Wednesday, January 4, 2012

Roti Gardenia VS Roti Massimo

Assalamualaikum,


Isu perkauman rasanya dah lama kat Malaysia ni kan. Tapi baru-baru ni terdengar pula dari akak opis ni bercerita isu terbaru pasal roti. Roti? Apa kaitan dengan roti pula ni?


Pernah dengar roti Gardenia? Aish..jangan buat lawak la kalau tak kenal roti Gardenia yang macam femes amos tuu. Hahaha.


Roti Massimo pula? Hah, yang ni kalau kau orang kata tak tahu logik juga. Roti terbaru yang dikeluarkan di pasaran.


Apa kess pasal roti-roti ni? Aku ngapp juga baru tahu. Hehehe... Kalau nak tahu lebih lanjut mari skroll ke bawah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


..........................................................................................................................................................................


EMAIL PANAS DARI PENGGUNA MELAYU : ORANG CINA BOIKOT PRODUK MELAYU

Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya
untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan
persatuan Islam dan Melayu. Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikot
roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayu
mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok
tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh
orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-
Bukhary.

Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan
mengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batasan dengan
mencetuskan sentimen perkauman, ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI
MATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan
milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum.
Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:

ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD.
MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY.
THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH?
PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).








Kenyataan dalam facebook mereka.




Terjemahan:

23 NOVEMBER 2011
11:28PM BUTTER LAUMEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

24 NOVEMBER 2011
1:37AM DESMOND TEE DESMONDPERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOWCLASS!!

2:49PM BECKY WONGTANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??

5:14PM STEVEN LONGMATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!!


-------------------------------------------------

BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU. MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA!

MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA!

Sumber: SINI

..........................................................................................................................................................................

Roti Gardenia vs Roti Massimo…Bukti Ketegangan Kaum?




Kenaikan harga barang telah membawa kepada perubahan sikap, di mana rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk menyalahkan antara satu sama lain dan membangkitkan pertikaian yang bersifat perkauman.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan “syarikat kroni” yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.

Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman.

Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas.

Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok.

“Di Malaysia, ia akan berlaku (apabila keadaan buruk) dan rakyat mula menyalahkan bangsa lain. Sama ada aspek pendidikan, perniagaan atau hiburan. Kebanyakan orang berfikir di atas garis perkauman,” kata Ibrahim Suffian, yang mengetuai Merdeka Center.

Kempen anti-Gardenia yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman.

Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini.

Satu emel yang dihantar menyebut: “Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind.”

Rakyat Malaysia telah berdepan inflasi tinggi secara berterusan yang mencecah kadar tinggi iaitu tiga peratus pada Mac dan terus melambung kepad 3.3 peratus bulan lalu.

Ibrahim dan penganalisis politik Khoo Kay Peng menyalahkan dasar-dasar yang mana diteruskan untuk “berdasarkan kepada hak kaum daripada kewarganegaraan.”

“Ia tidak selaras untuk kami mendapatkan hak pendidikan dan ekonomi berdasarkan Akta Hubungan Kaum. Ia tidak seiring,” kata Khoo yang turut menambah ia mudah bagi pengguna untuk menjatuhkan pasaran Gardenia, yang telah menaikkan harga produk banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Agus Yusoff, seorang pensyarah politik dan sejarah berkata faktor utama bagi pengguna ialah kemampuan dan harga berpatutan, dalam kes ini seolah-olah wujud satu agenda untuk “memasukkan sentiman perkauman ke dalam isu itu.”

Massimo kini menawarkan roti bersaiz kecil dan panjang berharga RM2.50 dan RM3.40 manakala Gardenia berharga RM3.20 dan RM3.35.

Putrajaya akan membentangkan Rang undang-undang Hubungan Kaum pada Mac untuk menentang perkara-perkara bersifat perkauman, mengawal interaksi antara kaum dan menggalakkan untuk saling hormat-menghormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz minggu lalu berkata undang-undang baru itu diperkenalkan untuk mencontohi Akta Hubungan Kaum yang diamalkan di Britain.

Tetapi wakil rakyat pembangkang mengatakan ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya kerajaan akan mengawal daripada memudahkan interaksi. – The Malaysian Insider



Sumber: SINI

..........................................................................................................................................................................


Okey, aku andaikan korang dah baca semua yang aku copy tu tadi. Penat tak baca panjang-panjang? Kalau penat, cuba bayangkan kalau baca sikit macam tuu dah penat kan, so macam mana kalau isu perkauman yang perlu kita hadapi berkurun lamanya?


Lagi penat..


Aku malas nak hurai lebih-lebih. Korang dah besar dan boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Kesahihan cerita di atas aku tak tahu betul atau tidak tapi aku tak nak sokong sesiapa yang memulakan atau menyokong perkauman ni.


Aku neutral okay. Tak nak pilih mana-mana. Buang masa aku yang bagai permata ni je. Hehehe.. Siapa yang okay dengan aku, aku okay jela. Siapa yang tak aku tolak tepi. Tak ada masa aku nak pilih kaum, agama, jantina or pape jela. Nonsense!


Anyway, just chill okay. Walau aku pun tak ada lah suka UMNO or 1Malaysia bagai. Aku kan NEUTRAL. Lupa ker? Hehehehe..




nota kaki:Kawan kerana hati. Makan je mana-mana roti. Janji halal dan kenyang. =)

No comments: