..hehe