Monday, July 23, 2012

Feeling Indah Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Hi,




Alhamdulillah sudah masuk hari yang ketiga. Maaplah sebab aku sangat sibuk sejak minggu lepas dan agak sukar untuk aku mengupdate blog aku ni. Aku cuma sempat mengimprove beberapa calon untuk giveaway Ramadhan aku dan juga mereka yang join Bloglist Ramadhan Ben Ashari. yay yay


Setelah semalam rasa nak golek-gelok kelaparan di tepi highway, haruslah hari ini aku berpuasa dengan lebih gigih. Hujung minggu lepas iaitu hari Jumaat aku telah menggagahi diri ini untuk pulang berpuasa bersama keluarga yang jauh tak jauh sangatlah..


Korang tau tak betapa sesaknya di Stesen TBS tu? aish.. sepatutnya aku naik bas pukul 7.30 petang tapi cuma teka pukul berapa bas aku tiba? ce ce ce.. salah salah... Aku naik bas pukul 9.00 malam. fuh... memang rasa macam nak nanges dah tau tau. Dahlah penat sebab direct dari opis terus g. Makan pun tak tau. Lapa sesangat.


Tah pesal tetiba feeling macam nak balik raya je time tu. kehkehkeh. Kalau macam ni lah raya, confirm aku nanges guling-guling. Ada aku kisah? Mak Jemah confirm duk gelakkan aku time tu kan sebab kalah citer Karookomedia punyer show dah. -_-'


Alhamdulillah pukul 12 aku sampai ke rumah dan sempat menonton cerita fave ku iaitu incik Harry Potter. Perghh...


Tengok-tengok ternampak si gemoks ni pulak. Aigoo. Geram sesangat.. so apa lagi, aku pun duk picit-picit la dia... Gila gemok dan comel tau takk. Si miley yang tompok-tompok dan yang hujung tu mak dia warna coklat / hitam , Kiki. Mak dia pregnant ye.. Kalau nak boleh bagitau. Aku boleh bagi for free tapi kena pi amik sendiri la ye..hehehe




Buat korang yang sudi membaca, aku doakan yang terbaik buat korang sempena bulan Ramadhan yang mulia lagi indah. Aku nak mintak maap dari hujung rambut hingga hujung kuku jari ibu kaki andai terkasar bahasa sepanjang penulisan aku di alam maya atau di alam realiti. Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya dan moga dipanjangkan rezeki buat semua. Amin Ya Rabbal Alamin~~~


nota kaki: hari ini nak berbuka apa ya? 

6 comments:

Pka Rahim said...

gemuk nya kucing awak. geramm.. comelll..! huhu ;))

JQ said...

hahaha....memang semua dibela menjadi gemoks...kekeke

Hidayah said...

hehehe...ye lah...debabnye kucing dia..!
err..kak dayah tak pernah lagi jejak kaki kat TBS..teringin jugak nak tgk rupanya...
hehe..tak tau la bila..

JQ said...

Haha...memang debab ni suka tido je...hehehe...

Kalau perlu pergi TBS tu, pergilah..kalau tak, baik tak payah. sesak dengan orang... tapi best sebab kedai dan suasana mcm airport...kihkih

Anonymous said...

hehehe tq je, KA takut ngan kucing ler

JQ said...

hahaha...kucing ni pun xde nak terkam orang...dia buat derk je dengan kita..kekeke