Showing posts with label BenAshari. Show all posts
Showing posts with label BenAshari. Show all posts

Friday, July 20, 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum dan Hi,


BEN ASHAARI
tekan banner untuk join

Alhamdulillah seperti semua yang sedia maklum esok akan mulanya jelajah Ramadhan kita. Sambil itu, aku pasti ramai yang suka nak berkongsi kan? Kongsi apa? Ala, kita berkongsi pendapat dan bertukar link sambil merapatkan silaturahim antara kita... ce ce ce


Well, cantik kan header Abang ben yang terbaru ni? Meletoppsss... hehehe...


So, Abang Ben yang tetiba dilantik menjadi lawyer yang kureng bertauliah ini mengatakan kita kena bagitau kenapa korang nak kawan dengan kita.. Amboi...manjanya... =)


Bagi aku senang sahaja, korang boleh tengok older entries dari aku dan kenali aku dari situ. Terpulang nak jadi member blogger aku atau tidak sebab kita tak boleh paksa orang suka dengan kita kan? Even Mak Jemah pun duk membebel kalau member kaki gosip dia memilih orang nak kautim. Apa cer??


Kalau nak bertukar link, boleh sahaja komen di bawah ni ye... Thanks... papai... *lambai tangan lelaju 







nota kaki: ramadhan sudah menjelma, semoga kita kekal bersama..insyallah

Friday, May 4, 2012

BEN ASHAARI tanya blogger sapa nak ?



Assalamualaikum,


So Abg Ben telah membuat satu segmen untuk bertukar link. Well, I'm not special nor super extra-ordinary okay. I just a simple girl who like blog walking and make new friends. 


Today I promise I will try to be such a good June Blogger Friend and will always support who ever that interested to exchange their link with me. Hope we will be good blogger friend okay.


So please...please...do interested in me. Cewahhh.... Jaja blog ye? Hahaha... Hope to hear from you soon. 






nota kaki: sorry kalau reply lambat. Sila tunggu saya reply ye. Saya pasti akan accept anda... thanks..=))



Monday, April 9, 2012

Elia Jejari Runcing

Assalamualaikum,


Selepas menulis entry marah di post sebelum ni, aku sudah rasa lega sikit. Alhamdulillah.. Hehehe.. So aku nak tulis entry mengenai awek cun ni, Elia Jejari Runcing ...Rasanya dah ramai yang mengenali awek KL nie kan?


Aku pun mengenali dia melalui blog sahaja. Bagi aku dia ni seorang yang tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidupnya. Aku doakan dia akan sentiasa cekal menghadapi masa mendatang. Aku sangat suka baca blog kisah dia dahulu. Aku akan click dan baca older post dia sebab aku nak tahu kisah hidup dia dahulu.


Okay, aku mintak maaf sebab tiba-tiba nak berceramah pulak. Hehe.. Aku nak buat review sikit sebab Cik Elia sweet tuu komen kat blog buruk aku ni. Many of thanks to her. Really appreciate her visit and comment.




Yela, jarang koottt retis nak datang singgah dan komen. Aku berapa kali pomot *promote kat Abg Ben pun tak laku. Tetiba dapat lak komen dari Cik Elia. Well, alhamdulillah.


Tenkiu sesangat la ye Cik Elia. Mungkin dia datang singgah sebab aku ada letak komen kat entry untuk dia blog walking *entryyangramaigilerkomentuuu hehehe....


Eh..memang ada komen pun..hehe



Thanks!! Kumawoo!!




nota kaki : nak jadi retisss jugakkkk!!! *jaz sengal!!hahahaa

Thursday, January 19, 2012

Siapa Nak Kaya?

Assalamualaikum,


Agak lama rasanya tak update blog cabuk ni kan. Well, orang bekerjaya memang selalu sibuk kan. Hehe


Tadi terbaca entri dari Abang Ben. Mengenai $$. Aku rasa semua orang mesti dah tau kan pe maksud simbol yang memang femes kot.


Korang sedar tak apa kaitan blog dengan $$? Aku tahu mesti ramai yang tahu tapi ada juga yang tahu and tak lupa kepada yang buat-buat tak tahu. Jom scroll ke bawah.


Fakta-fakta yang agak meyakinkan:

* Bila berblog boleh buat duit sebab boleh pasang iklan dan dapat duit bila buffering earning through unique visitor. Macam mana nak kira aku tak tahu. So sila jangan tanya. =)

* Boleh buat blogshop online. Jual-jual barang, jual services, jual pape yang patut dijual. Tapi sila jangan jual diri, maruah or pape yang melanggar undang-undang Malaysia. Sebab kalau korang kena tangkap mesti korang sebut nama aku kan? Hehe.. So sila selamatkan diri aku.

* Paling canggih buat MLM. Teror gila. Zaman sekarang memang berlambak MLM buat through blog ni. Ingatkan bisnes pe rupanya harammm...MLM jugak. So hati-hati dengan propaganda mereka.

