Thursday, May 31, 2012

GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eksklusif 18SX)

Assalamualaikum dan Hi,

*kredit to Mazidul Akmal


Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam.

Jam 3.30 petang saya berada di Taman Mas, Putra Perdana, Puchong.


Gadis ini kemudian diberkas oleh polis.


Kakak gadis di atas berusia 31 tahun, 'Shana', bukan nama sebenar berasal dari Raub, Pahang kemudian ditahan. 

Saya difahamkan teman lelaki Shana, 31 tahun, 'Iko', berasal dari Nigeria telah memperdaya ramai mangsa menggunakan internet dan meraih keuntungan kira-kira 1 juta ringgit.


Shana kemudian dibawa ke rumahnya. 


"Teman lelaki saya telah pulang ke Nigeria dan setiap kali saya berasa rindu kepada dia, saya meulis nama dia," jelas pemegang Diploma Pengajian Komputer itu.

Tambahnya, Iko terbabit dalam kegiatan Nigerian scam dan sebelum ini wang mangsa didepositkan ke dalam akaun bank miliknya, berjumlah di antara RM5,000 dan RM50,000.

Berikut kenyataan Shana seterusnya.

"Kekadang RM100, kekadang RM200 sahaja sebab teman lelaki saya hanya menerima komisyen 10% daripada jumlah diterima, saya berkongsi dengan dia," dakwanya.

Melalui nama diberikan oleh Shana, saya mengakses Facebook milik Iko dan gambar kekasih kini hidup mewah di negara asal di bawah disahkan oleh wanita itu.


"Apakah antara daya tarikan Iko kepada awak?," soal saya kepada Shana.

"Dia baik, amat mengambil berat tentang saya dan memang selalu menolong saya dari segi kewangan," balas anak ke 2 dari 8 beradik itu.

Kata Shana, Iko tidak pernah membawa dia bercuti atau berhibur, cuma kadangkala mereka ke Cheras, Kuala Lumpur untuk bertemu rakan senegara teman lelaki itu.


"Saya bersama (mengadakan hubung seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7 bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana lagi.

Wajahnya kelihatan selamba berkongsi kisah kehidupan.

"Teman lelaki awak sebelum dia, Melayu?," soal saya.

"Lima semua, Melayu dan mereka suami orang tetapi lelaki meragut dara saya berusia 40 an, berasal dari Teluk Intan, Perak. Ketika itu saya berusia 20 tahun. Empat lagi teman lelaki lain, berasal dari Selangor. Biasalah lelaki bermulut manis," ujarnya.

Jam 4.15 petang, kami bergerak ke bekas rumah Iko. Menurut Shana, Iko berkongsi pangsapuri terbabit bersama 3 lagi warga Nigeria lain.

Mereka memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan majoriti tidak pernah menghadiri kuliah.


Rumah disewa dengan harga RM300 sebulan itu didapati kosong. 


Shana kemudian diminta menghubungi belas rakan sebumbung Iko.

"Joshua, please. I want to take my laptop from the house," rayu Shana. 

Dari raut wajahnya, saya dapat menjangkakan jiwa wanita itu amat resah. Barangkali Shana baru sahaja tersedar dari mimpi dan tidak dapat mengakui hakikat selama bersama, dia hanya dijadikan habuan seks oleh Iko.  


"Kawan dia cakap tengah berada di dalam bas, suasana di sekeliling kedengaran bising, bunyi orang bercakap," terang Shana kepada saya. 


Bilik teman lelaki Shana berbau hapak juga diperiksa. Saya berasa amat hairan bagaimanakah gadis tempatan sanggup melepak di ruang hamis serta bersepah seperti itu.

Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya.

"Kata tadi hendak mengambil telekung, carilah," kata saya. 

Beberapa saat kemudian Shana menemui dan mengambil telekungnya di dalam bilik Iko.


Pada 17 Disember lalu Iko dipercayai cuba membawa Shana pulang ke Nigeria untuk menyambut Kristmas.


"Dia memang ada mengajak awak untuk berkahwin ke?," soal saya.

Shana menganggukkan kepala.

"Orang Melayu tidak mahu dengan kita, kalau ada pun semua suami orang," komennya ringkas.

Saya terdiam sekaligus teringat kenyataan anggota polis menjadi kenalan saya sejak 10 tahun lalu.

"Saya sudah banyak kali terbabit dalam operasi memberkas warga Nigeria. Bukan perempuan tempatan tubuh berisi sahaja menjadi mangsa, gadis cantik pun terkena. Bila ditanya mengapakah boleh begitu mudah terpikat dengan lelaki Nigeria? Dia menjawab, dia orang istimewa. Teman wanita dibawa balik ke rumah, di taburkan dengan kata-kata manis dan romantis. Sebelum melakukan hubungan seks, teman wanita dimandikan terlebih dahulu. Dipastikan kedua mereka berasa selesa dengan semburan minyak wangi. Selepas bersama, si lelaki akan mendukung manja teman wanitanya ke bilik mandi dan dimandikan sekali lagi. Melalui pengalaman, majoriti mangsa terjebak berbangsa Melayu dan India, Cina kurang," jelas rakan.

Namun Shana mendakwa menempuh pengalaman berbeza.

"Saya dengan Iko, normal sahaja, tidak didukung pun cuma dia sungguh caring," ujarnya.

Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria.



Sumber : sini 









nota kaki: sila berhati-hati ye wahai warga Malaysia!


2 comments:

ain vanilla said...

betol . jangan mudah terpedaya

Cik Jajika said...

berhati-hatilah ye...