Sunday, February 19, 2012

Happy Birthday Nur Raihan Dayana Khamis!!

Assalamualaikum,


Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya aku berjaya jua menyempurnakan entry khas ini. Mungkin bagi mereka, ianya tidaklah sepenting mana namun buat aku yang entah mengapa berubah menjadi skema dalam penulisan aku ini ingin menyempurnakan sesuatu yang telah diamanahkan buatku.


Hari ini adalah tarikh keramat rakan baikku sejak sekolah lagi iaitu gadis jelita dan tinggi lampai Nur Raihan Dayana Khamis. 19/02/2012 adalah tarikh yang menandakan kematangannya (bukan tua ye..nanti kena marah..hehe).


Alhamdulillah hubungan kami masih seperti dahulu. Baik dan mesra. Betul tak Fida? Lepas je baca entry Fida terus aku tergelak besar. 'So sweet' bila kau pecahkan rahsia kita ponteng kelas kan. Kelas kau Jahhh.. ahhaha


Well, aku tidaklah rapat dengan cik Yan (nama panggilan kepada Raihan) ini selama dengan Fida. Namun kami mula rapat sejak menjadi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi SMK Semerah seawal tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.


Rehat makan biskut Munchy's cheese or coklat, roti sosej, air kotak @ air botol, biskut rokok (ala yang panjang-panjang tuu...), dan macam-macam lagi. Semua dapat free sebab jaga jualan kat koperasi time lunch.


So, oleh demikian kami amatlah jarang dapat makan di kantin sekolah sehingga kami lupa harga makanan.. hahaha. Serius tak tipu.



Kenangan paling kelakar bila aku tak siap kerja sekolah bi cikgu Hawa. Kena rotan kat punggung depan kelas. Malu la jugak. Eh, cik Yan kena tak time ni? Aku tak sure tapi rasanya macam kena. Hehehe...


Kalau time sekolah agama pun best jugak. Kena kejar dengan angsa jahat. Hahaha. Kelakar gila. Rasa macam nak sembelih je angsa tu semua. Kalau kat darjah khas semua memang berlagak gangster. Kelas pun jarang datang lepas tu bila datang buat bising. Bila cikgu tanya soalan tak tahu jawab. Heheh.. Tapi cik Yan memang bijak, still result darjah khas gempak jugak..=)


Bila hari Jumaat selalunya aku tumpang kau balik rumah. So bila balik nampak 'kereta hijau' kita jadi macam orang gila ketawa dalam kereta sampai ayah kau tanya kenapa gelak-gelak. Hahaha. Malu gila kan. Dapat pegang kereta pun dah naik gila. Hehehe... Hah, macam cik Yan tulis dalam blog hari tuu, bab novel pun ada kisah kita kan? Komik yang pertama pun sama jugak. Komik jepun tuu terbeli yang lucah. Gila malu kan nak baca? Sampai tolak-tolak sebab masing-masing tak mahu simpan... Hahahhaa


Aku rasa memang banyak story dan kenangan yang boleh kita cerita semula. Bak kata Fida, memang masa tak boleh diputarkan. Aku rasa bagus juga sebab kita akan menghargai setiap saat yang kita pernah lalui dahulu dengan sebaiknya. Kenangan itu semua tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Aku sayang dan rindu dengan semua kawan-kawan aku dahulu. Mungkin aku bukanlah rakan terbaik korang yang selalu follow up, rajin tepon and message. Tapi bagi aku kalau aku selalu hubungi korang, adakah ia akan menjadikan aku rakan terbaik korang? For me the best friends ever will always appreciate each moment that we spend together. Kenangan kita bersama aku akan ingat sampai aku mampu *kecualiakukenasakitnyanyukla


So, cik Yan.. aku nak tujukan video ini buat anda. Semoga anda kekalkan senyuman dalam diri ye. Selamat ulang tahun kelahiran ke-22 ... =)





nota kaki : entry khas ini ikhlas dari hati buat seorang rakan baik

1 comment:

cik orange jingga said...

hahaha,,,thank u sooo much my lovely fren...