Wednesday, February 8, 2012

Cara berlindung dari gangguan syaitan dan iblis

Assalamualaikum,

Entry di bawah aku ambil untuk kita berkongsi bersama-sama.

......................................................................................................................................................

Cara berlindung dari gangguan syaitan

dan iblis


Dua hari yang lepas, cikda sempat berborak dengan Ma di telefon. Banyak benda yang dicerita, dan banyak juga benda yang Ma nasihatkan. Sebelum sempat cikda menamatkan panggilan tersebut, Ma tiba-tiba menujukan soalan "Kakak sihat semua kan?". Pelik. Tapi cikda jawabkan sahaja. "Alhamdulillah sihat semua, cuma sakit belakang je. Mungkin sebab cuaca sejuk" . Walaupun sekarang bukan musim sejuk. Rasa sakit dibelakang ku rasakan sangat menusuk tulang. Ujian dari Allah sebagai kaffarah dosa barangkali. Cikda tak mahu berbicara panjang mengenai apa yang diborakkan, tapi cukuplah kalau cikda kongsi apa yang Ma pesan iaitu mengenai cara untuk berlindung dari gangguan syaitan dan iblis.

Ini dilakukan setiap kali anda selesai solat.

1. Membaca Al-Fatihah

2. Membaca Surah Al-Baqarah (Ayat 1-5)

“Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan surat al-Baqarah di dalamnya tidak akan dimasuki oleh syaitan.” (HR. Muslim)

3. Membaca Ayatul Kursi (dibacakan selepas solat dan sebelum tidur)

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, “Apabila kamu hendak berbaring di tempat tidurmu, maka bacalah ayat kursi, maka niscaya Allah Ta’ala akan senantiasa menjagamu dan syaitan pun tidak akan mendekatimu sampai waktu pagi tiba.” (HR. al-Bukhari).

4. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Wahai Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu, mahukah kamu aku beritahu tentang sesuatu perlindungan yang paling utama yang dengannya orang-orang berlindung?. Dia menjawab, “Ya, wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “‘Qul A‘udzu bi Rabbi al-Falaq’ (surat al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu bi Rabbi an-Nas’ (surat an-Nas), kedua surat ini.” (HR. Abu Dawud, dan dishahihkan oleh al-Albani). Kerana pada keduanya terdapat permohonan perlindungan kepada Allah Ta’ala dari semua kejahatan/ keburukan. Ibnu Qayyim rahimahullah menguatkan, bahawa gangguan (was-was) berasal dari jin dan manusia.

5. Di akhiri dengan bacaan Al-Fatihah kembali


"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon dariMu keampunan dan kesejahteraan terhadap agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku."


................................................................................................................



nota kaki: jangan sekali berputus asa..

No comments: