Showing posts with label Siblings. Show all posts
Showing posts with label Siblings. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu!!!

Assalamualaikum,


Aku tahu agak lambat untuk aku update entry ini. Tapi apa ada hal kan? Setiap hari pun kita boleh sambut hari ibu. No biggie =P


Nama mama aku ialah Roziyanah binti Mohamed. Beliau seorang ibu tunggal sejak kami kehilangan arwah papa. Kalau tak silap aku sudah hampir 9 tahun. Beliau banyak bersusah payah demi kami semua.





Mama adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Semerah, Batu Pahat, Johor. Ye, aku orang Johor. Memang orang Jawa tapi sorry sesangat sebab aku tak pandai cakap Jawa. Sedikit perkataan sahaja yang aku tahu. Kalau suruh cakap memang sampai bila pun tak pandai. ehehe


Mama nak bunga ni tak?


Adik-beradik aku ada 7 orang semuanya. 2 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Sorang je akak aku dah kahwin. Yang lain belum. So sesiapa nak masuk hantar rombongan sangatlah dialu-alukan *kecualiaku*. hehe

Ke tak nak? Nak yang.....


Kat sini aku nak cakap beberapa perkara. Kira ucapan la kan. =)


Mama, thanks sesangat sebab besarkan kami adik-beradik. Tak ternilai pengorbanan mama kat kitaorang. Ika tahu ika selalu buat mama sakit hati sebab itu ika cuba sedaya upaya happykan semua kalau ika balik. Yes, memang ika sengaja make fun of myself. Ika tak kisah janji semua boleh gelak ketawa. 

Ika perasan since papa dah tak ada *backtoafewyearsago*, family kita jarang ketawa macam sekarang. Act, ika dapat rasa ketegangan di kalangan family kita. Fyi, sebab itu ika memberontak tak nak belajar betul-betul sebab ika tak paham apa mama rasa. Ika rasa mama sibuk dengan hal lain. Rasa macam ika tak mendapat perhatian mama.

Ika sengaja bagi bermacam alasan bila PMR ika tak segah mana. This is first time ika open cerita ni. Memang sengaja tak nak buat betul-betul. Sama macam sekolah agama. Ada satu hati tu ika malas nak pergi sekolah sebab mama pergi bandar padahal itu hari terakhir ika periksa akhir tahun. Ika tahu mama selalu pergi bandar hari Jumaat. Ika nak pergi periksa tapi mama pergi juga bandar. Ika tak nak jalan kaki pergi sekolah. Ika nak mama hantar juga. Bila ika tahu mama pergi bandar hari tu, sengaja ika pura-pura tidur sampai mama balik. Lepas tu mama bising sebab ika tak pergi sekolah. I admit ika memang tak nak paham. Ika nak mama beri perhatian kat ika juga macam mana mama bagi kat orang lain.

Do you know that I really learn a lot with our family background? I really do. Ika sayang mama walau ika tak selalu cakap atau luahkan. Mama pun tahu family kita macam mana kan? Kita tak open sangat mengenai hati dan perasaan. Kita bukan family yang akan selalu cakap 'Thanks' or 'I love you'. Even ika tak pernah cakap dari mulut ika but I really want you to know that I really love you. 

Sejak papa tak ada, ika selalu doa supaya Allah tak ambil mama dari kami. Kami perlukan mama. Kami tak kuat untuk harungi semua ini sendirian. Cukuplah dengan simpati orang. Ika tak suka dengan semua simpati itu. Walau kadang kala ada juga yang tak ikhlas memberi pertolongan kat keluarga kita, biarlah. Biarlah mereka. Ika sebolehnya mahu elakkan dari meminta pertolongan dari mereka. Kita boleh usaha dengan cara lain. Ika percaya kita boleh.

Ika tahu ika bukan antara anak kesayangan mama tapi ika tahu mama juga sayangkan ika. Ika tahu dengan situasi ika sekarang, memang ika tak mampu nak beri mama apa-apa. Kalau ada pun hanya sedikit yang ika mampu. Tapi ika berjanji, kalau ika berjaya ika akan tolong mama. Tak kira ika berjaya atau tidak walau ika mampu, tetap akan ika bantu. Jika bukan sekarang mungkin satu hari nanti. Ika doakan supaya takdir keluarga kita akan berubah, dan apa yang tidak elok akan berubah menjadi yang lebih baik. Insyallah. 

I love you Mama. Ika sayang Mama!



Ke Mama nak bunga yang ni? 


Walau mama tak baca post aku ini, namun aku rasa sedikit bebanan telah ringan dari bahu aku. Rasa lega sedikit walau tak banyak. Syukur aku dengan segala rahmat dan keredhaan-Nya. 


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di luar sana. Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada. 














nota kaki: meleleh siot tulis entry ni. Hahaha

Thursday, June 9, 2011

(review movie) DIARY OF A WIMPY KID 2..Klakar giler cerita nie..ahahaah

Assalamualaikum,

Siapa yang dah tengok cerita nie? Actually semalam dengan tak sengajanya aku, my sis and abang aku TERtengok ye cerita nie sebab semua cerita lain dah habis or tempat duduk tak best.

Takpe-takpe, next time boleh tengok Kungfu Panda or Insidious lak. Hehhe.. Ini pun wayang FREE kan.. Pe lagi, memang aku sukalah kan..

Cerita ni berkisar mengenai sebuah family yang mempunyai 3 orang anak lelaki. Adik-beradik yang selalunya tak akan aman bila berjumpa. Ada je yang tak kena.

Si abang sulong aka Rodrick yang liar tapi walau macam mana pun still hormat parents die. Ada band rock n roll and bercita-cita nak jadi artis fofuler.. Suka sangat kenakan si Greg.

Si angah pula aka watak utama bernama Greg. Budak yang rasa diri die macam best jek sebab die nie selalu sangat Day Dreaming. Die suka dekat sorang budak perempuan baru nie, Holly pe tahh...Tak ingat. Die rasa die nie selalu kena buli dengan Rodrick and adik die yang kecik, Manny.

Adik kecik, Manny. Cute sangat-sangat sebab die pandai cakap 1 ayat je sebab mak die selalu guna ayat tuu kat si Greg... "I'm only 3".. Ayat yang tak boleh blah aka alasan untuk die buat ape je kat abang die. Hahhaa

Ini cover depan Greg dengan si abang die yang sengal..Hahahahaha


Time nie memang kelakar sebab mak dieorang nie aka penulis 1 ruangan nasihat untuk semua. Mak dieorang nie selalu cerita pasal family bahagialah, cara nak dapatkan kejujuran, kisah adik-beradik mesra and banyak lagi yang membuatkan si Greg nie rasa bersalah.

Yang tak boleh blah bila die cakap pasal kejujuran yang mak die suruh tanamkan dalam diri die. Rasa kelakar giler...

Keadaan adik-beradik yang bermusuhan nie makin teruk bile dieorang bergaduh kat gereja. So, mak dengan ayah dieorang denda dieorang nie supaya fahami diri masing-masing dan berhenti bermusuhan.

Serius cerita nie kelakar. Tapi bila masuk wayang macam lawak pun ada sebab majoriti yang tengok cerita nie mak dengan anak-anak. Tapi takpe...nak tengok dengan atok, nenek, awek, etc semua boleh.

Bagi aku cerita nie amat best bile tengok dengan adik-beradik sendiri sebab aku dapat rasa cerita tuu dengan reality hidup aku even tak de lah sama betul kan..Hahaha.. Cerita yang betul dan nyata bagi aku. Ada FEEL lah orang cakap. Hehehe

Oleh dengan itu...jeng jeng jeng..aku bagi 4.5/5 bintang. Hehe.. Okay r tuu kan. Tapi yang paling aku tunggu untuk tengok cerita Transformer and Harry Potter. Tuu jelah yang aku tunggu sesangat sekarang nie. Tiket untuk transformer aku dah sediakan time shopping kat Mydeal untuk diskaun harga tiket and popcorn. Hehe... Excited giler nie!!!Hahahaha... Daaaa