Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, April 16, 2012

What I'm Studying?

Assalamualaikum,


Usually anyone who ask about my profession will ask what I'm studying at college. Baiklah, mari aku terangkan apa yang aku buat selama hidup aku di Kuala Lumpur ni ye.


Tuan-tuan / Puan-puan / Cik-cik / Dato Datin dan sebagainya... Course aku ini bukanlah pelik sangat ye cuma bagi yang tak berapa mengetahui akan rasa memang pelik. Ye, aku tahu sebab ramai yang tak tahu tapi tak semua yang tak tahu. Ramai juga yang tahu ye...ehhe


Bidang yang telah aku terjun menjunam ini dikenali sebagai Safety & Health. Course aku kat kolej pula ialah Diploma Occupational Safety & Health Management. Bagi yang agak kurang pengetahuan rasanya korang boleh tambah ilmu di dada dengan membuat research tentang bidang ini. Korang tak akan rugi. Malahan mungkin korang rasa rugi sebab tak tahu dengan lebih awal bidang ini (bukan nak pomote ye.hehehe).


Time aku jumpa kengkawan/ sanak-saudara/ orang luar atau sesiapa sahaja, mereka akan tanya bidang apa tu? Kerja jadi security guard ker? Act, sangat-sangat tak masuk dek akal kalau aku belajar 3 tahun amik diploma semata-mata nak jadi pak guard. Bukan nak merendahkan mereka ye. Cuma nak betulkan benda yang tak betul.


Di syarikat yang aku bekerja sekarang, jawatan aku boleh dirumuskan sebagai Occupational Safety & Health (OSH) Assistant. Kerja aku adalah menolong jabatan OSH untuk memastikan aplikasi undang-undang Occupational Safety & Health Act (OSHA) di bangunan ini. Untuk pengetahuan korang, mari aku merumuskan kerja aku di sini. Lain bidang akan melibatkan perlaksanaan atau cara kerja yang berbeza. Namun masih mengekalkan objektif yang sama.


Kerja kami untuk mengelakkan sebarang kecederaan, kejadian atau kemalangan disebabkan pekerjaan (occupational). Bagi yang masih tak paham, mari aku bagi contoh kerja apa yang kami ni buat.


Kalau ada pekerja sakit/mati/cedera akibat kerja mereka dan berlaku berkaitan tempat kerja, ianya melibatkan jabatan kami. Fire drill / Fire evacuation tuu pun melibatkan jabatan OSH ye. Kami akan bergabung tenaga dengan jabatan-jabatan lain yang berkaitan untuk menyediakan prosedur keselamatan, mengumpul dan mengemas kini nombor keselamatan dan memastikan semua staff mengetahui kewujudannya. Kami juga perlu memastikan langkah-langkah keselamatan tersebut sentiasa dipantau dan berterusan.


Kalau nak cerita memang panjanglahkan. Tapi bila sesuatu kemalangan besar berlaku di tempat kerja contohnya bila ada pekerja yang mati / kilang meletup / tempat kerja terbakar dan sebagainya, jabatan yang pertama dicari oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) adalah jabatan kami. So walaupun nampak remeh tapi sangat penting adanya jabatan ini di sesebuah syarikat / industri. Lebih-lebih lagi bagi industri yang sangat merbahaya dan potensi untuk terjadinya kemalangan besar tinggi amatlah perlu melantik Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Safety & Health Officer/ SHO).


Gaji pula setakat ini, alhamdulillah. Sangat okay lagi-lagi bagi kaum adam sebab bidang ini dimonopoli oleh kaum adam sejak dulu lagi. Peringkat international pun sama juga. So bagi aku kaum hawa, nak mendapat tempat di bidang ini agak sukar sebab masih ramai lagi dengan mentaliti lama. Mereka sukar untuk menerima kami ini menjadi sebahagian dari mereka.


Sekarang bidang ini ibarat cendawan tumbuh sebab mereka sudah nampak dan sedar akan potensi bidang ini di Malaysia. Kalau nak masuk bidang ini pastikan tempat pengajian yang ingin dimasuki itu diikhtiraf dan terbaik buat anda. Yang pasti jangan masuk City Universiti sebab intake dia everyday pun ada intake baru. Cuba korang bayangkan. Tempat belajar pun teruk. Ramai student sana lari masuk kolej aku.


