Thursday, May 31, 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok - 1 Jun 2012

Assalamualaikum dan Hi,


Ini benda serius! Semua nak dikawal. Memang susahlah macam ni. Korang mesti ada yang dah tahu kan? Yang masih tak tahu, boleh baca kat bawah ni..


Akta ini berkuat-kuasa mulai esok, 1 Jun 2012. Semua kena berhati-hati lah lepas ni. Tak boleh lagi nak bercakap jujur walaupun ianya tuntutan agama kita. Nak selamatkan mereka yang lain, kita yang kecik-kecik jadi mangsa. Be careful tau!


 


sumber : sini









nota kaki : hak kebebasan bersuara telah disekat

Featured Post At Innit!

Assalamualaikum and Hi,


Today is Thursday and I'm quite excited for tomorrow event which you can view on last post >here<. I hope my partner will be available for tomorrow or I have to find other partner to accompanied myself! Oh no....


Also, my previous Giveaway session ended and already stated maximum about 101 participants! Yeah! Yeah! Pap Pa Lee Oo Lei!! Hahaha.. I know some of you can't wait the announcement come out right? Keep patient everyone. Even myself can't stop to think about it too. Yes...really...hehe


Do you ever heard about Innit? Innit is one of advertisement under Nuffnang that special for Glitterati members only! Fyi, it is same as busuk.org or others but yet it still special for me okay. I've post an entry about Tips Income Dari Nuffnang that the copyright come from Jejariruncing


Surprisingly the post become one of the top when I copy screen the picture below *now it is more than that!!*.   I'm proud enough with the tips so I want to dedicate my thanks to Miss Jejariruncing or Elia for her brilliant entry that could generate so much information and better ideas for the others blogger. 




This is not a poyo's entry but a sincere entry for her. Thanks and good luck Elia for your upcoming DiGi WOWWW Awards on Fave Kay Poh & Blogger Of The Year Category! Hope at least you will bring back home 1 award for yourself! Will pray you dear. Anyways, don't forget to the others Glitterati members who 'nanged' my post at Innit! Thank you soooooooooo muchi muchi okay! 










foot note : smiling until ears!

GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eksklusif 18SX)

Assalamualaikum dan Hi,

*kredit to Mazidul Akmal


Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam.

Jam 3.30 petang saya berada di Taman Mas, Putra Perdana, Puchong.


Gadis ini kemudian diberkas oleh polis.


Kakak gadis di atas berusia 31 tahun, 'Shana', bukan nama sebenar berasal dari Raub, Pahang kemudian ditahan. 

Saya difahamkan teman lelaki Shana, 31 tahun, 'Iko', berasal dari Nigeria telah memperdaya ramai mangsa menggunakan internet dan meraih keuntungan kira-kira 1 juta ringgit.


Shana kemudian dibawa ke rumahnya. 


"Teman lelaki saya telah pulang ke Nigeria dan setiap kali saya berasa rindu kepada dia, saya meulis nama dia," jelas pemegang Diploma Pengajian Komputer itu.

Tambahnya, Iko terbabit dalam kegiatan Nigerian scam dan sebelum ini wang mangsa didepositkan ke dalam akaun bank miliknya, berjumlah di antara RM5,000 dan RM50,000.

Berikut kenyataan Shana seterusnya.

"Kekadang RM100, kekadang RM200 sahaja sebab teman lelaki saya hanya menerima komisyen 10% daripada jumlah diterima, saya berkongsi dengan dia," dakwanya.

Melalui nama diberikan oleh Shana, saya mengakses Facebook milik Iko dan gambar kekasih kini hidup mewah di negara asal di bawah disahkan oleh wanita itu.


"Apakah antara daya tarikan Iko kepada awak?," soal saya kepada Shana.

"Dia baik, amat mengambil berat tentang saya dan memang selalu menolong saya dari segi kewangan," balas anak ke 2 dari 8 beradik itu.

Kata Shana, Iko tidak pernah membawa dia bercuti atau berhibur, cuma kadangkala mereka ke Cheras, Kuala Lumpur untuk bertemu rakan senegara teman lelaki itu.


"Saya bersama (mengadakan hubung seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7 bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana lagi.

Wajahnya kelihatan selamba berkongsi kisah kehidupan.

"Teman lelaki awak sebelum dia, Melayu?," soal saya.

"Lima semua, Melayu dan mereka suami orang tetapi lelaki meragut dara saya berusia 40 an, berasal dari Teluk Intan, Perak. Ketika itu saya berusia 20 tahun. Empat lagi teman lelaki lain, berasal dari Selangor. Biasalah lelaki bermulut manis," ujarnya.

Jam 4.15 petang, kami bergerak ke bekas rumah Iko. Menurut Shana, Iko berkongsi pangsapuri terbabit bersama 3 lagi warga Nigeria lain.

Mereka memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan majoriti tidak pernah menghadiri kuliah.


Rumah disewa dengan harga RM300 sebulan itu didapati kosong. 


Shana kemudian diminta menghubungi belas rakan sebumbung Iko.

"Joshua, please. I want to take my laptop from the house," rayu Shana. 

Dari raut wajahnya, saya dapat menjangkakan jiwa wanita itu amat resah. Barangkali Shana baru sahaja tersedar dari mimpi dan tidak dapat mengakui hakikat selama bersama, dia hanya dijadikan habuan seks oleh Iko.  


"Kawan dia cakap tengah berada di dalam bas, suasana di sekeliling kedengaran bising, bunyi orang bercakap," terang Shana kepada saya. 


Bilik teman lelaki Shana berbau hapak juga diperiksa. Saya berasa amat hairan bagaimanakah gadis tempatan sanggup melepak di ruang hamis serta bersepah seperti itu.

Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya.

"Kata tadi hendak mengambil telekung, carilah," kata saya. 

Beberapa saat kemudian Shana menemui dan mengambil telekungnya di dalam bilik Iko.


Pada 17 Disember lalu Iko dipercayai cuba membawa Shana pulang ke Nigeria untuk menyambut Kristmas.


"Dia memang ada mengajak awak untuk berkahwin ke?," soal saya.

Shana menganggukkan kepala.

"Orang Melayu tidak mahu dengan kita, kalau ada pun semua suami orang," komennya ringkas.

Saya terdiam sekaligus teringat kenyataan anggota polis menjadi kenalan saya sejak 10 tahun lalu.

"Saya sudah banyak kali terbabit dalam operasi memberkas warga Nigeria. Bukan perempuan tempatan tubuh berisi sahaja menjadi mangsa, gadis cantik pun terkena. Bila ditanya mengapakah boleh begitu mudah terpikat dengan lelaki Nigeria? Dia menjawab, dia orang istimewa. Teman wanita dibawa balik ke rumah, di taburkan dengan kata-kata manis dan romantis. Sebelum melakukan hubungan seks, teman wanita dimandikan terlebih dahulu. Dipastikan kedua mereka berasa selesa dengan semburan minyak wangi. Selepas bersama, si lelaki akan mendukung manja teman wanitanya ke bilik mandi dan dimandikan sekali lagi. Melalui pengalaman, majoriti mangsa terjebak berbangsa Melayu dan India, Cina kurang," jelas rakan.

Namun Shana mendakwa menempuh pengalaman berbeza.

"Saya dengan Iko, normal sahaja, tidak didukung pun cuma dia sungguh caring," ujarnya.

Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria.



Sumber : sini 









nota kaki: sila berhati-hati ye wahai warga Malaysia!


Giveaway Tamat!

Assalamualaikum dan Hi,


Tadi GA Cik Jajika Senang Je sudah pun melabuhkan tirainya. Keseluruhan jumlah peserta adalah sebanyak 101 orang. Beberapa peserta adalah antara peserta last minute ye.




Kalau tak tadi nak tutup dengan jumlah 100 orang peserta tetapi peserta last komen masih diterima. Kenapa? Bukan nak pilih kasih tau. Tapi disebabkan waktu komen itu diterima, TEPAT pukul 12.30 petang. So, automatic diterima ye. Jangan salah faham pula tau.


Tarikh pemenang akan diumumkan pada 4 Jun 2012 ini bersamaan minggu depan, hari Isnin. Oh, sungguh banyak kerja yang perlu aku buat minggu ni kan? Sangatlah busy. Tapi tak apa la..sebab korang juga kan? hehe


Anyways, thanks & nantikan pengumuman pemenang ye... =)









nota kaki: tangan kiri dah gatal ni! hehe

First Giveaway!

Assalamualaikum dan Hi,

*sticky post*



Hari ini aku nak umumkan Giveaway atau GA aku yang buat julung kalinya di blog aku ini. Ini sebagai tanda terima kasih aku buat semua yang sanggup berhabis masa walau sesaat untuk singgah, tertekan atau terlalu blog aku. Maksud aku, sesiapa sahaja ye.. =)


GA ni aku dah plan sejak minggu lepas lagi. Jadi sudah tiba masa yang dinanti-nantikan. Tak susah pun nak dapat GA aku ni. Senang sahaja.


Hadiah bagi GA ini aku berikan beberapa kelonggaran. Korang boleh pilih nak set hadiah yang mana. Set hadiah GA adalah:


Set A: Sehelai tudung satin / bawal plain (warna rambang) + topup RM10 

Set B: Sehelai tudung bawal plain (warna rambang) + sehelai tudung satin ( warna rambang)

Set C : Topup RM15


Apa yang korang kena buat adalah:

1. Tekan ini link ini dahulu. -->> here <<-- (jangan risau, bukan virus pun)

2.  Lepas tu buat satu entry di blog korang. Then post banner GA ini dan backlink semula ke entry GA ini.

3. Masukkan juga senarai hadiah untuk pemenang GA ini.

4. Di akhir entry post tersebut, sila tulis "GA Cik Jajika Senang Je" dan backlink kan ke post ini ye.

5. Komen di entry ini dan jangan lupa bagi link entry post korang tu untuk aku tengok. Jangan bagi link blog semata ye, tak dapat nak tolong.


Pemilihan pemenang tak susah. Aku buat cara biasa je. Siapa dapat most referred adalah pemenangnyer. Lagi satu aku nak tekankan. Aku tak akan batalkan GA ini even tak ramai yang join. Contoh, kalau yang join antara 1-10 orang aku akan bagi seorang pemenang (bergantung pada jumlah referred). Kalau 11 ke atas yang join, aku akan pilih lebih dari seorang pemenang (bergantung pada jumlah referred). Korang mesti tanya kenapa kena letak 'bergantung pada jumlah referred' kan? Sebabnya jika jumlah mereka referred sama, then mungkin akan ada lebih dari seorang pemenang. Yeah. Senang tak? hehe.


GA ini bermula dari 17hb Mei 2012 sehingga 31hb Mei 2012, pukul 12.30 petang. So ada masa 2 minggu untuk korang promote GA ini kat blog korang. Pemenang pula akan diumum pada 4hb Jun 2012. Semoga berjaya. Tak sabar nak share hadiah kat korang nie. Yeah Yeah Yeah =)

GA TAMAT!!! GOOD LUCK SEMUA..NANTIKAN PEMENANG PADA 4 JUN 2012!!


Update: Aku nak tukar cara pemilihan pemenang. Aku akan pilih melalui Random.org ye. Harap Maklum. kalau ada yang top referral maybe akan dapat juga. =)


Senarai Peserta:

2) Faridah Hanimhttp://fahamokha90.blogspot.com/2012/05/114-first-giveaway-by-cik-jajika.html 
3) Eyda - http://eydawoit.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
4) Amer - http://amercorner.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
5) Farisha - http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-pap-pa-le-oo-lei.html
6) Lina Kah - http://kata-kata-kiki.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html   
7) Afiqah - http://budakpendekberblogging.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html 
8) Aien - http://aiendaksempoi.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-pap-pa-le-oo-lei-set.html
9) Ainie http://ainiesempoy.blogspot.com/2012/05/fist-giveaway-by-cik-jajika.html
10) Nor Hazwanie http://rosepurple92.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
11) Eyna - http://malyhah.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
12) Eira Yusoff - http://ceritaceritaeirayusoff.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
13) Khuzaimah - http://khuzaimahbahari.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
14) Ira - http://iraathira.blogspot.com/2012/05/first-giveaway315.html
15) Mirah Halim - http://erahonlinediary.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
16) Ibu - http://afiman81.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
17) Nurul Ain http://gilecontest.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
18) Hana - http://justforfund.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
19) Munirah Ezzaty - http://mun-rah.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
20) Farah Majdiah - http://farahmajdiah.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
21) Cik Zombie - http://shimaituaku.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
22) Eurika Afiqa - http://blossominmay.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
23) Miss Iqah - http://ashahirah.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
24) Aini Aqilah - http://ainiaqilah.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
25) Fisya Isya http://cyahok.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
26) Pink Lavender http://pinknlavender.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
27) Syiera - http://thisforjoin.blogspot.com/2012/05/cik-jajika-first-giveaway.html
28) Syazliyana - http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
29) Cik Orange - http://nerd2aku.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika-d-click.html
30) Nur Farah - http://nurfarahfadzil.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
31) Farra Izaty - http://farra-izzaty.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
32) Nawa - http://capitalkismylife.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
33) Katawe - http://kataweup.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
34) Kesuma Angsana - http://kesumaangsana.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
35) Hairuliza - http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
36) Fiqra - http://fiqrakendet.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
37) Syahirah - http://mylifestory-secretofhiramin.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
38) Mayang - http://mayangbakingmadness.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
39) Cik HoneyBee - http://storycikhoneybee.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
40) Hasmiza - http://duanmizastory.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
41) Hanis Syazana - http://rightnot.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
42) Salina - http://foolishlovevictim.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
43) Myza - http://diariesaya.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
44) Ibu Lala - http://ibulala.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
45) Cik Bunny - http://giftcikbunny.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
46) Iera Ziera - http://theieraziera.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
47) Cek Pipah - http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
48) Nurain - http://liltingmelody.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
49) Epal Chiby - http://epalchiby.blogspot.com/2012/05/giveaway-by-cik-jajika.html
50) Gee - http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
51) Ayinn - http://yiyinnyonnsenget.blogspot.com/2012/05/first-give-away-by-cik-jajika.html
52) Nyna Amani - http://neenaamanee.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
53) Noris - http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-cik-jajika.html
54) Zaidatul - http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
55) Killa - http://akuceritakualkisahku.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-cik-jajika.html
56) Noor Husna - http://scandalforlife.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
57) Diyana - http://winnersjourney.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
58) Kyle Lina - http://menariksanasini.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
59) Nabila - http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
60) Iema - http://saiapunyacherita.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
61) Scya - http://shasha-pendek.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
62) Ainur - http://ainuraqidah.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
63) Iswilma - http://miss-oranges.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
64) Athirah - http://atirahhayati.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
65) Mimie - http://www.feetdrunk-lightlove.co.cc/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
66) Nadhdiya - http://nadhdiya.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
67) Waheeda - http://waheedaonair.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
68) Hafiz - http://3259thelittleboy.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
69) Mira - http://missmashimaaru.blogspot.com/2012/05/giveaway-first-giveaway.html
70) Akma - http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
71) Cik Lynn - http://lynnlinda.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
72) Suehana - http://suehanasueha.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
73) Fiqah - http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
74) Miss KK - http://sweetmisskk.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
75) Botol Air Kosong - http://luluselalu.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
76) Nur Za - http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
77) Cik Fafa - http://fafazukri.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
78) Farrah Mawan http://feeraakira.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
79) Nur Saidatul Azwa - http://nursaidatulazwaa.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
80) Yumida - http://umikasum.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
81) Farah farzana - http://farahfarzanaroslan.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway.html
82) Farhanah Adzlan - http://farhanahadzlan2.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
83) Myself - http://iris-everythinggonnabealright.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
84) Zatty - http://musyuxmusyux95.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway-by-cik-jajika.html
85) Fieza Sani - http://chintahati81.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
86) Little Peach - http://honeylittlepeachteehee.blogspot.com/2012/05/1st-c-o-n-t-e-s-t-in-my-l-i-f-e.html
87) Myra - http://sheismyra.blogspot.com/2012/05/first-giveaway.html
88) Nida - http://alongnidar.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
89) Mardihah - http://madieygadis98.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
90) CBB -  http://chebethomekbong.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
91) Siti Zarith - http://ceritaakulahh.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
92) Jari-jemari - http://opspintuhatiku.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
93) Nanakimie - http://nanakimie.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
94) Azreen - http://lollalicious-azreen.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
95) Cik Angah Humairah - http://giveaway-only.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
96) Lieyna Rosli - http://lieyna-story.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
97) Fara Chew - http://farachew.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
98) Ain Vanilla - http://aenvanilla.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
99) Zyraa - http://zyraaaaaa.blogspot.com/2012/05/ga-cik-jajika-senang-je.html
100) Mieraa Mohammad - http://secondbmm.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html
101) Fazleen - http://fazleenkamarudin.blogspot.com/2012/05/first-giveaway-by-cik-jajika.html








More info:

Menarik Tentang Yuna



nota kaki: prepare hadiah 

GADIS DIRASUK JIN MENCAKAR KARPET SURAU DAN MENGANGKAT BESI PELAPIK LONGKANG MENGGUNAKAN 2 JARI

Assalamualaikum dan Hi,

*kredit to Mazidul Akmal



Pada awal pertemuan saya bersama perawat Kasturi Syifa', memang tidak dapat dinafikan, saya berasa amat segan dan janggal. Mereka kelompok insan berilmu dan amat merendah diri. Ternyata, usia bukan ukuran ilmu mereka miliki. Sebagai kelompok Al-Hafiz dan memahami kandungan 30 juzuk kita suci Al-Quran, saya amat menghormati mereka biarpun usia saya jauh lebih tua berbanding usia mereka semua.

Saya bertemu mereka pada tanggal 1 Ogos 2011 di pejabat di Mutiara Gombak, Selangor. Bermula dengan Ustaz Aznil dab Ustaz Hafiz, saya kemudian mengenali sahabat mereka, Ustaz Din, Ustaz Musleh dan lain-lain.

Sebelum itu, saya pernah terserempak kejadian ganjil seorang gadis dianggarkan berusia awal 20 an dirasuk oleh jin.

Kes itu berlaku sekitar awal tahun 90 an.

Sebaik tamat berdebat di kampus induk, saya dan rakan baik, Hannas Hakmad bergerak menuju  ke arah surau Asrama Jati, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Di hadapan kami berjalan beriringan dua pelajar bertudung panjang, berpakaian serba hitam.

Sebaik mereka ingin mengambil wuduk di paip di sebelah surau, azan Zohor dilaungkan dek bilal kedengaran  kuat di pembesar suara. Tiba-tiba gadis tinggi lampai menjerit dan bagai tidak sedarkan diri. Melihat kejadian itu, kami meluru lalu mengangkat gadis terbabit ke dalam surau dan membaringkannya menelentang di atas karpet.

Saya dan Hannas terpinga-pinga, tidak memahami hal berlaku.

Beberapa saat kemudian, gadis terbabit bangun dan memandang ke arah kami berdua dan rakan wanitanya. Renungan matanya amat tajam sambil kuku kedua belah tangannya mencakar kasar karpet terhampar.

Pada masa sama kedengaran suara dengusan kuat.

Tanpa diduga, dia bingkas bangun, meluru mendapatkan meja rotan bercermin kaca di dalam surau , diangkat dan cuba mengejar kami berdua. Sebagai pemain ragbi, biarpun bertubuh kurus, Hannas pantas menerpa serta menangkap kaki gadis terbabit.

Dia terjatuh dan terbaring.


"Aduh! Janganlah buat begitu. Buat apa kamu tangkap kaki aku? Aku jatuh, aku sakit," keluh gadis itu.

Beberapa saat kemudian, sambil duduk dia mula mencakar karpet sekali lagi. Tiba-tiba dia berlari ke luar surau dan berdiri berhampiran pokok besar sambil bercakap dalam bahasa Thailand. Ketika itu kami hanya memerhati dari jarak jauh.

Segala aksi gadis itu kelihatan tidak ubah bak lakonan di dalam drama Melayu. Puas bercakap seorang diri sambil menghadap pokok, dia kemudian berpusing ke arah pintu masuk di belakang surau, memerhatikan kami sedang melihatnya. Perlahan dia membongkokkan tubuh dan pantas mencapai besi penutup longkang berwarna merah, diangkat hanya menggunakan dua jari sahaja dan kembali mengejar kami di dalam surau.

Hannas, kini bertugas sebagai pengurus ladang berjaya di Tawau, Sabah, kembali berperanan sebagai pemain ragbi dan gadis itu terjatuh buat kali kedua.

Setiap kali jatuh, dia merayu, kesakitan.

Sewaktu dia cuba bangun, saya, Hannas dan beberapa lagi jemaah lelaki terpaksa menekan tubuhnya ke lantai namun kekuatan dimiliki gadis itu bukan kepalang.

Kami melambung ditolak ke tepi.

Biarpun peristiwa itu berlaku kira-kira 20 tahun lalu dan jarang saya ceritakan kepada sesiapa, kekuatan dimiliki oleh gadis terbabit terungkai setelah saya bertemu dengan perawat Kasturi Syifa.

Fakta, jin mempunyai kekuatan 20 kali ganda berbanding tenaga manusia biasa. Pada masa sama sentiasa  mencuba untuk mengelirukan manusia.

Jika pembaca mempunyai kelapangan waktu, sila klik di sini untuk menambahkan ilmu.

Semua sahabat saya pada ketika itu sedang mula memasarkan produk pertama mereka, minyak Kasturi Syifa'. Ibu minyak kasturi sebelum dibotolkan telah dibacakan dengan ayat ayat Syifa', Rukyah dan didoakan lebih 30 kali dengan 30 juzuk Al-Quran.

"Sebenarnya ini satu ikhtiar dalam perubatan Islam. Minyak tidak berkuasa. Segalanya berlaku dengan izin Allah," pesan mereka.


Saya diberitahu, jin tidak sukakan bauan wangi dan tempat bersih.

Dalam satu tinjauan bersama kru Penyingkap Fakta 666, di Hutan Lipur Ulu Bentul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, secara tidak sengaja, seorang perawat Kasturi Syifa' berjaya merakamkan imej seperti Orang Utan berhampiran TANDAS.  



Sila baca laporan lengkap di sini.

Justeru tidak hairan, jika sebelum ini kami banyak menerima aduan berhubung kes penghuni rumah mendakwa terlihat bak lintasan lembaga hitam menuju ke arah TANDAS di rumah mereka.

Jin gemarkan lokasi kotor.

Sebelum ini saya juga mendapat aduan berhubung kes anak kecil dilaporkan sukar tidur malam. Kata ibu mereka, bayi bagaikan diusik atau seperti bergurau bersama entiti tidak kelihatan pada mata kasar.

"Cubalah minyak Kasturi Syifa', ikut arahan seperti tercatat di dalam kotak, dengan izin Allah, keadaan akan menjadi baik," ujar saya.

Beberapa hari kemudian, saya menerima panggilan daripada ibu sama.

"Bang, saya hendak lagi 5 botol," pintanya.

"Kamu hendak buat mandian ke?," gurau saya.

"Bukan, hendak diberikan kepada kawan sebagai hadiah. Alhamdulillah anak saya tidur lena," ujarnya.

Saya yakin minyak Kasturi Syifa' diaurakan dengan ayat ayat Syifa' dan Rukyah serta didoakan dengan bacaan Al-Quran mempunyai kelebihan tersendiri.


Blogger, Kak Jee juga berkongsi pengalaman beliau berhubung minyak Kasturi Syifa, klik di sini.

Jika ingin mengetahui maklumat lebih terperinci mengenai minyak terbabit dan produk lain, sila ke laman Facebook Ibu Pejabat Kasturi Syifa', klik di sini.

Kasturi Syifa' juga menawarkan perkhidmatan rawatan menggunakan kaedah Islam berhubung masalah gangguan jin. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Jika berhasrat memberikan sumbangan ikhlas kepada perawat di atas usaha dan bantuan mereka, saya tidak melarang.

Untuk rawatan, sila berhubung dengan Ustaz Musleh di talian 012 298 7900.

Manakala untuk mendapatkan bekalan minyak Kasturi Syifa' dengan kadar segera, sila telefon stokis di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Puan. Lin di 012 6277 300.

SILA HEBAHKAN



Sumber : sini








nota kaki: pengalaman yang mengerikan sungguh!

GA Cik Jajika Senang Je Will End Soon!!!

Assalamualaikum and Hi,


Untuk pengetahuan korang semua, Giveaway yang aku anjurkan ni akan berakhir tak lama lagi. Bila? Serius tak tahu ker? Cuba tengok banting kat bawah ni...



Ye korang. 31 Mei 2012. Iaitu hari ini!!! Cepat-cepat.. Jangan terlambat. Aku akan tutup GA ini pada pukul 12.30 okay. Baik korang cepat kalau nak dapatkan hadiah hebat dari aku.


Sebelum itu, aku nak terangkan beberapa perkara di dalam ' GA Cik Jajika Senang Je' ini. Untuk sesiapa yang join, korang mesti tahu yang GA aku ni memang senang sangatlah kan berbanding yang lain. Cuma korang kena post 1 entri yang mempunyai banting GA (seperti di atas), salin semula senarai hadiah, paling penting backlink dan tak lupa bagitahu aku kat ruangan komen link url enrti korang tu. 

Ya, percayalah!! Itu sahaja dan korang dah layak nak join GA aku. Tak payah follow aku pun tak apa. Den tak kisoh pon. Hehe. Mana korang nak dapat GA senang macam ni? Susah tau. 


Ala, aku bukan nak riak or berlagak cuma tengah promote ni hah. Sekarang, senarai terkini peserta GA aku dah 94 orang dalam masa 2 minggu je. Alhamdulillah. Tapi kalau sampai 100 pun ok juga. Ada beberapa jam sahaja lagi kan. So harap sesiapa yang tiba-tiba rasa nak join, cepat-cepat tekan gambar banting tu ye. Tak rugi tau. Dah niat aku baik nak bagi kat korang hadiah-hadiah tu.


Hah, cakap pasal hadiah yang aku nak bagi tu, Mesti korang pelik sikit kan? Tak pernah-pernah boleh pilih tapi aku bagi berset bagai kat korang. Yela, aku tahu tak semua yang suka benda yang sama. So, aku buatlah 3 set hadiah yang korang boleh pilih. Ini supaya korang senang nak pilih ikut citarasa. Kalau ditengok balik pun, lelaki pun boleh join. Tak adalah terhad untuk blogger perempuan je kan? Betul tak? =)


Aku rasa pemenang melalui RANDOM.ORG akan dipilih lebih kurang 2 orang dan seorang pemenang melalui TOP REFERRAL. *bergantung pada keadaan ye... Thanks!!!











nota kaki : jeng jeng jeng...tak sabar nak tahu siapa yang bakal menjadi pemenang!!hehe