Friday, May 11, 2012

Happy Birthday Syaza Hazwanie!!

Assalamualaikum,


Maaf sesangat buat rakan baik aku ni sebab aku terlupa ulang tahun kelahiran kau. Hari ini walau agak lewat tapi aku nak buat special entry buat kawan baikku bernama Syaza Hazwani binti Md Shah aka Jaja yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 9 Mei 2012 yang lalu. Yela, sejak tukar handphone semua reminder yang aku dah save dah tak ada. So maaf sesangat tau. Hehe


Ok, mari bercerita. Sebenarnya aku kenal budak nakal ni dah lama. Sejak sekolah rendah lagi cuma bezanya aku tak kenal sangat dia ni. Rupanya satu sekolah agama kot. Dulu aku tak ada member sangat so aku pun bukan jenis duk amik port pasal orang lain. Janji diri aku selamat sudah. =P


First time aku perasan kau, time aku ikut rombongan sekolah mak aku. Fyi, ibu bapa kami adalah guru sekolah rendah dan mak kami pula mengajar di sekolah yang sama ketika itu. Time rombongan koir sekolah tu aku perasan kau. Kau jadi induktor koir, ala yang pegang besi kat depan tu. Hehe. Aku nampak kau smart giler dowh! 




Inilah dia kawan sengal ku. Untuk pengetahuan korang, aku ada beberapa jenis kawan baik. Ini semua disebabkan perpindahan kelas selepas tingkatan 3 *sebabtakbelajarbetulbetul. Aku jadi rapat dengan dia sebab secara semulajadi hubungan kami jadi rapat. Balik sekolah sesama naik motor. Pergi tuisyen Fikrah sesama naik bas, motor dan kekadang parent atau family dia hantar. 


Dia juga ajar aku minum air kelapa letak gula merah. Serius kepala aku nak ting tong. Macam hisap gam je rasanya. Haha. Tapi lama-lama sebati juga dengan aku. Bila balik kampung lalu depan tempat-tempat yang pernah menjadi tempat persinggahan kita, aku terkenang balik. This time geng kami bertiga, disertai oleh cik Nur Siti Syaffiqah Md Yasin *notsurehowtospellherdaddy'sname*. 


Pqa and Jaja


Teringat je kenangan kita hangout sesama time dulu kala. Cewahh. Bila lepas SPM, tak ramai yang aku jumpa balik. Kebanyakannya lost contact. Kadang-kadang pun cuma chat atau tegur di Facebook je. Pasal Facebook pun satu hal. Sorry sangat-sangat sebab aku dah delete Facebook aku sebab aku selalu dapat masalah peribadi akibat Fb. Bukan aku ada masalah besar sangat pun ye. Cuma aku rasa lebih baik tak ada terus. Lagi senang dan yang penting tolong percaya yang aku okay. Tiada masalah dan sihat *gemuk sentiasa ye. 


Bukan aku sengaja nak menjauhkan hubungan yang kian menjauh. Dulu kita duk dekat pun jarang jumpa. Duk KL sesama tapi dalam masa 3 tahun lebih, kita jumpa pun dalam 2 kali je. Pe cer? Haha. Aku tahu aku bukan jenis nak up-to-date kengkawan semua. Tapi aku sayang dan sentiasa ingat kawan aku. Ini cara aku dan aku senang dengan cara ini. Kadang-kadang nak mesej atau call tak ada kredit. Sebab tu aku jarang nak contact korang.




Aku nak ucapkan selamat ulang tahun ke-22 ye cik nakal Jaja. Semoga berbahagia dan berjaya dalam hidup. Kalau tunang atau nak kahwin jangan lupa jemput aku. Rumah kita pun dekat je kan? Aku sayang kawan-kawan aku. Nanti aku balik aku belanja kau ye. Muah!!


Tak kira apa yang berlaku, aku sentiasa berdoa agar hubungan kita ini berkekalan hingga ke akhir nyawa. Walau berapa ramai kawan yang hadir dalam hidup aku, setiap dari mereka mempunyai tempat yang berbeza dalam hati aku. Setiap tempat itu juga mempunyai erti dan kelebihan yang tersendiri. Tiada ganti dan tiada yang sama. *hatiakuadabanyaktingkatbolehpilihnakyangmana















nota kaki: sayang kawan aku semua. love you!

No comments: