Thursday, May 31, 2012

GADIS DIRASUK JIN MENCAKAR KARPET SURAU DAN MENGANGKAT BESI PELAPIK LONGKANG MENGGUNAKAN 2 JARI

Assalamualaikum dan Hi,

*kredit to Mazidul Akmal



Pada awal pertemuan saya bersama perawat Kasturi Syifa', memang tidak dapat dinafikan, saya berasa amat segan dan janggal. Mereka kelompok insan berilmu dan amat merendah diri. Ternyata, usia bukan ukuran ilmu mereka miliki. Sebagai kelompok Al-Hafiz dan memahami kandungan 30 juzuk kita suci Al-Quran, saya amat menghormati mereka biarpun usia saya jauh lebih tua berbanding usia mereka semua.

Saya bertemu mereka pada tanggal 1 Ogos 2011 di pejabat di Mutiara Gombak, Selangor. Bermula dengan Ustaz Aznil dab Ustaz Hafiz, saya kemudian mengenali sahabat mereka, Ustaz Din, Ustaz Musleh dan lain-lain.

Sebelum itu, saya pernah terserempak kejadian ganjil seorang gadis dianggarkan berusia awal 20 an dirasuk oleh jin.

Kes itu berlaku sekitar awal tahun 90 an.

Sebaik tamat berdebat di kampus induk, saya dan rakan baik, Hannas Hakmad bergerak menuju  ke arah surau Asrama Jati, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Di hadapan kami berjalan beriringan dua pelajar bertudung panjang, berpakaian serba hitam.

Sebaik mereka ingin mengambil wuduk di paip di sebelah surau, azan Zohor dilaungkan dek bilal kedengaran  kuat di pembesar suara. Tiba-tiba gadis tinggi lampai menjerit dan bagai tidak sedarkan diri. Melihat kejadian itu, kami meluru lalu mengangkat gadis terbabit ke dalam surau dan membaringkannya menelentang di atas karpet.

Saya dan Hannas terpinga-pinga, tidak memahami hal berlaku.

Beberapa saat kemudian, gadis terbabit bangun dan memandang ke arah kami berdua dan rakan wanitanya. Renungan matanya amat tajam sambil kuku kedua belah tangannya mencakar kasar karpet terhampar.

Pada masa sama kedengaran suara dengusan kuat.

Tanpa diduga, dia bingkas bangun, meluru mendapatkan meja rotan bercermin kaca di dalam surau , diangkat dan cuba mengejar kami berdua. Sebagai pemain ragbi, biarpun bertubuh kurus, Hannas pantas menerpa serta menangkap kaki gadis terbabit.

Dia terjatuh dan terbaring.


"Aduh! Janganlah buat begitu. Buat apa kamu tangkap kaki aku? Aku jatuh, aku sakit," keluh gadis itu.

Beberapa saat kemudian, sambil duduk dia mula mencakar karpet sekali lagi. Tiba-tiba dia berlari ke luar surau dan berdiri berhampiran pokok besar sambil bercakap dalam bahasa Thailand. Ketika itu kami hanya memerhati dari jarak jauh.

Segala aksi gadis itu kelihatan tidak ubah bak lakonan di dalam drama Melayu. Puas bercakap seorang diri sambil menghadap pokok, dia kemudian berpusing ke arah pintu masuk di belakang surau, memerhatikan kami sedang melihatnya. Perlahan dia membongkokkan tubuh dan pantas mencapai besi penutup longkang berwarna merah, diangkat hanya menggunakan dua jari sahaja dan kembali mengejar kami di dalam surau.

Hannas, kini bertugas sebagai pengurus ladang berjaya di Tawau, Sabah, kembali berperanan sebagai pemain ragbi dan gadis itu terjatuh buat kali kedua.

Setiap kali jatuh, dia merayu, kesakitan.

Sewaktu dia cuba bangun, saya, Hannas dan beberapa lagi jemaah lelaki terpaksa menekan tubuhnya ke lantai namun kekuatan dimiliki gadis itu bukan kepalang.

Kami melambung ditolak ke tepi.

Biarpun peristiwa itu berlaku kira-kira 20 tahun lalu dan jarang saya ceritakan kepada sesiapa, kekuatan dimiliki oleh gadis terbabit terungkai setelah saya bertemu dengan perawat Kasturi Syifa.

Fakta, jin mempunyai kekuatan 20 kali ganda berbanding tenaga manusia biasa. Pada masa sama sentiasa  mencuba untuk mengelirukan manusia.

Jika pembaca mempunyai kelapangan waktu, sila klik di sini untuk menambahkan ilmu.

Semua sahabat saya pada ketika itu sedang mula memasarkan produk pertama mereka, minyak Kasturi Syifa'. Ibu minyak kasturi sebelum dibotolkan telah dibacakan dengan ayat ayat Syifa', Rukyah dan didoakan lebih 30 kali dengan 30 juzuk Al-Quran.

"Sebenarnya ini satu ikhtiar dalam perubatan Islam. Minyak tidak berkuasa. Segalanya berlaku dengan izin Allah," pesan mereka.


Saya diberitahu, jin tidak sukakan bauan wangi dan tempat bersih.

Dalam satu tinjauan bersama kru Penyingkap Fakta 666, di Hutan Lipur Ulu Bentul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, secara tidak sengaja, seorang perawat Kasturi Syifa' berjaya merakamkan imej seperti Orang Utan berhampiran TANDAS.  



Sila baca laporan lengkap di sini.

Justeru tidak hairan, jika sebelum ini kami banyak menerima aduan berhubung kes penghuni rumah mendakwa terlihat bak lintasan lembaga hitam menuju ke arah TANDAS di rumah mereka.

Jin gemarkan lokasi kotor.

Sebelum ini saya juga mendapat aduan berhubung kes anak kecil dilaporkan sukar tidur malam. Kata ibu mereka, bayi bagaikan diusik atau seperti bergurau bersama entiti tidak kelihatan pada mata kasar.

"Cubalah minyak Kasturi Syifa', ikut arahan seperti tercatat di dalam kotak, dengan izin Allah, keadaan akan menjadi baik," ujar saya.

Beberapa hari kemudian, saya menerima panggilan daripada ibu sama.

"Bang, saya hendak lagi 5 botol," pintanya.

"Kamu hendak buat mandian ke?," gurau saya.

"Bukan, hendak diberikan kepada kawan sebagai hadiah. Alhamdulillah anak saya tidur lena," ujarnya.

Saya yakin minyak Kasturi Syifa' diaurakan dengan ayat ayat Syifa' dan Rukyah serta didoakan dengan bacaan Al-Quran mempunyai kelebihan tersendiri.


Blogger, Kak Jee juga berkongsi pengalaman beliau berhubung minyak Kasturi Syifa, klik di sini.

Jika ingin mengetahui maklumat lebih terperinci mengenai minyak terbabit dan produk lain, sila ke laman Facebook Ibu Pejabat Kasturi Syifa', klik di sini.

Kasturi Syifa' juga menawarkan perkhidmatan rawatan menggunakan kaedah Islam berhubung masalah gangguan jin. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Jika berhasrat memberikan sumbangan ikhlas kepada perawat di atas usaha dan bantuan mereka, saya tidak melarang.

Untuk rawatan, sila berhubung dengan Ustaz Musleh di talian 012 298 7900.

Manakala untuk mendapatkan bekalan minyak Kasturi Syifa' dengan kadar segera, sila telefon stokis di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Puan. Lin di 012 6277 300.

SILA HEBAHKAN



Sumber : sini








nota kaki: pengalaman yang mengerikan sungguh!

No comments: