Monday, November 21, 2011

T-Ara - Cry Cry

Assalamualaikum,


Update terbaru perkembangan hiburan korea dari wartawan tak bertauliah Jazzeyqa Ahamad Jailani (saya la tuu .. hehe). Kumpulan yang saya agak sukai dengan lagu-lagu mereka yang feeling-feeling gituu telah mengeluarkan mini album ke-4 mereka bulan ini. Mereka telah membuat comeback stage baru-baru ini.


Bagi album ini, Hyomin akan bertanggungjawab menjadi ketua kumpulan. Album yang menelan belanja sekitar 1 juta/billion won (kott..tak sure..eheh) memuatkan album yang mempunyai lagu / video klip bersiri dimana setiap lagu mempunyai cerita yang berbeza dan watak yang berlainan. Kira setiap lagu saling berkait dan mempunyai kesinambungannya.


Untuk single yang pertama ini, Jiyeon telah memainkan watak utama sebagai anak kepada ahli kongsi gelap yang telah dibunuh oleh seorang penyiasat persendirian polis aka yang membelanya sehingga besar (10 tahun).


Bila tengok video klip Cry Cry yang panjangnya dalam 15 minit, sangat-sangat sedih. Siapa boleh sangka rupanya dia duduk dengan lelaki yang membunuh ayahnya dulu? Sesiapa yang nak tengok macam mana perjalanan kisah Black Eye boleh tunggu kemunculan single mereka selepas ini. Time tulis ni tak ingat lak tajuk lagu tu. hehe.. Okey dah ingat, Lovely Dovely(kalau tak salah). Tapi lagu ni mempunyai genre yang berlainan jadi akan dikeluarkan bulan depan supaya peminat tidak keliru dengan genre mereka.



Cover album T-Ara



Cover single Cry Cry



Dua watak utama Cry Cry. Jiyeon and tak tahu nama watak lelaki tu =P


Bagi saya, Jiyeon sememangnya pelakon yang berkebolehan. Lakonannya sangat-sangat menjadi disamping dia nampak sangat cantik dalam watak yang dibawanya itu. Memang minat gilalah dengan Jiyeon nie. Rasa tak sabar nak tengok next single T-ara ni. Rasa nak beli album dieorang pun ada. hehe


Dalam video nie watak Hyomin pun ada sikit. Mungkin next single dia akan berlakon la tuu. Tunggu dan lihat jela k. So, sesiapa yang nak tengok MV nie boleh je google kat youtube tuu. Berlambak. hehe


nota kaki:minat punye pasal terus buat review daa...=P . Picture semua dari atok google ye..

2 comments:

alin said...

ni mesti antu korea ni..huhuhu...

JQ said...

hehe..biasa2 je..=P