Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu!!!

Assalamualaikum,


Aku tahu agak lambat untuk aku update entry ini. Tapi apa ada hal kan? Setiap hari pun kita boleh sambut hari ibu. No biggie =P


Nama mama aku ialah Roziyanah binti Mohamed. Beliau seorang ibu tunggal sejak kami kehilangan arwah papa. Kalau tak silap aku sudah hampir 9 tahun. Beliau banyak bersusah payah demi kami semua.





Mama adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Semerah, Batu Pahat, Johor. Ye, aku orang Johor. Memang orang Jawa tapi sorry sesangat sebab aku tak pandai cakap Jawa. Sedikit perkataan sahaja yang aku tahu. Kalau suruh cakap memang sampai bila pun tak pandai. ehehe


Mama nak bunga ni tak?


Adik-beradik aku ada 7 orang semuanya. 2 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Sorang je akak aku dah kahwin. Yang lain belum. So sesiapa nak masuk hantar rombongan sangatlah dialu-alukan *kecualiaku*. hehe

Ke tak nak? Nak yang.....


Kat sini aku nak cakap beberapa perkara. Kira ucapan la kan. =)


Mama, thanks sesangat sebab besarkan kami adik-beradik. Tak ternilai pengorbanan mama kat kitaorang. Ika tahu ika selalu buat mama sakit hati sebab itu ika cuba sedaya upaya happykan semua kalau ika balik. Yes, memang ika sengaja make fun of myself. Ika tak kisah janji semua boleh gelak ketawa. 

Ika perasan since papa dah tak ada *backtoafewyearsago*, family kita jarang ketawa macam sekarang. Act, ika dapat rasa ketegangan di kalangan family kita. Fyi, sebab itu ika memberontak tak nak belajar betul-betul sebab ika tak paham apa mama rasa. Ika rasa mama sibuk dengan hal lain. Rasa macam ika tak mendapat perhatian mama.

Ika sengaja bagi bermacam alasan bila PMR ika tak segah mana. This is first time ika open cerita ni. Memang sengaja tak nak buat betul-betul. Sama macam sekolah agama. Ada satu hati tu ika malas nak pergi sekolah sebab mama pergi bandar padahal itu hari terakhir ika periksa akhir tahun. Ika tahu mama selalu pergi bandar hari Jumaat. Ika nak pergi periksa tapi mama pergi juga bandar. Ika tak nak jalan kaki pergi sekolah. Ika nak mama hantar juga. Bila ika tahu mama pergi bandar hari tu, sengaja ika pura-pura tidur sampai mama balik. Lepas tu mama bising sebab ika tak pergi sekolah. I admit ika memang tak nak paham. Ika nak mama beri perhatian kat ika juga macam mana mama bagi kat orang lain.

Do you know that I really learn a lot with our family background? I really do. Ika sayang mama walau ika tak selalu cakap atau luahkan. Mama pun tahu family kita macam mana kan? Kita tak open sangat mengenai hati dan perasaan. Kita bukan family yang akan selalu cakap 'Thanks' or 'I love you'. Even ika tak pernah cakap dari mulut ika but I really want you to know that I really love you. 

Sejak papa tak ada, ika selalu doa supaya Allah tak ambil mama dari kami. Kami perlukan mama. Kami tak kuat untuk harungi semua ini sendirian. Cukuplah dengan simpati orang. Ika tak suka dengan semua simpati itu. Walau kadang kala ada juga yang tak ikhlas memberi pertolongan kat keluarga kita, biarlah. Biarlah mereka. Ika sebolehnya mahu elakkan dari meminta pertolongan dari mereka. Kita boleh usaha dengan cara lain. Ika percaya kita boleh.

Ika tahu ika bukan antara anak kesayangan mama tapi ika tahu mama juga sayangkan ika. Ika tahu dengan situasi ika sekarang, memang ika tak mampu nak beri mama apa-apa. Kalau ada pun hanya sedikit yang ika mampu. Tapi ika berjanji, kalau ika berjaya ika akan tolong mama. Tak kira ika berjaya atau tidak walau ika mampu, tetap akan ika bantu. Jika bukan sekarang mungkin satu hari nanti. Ika doakan supaya takdir keluarga kita akan berubah, dan apa yang tidak elok akan berubah menjadi yang lebih baik. Insyallah. 

I love you Mama. Ika sayang Mama!



Ke Mama nak bunga yang ni? 


Walau mama tak baca post aku ini, namun aku rasa sedikit bebanan telah ringan dari bahu aku. Rasa lega sedikit walau tak banyak. Syukur aku dengan segala rahmat dan keredhaan-Nya. 


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di luar sana. Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada. 














nota kaki: meleleh siot tulis entry ni. Hahaha

No comments: