Sunday, February 26, 2012

Keajaiban Akibat Kesilapan

Assalamualaikum,


Hari ini hari ahad (time aku tulis entry ini). So bangun-bangun agak excited nak tengok gaji dah masuk belum. Yela, bulan lepas dapat gaji awal so agak sengkek la kan.


Bila check-check je terus terkejut beruk. Pe jadahnyer. Jangan salah sangka ye. Bukan duit gaji tu tak masuk or nilai die kurang dari selalu. Kalau tak masuk or nilai kurang mesti tajuk entry ni tak ada la sampai aku tulis 'Keajaiban Akibat Kesilapan'.


Ok, berbalik pada pe yang aku nak cerita kat sini ialah... jeng jeng jeng... nervous tak? hehehe... Bila aku check je akaun aku, balance akaun aku BANYAK GILER dari selalu. Ye, dalam tu cuma ada duit gaji je. Aku kan sengkek. So balance before tuu memang ada beberapa ringgit je. Bila check duit masuk memang sekaligus masuk banyak tu.


Mungkin ada yang cakap rezeki jangan ditolak kan. Tapi bab gaji ni jangan main-main. Takut bila ada kesilapan dieorang akan mintak balik duit tu. Tak ke payah aku nak menjajau cari duit nak ganti balik duit yang dieorang salah masukkan tu.


Tak tahulah siapa yang buat salah time nak bagi gaji tu. Nak kata aku kerja dah sampai evaluation aku, rasanya belum. Kalau dah, mesti aku akan diberitahu. Kalau nak kata dapat bonus lagilah mustahil sebab tak ada ura-ura or gosip-gosip liar pun. Memang mustahil.


So aku pun terus contact akak opis aku tanya macamne. Dia mula-mula tanya aku ada buat OT ker? OT memang ada tapi agak-agak la tak kan sampai gaji kuar berganda kot. Dia pun suggest supaya kalau nak guna duit, guna duit gaji macam biasa. Yang lebih tu jangan guna. Hari Isnin akak esok jumpa akak HR dan tanya macamna.


Ye, kadang-kadang aku harap pun monthly gaji aku betul-betul macam sekarang ni or jumlah dia lebih-lebih pun tak apa. Hehe. Tapi kalaulah betul kan? Masalahnya kalau tak betul, kenalah pulangkan balik. So, anggap jela kali ni memang kebetulan di pagi Ahad. Redha jela.



nota kaki: rasa sayang nak lepaskan angka ni pergi..... hehehe =)

No comments: