Wednesday, July 11, 2012

Review Ice Age 4 : Continental Drift

Assalamualaikum dan Hi,


ice age 4 wallpaper Ice Age 4 Wallpaper


Bila bercakap pasal kartun seyes mata macam nak menangis kegembiraan saat perkataan -K-A-R-T-U-N- diucapkan. Perghh.. seyes ni. caye lah.


Aku memang suka menonton wayang dan lebih-lebih lagi citer kartun. Tak kisahlah citer apa. Citer kartun cina pun aku penah tengok kat wayang. Gila minat punya pasal *padahal tak ada citer lain time tu..kekeke


Hari tu dan tengok dan review citer Madagascar 3 dan ianya tersangatlah hebat dan ohsemm nyahh... Sebab itu aura kehebatan kartun mula menular dalam diri. Lalu ku gagahi perjalanan kaki menuju ke Pavillion, Kuala Lumpur. Pergghhh...ramai gila orang so tiket 2D sudah tinggal seat depan. Oh tidakkk.. Terus rembat tiket tiket 3D.


Bagi aku, citer dia kali ini agak membosankan. Seyes. Fyi, awal-awal citer tu aku rasa bosan dan terus tertidur akibat tak tahan sangat. First time aku tidur tengok citer kartun tau. Dah dekat tengah dan ending sikit aku terjaga dan baru tengok balik sebab terdengar minah sebelah duk gelak-gelak.


Oleh demikian, aku tidak menggalakkan korang pi tengok 3D sebab tak sehebat Madagascar , Spider-man ataupun Men in Black untuk kau tengok 3D. Rasa tak berbaloi duit RM20 aku..Kalau aku tahu baik aku pi beli ais kacang Mak Jemah je. Kekekeke


Tapi kalau korang rasa nak tonton juga boleh je. Sarat dengan mesej kekeluargaan dan bagus untuk kanak-kanak laaa...


Rating : 2.5 / 5 







nota kaki : minggu ni nak pi tonton citer apa ye???

2 comments:

Afasz said...

best la cite ice age ni!!!

Cik Jajika said...

yeke? hehehe...rasanya ikut minat penonton juga kot. tak semua sukakan benda yang sama..hehe.. =)