Friday, May 11, 2012

Aku Seorang Blogger Malaysia

Assalamualaikum,


Entry ini aku tulis sempena GA oleh Papan Kekunci. Saja nak mencuba sebelum menganjurkan GA sendiri pada masa mendatang. Boleh lihat entry ini


Aku mula berblog secara rambang pada tahun 2008 selepas aku melanjutkan pelajaran aku di sebuah kolej swasta. Tak banyak pengalaman yang aku boleh cerita atau kongsi namun aku juga pernah berasa putus asa di saat tiada sebarang sambutan dari kalangan blogger yang lain. Perasaan putus asa itu sering melanda aku tetapi syukur kerana ianya hanya sebentar. Aku masih boleh melawan untuk sentiasa memperbaharui blog ini.


Sebab utama aku berblog pada mulanya hanya sekadar coretan diari peribadi kepunyaan aku. Aku pernah dihentam teruk oleh rakan-rakan kolej ku akibat ketidakpuasan hati terhadap sebuah entry yang aku tulis telah dikatakan menjatuhkan maruah mereka. 


Ya, ianya antara faktor utama aku hampir berputus asa. Namun, Alhamdulillah setelah itu aku kembali menjadi lebih yakin untuk berkongsi informasi yang berguna buat mereka yang membaca. Aku akui bahawa blog aku ini lebih kepada peribadi namun aku juga tidak lupa akan kehadiran pembaca blog yang lain.


Lama kelamaan aku mula terpengaruh dengan blog setelah membaca blog blogger Malaysia yang lain. Baru aku tahu mereka juga ada komuniti mereka sendiri. Ada juga yang bekerja hanya sebagai blogger sepenuh masa. Kadang kala aku terfikir, alangkah indahnya jika aku boleh turut serta di dalam setiap aktiviti mereka. Blogger juga mempunyai gaya hidup mereka dan masih seorang yang berjaya dan berpelajaran. Jadi siapa boleh cakap menjadi blogger hanya sekadar picisan sahaja?


Setelah beberapa tahun berblog aku sudah mengerti dari manakah pendapatan blogger itu tercipta. Ianya bukan datang seperti itu sahaja. Melalui pengiklanan seperti Nuffnang dan lain-lain, pengiklanan daripada rakan blogger yang lain malah kita juga boleh berniaga secara dalam talian (online). 


Ya, aku juga berjaya melakukan perniagaan seperti itu. Alhamdulillah. Sangat banyak aku belajar sejak aku mengenali erti blogging. Aku berharap suatu hari nanti aku berpeluang membuka empayar perniagaanku sendiri dan bekerja di rumah sahaja. 


Apa yang boleh aku kongsikan kepada semua, pengalaman berblog dari tahun 2008 sehingga hari ini amatlah bermakna dan banyak mengajar aku dalam dunia intelektual ini. Aku berharap juga aku akan menjadi 'SESEORANG' di dalam dunia Blogger Malaysia suatu hari nanti. Insyallah.







Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012







nota kaki: tak menang pun tak apa. sekadar berkongsi. =)





Help Yuna
BMW 320i Sport Sedan
Train Concert Live in KL
RM500,000 Untuk Dimenangi!

4 comments:

zura said...

tq join give away papan kekunci dot com yer.... good luck

Cik Jajika said...

welcome.. =)

Puan Kutu said...

gudluck.semoga impian nak jadi seseorang tu berjaya..:)

Cik Jajika said...

Insyallah..thanks..=)