Friday, June 8, 2012

Tips : Kelebihan Seorang Blogger

Assalamualaikum dan Hi,


Kadang-kadang ramai yang duk tanya apa motif aku berblog bagai nak rak dan apa kaitan dengan Nuffnang? Penat dan letih nak menjawab soalan yang sama berulang kali. Jadi aku nak kongsi beberapa fakta mengenai kelebihan menjadi jawapan korang.


Kelebihan Seorang Blogger Yang Mendaftar Dengan Nuffnang

1. Paling common dan senang citer, kita boleh buat duit. Siapa tak suka duit tapi opss...bukan bermakna kita ni mata duitan. No..no..no...tak elok pikir macam tu tau. Bagi aku, kalau korang dapat buat side income sambil fixed income apa salahnya? Bukan susah bebenor pun nak dapat side income macam ni. Tak banyak pun tak apa at least dari tak ada. Janji kita buat pun kita happy dan dapat duit pun happy. Kita akan mula menjana pendapatan bila iklan mula dipaparkan diblog kita.   

2. Fakta yang kedua pula, bukan pihak Nuffnang yang pilih blog siapa, iklan apa dan bila. Bukan tau. Yang pilih adalah para pengiklan itu sendiri. Berdasarkan apa? Berdasarkan tempat iklan itu dipaparkan, isi kandung blog, dan juga bilangan visitor unik.

3. Nuffnang juga bekerjasama dengan rakan strategik seperti syarikat pembekal web untuk memberikan kita, para blogger ganjaran tambahan. Nuffnang juga akan update dengan kita apa perkara terbaru untuk pengetahuan kita.

4. Kalau korang nak tahu, Nuffnang juga mempunyai ruang 'Blogger Pilihan' yang tersendiri tau. Ianyakan akan dipilih secara bulanan. Bagi blogger cabuk macam aku, memang susah sikitlah kan. Selalunya yang memang dah top akan dipilih. Tapi rezeki kita, siapa yang tahu kan? hehe

5. Fyi juga Nuffnang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama di Asia Pasifik yang sentiasa menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan untuk ahli blogger yang menghadirkan diri. Jangan risau kalau korang fikir mesti mahal kena bayar sebab event pun gempak-gempak kan? Salah andaian anda tu sebab selalunya ianya adalah PERCUMA. Ya, percuma. Contoh event Genting Charity Movie Screening hari tu. Free je kot. Cuma untuk kebajikan, perlu bawa hadiah untuk budak-budak tu. Ok what...


So, apa korang tunggu lagi? Jom join dan daftar dengan Nuffnang. Bukan susah. Register macam biasa sudah cukup. Janji ada blog dan email. Orang tua-tuan kata "Sambil Menyelam Minum Air". Insyallah rezeki kita ada dimana-mana janji kita berusaha. 


Yang pasti, korang perasan tak perkataan Nuffnang tu aku highlight dengan warna biru? Sebab itu adalah warna rasmi Nuffnang. So saja nak bodek la kononnyer. hehe. Nanti aku akan kongsikan pula cara nak letak iklan dan tips lain ye. 







nota kaki : kacing..kacing... *bunyi duit

3 comments:

jal said...

wahh bagus2 membangkitkan kembali semangat yang tengah hilang ni

Ken Wooi said...

Nuffnang is the best :D

Cik Jajika said...

Jal: Yeah..samalah...sedang menaikkan semangat ni..hehe

Ken Wooi: Yes. Agree.. Nuffnang my fav choice...hehhee