Tuesday, May 29, 2012

Kenanga Wholesale City!

Assalamualaikum,


Agak-agak korang pernah dengar tak nama pusat beli-belah ni? Ini adalah pusat beli-belah terbaru yang menyediakan semua kemudahan untuk sesiapa yang ingin membeli pukal atau borong. 


Disebabkan dulu aku pernah berniaga online (sekarang masih tercari-cari masa lagi), jadi aku tahu serba sedikit mengenai beberapa lubuk murah untuk membeli. Betul la. Jangan ingat dekat Kuala Lumpur ni barang semua mahal-mahal. Andaian korang salah kalau fikir macam tu.


Biasalah, ada tempat memang mahal tapi ada juga yang murah. Peniaga di Kenanga Wholesale City ini kebanyakannya datang dari kalangan peniaga yang berniaga di Jalan Hang Tuah. Fyi, Jalan Hang Tuah adalah lubuk emas pemborong tau. 


Dulu pernah cari stok kat sana serius mata rambang dan lenguh pinggang semua. Mana taknya, tempat tu dah lah besar dan kedai pula berlambak. Bermacam jenis barangan dijual. *ayat macam promoter pulak


Ni, ada satu artikel berguna untuk korang baca. Jangan malas-malas kalau nak tahu. Pergi scroll ke bawah ni....


Kenanga Wholesale City, pusat beli-belah borong terbaru di Malaysia

28 Mei – Kenanga Wholesale City (KWC) merupakan pusat beli-belah fesyen borong yang terbaru di Malaysia. KWC yang terletak di lokasi yang strategik iaitu di Golden Triangle Bandar Kuala Lumpur merangkumi 800 kedai yang menawarkan pelbagai fesyen terkini di bawah satu bumbung.

KWC merupakan himpunan trend fesyen terkini termasuk pakaian untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, fesyen Islam, beg, aksesori, perhiasa, kasut dan barangan kulit boleh didapati di bawah satu bumbung.

Menurut Pengarah Urusan Kenangan Wholesale City Sdn Bhd, Bernard Bong, mereka mahu memperkenalkan konsep borong dan menjadikan KWC sebagai satu destinasi pusat beli-belah bertaraf dunia dengan segala fesyen di bawah satu bumbung.

"KWC mengubah perspektif fesyen borong dalam negara kami. Ini adalah antara langkah pertama yang kami ambil bersama demi memperkembangkan industri fesyen borong di Malaysia. Matlamat kami ialah untuk menjadikan Malaysia lebih kukuh serta kompetitor dalam industri fesyen borong Asia," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pembukaan KWC di Dewan Promonis KWC, Sabtu, KL. 
 
Sementara itu, sempena majlis perasmian bintang sensasi K-Pop, Block B dan kumpulan rock popular tempatan, Hujan telah membuat persembahan bagi memeriahkan dan mengalu-alukan para peminat dan pengunjung yang hadir pada hari tersebut.

Tenants Categories

  • Lower Ground Floor: Women’s Fashion, Men’s Fashion, Shoes, Bank and Money Changer
  • Ground Floor: Women’s Fashion, Men’s Fashion, Shoes
  • 1st Floor: Women’s Fashion
  • 2nd Floor: Women’s Fashion
  • 3rd Floor: Women’s Fashion, Men’s Fashion, Kid’s fashion, Sportswear
  • 3Ath Floor: Baju Melayu, Kid’s fashion, Traditional Fashion, Restaurants
  • 5th Floor: Baju Melayu, Kid’s fashion, Traditional Fashion, Bazaar
  • 6th Floor: Fashion Accessories, Handbags, Leather Goods
  • 7th Floor: Fashion Accessories, Handbags, Non-Halal Food Court
  • 15th Floor: Factory Outlets, Halal Food Court, Exhibition Area
  • 16th Floor: Warehouse and Offices
  • 17th Floor: Warehouse and Offices
Mall Details
  • Strategically located on Jalan Gelugor, Off Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
  • Public transport access, ie. Monorail, Star LRT and bus.
  • 500,000 sq ft nett lettable retail space
  • Over 800 retail lots over 9 zoned shopping floors
  • 24-hour CCTV security surveillance
  • Food Courts and numerous F&B outlets
  • Banking and Money Changing service and facilities
  • Exhibition/Promotion Hall
  • 22 Storeys
  • Over 1,800 parking bays
Special features
  • 20 loading bays
  • 7 cargo lifts
  • 6 passenger lifts
  • Escalator access to car park
  • Wide walkways


Sumber: sini 


Ok tak agak-agak? Well, things goes more interesting lettew.. *mengada. Nasihat aku senang je, kalau nak pergi boleh tapi kena pandai cari dan pilih kedai. Sebab ada sesetengah kedai jual borong tapi ada juga yang jual lust. Kena tanya dan survey ye. More info boleh tekan sini -->> Kenanga Wholesale City <<--


So, apa lagi korang.. Jom shopping!!! hehe












nota kaki : misi menghabiskan duit!hahaha





5 comments:

mizzura said...

Pernah baca kat forum dulu pasal barang borong kat Jalan Kenanga..skang dah buat building lagi kan..so far pernah pergi GM Klang ngan Platinum Mall Bangkok..
Harapnya KWC ni lagi best dari GM atau setaraf ngan Platinum Mall..Awak dah g ker??

Jemput baca,
Waktu Bekerja (Office Hour)

JQ said...

Tak berkesempatan lagi nak pergi. Insyallah akan pergi juga.. hehe

Syikin Yajid said...

servey2, teringin jgk nak ke sana

admies said...

kualiti brg d kenangan rendah..so x best sgt brg disana

admies said...

di kenangan barangan kualiti rendah..so xdak apa yg syok sangat utk borong.