* Sebab $$, ada yang tulis bukan-bukan kat blog sebab nak dapatkan buffering tinggi. Agak-agaklah kan. Jangan duk aniaya Mak, Pak, Anak orang. Better share info berguna seperti Tips Kuruskan Badan ke, Tips Membaca Al-Quran ke. Bagus pe..

* Last sekali ada jugak yang berblog sebab itu kerja mereka dan itu adalah kerjaya mereka untuk tampung keluarga dan diri. Rasanya Abang Ben pun sama kot.. hehehe =)


Okey, aku rasa itu beberapa fakta yang aku cuba bebelkan. But aku nak bagitahu yang aku berblog ikhlas dari hati. Tak kisah buffering tinggi ke tak janji aku puas bila berblog. Alhamdulillah..=)


Nota kaki : berblog bila inginkan kepuasan berganda

Monday, December 19, 2011

BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT Mana ?

Assalamualaikum,




Okey, tadi aku skodeng sekejap blog abang Ben Ashaari. Memang rutin aku pun singgah sekejap kat sana kan. So ada pulak segmen khas untuk budak sekolah bertajuk BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT Mana ? Tapi disebabkan aku dah habis belajar (buat masa sekarang) aku juga ada perancangan aku sendiri untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. So, rasanya tak salah kan nak join? hahaha *muka tak malu


Tekan untuk besarkan


Tajuk : BEN ASHAARI Tanya Aku Nak ke IPT mana ?


1. IPT pilihan. Sebenarnya aku teringin sangat nak masuk Universiti Petronas (UTP). Yela, aku tahu aku tak pandai tapi itu memang salah satu cita-cita aku which agak kabur di situ. hahaha. Sekarang aku bekerja dalam bidang Occupational Safety and Health, so kalau boleh nak ambil course yang lebih kurang dengan major aku. Kalau tidak pun mungkin ke UPM atau UiTM.


2. Paling best idaman kalbu hampir ramai pelajar. Nak sambung belajar OVERSEAS macam incik Kamal Effendi or semua yang femes buat VLog tuu. Hehe.. Aku mungkin akan sambung ke Curtin University di Australia which dalam course yang sama. Bestnyer...hahahaa. Boleh tengok kangaroo kan? Hahhaa


3. Dulu masa kecik memang banyak gila kan cita-cita aku. Dari seorang guru ke pilot, ke pramugari ke doktor dan akhirnya aku telah sesat ke bahagian Safety and Health. Gila kentang kan? Hhahaa. So, aku cuma berdoa dan berharap (jangan lupa usaha) untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada sekarang. Semoga aku dapat menjadi seorang pekerja yang cemerlang dan seorang ibu yang berjaya. Insyallah..=))


4. Setiap impian atau cita-cita mestilah perlu disertakan dengan usaha. Ya, aku begitu berusaha memohon kerja untuk masa depan yang lebih baik. Aku tak lupa bertawakal dan sentiasa berdoa usaha aku ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Aku juga tak lupa sentiasa berasa bersyukur. Penting ni supaya setiap yang aku lakukan akan diredhai-Nya. Paling aku selalu buat, keraplah bukak general website Universiti dan Jobstreets ye. Penting bagi orang macam aku. Hehehe =P


5. Sumber Inspirasi? Bagi aku sumber inspirasi aku sekarang adalah mereka yang sudah berjaya sekarang. Rakan-rakan, orang luar malah Mama. Ya, Mama tu mak aku la. Macam mana Mama boleh menyara kami anak-beranak memang buat aku terdorong untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Aku nak sara Mama dan aku tak nak Mama pikir pasal kami anak-beranak lagi. Aku nak tolong keluarga aku macam mana Mama buat. Insyallah. Doakan aku ya semua. =)


Kepada abang Ben Ashaari; walaupun saya sudah terlebih umur untuk segmen ni, tapi saya rasa setiap peringkat umur masih ada cita-cita macam saya which nak pergi lagi jauh kan? So rasanya tak salah kalau saya nak buat entry ini. Cita-cita perlu ada dalam setiap individu tak kira umur. Terima kasih kerana sudi baca. Saya sekadar mengisi masa lapang menulis segmen ini. Hehehe



Nota kaki: Semoga impian semua akan dipermudahkan. Insyallah...

Monday, June 6, 2011

JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG dan linkkan ke blog ini ..

Nak join?...klik kat gambar ni or kat sini...hehe


Caranya mudah saja.. Setiap blog yang ingin join ni , perlu ada satu BLOG LIST yang baru ( bagi pengguna blogspot , sila add widget > blog list ) ...atau boleh je guna bloglist yang lama .. terpulang ..

Kemudian ,sila pilih blog dari SENARAI BLOG yang akan dinaikkan nanti .. Dan tinggalkan komen di blog mereka dengan mengatakan bahawa SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA ...

Jika ada respon nanti dari blogger tersebut , maka masukkanlah link blog tersebut ke dalam blog list di blog anda .. Mudah kan ? Kira tukar suka sama suka laa..

Selamat berjaya...

*credittolindarahim-ummyaisy