Friday, February 17, 2012

Perubahan

Assalamualaikum,


Dah lama tak menaip rasa sedikit janggal. Blog yang kelihatan kosong dan usang ini memerlukan perhatian aku. Walau aku jarang memperbaharui inti pati serta kandungannya namun aku sering berkunjung ke sini.


Ya, berkunjung tanpa sebarang pembaharuan. Sorry. Salah aku.


Well, tahun baru dan walaupun memang sudah hampir 2 bulan berlalu namun alhamdulillah sesuatu telah berubah. Alhamdulillah sekali lagi kerana ia adalah perubahan ke arah kebaikan.


Aku boleh kategorikan perubahan kepada dua. Yang pertama adalah perasaan. Ya, perasaan amat penting dalam hidup kerana perasaan pelbagai reaksi akan timbul. Ternyata ia memang benar sekali.


Aku cuba untuk mengawal perasaan aku itu agar ia menjadi lebih natural dan kembali 'baik'. Walaupun ternyata ia agak kurang berhasil. Aku amat khuatir keadaan ini akan kembali seperti dahulu. Perasaan sakit hati, benci, tak ikhlas dan macam-macam.




Sungguh aku risau kerana ia mungkin akan kembali merosakkan perhubungan kami sebagai kawan. Sungguh.. Mungkin lebih baik aku berhijrah? Mungkin. Ini demi perasaan. Perasaan ini hadir apabila perbuatannya.


Perbuatan ataupun perlakuan. Ia adalah perubahan no 2 yang aku usahakan. Apabila perasaan kotor itu hadir aku cuba naturalkan ia melalui perbuatan. Aku akan kembali kepada-Nya. Aku akan minta supaya aku kekal ikhlas, sabar dan lapangkan dada.


Kadang kala aku terpikir mengapa seseorang itu sukar berfikir secara matang dan berubah apabila keadaan memerlukan mereka untuk berubah? Ya, hakikat yang jelas lagi nyata bahawa tak semua manusia mampu mencapai tahap kedewasaan apabila berhadapan sesuatu keadaan.


Aku jua tidak sempurna. Kadang kala aku masih bersikap kebudak-budakan dan sikap panas baran arwah papa masih aku warisi. Sangat sukar untuk aku bendung.


Sekarang aku masih memerlukan masa untuk menstabilkan semula jadual, perbuatan, dan ruang aku. Walau aku rasa dia masih tak berbuat demikian. Berhijrah mungkin pilihan aku jika keadaan ini semakin mencengkam perasaan malah perbuatan aku.


Semoga Allah makbulkan doa aku. Insyalllah. Terus sabar dalam menghadapi cabaran hidup.




nota kaki : sabar itu separuh daripada iman =)