Monday, June 6, 2011

Latihan Asas Anggota JPAM Siri 2/2011 di Teratak Naly's

Assalamualaikum,

Bertempat di Consist College, kiteorang seramai 46 orang telah bertolak ke Teratak Naly's Batang Kali untuk menghadiri kem latihan asas anggota siri 2/2011.

Tapi sebelum tuu, aku telah pergi ke exhibition OGA kat KLCC dulu untuk skodeng pape yang agak-agak best lah kan. Hehehe.. Skodeng punyer skodeng masa dah makin dekat nak berciap ke kursus tuu. Disebabkan naik kereta member aku hari Jumaat tu, keadaan trafik kureng sket so agak lambat lah. Sampai umah pun dah dekat pukul 4 suku. Bersiap lah aku sepantas yang boleh. Hahahhaa.

Kawan aku tuu tak pergi sebab die ada keje part time hujung minggu tuu. So die boleh tolong antar aku jela kat Consist. Tuu pun kiteorang lambat gak sampai kolej walaupun yang sebenarnyer tak de lah jauh dengan umah sewa aku tuu.. Tapi sebab sibuk last minute baru nk beli barang itu ini, memang lambat lah kan nak sampai. Tapi bebanyak terima kasih ler kat Leha ye...hehehe

So bile dah singgah sana sini carik barang, aku pun sampai gak kat kolej. Ala, rupanya budak-budak nie semua baru nak berkumpul. JPAM pun tak sampai lagi. So rasa lega sikit lah kan. hehehe. Then, lepas daftar and borak-borak sikit dengan yang lain 2 buah trak JPAM pun sampai. Lepas dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab nak naik trak, so berangkatlah kami semua ke Teratak Naly's melalui jalan Duke. Terasa lama gak lah perjalanan nyer..

Dekat pukul 7 baru sampai kat kem tuu. Datang-datang disambut dengan staff Putri. Pergilah beratur/berkumpul di kandang kuda. Teratak Naly's nie sebenarnye tempat rekreasi or tempat untuk berehat. Ada homestay la, equestrian, kayak, jungle tracking, kem motivasi dan bagai lah. Kalau nak skodeng boleh click sini. Sepanjang latihan kiteorang nie, padang equestrian / tempat menunggang kuda nie dijadikan tempat berkawad or berkumpul kiteorang. Time sampai ada 1 kumpulan dari mana tah. Lupa nak tanya. Dieorang dah siap register semua.

So daftar lah kami ye sambil dibekalkan dengan file berisi pen, jadual sepanjang kursus, lirik lagu JPAM dan beberapa kertas A4 untuk tulis pape note. Hah, kalau aku tak silap kumpulan yang datang sebelum kiteorang tuu bukan dari Sentul sebab aku baru teringat minah Yvonne nie ada kat belakang aku time nak daftar sebab kumpulan Sentul datang selepas kiteorang sampai. Hehehe. So kumpulan yang dah datang tu dari Putrajaya or dari Dang Wangi or dua2 tuu. Sorilah ye sebab aku pun lupa nak tanya time dieorang datang tuu. Hehhehe.

Siap je daftar semua kiteorang diberi dorm untuk mandi semua and makan kat kawasan padang belah atas. Korang jangan ingat boleh relax macam tuu je tau. Lepas makan je terus start dengan ucapan dan pape yang patut. Pergh..agak penat lah kan malam tuu. Sampai-sampai terus kena macam tuu. Kawad sampai pukul bape tah. Nasihat semua. Dibagi kumpulan kepada 10 kumpulan. Aku time nie masuk group 2 yang tak boleh blah nyer, aku dengan Aiman masuk group yang sama. hahaha. Budak-budak nie smue tak puas hati. hehehe.

Bile dah sampai pukul 1 lebih macm tuu, semua dibagi fasilitator masing-masing sebab nak bawak jalan malam. Program nie lak dinamakan Simulasi. Time nie macam-macam lah. Kena dendalah, itulah inilah. aishh..sabo jela.Huhuhu.. Balik semula ke tempat berkumpul kena beratur dulu sebelum tido. Balik-balik pun dah pukul 4 lebih. Mana nak tido. Tak sempat weyh sebab dieorang dah bagi tugasan untuk buat logo semua untuk bendera kumpulan. Tapi bahagi tugas supaya tak semua yang kena buat (time nie ada part yang tak bestnyer. tapi aku taknak citer k).

Pukul 5.30 semua kena ciap untuk jemaah solat Subuh. Tapi memang malang sikit sebab kunci lokar aku hilang time jalan malam tuu. So ada beberapa barang aku kena pinjam dengan kawan aku. Ermm.. Tak pe lah..terpaksa kan. huhu

Tapi bagi aku serius best dowh kem nie. Cuma ada yang aku rasa kena belajar lagi banyak sikit. Sebab kebanyakannya terpaksa skip sebab nak kejar masa. Aku rasa bersemangat nak join aktiviti JPAM nie untuk masa depan. Insyallah. Korang boleh skodeng kat >>Tengok nie untuk maklumat tambah mengenai aktiviti kiteorang...Aku nak bebel banyak pun serius penat dowh. hehehe..

Kalau korang nak jadi macam aku, call mana-mana cawangan JPAM yang berhampiran dan daftar untuk siri 3 pula. Tak rugi kalau korang dapatkan ilmu lebih. Tapi jangan join kalau niat korang lain dengan yang sepatutnya.

Bila Tuan Khamarul tanya ramai-ramai kenapa nak join JPAM, aku angkat tangan untuk mengiyakan kedua-dua jawapan pilihan beliau. Ini sebab aku nak tolong orang lain dan aku juga nak berbakti kepada negara. Aku tak main-main. Itu memang citer-citer aku start kecik-kecik.

Yela, dulu nak jadi atlet tak menjadi. Nak jadi orang terpintar pun jangan harap lah kan. Macam-macam lah. Bukan untuk jadi femes, jauh sekali. Tapi ini semua sebab aku nak berbakti kepada negara. Aku nak jadi seseorang yang meninggalkan sesuatu kepada orang lain. Aku nak Malaysia berbangga dengan adanya aku sebagai rakyat Malaysia. Itulah sebab utama aku join JPAM. Lagipun bile aku join JPAM nie, at least dapat gak ia bantu aku lebih fokus dan berkeyakinan dengan bidang aku belajar nie. Insyallah.

Ada banyak lagi yang best untuk aku cerita tapi lagi best kalau korang join sendiri. Rasai lebih baik dari mendengar saja. Tiada paksaan bergantung pada niat dihati sendiri k. Papehal enjoy je beb. Hah sebelum tu, yang paling best bile Koperal Yazid puji kiteorang punyer kawad time penyampaian sijil/kawad penutupan tuu paling baik die penah tengok.Ehehehe.. Best kott. Terasa dihargai. Sekarang pun aku rindu dah dengan dieorang semua... =)

Kat bawah nie aturcara kursus tuu. Kredit untuk Consist College k..huhu

KEM ASAS SIRI 2/ 2011, PisPA CONSIST

6JUN 2011- Kem asas siri 1/2011 dengan kekuatan anggota seramai 46 orang telah berjaya melalu ujian untuk menjadi staff sukarelawan di Jabatan Pertahan Awan Malaysia. Peryertaan yang mengalakkan dari semua pelajar menunjukkan respon yang baik untuk meneruskan lagi legasi keselamatan dari semua aspek selaku sebagai pelajar kolej keselamatan dan kesihatan.
Kem yang bermula dari 4-6 JUN menunjukkan bahawa semua anggota yang terlibat untuk asas adalah bersedia dari segi mental dan fizikal.Perkara paling utama yang cuba ditanamkan adalah semangat kerjasama didalam satu pasukkan untuk meneruskan sesuatu misi menyelamat.

Bermula pada hari pertama:
1500- semua anggota berkumpul di consist kolej sebelum bergerak ke kem teratak Naly's
1830- selamat sampai di kem dan pendaftaran bermula
1900- makan beradap dan solat magbrib
2100- mendengar taklimat kem dari kem komander , Tuan Kamarul
2300- pengenalan mengenai lagu Jabatan dan panggilan pangkat
0100- simulasi ( jalan lasak )
0530- simulasi berakhir

hari kedua :
0630- berkumpul dipadang kuda dan senaman
0730- sarapan pagi
0800- latihan kawad kaki
1000- latihan bermodul bermula ( melawan kebakaran)
1300- rehat dan makan tengah hari
1400- latihan sambung ( pertolongan cemas)
1600- latihan bersambung (menyelamat)
1900- makan beradap dan bersiap untuk persembahan kumpulan
2000- acara bermula "persembahan kumpulan"
0000- persembahan tamat dan diteruskan dengan majlis kareoke
0100- menangkap gambar untuk kad perlantikan
0300- tidur

hari ketiga :
0630 berkumpul di padang kuda
0700- terima arahan dari koperal suriani dan sarapan pagi
0800-latihan ringkas kawad kaki dan raptai penutup
1100- majlis raptai berakhir
1110- majlis penutupan bermula
1130- penyerahan sijil penyertaan oleh Tuan Zainal
1000- majlis bergambar
1300- makan beradap dan bersiap untuk balik
1400- balik ke consist



Sepanjang kursus nie aku dapat gak berkenalah dengan lebih rapat dengan Kak Shila dan Ain. Dieorang nie budak-budak Consist gak cuma aku tak delah rapat sangat cuma selalu komen kat FB jek. Hehehe. So bila dah kenal even kejap aku dapat rasa dieorang nie memang best kott.. Huhu... =)

Okay lah..tuu je kott nak citer...hehehe...Daaaa

*bestgilerJPAM.Ualldabestlah.
*Sorrytakdepicturesebabakutakbawakkamera.Hppungunahpcabukkjekan..ahhaa

No comments: