Tuesday, April 17, 2012

Hapuskan PTPTN

Assalamualaikum,


Minggu ni rasa tersangat kecoh dengan budak-budak yang konon nak sokong penghapusan PTPTN. Kalau korang tak tahu berita ni, nampak sangat korang ketinggalan benda penting ye. Balik-balik la tengok berita.


Okay, aku adalah seorang 'BEKAS' pelajar di sebuah kolej swasta. Korang boleh nampak aku highlight perkataan bekas kan? Saja je nak bagi effect sikit. Tapi jangan salah paham ingat aku bekas tupperware pula sudah la ye.. ehhe


Aku sangat tak setuju bila dieorang nak hapuskan PTPTN. Nampak sangat tak cerdik la. Nak tahu apa yang aku pikir? Meh tengok, baca dan FAHAMkan.


Kenapa tak cerdik kalau PTPTN dihapuskan

1. Kalau semua nak free, siapa nak bayar duit pensyarah, buku dan lenlain tu semua? Kerajaan? Cuba fikir siapa pula yang bayar duit kat kerajaan? Pembayar cukai? Siapakah antaranya pembayar cukai? Rakyat atau senang citer Mak Pak korang adalah diantaranya. Kesan yang mungkin berlaku adalah kenaikan cukai dan harga barang sebab nak tanggung korang yang sibuk nak belajar free. Dah macam roda je. Nampak sangat Mak Pak korang juga yang susah. Lepas tu korang pun makan bawak 'BEKAS' / tupperware je dari rumah atau tak payah pergi belajar sebab Mak Pak tak ada duit lebih nak bagi duit poket. Happy nyer lepas tuu!! =P

2. Kalau semua dah free, mana letaknya kualiti pembelajaran tuu? Aku rasa tak mustahil korang semua ambil sambil lewa je nak belajar ke tak. Yang masih bersungguh-sungguh tuu lain citer la kan. Biasanya part yang ambil sambil lewa ni majoriti paling ramai korang buat. Dulu boleh la, Mak Pak suh belajar betul-betul sebab dah pinjam PTPTN. Sekarang kalau free, mampui la nak belajar betul-betul. Korang boleh jawab, "Ala, dah free. Kalau tak suka course / tempat ni, boleh tukar tempat lain. Tak payah bayar punnn". Banyak cantik muka korang....

3. Buat jangka masa panjang aku dapat ramalkan (aku bukan nujum cuma menggunakan minda untuk menjangka apa yang akan berlaku) negara mungkin merundum ekonominya. Siapa yang nak tanggung kos-kos tinggi bagi pembelajaran tuu semua? Dah lah pensyarah dan modul pembelajaran kebanyakannya tenaga luar atau sumber luar dari Malaysia. Kolej dan Universiti dalam Malaysia ni bukannya sikit woi. Banyak kalau nak dikira dengan jari tau. Fikir la pakai otak sikit. Dari nak membangun, terus merundum.


Setakat ini, itulah huraian dan pendapat aku. Bagi aku, kalau nak buat cadangan sekalipun lebih baik buat cadangan lebih baik. Cuba cadang penghapusan faedah PTPTN tuu ker, pengurangan pembayaran balik ke. Bagi yang logik dan sesuai.


Aku tak kata aku bagusss sangat tapi aku tak ada lah tak cerdik macam tuu sampai nak cadangkan penghapusan. Agak-agak la. Bukan susah pun nak bayar balik. Aku ni pun tengah bayar je bulan-bulan. Relax je. Ni korang yang duk bantah-bantah tuu, pergila belajar sampai habis dulu. Baru citer balik.


Kat Yahoo Malaysia pun ada juga polls atau survey siapa sokong yang mana. Rupanya rakyat Malaysia ni masih ramai yang suka benda free (yela, siapa tak suka kan..) tanpa berfikir panjang. Ermmm...


Pilihan jawapan yang korang nak pilih


Ramai yang pilih free... Aku pilih no. 2 tuu ye...


Pape pun, aku malas nak layan golongan sebegini. Makin sakit hati. Sabar je la oi...... Hehehe





nota kaki : baik aku tidur kat rumah dari tidur kat Dataran tuu...

No comments: