Monday, June 18, 2012

Awana International Bird Race 2012 (Part 1)

Assalamualaikum dan Hi,


Nak tulis entri best macam ni kena ambil mood tau. Sambil nyenyanyi *kununcomellasebutmacamtu manja, kuatkan radio, kuatkan radio anda...la la la... Okey-okey, nyanyi sampai lupa nak tulis apa..kehkehkeh


Kali ni aku nak jadi comels kejap boleh tak? Bolehlah...ye ye ye *kelipmatalelaju. Haha.  Seyes tak comels la Cik Jajika oi... Tak apalah. Bagi comel kejap pun jadilah...


Hari Jumaat lepas Jaji *namapanggilanakuyangcomels buat senaman jari dengan taip lelaju dekat incik Nuffnang untuk join event dieorang kat Awana Genting Highlands. Ye, first time ever Jaji rasakan inilah masa yang sesuai sebab event tersebut berlangsung pada hari Sabtu and Ahad. Dapatlah tinggalkan dua tiga keping peta buatan air liur berharga Jaji kan..hehe


Sesampai je dekat Wisma Genting, ada bas yang menanti. Naik bas jumpa blogger cute yang seyes comels tau tak? Jaji rasa nak cubit-cubit pipi dia *matakeliplelajusambilsenyumkecomelan. hehe.. Siapa dia? Tunggulah...nanti korang pun macam tak caye je Jaji dapat jumpa blogger hot and spicy ni..hehe..nyum nyum *kunyahgulagetah




Apa korang tau pasal Awana International Bird Race 2012? Jaji tau mesti ramai yang tak pernah dengar kan? Ini adalah buat julung kalinya dilangsungkan di Awana Genting Highlands oleh Tourism Pahang bersempena Pahang International Bird Race Circuit 2012. Sebelum ini hanya berlangsung di Fraser Hills sahaja. So, bila rasa macam hebatnya dapat join... *tepuktangansensoranglelaju


Bird Race? Biar betik. Yela korang ni. Jangan lurus sangat. Bukan suh burung tu lumba jalan kaki tengah awan la. Race yang dimaksudkan adalah pertandingan mengenalpasti jenis burung. Listkan dalam buku dan dapatkan cop. Jaji pun join je bebudak sekolah yang ada. 


Wakil Blogger ada 3 orang termasuk Jaji. So bila dapat join sama malah layanan dari staff Awana dan semua secretariat pun ala VIP, memang best tau tau tau. hehe. Jeles tak?? Sila jeles okey.. =P




Kiteorang datang dan terus di sambut oleh staff Awana Genting. Lepas di terangkan sepatah tiga lapan puloh kata dan agak-agak paham-paham lupa terus angguk kepala lelaju. hehe. 


Kami bukan Media ye. Kami Blogger. Seyes penat sebab kena bagi ucapan.. ucapan?? Poyo je Jaji nak bagi ucapan kan? Cakap depan-depan pun menggigil lutut.. -.- . Ramai duk interbiu kiteorang. Apa itu Blogger? Sama macam Media ker? Tapi kenapa layanan berbeza? Macam mana, dimana, berapa, siapa....wahhh... seyes otak ting tong nak jawab semua soalan tu... *mataberpinar-pinarnakpitam


Okey, skip...next..... *mukawatslumberbiarkanperenggantergantung




Ketibaan Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Wakil Kedutaan dan mereka-mereka yang terlibat. Ramai sangat sampai Jaji pun blur-blur..kehkehkeh




Majlis perasmian dimulakan dengan Tarian Sewang dari SK Sg. Dua. Semua bebudak kecik yang cute je nyanyi dan joget macam tu. Kalau Jaji yang atas pentas tu mesti semua lari kan?... *sambiljoget-joget.




Ini kira macam Flag Off atau boleh je panggil kalau korang nak, Pelepasan Para Peserta. Wah.. bunyi macam best kan? Memey la...


Time ni ada pula photographer majalah mana tah, siap suh kiteorang posing tau. Konon-konon bajet cun je walhal muka semua blur-blur..




Press conference dengan media semua. Apa-apa soklan boleh diajukan time ni. Cuma korang janganlah tanya soklan bila burung tu nak membiak or boleh bawak balik burung ke tak pula. Nanti Jaji bagi sekeh pale sedas dua kang. 



Ini antara media yang hadir. Ada NST, Libur, Santai dan banyak lagi la.. Jaji pula wakil dari Nuffnang tau. Jangan korang tanya lagi. Lotih nak menjawab soklan yang ke dua ratus lapan puloh tiga. hehe




Kini, masa yang ditunggu telah pun tiba. Perut comels ku meminta dilayani. Wah, kau perut. Patut makin kelangit sekarang...


Makanan dia, okey la. Boleh tahan. Ingatkan makan dekat Medan Ikan Bakar *namamainhentamje tuu.. Rupanya tidak.. Kecewa sikitla cik perut ni tapi terhibur dengan menu yang disediakan. Cuma style meja agak kureng sikit. Jaji tau dieorang nak buat ala Inggeris. Ada meja saja tanpa kerusi. So semua makan berdiri. Apa feel? Ye dakk?? Kami bertiga apa lagi, dengan muka slumber derknya terus duk dekat rumput ala piknik! Seyes feeling Kuch Kuch Hota Hai.. Haha




Ada booth juga lah...best best best *lompatkeriangan. Ada jualan binocular teropong mak Jemah , buku tentang burung, frame dan banyak lagi. Yang penting semua hasil jualan akan pergi ke badan kebajikan terpilih. Baguslah tu. Dapat manfaat berguna juga kan.


Nampak awek cute dalam tu tak? Boleh teka siapa Blogger tue?? Tau? Tak tau? jeng jeng jeng *matakelipkelip




Korang semua, sila beri perhatian.. Jaji tetiba ada dekat rumah panjang la. La..bukan dekat Sarawak tu. Bila pulak Jaji terbang ke sana? Ce tengok bebetul. Ini rumah panjang di Awana Genting. Tak ada apa yang spesel cuma rumah ini memang ala-ala yang ori. Ada 5 bilik keseluruhan. Yang penting, kalau berborak semua orang boleh dengar. So, dilarang mengumpat! kehkehkeh




Comels gila awek sorang ni. Phewiittt... Nak sign boleh? hehe. Kenal tak siapa ni? Hah, tak kenal? Apa la... Kalau yang kenal tu baguslah. Senang sikit keje Jaji.


Inilah Yuyu Zulaikha. Wah, Jaji dapat spend masa dengan Yuyu si Kupu-kupu kecik la.... Untunglah.. Sambil tengok burung dapat sekali kupu-kupu. Kehkehkeh. Alhamdulillah. Kami berdua sahaja Blogger yang hadir tapi Cik Yuyu ni bawak awek sorang tau. Comels juga. Nanti Jaji tunjuk... =)




Ini antara bebudak yang ada. Mereka diberikan binocular teropong mak Jemah setiap 1 kumpulan. 1 kumpulan mempunyai 3 orang ahli kumpulan dan penerangan diberikan oleh mereka yang bertanggungjawab. Kiteorang bertiga pun berpecah.




"Wei, ada awek la kat sana". "Mana?". "Tu hah, yang berbulu-bulu". "Wah..cunnya". Okey, sila abaikan skrip paling huduh Jaji reka ye. Hehe. Masing-masing duk skodeng burung tau. Tau apa burung tu cakap? "Auw..auw..malunya ada orang usha kitew". Hahaha




This is my team!!! Yeah..yeah.. Dieorang seyes cute dan baik. Tak sombong tau. Yang penting Jaji rasa Jaji dah tua sangatlah!! Nak feeling comels jadi budak skolah boleh? Boleh jela..hehe.


Jaji tak ingatlah nama dieorang dan skolah mana. Tapi yang Jaji ingat ada Dayat, Mira dan Syira kot.. sorry dik, akak dah nyanyuk -_-* ... kalau tak silap dieorang dari skolah Kuala Kubu, Selangor. Mereka fully sponsored by Selangor Tourism untuk event ini.




Eee....cutenyer..... Time jenjalan jumpa ni. Rasa macam nak bawak balik laks...Hehe.. Sian adik-adik Jaji, semua terkezut tau nampak natang ni bersiar-siar makan angin. hehe




Ini my geng dengan bebudak MRSM. Ini checkpoint 1. Terus masuk ke hutan dan tempat ini tersangatlah nyaman dalam dan best tau masuk sini penat giler... Bila nak keluar tu, masyallah! Tangga dia setiap satu tinggi dalam 1 kaki. Pergh...memang best mati !! -_-


Penat gila tau tak.... Jaji sendiri blur nak cari burung tu. Mata dahlah rabun kuasa 239348732. Rama-rama pun macam burung. Daun kering nampak haiwan. Adeh.. Probs betul Jaji ni. Hehe. Tapi adik-adik ni memang teror! Dari jauh dah nampak kaler apa, jenis apa dan bunyi pun dah tau burung apa siot. Awesome! Akak sungguh kagum wahai adik sekalian. Nak pergi beli kuasa lebih bagi mata macam X-Men. hehe


Thanks buat yang baca semua. Entri ini akan bersambung.... 









nota kaki : tidur berdengkur sambil posing muka comels..haha

6 comments:

Unknown said...

menarik menarik

JQ said...

Tunggu kesinambungan entri ini tau madam. Best. Nak honeymoon kali ke 90x pun boleh. haha

Anonymous said...

best2... update lg nnti ye

JQ said...

Insyallah... =)

1612f said...

hahahaha bestnye team ngan budok sekolah hahahaha, cepat sambung entriiii ni

JQ said...

hwahaha.....memang best pun... ye..akan disambung... =)