Tuesday, April 24, 2012

Keputusan Aku

Assalamualaikum,


Minggu lepas aku mendapat satu berita yang memerlukan aku membuat satu keputusan. Keputusan ini memerlukan aku untuk mengubah hala tuju masa depanku. bagi aku hal sebegini amatlah berat dibahuku.


Well, aku akui yang aku agak serabut mengenai hal itu. Jadi untuk membuka mata dan pandanganku, aku telah meminta pandangan dan nasihat dari mereka-mereka yang aku percayai.


Aku pun tak boleh buat keputusan terlalu awal sebab aku perlu melihat kebaikan dan keburukannya itu semua. Semalam aku baru dapat surat dari orang sana. Lepas aku baca dan kaji semua, amatlah aku bingung. Ye, aku rasa macam beban lagi tinggi je. Kalau tersalah langkah, aku juga yang merana nanti.


Sekali lagi aku berfikir walaupun semalam aku demam dan tak sihat. Telan panadol 2 biji terus high. So, aku cekal dan terus menolak tawaran itu. Bukan apa, bila aku dapat surat tu, aku rasa agak kecewa. Kecewa dengan apa yang aku dapat disamping tak juga aku lupa untuk bersyukur atas rezeki aku itu. Alhamdulillah.


Aku harap mereka yang kecewa dengan keputusan aku ini akan memahami sebab kenapa aku menolak. Andai nasib aku di sini teruk dikemudian hari, aku rela kerana aku tak ingin membuat keputusan yang salah tapi aku juga dapat rasa aku harus terus berada di sini.


Siapa yang tahu rezeki kita di mana kan? Apa pun, aku boleh redha saja. Janji aku sudah berusaha sedaya upaya aku. =)



nota kaki : semoga langkah ini diredhai-Nya. Insyallah...

No comments: