Wednesday, June 27, 2012

BB Plaza Akan Diruntuhkan

Assalamualaikum dan Hi,


Wahh...jangan...jangan...!! *jerit manja-manja sikit


Panas weyh..kenapa nak tutup? katanya sebab projek MRT Rapid KL. Kalau tutup mana den nak shopping weyh! Seyes tahap 34 Celcius ni. Kalau nak tahu lebih, boleh baca artikel kat bawah ni ye..

*******





KUALA LUMPUR, 26 Jun —  Bangunan Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) milik anak syarikat Kementerian Kewangan (MoF), UDA Holdings akan diruntuhkan untuk pembinaan projek stesen Myrapid Transit (MRT) oleh MRT Corp.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Presiden Kanan UDA Holdings, Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman hari ini ketika sidang media selepas pertemuan dengan peniaga-peniaga di bangunan berkenaan.
"Kami perlu menuruti agenda nasional. Bangunan BB Plaza ini akan diruntuhkan untuk pembinaan stesen MRT yang terbesar.
"MRT Corp telah mengesahkan bangunan ini akan diruntuhkan. Semua peniaga, termasuk kakitangan UDA Holdings di sini terpaksa akur dan berpindah," kata Syed Ahmad Nazri.
Namun kenyataan beliau itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan MRT Corp sebelum ini yang mana hanya kawasan pintu masuk dan kawasan tempat meletak kenderaan akan digunakan untuk pembinaan tersebut.
"Ada kekeliruan di sini. Kami dalam perbincangan telah mengatakan penyewa-penyewa perlu berpindah kerana bangunan ini akan dimusnahkan.
"Kami turut terkejut apabila ini berlaku ... UDA perlu menyerahkan bangunan bersejarah ini," katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun, Syed Ahmad Nazri menjelaskan, pihaknya akan cuba berunding dengan pemaju MRT Corp supaya menunda kerja-kerja mereka untuk tempoh enam bulan akan datang, bagi memastikan peniaga-peniaga di kompleks dengan 60 peratus peniaga Melayu Bumiputera itu akan dapat menjalankan perniagaan mereka sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Projek mereka (MRT Corp) ini telah tertangguh selama sembilan bulan. Tapi akan cuba untuk meminta mereka tunda. Itu keutamaan kami," katanya lagi.
Bangunan yang memiliki 167 penyewa itu perlu dikosongkan penghujung tahun ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan stesen MRT terbesar negara itu dapat dilaksanakan.
"Kami telah diberi notis untuk kosongkan kawasan hadapan bangunan. Notis kami beri sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kerja pembinaan itu bermula," tambahnya lagi.
Keputusan yang ternyata tidak memihak kepada penyewa-penyewa di bangunan tersebut ternyata telah menimbulkan rasa tidak puas hati peniaga.
Mereka melalui wakilnya, Hassan Saad berkata, UDA Holding dilihat cuba mengambil jalan mudah dengan menyerahkan bangunan tersebut kepada MRT Corps bagi mengelakkan syarikat itu menaik taraf bangunan berkenaan.
"Kenyataan pengurusan UDA seolah-olah direlakan untuk buat stesen MRT, dan UDA mengambil jalan mudah apabila menyerahkan BB Plaza kepada MRT Corp tanpa melihat kepada kepentingan penyewa.
"Kami tidak mendapat sebarang maklumat daripada UDA Holdings, sebaliknya hanya diperintahkan keluar," kata Hassan.
Peniaga-peniaga berkenaan sebelum itu telah mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan Barisan Nasional, apabila Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang, Frankie Gan Joon Zin mengadakan pertemuan dengan mereka.
Dalam pertemuan tersebut, Hasan menegaskan, peniaga-peniaga di bangunan itu tidak menolak rancangan pembinaan MRT tersebut, namun pihaknya kesal kerana UDA Holdings tidak memberikan penjelasan berkenaan status mereka sama ada bangunan itu akan diruntuhkan ataupun kekal.
"Kami tidak mengetahui status kami. Bangunan ini akan kekal atau sebaliknya. Kami mengharapkan agar pihak UDA Holdings akan dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi membela kami," tambahnya.
Sementara itu, Syed Ahmad Nazri menjelaskan, pihaknya akan memanggil pihak MRT Corps, dan penyewa untuk berbincang berhubung masalah itu.
"Kami perlukan masa seminggu untuk cadangan menganjurkan perbincangan antara MRT Corp, UDA Holdings, dan penyewa."
Sebelum ini, The Malaysian Insider telah melaporkan, UDA Holdings telah terikat selama 40 tahun dengan  BB Plaza, yang mana menempatkan ibu pejabatnya dan juga menyediakan ruang kepada masyarakat Melayu di kawasan tumpuan membeli belah utama bandaraya ini.
Sebelum ini juga, kira-kira 50 peniaga terbabit telah mengadakan bantahan di luar pintu masuk pusat beli belah berkenaan, apabila mendakwa mereka diusir daripada perbincangan antara pemilik, pemilik MRT, MRT Corp Bhd dan Perbendaharaan terhadap nasib bangunan berkenaan.
Pemilik pusat beli belah berkenaan dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan mereka tidak memperolehi sebarang notis daripada MoF sama ada BB Plaza akan dikekalkan atau dimusnahkan, atau dimiliki pihak lain.
MRT Corp juga turut menjelaskan mereka tidak berminat untuk memiliki bangunan berkenaan walaupun mereka akan menggunakannya sebagai besmen, dan laluan bagi pembinaan mereka.
“Bagaimanapun, UDA telah mengeluarkan notis pengosongan bangunan kepada tiga penyewa, Starbucks Coffee, Gloria Jeans dan Hot & Roll, menurut kepada arahan yang dikeluarkan MRT Corporation kepada kami,” kata agensi milik Kementerian Kewangan itu.
The Malaysian Insider telah melaporkan awal bulan lalu rancangan oleh MRT Corp untuk mengosongkan penyewa BB Plaza menjelang 2013 bagi memudahkan urusan pembinaan stesen terbesar, yang dijangka bermula dengan foyer bangunan tersebut dan bangunan Yayasan Selangor.
BB Plaza menempatkan majoriti peniaga Melayu, dan peniaga Cina menjalankan perniagaan mereka di Sungei Wang Plaza kawasan premis perniagaan berhampiran.
MRT Corp telah berunding berkenaan pemilikan tanah untuk projek berkenaan, namun tergendala di kawasan pemilik Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang. Bagaimanapun, kata putus dijangka bakal diperolehi di beberapa kawasan seperti di Jalan Imbi.
The Malaysian Insider pada 21 Mei lalu melaporkan, penangguhan di kawasan Jalan Bukit Bintang telah memaksa Kementerian Kewangan untuk memanggil MRT Corp dan beberapa pihak yang berkenaan untuk menghadiri mesyuarat tergempar, untuk mempertimbangkan projek insfrastruktur mega negara ini akan beroperasi menjelang tarikh tamatnya pada 2017.


sumber : sini 


*****








nota kaki : alamak..kena cari port shopping yang baru lah pula

2 comments:

Anonymous said...

sayang juga.. dh lama bgn ni. n byk tul memori kat sini hehe

JQ said...

Tulah...nak dijadikan cerita, perlu ada pengorbanan jika mahukan pembaharuan..