Sampai sekarang aku masih percaya dengan apa yang aku fikir. Dulu cikgu-cikgu akan cakap atau sematkan dalam fikiran semua pelajar, 'Belajar sampai berjaya masuk U'. Well, let me tell you that I'm not totally agree with that statement. Are you sure if I pass the examination and enter public University then I could be success? I will say it is totally not true.


Apa yang kita belajar di U pun perlu diambil kira. Aku tahu aku tak cukup cerdik nak amil Medic / Law/ any critical subject kat U. So, aku tak nak amik course pape tah kat sana atas alasan nak masuk U. Aku tak nak bila belajar kat sana 3-4 tahun lepas tuu keluar kerja tah pape. Memang aku tak nak semua tu.


Sebab itulah aku masuk kolej ni dan pilih bidang ni. Sesuatu yang amat mencabar aku. Banyak benda baru dan kebanyakkannya diluar pengetahuanku. So, aku perlu bekerja kuat untuk membalas jasa mereka yang telah menabur bakti buat aku. Ok?


Dah paham tak huraian aku ni? Papehal boleh tanya je. Aku sudi share apa yang aku tahu. Tak nak kedekut punya orang k. Hehehe =))





foot note : belajarlah hingga ke hujung dunia...

Wednesday, March 21, 2012

Raja Lawak 6

Assalamualaikum,


Rasa nak menulis dalam bahasa. Okay je kan? Yela, malu sebab bahasa omputih aku tunggang terbalik. hehe


Baiklah, berbalik pada tajuk entry hari ini memang nak story pasal Raja Lawak 6. Dimana sewaktu kejadian tersebut aku pergi menonton.


Hujan lebat. Aku paksa Aiman pakai macam ni. Comel! Hahaha


Balik-balik kerja terus tunggu kawan-kawan bf dari Kluang sebab Shiro (pemenang Raja Lawak 6) adalah kawan-kawan dieorang dan juga abang kepada salah sorang dari mereka. So aku pun tumpang sekaki jela. Apa lagi. hehe


Boleh aku cakap yang semua pakai selawa mungkin. Tapi aku jela relax. Selebet kot *Selekeh* Hehe


Sorry bukan aku tak nak melawa tapi aku dahla baru balik kerja. Penat la. Lagipun tak rasa nak makeup giler-giler. Buat apa kalau sekadar plastik? Sampai Aiman cakap kat aku yang die rasa kawan-kawan die tengok aku, biasa-biasa je.


Tahu apa aku cakap? If dieorang nak tengok patung semata, boleh toleh tempat lain. Aku lagi suka orang tak pandang aku sebab aku bukan 'PLASTIC'. Biar buruk di luar tapi emas di dalam. Paling penting dan sememangnya aku. Aku tak suka menarik perhatian orang. Bukan nak bangga or cakap besar tapi aku memang lagi suka down to earth. Tak mati pun kalau tak dapat perhatian.



Okay-okay, berbalik pada apa yang aku nak cerita. Mula-mula ingatkan tak dapat masuk sebab tiket limited. Lepas tu dapat lak tiket VIP dan duduk la depan. Tapi sayang sebab muka tak dapat masuk tv even penat aku ketawa cute-cute cover macam kelakar giler. Namun masih gagal masuk tv. Hahha *palm face




Gambar pun aku tak amik sangat sebab bagi aku, dieorang still orang biasa. So, kalau sebelum ni aku boleh je buat relax dengan dieorang jadi kenapa aku nak jadi plastik lagi dan sibuk-sibuk ank ambil gambar?


Lepas tu semua menggelumpur kelaparan. Terus pecut ramai-ramai pergi kampung baru. Makan malam pukul 2 pagi. Memang bestla. Perut pun dah masuk angin. Balik-balik terus kepenatan. Tidur lak pukul 3 lebih. Hampir pukul 4 okay.


Keesokannya bangun pukul 7 dan bergegas ke Puchong pulak tapi naik ERL sebab nak cepat. Memang rushing giler. Teman along pergi repair kete sampai pukul 4 lebih then pergi OU jalan-jalan and window shopping (along belanja). Balik rumah pukul 8, mandi-mandi terus teman Aiman pergi makan kejap.


Balik pukul 10 terus flat! Penat giler. Terus tidur tak mati sampai hari ahad. Masih ada appointment okay. Dengan bff ke Matta fair. Kalau nak tahu, boleh baca next entry. Trimas!! hehehe


Gambar dari tempat duduk. Congrats Shiro!



nota kaki:busy giler mengalahkan YB!!

Friday, December 16, 2011

Happy Birthday Faridah Hanim Mohd Khalim!

Assalamualaikum,


*entry ni agak panjang ye..harap maklum..hahaha


Pertama sekali, aku nak wish selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-21. Well, sebagai adik sepatutnya kau perlu lebih hormat dan selalu contact aku..ye dakk? Hahhaa.. Gurau je.


Agak lama kita tak berjumpa kan? Aku rasa lebih kurang 4 tahun kan? Kalau aku tak salah la. Since lepas SPM memang aku tak jumpa. Yela, budak pandai memang belajar jauh-jauh kan? Hehe..


Disebabkan jarang berjumpa, serius aku tak ingat kalau kita pernah berjumpa or terserempak sepanjang waktu 4 tahun tu. Dan paling penting tak sabar nak reunion dengan kawan-kawan yang lain. Rindu sangat-sangat.


Hari tu kau dah post 1 entry khas untuk aku sempena ulang tahun aku so sekarang aku nak buat 1 post istimewa buat rakan karibku sejak tadika kemas lagi. hehe


Ye, memang kita berkenalan sejak di tadika tapi aku memang hanya rapat dengan sepupu aku je. Yela, aku kan pemalu dan sememangnya bukan seorang yang ringan mulut macam SEKARANG. Oh, dunia sudah berubah. ehhe.. Balik tadika aku akan lepak dekat rumah sepupu aku yang berada di hadapan rumah aku je sebab mak dan ayah aku tak balik dari sekolah lagi (kerja sebagai cikgu..biasalah..).


Kadang-kadang kalau petang-petang aku akan main sorang-sorang belakang kedai ayam ayah aku tuu. Main masak-masak, main tangkap kumbang, main petik bunga, berangan sorang-sorang dan lain-lain. Kira aku sangat active dengan aktiviti aku sebagai individu kesunyian. Hahha


Aku akui rakan-rakan di sekolah sekadar di sekolah. Aku segan dan malu kalau jumpa dieorang kat luar sekolah. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi pemalu gila. Rasa kelakar. Haha.. Fida, kau ingat lagi tak bila cikgu bi kita (aku tak ingat nama... Madam Tan ker? tahla..) ajar Left dan Right. Kalau salah angkat tangan kena rotan? Haha...Aku pun kenalah kadang-kadang kan. Nak buat macam mana..blurr la time tuu.. Kau kena takk? Kau kan pelajar pintar, mesti tak kan? ehhe..


Kau ingat tak masuk darjah 1, aku tak pakai baju kurung biasa? Aku pakai gaun yang selalunya student Cina pakai tuu. Serius seminggu tu aku malu sebab aku sorang je student 'HOT' pakai ala-ala chinese. Hahaha.. Pasan gila kan? Then minggu tuu aku terus suruh mak aku beli baju kurung and tudung sekali tau. Malu punya pasal. hehe


Banyak memori kita berdua juga sebab yang lain-lain kita rapat bila kita masuk form 1 kan? Yang paling aku ingat cikgu matematik aka cikgu lukisan kita masa sekolah rendah. Aku tak ingat nama beliau. Cikgu lelaki. Dari awal tahun hingga akhir tahun asyik melukis gambar ikan je (tengok gambar kat bawah)..ahhahaa... Masalahnya sama je lak tuu bentuk ikan tuu lepas tuu beliau pun tidur sambil tunggu semua siap. Lukisan tuu pula jarang dipungut pun. Sekadar untuk simpanan sendiri..hahaa. Rindu cikgu tuu. Dah meninggal ker beliau? Aku pun tak pasti.


Kalau time subjek matematik pula, aku memang nak minta maaf kat kau sebab aku banyak susahkan kau dulu. Cewahh.. Yela, sebab aku tak hafal sifir kau pun kena. Ingat lagi tak apa yang beliau buat? Kita kena baca sifir berapa ya masa tuu? Mungkin antara sifir 4/6/7/8.. sebab sifir-sifir ni memang aku lemah. Setiap pelajar kena baca secara bergandingan(duo). So bila aku salah, beliau hentak kepala kita berdua. Pening woo.. Rasa ting tong la jugak. ahhahahaa


Kau ingat tak time kita main party-party.. eh, kau ada tak time ni? Tidak aku ingat. hahaha.. Kita masa tuu darjah 3 rasanya. Semua mesti beli something untuk dimakan beramai-ramai. Ada kacang kuning, kacang hijau, jajan..semua adalah.. So kita buat mangkuk kecik pakai paper dan tuangkan kedalam mangkuk buatan tuu. Best woo.. Kira buat jamuan untuk group kita jela. *tolong remind aku kau ada tak time ni? ahaha


Actually aku nak bagitahu, aku masuk darjah 4 hanya dilantik sebagai pengawas pusat sumber je. Masuk darjah 6 baru aku jadi pengawas. Benci aku dengan ketua pengawas aka skandal kau tuu. ahha.. Si Fuad Khalis... Nak ngelat sikit pun tak boleh. Sampai Library dia cari. Hhahaa


Bila masuk sekolah menengah, baru kita jadi rapat 4 sekawan. Kau, Yan, Tika dan aku. berempat bersama-sama. Cuma aku agak sedih bila masuk form 4 kita terpaksa berpisah. Yela, aku sedar aku tak pandai. Aku ni bukan apa kan. Banyak yang aku pendam dan aku tak bagitahu korang.


Korang tahu tak apa aku rasa bila aku pindah kelas bawah (even kelas no 2 je kan)? Serius aku malu, sedih dan tak tahu nak kawan dengan sapa. Since awal-awal aku dah mention yang aku ni kan pemalu orangnya. Aku sangat-sangat depressed tau. Sebab tuu aku beria-ia nak pindah Teknik walaupun mak aku tak kasi. Last-last aku tak pindah sebab masa tuu kewangan mak aku ada masalah. Reason ni memang aku tak bagitahu sesiapa. Kali ni aku tulis sebab bagi aku, norma kehidupan setiap orang ada masalah. It's okay jika kadang kala kita nak meluahkan sesuatu.


Nak tahu apa paling mengecewakan aku? Aku sebenarnya amat mencemburui Ana. Bila aku turun kelas korang ada ahli baru. Korang buat aku rasa sedih sebab korang macam dah jumpa pengganti tempat aku. Aku terasa sangat. Sebab tuu kadang-kadang aku malas nak pergi kelas A. Yela, korang kan pandai. Aku ni cuma girls next door je. Tempat aku pun dah bertuan baru kan? Tapi itu dulu la..sekarang aku dah okay dah..jangan risau..hahaha


Yang paling penting kau tahu tak apa yang menyebabkan result aku teruk? Sebab aku malas belajar. Aku ambil semua sambil lewa. Matematik aku lagi la..harammm nak belajar sejak aku dapat tahu beliau bersikap perkauman sedikit. Kadang-kadang je beliau okay. So aku memberontak. Memang cara aku macam ni kot. Aku memberontak melalui sesuatu yang akan menjatuhkan diri aku. Yela, budak-budak. So, aku memang menyesal.


Same goes with SPM. Aku ambil semuanya sambil lewa. Aku bukan seorang student bermasalah pun. Cuma aku memang MALAS. Last minute baru aku nak tersedar. So aku just speed untuk matematik saja. Yela, matematik yang senang pun aku tak lulus. Macam mana? Nak speed untuk Kimia dan Fizik memang haramm lah kan.. Aku cuba dengan tahap 60% sahaja. Ye...memang salah aku kan. Aku tahu..hehe


Aku nak ucap terima kasih sebab time SPM kau study sama-sama dengan aku. Paling tak boleh blah aku punya agama tuu. Aku kan slow bab-bab agama. Dari antara bottom 3 dalam kelas A & B, aku boleh dapat A2 tuu. Aku macam tercenganglah juga. Orang lain yang lagi teror dari aku pun dapat B je.. Hahaha.. rasa kagum dan terima kasih kat kau..=)


Anyway..memang panjang entry ni. Khas untuk rakanku bernama FARIDAH HANIM BT MOHD KHALIM. Kalau diberi peluang, lagi panjang aku nak tulis untuk kau. Aku sayang kawan-kawan aku. Sepanjang hidup aku, aku dah jumpa macam-macam jenis kawan. Tapi tak jumpa lagi seorang sahabat seperti kau. Rindu kau dan tak sabar menunggu our upcoming journey..



nota kaki : Kaulah orang / rakan pertama yang datang beraya rumah aku. Sayang kau..=) *walaupun kau kutuk tulisan aku buruk (walaupun memang hakikatnya..hahaha) tapi aku taip kat sini dapat la cover kan?hahaa

Tuesday, May 3, 2011

Busy

Salam buat semua,

Hari ini aku agak busy sikit. So aku tak dapat nak update entry banyak (macam yang aku selalu buat..ehehe...) So secara pantasnyer aku ada beberapa event yang perlu aku lakukan mulai hari ini. Semua sibuk nak capai target before dateline.

Love the job / task been given. hehehe....Hopely korang semua enjoy your own life.


p/s:Miss Aiman so much la!!!! and dont forget my cats too...hahaha

Tuesday, January 25, 2011

BORED...!!!!

Rasa bosannyer duk sini sorang2....Cepatlah..nak balik..huhuhu

Monday, January 24, 2011

Yeah..!!!!

Yeah...rasa macam nak lompat tinggi2..hahaha...Kenapa? Siapa? Bila? pape r..kecoh r ko nie FATEN..!!!Hahahahaha....(sje jek nk ckp mcm 2, dengan niat)..hahaha... Alhamdulillah sebab Col and diri aku sendiri puas hati dengan presentation 2..hehehe....Kadang2 aku terpikir kenapa sem2 lepas aku ni bebal sangat nak paham subjek2 tu semua..hahaha..Alhamdulillah sekali lagi sebab aku akan tumpu and pahamkan smuanya. Aku tak nak sekadar hafal and xfaham. Huhu....

Ini lah rupa aku yang COMEL menyebut SUCCESS!!!!Hahahhaa...Cbuk r ko Paten..Jangan kacau aku...!!hahahhaha....Maaf ye..bengong sebentar..hehe...berbalik kepada perasaan aku tadi, aku rasa amat2 bersyukur sebab pe yang aku paham dan pe yang aku buat 2 betul dan tak salah. Bermakna aku SUCCESS!!!!Hahahahahaha

*Entry kali ini hanya sekadar untuk mengada-ngada keSUCCESSan aku dalam subjek MWR and EMEOSHMS!!!Haahhahaahhaah

Sunday, January 23, 2011

Tomorrow

Wahh...esok ada presentation subjek Col...dua subjek lak 2..hahaha...aku tak tahu r aku dah sedia ke belum..sebab rasanya belum lagi..hahaha....Relax je der...Lu jangan gopoh...setelkn smue and hadap smue 2 k...Dun give up and keep strong. Be positive and be smart..!!!!Chayok2....Wish me luck k...hehehe

Saturday, January 22, 2011

Ujian dari-Nya


Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” ( at-Taubah: 111)
.
CARA MENGATASI MASALAH
1. Sandarkan Harapan Pada Allah
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”( At-Taubah: 129)
.
2. Minta Pertolongan Dari Allah
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” ( al-Baqarah: 45)
.
3. Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)
Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)
.
4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.
.
5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.
.
Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah.
.
Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.
.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – (al-Baqarah: 216)


*p/s= so aku kena tawakal dan sabar dalam menghadapi ujian dari-Nya. Insyallah....=)

Bebelanku

Bebel..bebel..bebel...tu je lah yang aku nak buat sekarang. Hahahah...Nak membebel pasal ape ye? Pasal stdy dulu k. Sekarang minggu exam tgal 2 mggu lagi je. Tah r..rasa biasa je... Paling pening pikir pasal OJT...Semoga Allah tolong aku kali ni. Cepat2lah call panggil interview....Rasa macam lambat sangat la pula kan....Leceh betullah..tp aku kena sabar. Aku dah berusaha dan kini masa untuk aku sabar....Hehehe

Sabar Menghadapi Ujian Hidup

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13