Assalamualaikum dan Hi,
Omnomnom....
Sekarang kompen ramai duk tengok blog makan-makan kan? keke..sabar ye. Bulan puasa ni haruslah bersabar nafsu semua.
Semalam aku dengan incik abang telah berbuka puasa di Restoran Rosdet Tomyam terletak di Kampung Baru ataupun Chow Kit. Dua-dua pun berdekatan. Tak sempat nak amik gambar kedai so aku google sahaja. Ini gambar lama ya sebab sekarang kedai ini telah dibesarkan. Dah maju... Kedai Johan Seafood tu dah tak ada dekat sebelah. Oleh demikian restoran ini agak besar dan boleh menempatkan lebih ramai pelanggan.
Hah, lupa nak habaq mai. Kedai yang warna merah belah kanan tu pun aku penah makan tahun lepas. Gila cekik darah mahal. Makan 4 orang harga dekat RM100 kott... Aku order lebih kurang macam yang aku order untuk berbuka semalam tapi tak semahal itu bayarannya...fuhhh...
Muka orang tak sabar nak makan..kekeke
Sambal belacan for free
Our food for two...ye... berdua tapi makan...oh tidak!!hahaha
Omnomnom
Ikan Siakap 3 Rasa
Ikan ini amatlah sedap. Seyes. Cuma agak manis bagi aku. Cukup garing, cukup...cukup... Paham tak? Semua cukup tau. Delicious. Harga tak pasti pulak..keke
Sayur Campur RM5-RM6
Incik abang order sayur campur dan hasilnya amatlah menerujakan kami. eh, ayat apa tu? keke... Sayur campur ni siap ada udang dan sotong lagi. Sayuran yang ada seperti brokoli, kubis, lobak, jagung mini, cendawan dan macam-macam lagi. Sumpah heaven je rasa... Harga dia tu cuma anggaran aku je tau.. @_@
Sotong Goreng Tepung RM5-RM6
Masih tidak pasti akan harga sebenar sebab time order ikut nafsu..ehhee.. Sedap dan sangat gebu. Tak menyesal pilih. Tapi lebih baik order udang sebab udang lagi banyak isi dari sotong.. hehe
Ini tomyam. Aku sendiri tak hengat aku order tomyam apa. Campur ke, seafood? konpius..keke.. Well, incik abang sangat suka tau... Eh, macam kosong je? boleh tengok pic bawah...
Tadaaaa...isi yang tersangat banyak. Ini order untuk sorang makan je tau. Ternyata tak kedekut restoran ini. Isi pun segar-segar je rasa. Time ni tak sempat nak amik gambar telur dadar. Ada order tapi lambat sampai.
Untuk pengetahuan korang, semalam aku book meja dalam pukul 5.30 petang dan bukan awal pun sebab hampir 1/4 meja sudah dibook. Sebab tu tahun lepas kami kempunan nak makan dekat sini. So, harus datang awal-awal dan book tempat anda.
Service pun ok. Lepas cakap telur lambat sampai je, tak sampai 5 minit terus dia hantar. Kalau nak tambah order pun laju je sampai. Kecuali kau orang order yang susah nak masak memang lambatlah. Dahlah full house time berbuka.
Ini senarai lengkap apa yang ada di atas meja kiteorang.
Order:
Ikan Siakap 3 Rasa *2 orang makan
Tomyam Campur / Seafood * 1 orang makan
Telur Dadar *2 orang makan
Sayur Campur *2 orang makan
Sotong Goreng Tepung *1 orang makan
Nasi Putih *2 orang makan
Air Limau Ais
Ais Teh O Ais
Ais Kosong
Free:
Sambal belacan
Kurma 3 biji
Jumlah keseluruhan : RM48.50
Service : 8.5/10
Suasana : 7/10
Rasa : 8.5/10
So apa tunggu lagi..jom serang!!!!!
Nota kaki: rasa macam nak makan lagi..oh tidakk!!!
8 comments:
yer, kedai earna merah tu dah pernah pergi..memang agak mahal. tapi ntah nape ramai jer suka makan kat situ kan... ;)
Mungkin citarasa yang berlainan..mungkin? ataupun sebab restoran Rosdet dah penuh orang book.. =))
not badlah, tgk cam sedap je
Bergantung pada orang. Bagi saya memang sedap. Sebab tu kalau lambat melepaslah nak berbuka dekat sini.. hehe
hi sis, sini tak boleh order tru call ya. thanks for sharing anyway ;)
Oh, yang itu tak pasti pulak... hehehe
sapa ade no booking kedai tomyam rosdet ni?bole share n saya...
sapa ade no booking kedai makan ni?
boleh share ngan saya
Post a Comment