Monday, April 16, 2012

What I'm Studying?

Assalamualaikum,


Usually anyone who ask about my profession will ask what I'm studying at college. Baiklah, mari aku terangkan apa yang aku buat selama hidup aku di Kuala Lumpur ni ye.


Tuan-tuan / Puan-puan / Cik-cik / Dato Datin dan sebagainya... Course aku ini bukanlah pelik sangat ye cuma bagi yang tak berapa mengetahui akan rasa memang pelik. Ye, aku tahu sebab ramai yang tak tahu tapi tak semua yang tak tahu. Ramai juga yang tahu ye...ehhe


Bidang yang telah aku terjun menjunam ini dikenali sebagai Safety & Health. Course aku kat kolej pula ialah Diploma Occupational Safety & Health Management. Bagi yang agak kurang pengetahuan rasanya korang boleh tambah ilmu di dada dengan membuat research tentang bidang ini. Korang tak akan rugi. Malahan mungkin korang rasa rugi sebab tak tahu dengan lebih awal bidang ini (bukan nak pomote ye.hehehe).


Time aku jumpa kengkawan/ sanak-saudara/ orang luar atau sesiapa sahaja, mereka akan tanya bidang apa tu? Kerja jadi security guard ker? Act, sangat-sangat tak masuk dek akal kalau aku belajar 3 tahun amik diploma semata-mata nak jadi pak guard. Bukan nak merendahkan mereka ye. Cuma nak betulkan benda yang tak betul.


Di syarikat yang aku bekerja sekarang, jawatan aku boleh dirumuskan sebagai Occupational Safety & Health (OSH) Assistant. Kerja aku adalah menolong jabatan OSH untuk memastikan aplikasi undang-undang Occupational Safety & Health Act (OSHA) di bangunan ini. Untuk pengetahuan korang, mari aku merumuskan kerja aku di sini. Lain bidang akan melibatkan perlaksanaan atau cara kerja yang berbeza. Namun masih mengekalkan objektif yang sama.


Kerja kami untuk mengelakkan sebarang kecederaan, kejadian atau kemalangan disebabkan pekerjaan (occupational). Bagi yang masih tak paham, mari aku bagi contoh kerja apa yang kami ni buat.


Kalau ada pekerja sakit/mati/cedera akibat kerja mereka dan berlaku berkaitan tempat kerja, ianya melibatkan jabatan kami. Fire drill / Fire evacuation tuu pun melibatkan jabatan OSH ye. Kami akan bergabung tenaga dengan jabatan-jabatan lain yang berkaitan untuk menyediakan prosedur keselamatan, mengumpul dan mengemas kini nombor keselamatan dan memastikan semua staff mengetahui kewujudannya. Kami juga perlu memastikan langkah-langkah keselamatan tersebut sentiasa dipantau dan berterusan.


Kalau nak cerita memang panjanglahkan. Tapi bila sesuatu kemalangan besar berlaku di tempat kerja contohnya bila ada pekerja yang mati / kilang meletup / tempat kerja terbakar dan sebagainya, jabatan yang pertama dicari oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) adalah jabatan kami. So walaupun nampak remeh tapi sangat penting adanya jabatan ini di sesebuah syarikat / industri. Lebih-lebih lagi bagi industri yang sangat merbahaya dan potensi untuk terjadinya kemalangan besar tinggi amatlah perlu melantik Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Safety & Health Officer/ SHO).


Gaji pula setakat ini, alhamdulillah. Sangat okay lagi-lagi bagi kaum adam sebab bidang ini dimonopoli oleh kaum adam sejak dulu lagi. Peringkat international pun sama juga. So bagi aku kaum hawa, nak mendapat tempat di bidang ini agak sukar sebab masih ramai lagi dengan mentaliti lama. Mereka sukar untuk menerima kami ini menjadi sebahagian dari mereka.


Sekarang bidang ini ibarat cendawan tumbuh sebab mereka sudah nampak dan sedar akan potensi bidang ini di Malaysia. Kalau nak masuk bidang ini pastikan tempat pengajian yang ingin dimasuki itu diikhtiraf dan terbaik buat anda. Yang pasti jangan masuk City Universiti sebab intake dia everyday pun ada intake baru. Cuba korang bayangkan. Tempat belajar pun teruk. Ramai student sana lari masuk kolej aku.


Sampai sekarang aku masih percaya dengan apa yang aku fikir. Dulu cikgu-cikgu akan cakap atau sematkan dalam fikiran semua pelajar, 'Belajar sampai berjaya masuk U'. Well, let me tell you that I'm not totally agree with that statement. Are you sure if I pass the examination and enter public University then I could be success? I will say it is totally not true.


Apa yang kita belajar di U pun perlu diambil kira. Aku tahu aku tak cukup cerdik nak amil Medic / Law/ any critical subject kat U. So, aku tak nak amik course pape tah kat sana atas alasan nak masuk U. Aku tak nak bila belajar kat sana 3-4 tahun lepas tuu keluar kerja tah pape. Memang aku tak nak semua tu.


Sebab itulah aku masuk kolej ni dan pilih bidang ni. Sesuatu yang amat mencabar aku. Banyak benda baru dan kebanyakkannya diluar pengetahuanku. So, aku perlu bekerja kuat untuk membalas jasa mereka yang telah menabur bakti buat aku. Ok?


Dah paham tak huraian aku ni? Papehal boleh tanya je. Aku sudi share apa yang aku tahu. Tak nak kedekut punya orang k. Hehehe =))





foot note : belajarlah hingga ke hujung dunia...

No comments: