Tuesday, June 19, 2012

Polis Pakistan Perlu Berdiet


ISLAMABAD: Komander polis Pakistan memberi arahan kepada berpuluh ribu anggota polis yang berperut buncit supaya berdiet atau berhenti daripada bertugas di barisan hadapan, kata pegawai, semalam dalam satu usaha yang disebut dalam akhbar tempatan sebagai “perang menentang kegemukan.”

Jurucakap, Nabila Ghazanfar berkata, Ketua Polis Punjab, wilayah paling padat penduduk, Habibur Rehman, memberi arahan kepada 175,000 anggota untuk memastikan ukuran pinggang mereka tidak melebihi 38 inci (96 sentimeter).


“Saya sedang berdiet, dan sekiranya saya boleh melakukannya, kenapa tidak anda?” kata Nabila memetik kata-kata Habibur kepada pegawainya, di wilayah itu, bulan lalu.


Katanya, sekurang-kurangnya 50 peratus pegawai polis Punjab, gemuk.


Akhbar tempatan, The News berkata, jumlah polis gemuk di bandar Rawalpindi, ibu pejabat tentera yang banyak kali menjadi sasaran serangan Taliban, adalah 77 peratus dan menambah, “anggota polis nampaknya kalah dalam peperangan menentang kegemukan.” Polis berkata, pegawainya diberi masa hingga 30 Jun untuk mengurangkan berat badan dan bermula 1 Julai, sesiapa yang didapati terlalu gemuk tidak akan diberi tugas di luar. “Pegawai polis kini menyertai gimnasium, berjoging dan melakukan senaman termasuk berlari untuk menjadi kurus,” kata Nabila.



Anggota polis gemuk tidak efektif dan “tidak boleh mengejar penjahat, perompak dan penjenayah lain dengan baik,” katanya dan menyalahkan masalah itu kerana kekurangan kakitangan.


“Kami mengalami kekurangan kakitangan. Apa yang boleh anda harapkan bila seorang pegawai melakukan kerja enam orang? Mereka tidak punya masa untuk kecergasan fizikal,” katanya. - AFP


sumber : sini








nota kaki: siapa buncit benti keje..hehe

No comments: